Related Posts with Thumbnails
RSS
email
1

Happy New Year




Happy New Year 2010

Selamat Tahun Baru 2010



Azam Tahun Baru???

Takde..


Sebab???

Go with the flow kot..


Sy akan mengharungi tahun baru 2010 nanti tanpa sebarang azam. Sebabnya saya tak pernah pasang apa-apa azam setiap kali sy tiba tahun baru.

Selamat tahun baru 2010




Read more
4

Tragedi 26 Disember





Merenung kembali sejenak pesan Allah s.w.t. di dalam kitabNya:

"Setiap jiwa yg bernyawa, pasti merasakan mati!"
Surah al-Anbiya' ayat 35

dan

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh..."
Surah an-Nisaa' ayat 78

Hati merasa tersentuh dengan perkhabaran malang yg menimpa sepuluh orang penumbang bas Sani Ekspres pagi tadi. Sy menonton berita pada jam 8 malam tadi di rumah. Melihat paparan awal berita, sy sudah dapat jangkakan bahawa pasti ada peristiwa malang yg berlaku. Justeru, mata tertumpu ke skrin tv.

Berita kemalangan bas ekspres yg berlaku awal pagi semalam menjadi bahan utama sajian TV3. Sy pasti TV1 dan saluran lain juga. Kemalangan itu berlaku beberapa kilometer dari hentian Simpang Pulai di mana ia salah satu dari susur keluar di Lebuhraya Utara Selatan untuk mendaki naik ke Cameron Highlands. Itu satu hal.

Hati saya terdetik seketika apabila terbaca nama jenazah yg meninggal dunia yg tertera.

Sharifah Raheel al-Junid Bt Syed Harun

Sharifah Hasanah al-Junid Bt Syed Harun

Kedua-duanya berasal dari Taman Melor, Sungai Petani. Ingatan sy terimbau kembali ke zaman matrikulasi dahulu. Sy punya seorang teman yg agak rapat bernama Syed Mustafa al-Junid B. Syed Harun yg juga tinggal di Sungai Petani. Dan nama Sharifah Raheel al-Junid pernah disebut oleh teman sy itu suatu masa dulu.

Apabila sy melihat wajah teman sy terpampang di kaca tv, sahlah bahawa kedua-dua jenazah itu adalah adik kepada teman sy. Takziah buat keluarganya. Sy bertanya melalui SMS kepada teman sy yg turut belajar bersama dulu, katanya memang benar kedua jenazah itu adalah adik Syed Mustafa.

Inilah yg dinamakan perjanjian Allah s.w.t. dengan kita. Bahawa setiap yg bernyawa, pasti akan merasakan kematian. Hanya detailnya sahaja yg tidak kita ketahui.

Perbicaraan hal kemalangan bukan perkara biasa. Kita di Malaysia lebih banyak mati katak di jalanraya berbanding mati di atas perbaringan. Malah kemalangan yg melibatkan bas ekspres adalah suatu perkara selalu berlaku. Cumanya, kita akan buat berbagai-bagai tindakan hanya bila ada kemalangan berlaku. Seperti memasang kotak hitam, setelah berlaku kemalangan yg meragut belasan nyawa dulu. Barulah digubal peraturan. Jika tidak, tak apalah. Kita boleh tengoklah peraturan apa pulak yg nak keluar lepas ni.

Mudah-mudahan kita mengambil iktibar. Marilah kita mendengar semula pesan Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w. yg diriwayatkan oleh at-Thabrani:

“Hai Muhammad!
Hiduplah seperti mana yang engkau kehendaki, TETAPI INGAT, engkau pasti akan mati,
Berbuatlah apa yang engkau kehendaki TETAPI INGAT, engkau pasti akan ditanya tentangnya, Dan cintailah sesiapa yang engkau kehendaki TETAPI INGAT, engkau pasti akan berpisah dengannya,
Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin itu terletak pada qiamullail,
dan kehebatannya apabila ia tidak bergantung kepada orang lain..."
Takziah buat keluarga teman sy Syed Mustafa al-Junid B. Syed Harun; serta seluruh keluarga mangsa kemalangan tersebut.

Mereka yg telah menerima panggilan Allah s.w.t. untuk pulang ke sisiNya adalah:

Sharifah Raheel al-Junid Bt Syed Harun

Sharifah Hasanah al-Junid Bt Syed Harun

Shaharin B Mohd Nor

Supiah Bt Adam

Musa @ Ismail B Abdullah

Mohd Shukri B Mohd Ali

Noor Jasmi B Noordin

Mohd Bilal B Osman

Ng Kah Kit

Ng Poh Ngoh
Read more
4

Perihal Krismas

Merenung kembali sebuah firman agung yg turun ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. :

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu"

Surah al-Baqarah ayat 120


Menurut istilah bahasa Arab, perkataan 'millah' yg Allah s.w.t. nukilkan ke dalam firmanNya yg mulia ini bukan semata-mata bermaksud agama bahkan cara cara hidup atau budaya. Dan merenung pula akan sabdaan mutiara dari baginda Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadith:
"Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka"
(Riwayat Abu Daud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).

Maka dengan jelas dan nyata bahawa merayakan, memuliakan, bergembira atau redha menyambut hari Krismas adalah HARAM! Apakah sebenarnya perayaan Krismas?

Penganut Kristian merayakan hari kelahiran Jesus sebagai Hari Krismas atau Hari Natal pada 25 Disember setiap tahun. Sedang perayaan terbesar di dalam amalan Kristian adalah Perayaan Paskah. Hari Natal itu baru sahaja dirayakan bermula pada Persidangan Rom pada tahun 354M, di Konstantinopel (Constantinople) pada 376M dan di Antiochia pada 388M. Menurut sejarah Kristian, hari kelahiran Jesus disambut pada 6 Januari. Tetapi Paus Liberius telah menukarkannya perayaannya kepada 25 Disember. Sedang gereja-gereja Katholik masih merayakan hari lahir Jesus pada 7 Januari setiap tahun sehingga sekarang.

Anehnya tarikh kelahiran Jesus ditetapkan hanya pada tahun 530M. Pendeta bangsa Scythian bernama Dionzysius Eziguus menetapkan tarikh 25 Disember tanpa sebarang alasan munasabah! Sementara menurut almanak Yulius, tarikh 25 Disember sebenarnya adalah tarikh kelahiran matahari! Dewa Mithra dilahirkan pada 25 Disember. Dewa Horus dan Dewa Apollo pula lahir pada 28 Disember sedang dewa matahari masyarakat Mesir purba iaitu Osiris lahir sehari lebih awal dari Horus dan Apollo iaitu pada 27 Disember.

Pening? Aku pun pening jugak. Uhuk.

Sementara itu Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi menghuraikan apa yg boleh dan tidak berkenaan hal sambutan Krismas dan perayaan agama lain. Pendapat beliau:

  • Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita telah merelakan agama dan kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan.
Sementara itu Sheikh Saleh al-Munajjid dari Arab Saudi pula berpendapat:
  • Hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam.
Sementara itu ulama Malaysia hanya ada seorang sahaja yg setakat ini berani bersuara iaitu :

Tan Sri Dato' Seri (Dr) Hj. Harussani Bin Hj Zakaria
Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan

Menyambut perayaan agama lain dengan redha adalah haram termasuklah KONGSI RAYA!


Jadi dalam bab Krismas yg akan disambut esok oleh orang Kristian, kita nak ikut yg mana agaknya?

Sebarang perbuatan, perkataan, lintasan hati dan sebagainya yg berkaitan sambutan Krismas ini, yg menunjukkan bahawa kita redha serta menurut sama bergembira akan sambutan Krismas ini hukumnya HARAM! Termasuklah ucapan 'Merry Christmas'!

Rasulullah s.a.w. telah merintis sebuah jalan untuk kamu ke syurga Allah s.w.t. Maka turutilah jalan yg telah dirintis itu, nescaya kamu akan sampai ke sana dengan bahagia




Read more
7

Sudah berjanji




Memetik mutiara dari warisan Rasulullah s.a.w. yg amat berharga:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Saya mengutarakan hadith di atas dengan tujuan hendak memujuk hati seorang 'cikgu' yg 'merajuk' (hehe) sebab sy tidak memaklumkan kepada beliau tentang majlis pertunangan sy. Harap-harap dia baca blog ni. Hehe. Dan harapnya dia mai kenduri saya nanti. Atas sebab berpegang kepada sunnah itulah sy tidak memaklumkan kepada sesiapa tentang majlis sy. Kerana sebaiknya kita meniti di atas jalan yg telah diturap oleh Rasulullah s.a.w. apabila hendak melakukan sesuatu. :-)

Saya bukanlah seorang yg alim dari sudut agama. Bahkan sy pun tidak mengambil jurusan agama ketika di universiti dulu, tetapi saya berharap agar diberikan kekuatan untuk mengamalkan agama ini walaupun sekadar yg wajib-wajib. Tetapi, hadith di atas memang sudah lama tersemat di dalam serebrum otak saya semenjak sekolah menengah lagi. Jadi, setiap kali ada sesiapa yg bertunang tu, kadangkala sy titipkan juga hadith itu untuk ingatan.

Bukan bermakna bahawa Nabi s.a.w. menganjurkan dirahsiakan pertunangan itu, maka kita hendaklah buat majlis di dalam gua. Huhu. Tetapi cukup sekadar yg diketahui adalah saudara mara. Kerana mereka adalah pertahanan utama setiap keluarga. Kemudian, sekiranya ada sedikit perkongsian dgn teman-teman rapat itu tidak menjadi salahnya. Yang tidak digalakkan adalah membuat pengumuman seperti majlis pernikahan atau kenduri kahwin.

Pertunangan adalah suatu perjanjian tidak termati setem dan tidak bertulis antara dua keluarga untuk menyatukan dua hati. Ia bukanlah tiket bahawa 100% 'confirm' itulah dia teman hidupnya. Kerana percaturan kita setakat yg realiti, sedang percaturan Allah s.w.t. itu adalah percaturan yg amat rapi dan teliti serta amat menyeluruh. Tiada siapa tahu dengan siapakah teman hidup kita walaupun sudah bertunang. Tetapi, pertunangan itu menjadi tanda kepada insan lain bahawa kita berjanji atas nama Allah s.w.t. bahawa sekiranya di'mati setem'kan Allah s.w.t. maka dialah yg menjadi peneman hidup kita.

Sudah menjadi lumrah di alam maya ini, ada hati yg bersih dan hati yg kotor. Hati yg bersih akan bahagia jika melihat insan lain bahagia. Sedang hati yg kotor itu menjadi lebih kotor dan hasad apabila melihat insan lain bahagia. Sebab itu jugalah Islam menyarankan bahawa tidak diheboh-hebohkan. Kerana perbuatan khianat manusia boleh menabur onar terhadap ikatan janji yg terikat di dalam hati itu.

Demikian Islam membuat saranan sebegitu, tidak juga Islam melarang sehingga pertunangan itu tidak langsung diketahui orang. Kerana di dalam sebuah hadith yg lain, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Nabi s.a.w. melarang membeli sebahagian daripada kamu akan (belian) orang lain dan melarang seorang lelaki meminang ke atas pinangan saudaranya sehingga peminang (pertama) meninggalkan (menolak) sebelumnya atau memberi izin dari peminang (yang pertama) bagi dirinya (peminang kedua)"
(Hadith riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari; Bab an-Nikah melalui Ibnu Juraih daripada Ibnu Umar)

Ulama bersepakat bahawa berdasarkan nas yg sangat jelas ini, haramlah peminangan seorang lelaki ke atas tunangan seorang lelaki yg lain selagi syarat-syarat di bawah termeterai:

  • Pinangan pertama terjadi dahulu. Jika lelaki pertama hanya berniat sekadar berkenalan tanpa ada niat untuk bernikah maka lelaki kedua boleh meminang wanita tersebut; kerana di dalam konteks ini pertunangan tidak berlaku antara lelaki pertama dan wanita
  • Pinangan pertama itu diharuskan syara'. Sebagai contoh wanita yg ditalakkan bekas suaminya yg masih di dalam 'Iddah, masih haram dipinang dan jika dipinangkan pun tidak berlaku pertunangan kerana masih ada larangan syar'ie ke atas wanita itu
  • Pinangan pertama itu masih 'valid'. Maksudnya adalah pertunangan itu masih terjadi dan berkekalan. Sebagai contoh, jika tunang lelakinya itu meninggal dunia dalam tempoh pertunangan maka haruslah lelaki kedua untuk menghantar rombongan 'cik kiah' nya untuk meminang kerana pertunangan pertama itu sudah terlerai dengan kembalinya ke Rahmatullah tunang lelaki yg pertama itu
  • Lelaki kedua itu mengetahui akan hukum haram meminang ke atas tunangan lelaki lain. Tetapi janganlah pula ada yg buat-buat bongok macam tak tahu hukum ini. Kerana dalam PAFA bab Nikah sudah ada diajarkan zaman sekolah menengah dulu ye. Lain la kalau tak sekolah.
  • Wanita itu menerima lamaran lelaki pertama dan walinya menerima peminangan lelaki pertama itu.

Oleh itu, pandai-pandailah kita menjaga pertunangan agar sentiasa berada di atas landasan yg telah dibina Nabi s.a.w. Dan sebelum saya akhiri entri hari ini, ingin saya tegaskan di sini bahawa antara sy dan tunang sy:

  1. Pinangan pertama telah terjadi
  2. Pinangan pertama itu diharuskan syara'
  3. Pinangan pertama itu masih valid ye
  4. Lelaki lain semua mesti tau akan keharaman meminang tunang orang lain. Kalau tak tau meh sini nak sekeh..
  5. Tunang sy menerima lamaran sy dan walinya a.k.a bakal bapa mertuaku sudah menerima peminanganku.
Oleh itu, ingatlah wahai saudara-saudara sekelian bahawa HARAM hukumnya meminang tunang sy itu. Hehehe. Sebaiknya, doakanlah agar perjanjian kami ini diberkati Allah s.w.t. dan dimeteraikan dengan ikatan nikah. Doakan juga kebahagiaan kami untuk selamanya dari dunia hingga ke syurga Allah s.w.t. InsyaAllah.




p/s: Cikgu Zaid dpt posting mana? hehe.. tekeluaq tajok sket..


Read more
4

Salam Ma'al Hijrah 1431H




Selamat menyambut Ma'al Hijrah 1431H untuk sesiapa sahaja umat Islam yg melawat blog ini. Sy tahu blog ni ada dua orang sahaja pengunjung setia. Huhu. Mereka berdua memang selalu menjenguk ke sini walau pun sy kadangkala lewat menjenguk blog mereka. Tapi harapnya mereka berdua terus melawat blog sy sebab sy tahu tak ada org lain yg melawat blog sy ni. :-D

Sudah 1431 tahun peristiwa hijrah berlaku. Dan pasti ada penghijrahan yg bakal berlaku pada tahun 1431H ini pula. Ermm sebelum sy terlupa, sy mengucapkan selamat pengantin baru kepada PakYob (org kuat Halaqah.net) dgn pilihan hatinya cikgu Ba (juga org kuat Halaqah.net). Hehe. Minta ampun maaf sebab walau pun sy berada di Kedah masa kenduri aritu, sy tak sempat nak ke mana-mana. Rasanya PakYob tau kot sebab apa. Kalau tak tau eloklah PakYob tanya Ummi. Agak-agak PakYob bukak ke blog ni? Huhu. Wallahua'lam.

Mudah-mudahan mahligai cinta yg dibina PakYob dan MakYob nye diberkahi Allah swt dan mendapat ketenangan sepanjang masa. Nampaknya makin 'comel' lah PakYob lepas ni. Kehkehkeh.



Read more
3

I'm down...





Certainly, sy ada sesuatu yg hendak dikongsikan di sini. Tapi, sy tak ada mood nak bercerita. Mungkin sy perlu belajar untuk mengawal emosi dulu. Sebab kadangkala bila emosi mengatasi akal, tindakan kita dan keputusan yg kita buat itu lebih berbaur perasaan dari rasional. Huhu. Minta maaflah kepada teman-teman sy yg menjenguk blog ni. Untuk kali ni sy menulis mengikut gerak hati. Sebab itulah kemungkinan besar lebih banyak merapu dari isi.

Kemungkinan bila kita pernah lakukan kesilapan, kesannya berbalik kepada kita juga. Mungkin sebab itulah sy tak boleh komen banyak pada perasaan yg sy rasakan ketika ini. Suatu masa dulu sy juga pernah bersikap demikian, dan mungkin dia terlalu banyak merasakan kepedihannya. Dan untuk kali ini, Allah swt berikan sy peluang untuk merasakan pula perasaan yg sudah lama sy lupakan. Hmmm faham ke apa yg sy merepek ni? :-)

Macam mana nak sy gambarkan perasaan ketika itu ye? Hurm. Diibaratkan seperti sebatang duri tajam yg terbang dengan kelajuan Airbus A330, seraya menikam tepat ke jantung. Dan dengan serta merta itu juga degup jantung itu terhenti dan hembusan nafas juga terhela untuk yg terakhir. Dahsyat sangat perumpamaan saya ni. Huhu.

Mungkin begitulah perasaannya yg dia rasakan dulu. Hmmm. Apa pun sy harus terima dengan redha. Sebab sy juga melakukan kesilapan sama dulu. Bertimbal balik. Kata orang zaman sekarang, Allah swt membalas secara cash setiap perbuatan kita.

Cuma sy terasa untuk beberapa hari yg sudah berlalu ini, hati sy sgt sensitif. Sy rasa seperti terlalu ingin melakukan sesuatu untuk mengembalikan sejarah silam. Untuk melangkau saat hitam yg sy lalui dan memulakan sebuah lembaran baru. Tapi mungkin sy terlalu meletakkan angan-angan yg tinggi yg sy sendiri kurang mampu untuk gapai. Setiap patah kata yg sy pernah ucapkan dulu seolah-olah diulang pula oleh dia.

Apa yg pasti... saya memang tak faham bahasa... mmm



p/s (tiada kena mengena dengan entri ini):

Merenung sejenak mutiara dari Saidina Umar al-Khattab:

نَحْنُ قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللهُ بِاْلإِسْلاَمِ ، وَمَتىَ ابْتَغَيْنَا اْلعِزَّ بِغَيْرِ دِيْنِ اللهِ أَذَلَّنَا اللهُ

Kita adalah kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Deen Allah, maka Allah akan menghina kita.



Read more
2

Aliff Firdaus menggantikan Nur Kasih malam nie..

SELEPAS episod akhir Nur Kasih yang disiarkan TV3 malam Aidiladha lalu mencatat rating tertinggi sebanyak lima juta penonton, pastinya penonton siri itu mengharapkan pengganti drama itu dapat menyajikan yang lebih bagus lagi. Justeru, tugas berat itu terpaksa digalas pengarah berbakat tanah air, Rashid Sibir menerusi karya terbarunya, Aliff Firdaus.

Tidak berhasrat menyaingi atau bertanding dengan drama popular arahan Khabir Bathia itu, Rashid sekadar mengakui setiap drama disiarkan memiliki kelebihan tersendiri. Bagaimanapun, tidak mahu menghampakan harapan penonton, Rashid menjanjikan drama yang terbaik dan bermutu.

Rashid berkata memandangkan catatan rating Nur Kasih tinggi, tidak dinafikan tekanan untuk menghasilkan drama terbaru arahannya itu tetap ada. Namun, Rashid berusaha mengelak kebimbangan itu kerana yakin terhadap karyanya.

"Saya tidak meletakkan sasaran rating yang terlalu tinggi untuk drama ini walaupun sangat mengharapkannya. Apa yang pasti, saya cuba sedaya upaya menghasilkan Aliff Firdaus dengan kualiti terbaik. Tidak ketengahkan cerita yang 'berat' tetapi penonton boleh faham setiap mesej.

"Bahkan, ini bukan kali pertama saya sahut cabaran tugas berat ini. Dulu pun, selepas drama seram arahan Khabir, Kekasihku Seru 'meletup', saya diminta TV3 menghasilkan Keliwon dan syukur kerana Keliwon berjaya mendapat sambutan baik.

"Dalam soal ini paling utama jalan cerita. Untuk Aliff Firdaus ini kisahnya sudah ada cuma memerlukan sentuhan terbaik. Justeru, saya mendapat idea mewujudkan cerita mengetengahkan nilai kehidupan," katanya.

Menurut Rashid lagi, kerana itu dia menzahirkan watak Haji Madi lakonan Nasir Bilal Khan yang juga bapa kepada Aliff Firdaus (Beego) sebagai lelaki dan ayah yang bersikap terbuka terhadap pilihan anaknya. Paling penting baginya keberkatan dunia dan akhirat.

Sebanyak 26 episod, Rashid berkata dia mengambil kisah Rasullullah SAW dalam menghasilkan jalan cerita Aliff Firdaus sebagai peringatan kepada masyarakat yang semakin leka mencari harta.

"Justeru, di KL (Kuala Lumpur) ini boleh dikatakan warganya kurang nilai kekeluargaan. Ibu bapa sibuk bekerja dan mencari duit untuk anak sehingga ada sesetengahnya mengabaikan keluarga. Anak yang sudah dewasa pun terlupa mereka masih ada ibu bapa.

"Melihatkan situasi ini, sedih dibuatnya. Disebabkan itu, Aliff Firdaus mengguna pakai tema 'kesederhanaan suatu kesempurnaan'. Saya mahu penonton menilai mesejnya," katanya.

Memilih Selangor dan KL sebagai lokasi penggambaran, Rashid berkata dia mengambil risiko menggandingkan Irma Hasmie dan Beego sebagai teraju utama. Ujarnya, ia penting kerana kalau tidak mencuba mana tahu hasilnya.

Selain Irma sebagai Dira dan Beego, barisan pelakon lain Fadhilah Mansor (Hajah Mina), Zed Zaidi (Shahril), Fezrol Khan (Isa), Jasmin Hamid (Siti Khadijah), Kuza, Maria Farida, Khatijah Tan dan Rahim Jailani.

Petikan: cari.com.my

Aliff Firdaus mengisahkan dia mahu mengikut jejak bapanya, Haji Madi melakukan kerja kampung seperti bersawah, menternak kambing dan menjadi imam. Ibunya, Hajah Mina pula mengambil upah menjual kuih.

Anak bongsu daripada lima beradik, hasrat Aliff mendapat tentangan hebat abang dan kakaknya yang masing-masing graduan universiti dan berjaya dalam karier. Along, penjual kereta, Angah (usahawan kedai perabot), Andak (pensyarah) dan Acik (hartanah).

Walaupun hidup senang dan mewah, perasaan mereka berempat bergolak dengan masalah sendiri dan tidak tenteram. Di kampungnya, Aliff jatuh cinta dengan Dira, gadis dari bandar. Menetap bersama ibunya di kampung itu, Dira mengusahakan tadika.

Sejak itu, hubungan Aliff dan Dira rapat. Aliff yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) enggan menyambung pelajarannya. Namun atas nasihat bapa dan kekasihnya, Aliff akhirnya akur.

Berhijrah ke KL dengan hati terluka, Aliff hilang haluan hidup. Adakah Aliff akan terus hanyut dengan keseronokan duniawi? Mampukah dia membezakan antara kesederhanaan hidup dan kemewahan dunia? Bagaimana pula kasihnya pada Dira?



Read more
2

Mari mengenal solat anda..




Sepanjang hari, berapa kalikah anda solat? At least, bagi yg masih menjaga solat fardhunya sehari semalam tentulah 5 waktu, kan? So mari kita buat sedikit kira-kira ilmu hisab.


  • Solat Subuh = 2 rakaat
  • Solat Zuhur = 4 rakaat
  • Solat Asar = 4 rakaat
  • Solat Maghrib = 3 rakaat
  • Solat Isyak = 4 rakaat
Bila kita hitungkan, jumlah rakaat kita sepanjang hari bagi mereka yg menjaga solat fardhunya adalah 17 rakaat.

Setiap kali kita hendak bersolat, kita akan berwudhu. Bermakna at least sehari semalam kita berwudhu sebanyak 5 kali.

Di dalam solat pula kita membaca doa Iftitah. Bermakna at least sehari semalam kita membaca doa Iftitah sebanyak 5 kali. Tahu tak bahawa doa Iftitah yg kita baca setiap solat itu adalah sebenarnya sumpah setia kita kepada Allah swt? Meh kita tengoklah makna bacaan doa Iftitah kita tu. Kalau seumur hidup tak pernah nak amik tahu, at least kali ni sempena membaca blog nie, bacalah sekali untuk seumur hidup anda makna di sebalik doa Ifititah tu ye.

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, Dengan penuh ketundukan tulus dan berserah diri
Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

So, melihat kepada makna doa Iftitah pada bahagian yg sy hitamkan itu, memberi maksud bahawa sehari semalam at least kita bersumpah setia kepada Allah swt bahawa solat kita, seluruh ibadah kita, kehidupan dan saat kematian kita fokus utamanya adalah untuk Allah semata-mata. Jadi, cuba tuan-tuan dan puan-puan serta sy sendiri renungkan. Kita renung kembali hebatkah solat kita sehari-hari yg kita lakukan saban umur kita untuk dihadiahkan kepada Allah swt! Tidakkah kita berasa malu kepada Allah swt kerana kita bersumpah setia kepada Allah bahawa segalanya kita berikan kepada Allah swt, dan selesai sahaja solat hidup kita untuk makan dan ibadah kita untuk mengelakkan dari dikata orang semata?

Itu belum lagi mereka yg secara kecilnya menyekutukan Allah swt. Atau pun yg secara besarnya mempersekutukan-Nya!

Selepas itu mari pula kita renungkan tentang surah al-Fatihah. Tidak ada mana-mana mazhab di dalam Islam yg menafikan al-Fatihah sebagai rukun solat. Tahukah anda bahawa setiap bacaan di dalam al-Fatihah anda itu dijawab oleh Allah swt?

Ayat Ke-2: Segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam
Allah swt menjawab: HambaKu telah memuji akan Aku..

Ayat Ke-3: Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Allah swt menjawab: HambaKu telah menyanjung Aku..

Ayat Ke-4: Yang menguasai hari pembalasan.
Allah swt menjawab: HambaKu telah mengagungkan Aku..

Ayat Ke-5: Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan
Allah swt menjawab: Ini adalah di antara Aku dan hambaKu. Dan hambaKu itu boleh meminta apa sahaja.

Ayat Ke-6 & 7: Tunjukkan kami jalan yang lurus, Jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
Allah swt menjawab: Semuanya itu adalah khusus untuk hambaKu, dan terserlahlah kepadanya apa sahaja yang ia mohon.

Jadi, bila anda membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali di dalam solat sehari semalam itu, cuba ingat-ingatlah bahawa Allah swt sedang menjawab tiap satu ayat yg anda bacakan itu. Itulah sebabnya solat menjadi wadah komunikasi di antara kita dan Allah swt. Saat untuk kita berbual-bual dengan Allah swt dan mengadu kepadaNya.

Kalaulah sebanyak 17 kali kita berbual-bual dengan Allah swt itu tidak memberikan kesan secebis pun kepada hati, sungguh mati keras membatulah hati itu. Melainkan kita tidak pernah ambil tahu tentang makna bacaan dalam solat kita itu.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Agung dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah Maha Mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Oleh itu, renung-renungkanlah solat yang kita kerjakan seharian. Kerana janji Allah swt di dalam al-Quran adalah:

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Dan Allah swt tidak pernah memungkiri janjinya itu. Jika solat yg anda tunaikan tidak membawa anda lebih dekat kepada Allah swt, jangan persoalkan di mana janji Allah swt, tetapi tanyakan kepada diri kita KEMANAKAH PERGINYA JANJI DAN SUMPAH SETIA KITA KEPADA ALLAH SWT.....


p/s:

Out of topic..

Jumaat lepas saya bersolat di Masjid Tanah Rata, Cameron Highlands. Masjid atas bukit. Hehe. Specialnya di hati saya walau pun sy sudah berpindah dari Temerloh ke sini, nama masjid yg sy solat Jumaat tetap sama iaitu Masjid Abu Bakar, Temerloh dan Masjid Abu Bakar, Tanah Rata Cameron Highlands.


Gambar dari luar masjid


Ruang dalam di anjung masjid


Dewan solat utama dan mihrab

Photo credit of: MyMasjid


Yang bestnye, kali pertama sepanjang hidup saya solat Jumaat dengan bacaan Qunut Nazilah. Jarang sy temui masjid yg buat solat Jumaat dengan Qunut Nazilah walaupun ia ada di dalam warisan Nabi Muhammad s.a.w.

Doa Qunut Nazilah:

Terjemahan (Kalau Tak Nampak Yg Kat Atas Tu):

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami letakkan Engkau di batang leher musuh kami, dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka, Ya Allah hancurkan kesatuan mereka, huru-harakan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing-anjing Engkau ke atas mereka. Wahai Tuhan Yang Maha Gagah, Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Gagah Perkasa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan Yang menurunkan al-Quran, Yang menggerakkan awan gemawan, Yang menghancurkan bala tentera al-Ahzab, kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka....









Read more
1

Cuti 6 hari..


Assalamualaikum...

Entri kali ni berkisarkan tentang sambutan Aidiladha yg baru sahaja berlalu. Walau pun menjadi tradisi di Kelantan dan Terengganu yg kononnya sambutan Aidiladha di sana meriah, di negeri Kedah pun sebenarnya tak kurang meriahnya. Kiranya di Kedah sambut sama meriah juga samada Aidilfitri atau Aidiladha kami beraya sakan jugak. Hehe.

Seperti yg sy sebutkan di dalam entri yg sebelum ni, sy mula bercuti Aidiladha semenjak 25 November 2009 hingga hari ni iaitu 30 November. Memang lebih 2 hari dari cuti Aidilfitri sy yg lepas. Hehe. Seronok la jugak balik kampung. Beraya sakan. Tapi baju raya tu tetap la pakai baju raya Aidilfitri yg lepas. Takdok duit la teman nak beli baju baru. Walaupun bazar Aidiladha di Pekan Rabu tu menggamit-gamit mata je. Huhu.

Sy sampai ke Kedah pada 25 November juga. 2 hari sebelum Aidiladha. Keesokan harinya adalah hari Wukuf atau hari Arafah atau di Kedah selalu dipanggil 'Hari Buat Ketupat'. Sebabnya kebanyakan rumah akan buat ketupat palas pada petang hari tu. Termasuklah rumah sy. Walaupun pembuat-pembuat ketupat kat rumah sy tu terdiri dari mereka yg 'profesional' hehe, masa yg diambil adalah 2 jam baru selesai balut. Then merebus pulak dalam 1-2jam juga.

Zaman sekarang ni dah maju. Dulu-dulu teringat la lagi mak sy masak rendang daging untuk makan dengan ketupat. Seminggu sebelum raya tu dah mula siap-siap bahannya. 2 hari sebelum raya tu mula masak. Berkepul-kepul asap dalam rumah. Tapi sekarang ni dah tak masak lagi dah. Beli je. Satu kilogram rendang daging tempatan harganya RM35, rendang ayam rm40, rendang ikan rm30. Jadi kalau beli serba tiga kilo tu dah cukup untuk makan hari raya. Macam tu jugaklah kuih raya. Raya Aidiladha kali ni kuih raya still beli. Hehe. Kuih buat dekat kedai. :-D

Hari raya pertama saya beraya di rumah sebelah pagi. Solat sunat Aidiladha di Masjid al-Irshad di kampung sy. Sebelah tengaharinya solat Jumaat di masjid yg sama. Seingat saya dua kali saja kita beraya pada hari Jumaat. Dulu ada satu kali kita beraya Aidilfitri hari Jumaat, dan kali ni kita beraya Aidiladha pula hari Jumaat. Tahun lepas pula Hajj Akbar sebab wukuf jatuh pd hari Jumaat. Special day berganda.

Sebelah petang lepas solat Jumaat, sy dan family jalan beraya ke Sungai Petani. Makan bihun sup dan macam-macam. Ada pula tu hidangkan cucur udang jadi juadah raya. Uhuk. Apa pun kebanyakan masjid dan surau mengadakan sembelihan korban sebelah petang Aidiladha tu. Kami sekeluarga sampai ke rumah pun lepas Maghrib. Memang penat.

Hari kedua raya kami berjalan-jalan lagi. Pegi Bukit Merah Laketown. Bukan pegi mandi-manda. Tapi pegi melawat Pulau Orang Utan. Huhu. Malaslah nak cerita banyak-banyak. Sapa nak tau, pi sendiri. Sy letak gambar je la ye... hehe..


Sori gambar tak berapa clear.. jurugambar amatur ni..


Atas bot.. anak dara sapa ntah..


Muka takut naik bot.. kehkeh..

Orang Utan ni namanye Mike.. umur 27 thn..

Belakang kandang Orang Utan..

Anak Orang Utan dalam 'Klinik'

Orang Utan lagiiii

Benda ni namanye Basikal Langit.. hehe.. SkyCycle.. :-D

Naik sorang je abg aku.. sebab kalo naik berdua tak larat nak kayuh.. hoho..


Kesimpulannya, hari kedua raya kami raya dgn Orang Utan.. kehkeh.. tahun ni ayah sy berkorban di masjid. So, settle daging korban tu, kami berjalan ke Bukit Merah. Then, hari ke-3 pula kami ke Pokok Sena. Beraya lagi. Kali ni rumah anak jiran. Makan lagi. Dan lagi.. dan lagi.. dan lingkuplah program diet aku untuk ke sekian kalinya.

Hari raya ke-4, abang n akak sy start kerja. And sy drive balik ke Cameron Highlands jam 1 tengahari. Berhenti kejap untuk solat Jama' Taqdim Zuhur n Asar di R&R Gunung Semanggol. Then terus drive sampailah ke Tanah Rata lebih kurang 5.45 petang.

That's all folks. Hehe. Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua. Looking forward for Awal Muharram pulak kot. Hehe. InsyaAllah...

















Read more
3

Selamat Hari Raya Aidiladha


Malam ini aku on-call sekali lagi. InsyaAllah untuk bulan November ini, dah tak ada lagi giliran on-call aku sebab bermula esok, aku amik cuti. Kehkeh. Balas dendam cuti raya Aidilfitri dapat 4 hari saja, aku belasah 6 hari kali ni. Tapi ada sesuatu yg aku masih terasa tak puas hati. Aku terpaksa lagi kerja esok sampai pukul 12 tengah hari. Then barulah aku dapat balik kampung.

Most of the time, org selalu cakap kita perlu bertolak ansur dalam kerja. Dan aku dengan 'bangga'nya rasa diri aku ni dah cukup bertolak ansur dengan rakan sekerja yg lain. Dua weekends berturut-turut aku korbankan cuti rehat hujung minggu aku untuk berkursus sejauh beratus kilometer di Kuantan. Begitu juga hujung minggu pertama bulan ni, aku terpaksa korbankan juga sebab kawan aku ada mesyuarat di Kuantan. Dia tak dapat buat on-call weekend dia, jadi aku la yg terpaksa ambik alih.

At the same time, kerja aku di Jabatan Pesakit Luar pun sama juga. Walau pun Pengarah Hospital menempatkan 3 orang M.O. di sini, hanya aku saja yg betul-betul komited. Kerja 8 pagi sampai 5 petang je pun. Jadi aku rasa tak berbaloi dan tak adil untuk aku curi tulang. Walau pun bunyinya macam aku berbangga diri dan angkut bakul sendiri, tapi ini pendapat aku. 2 lagi M.O. asyik culas je. Kejap ada, kejap lagi dah hilang. Macam chipsmore.

So, aku pun sedar juga bahawa kerjalah semahu aku. Jangan fikirkan apa nak jadi dengan orang lain. Nak curi tulang ke atau tak, yg pasti aku taknak jadi macam diorang. Aku kerja dengan cara aku. In fact, aku tak nak berkira dengan kawan-kawan sekerja aku. Even banyak kali juga diorang minta aku buatkan on-call diorang, aku buat. Baiknya aku.

Dengan harapan suatu masa nanti, bila aku betul-betul perlukan bantuan diorang, ada la sesiapa yg nak bantu aku. InsyaAllah.


Selamat Hari Raya Aidiladha
26 November 2009 = 9 Zulhijjah 1430H = Sunat Puasa
p/s: Jgn tanya aku nape sunat puasa sedangkn di Mekah dah raya... :-)


Read more
7

USD 10


Lama sudah tak menulis di dalam blog ni. Banyak nak cerita pun tapi sifat malas tu menguasai diri untuk menulis. Sekarang ni aku tengah gila main game kat Facebook. Aku main game Farmville, YoVille, Cafe World, Restaurant City, Airline Manager, FishVille, Aquarium dan Rollercoaster. Huhu. Setiap hari aku online Facebook. Kehkehkeh. Time free sikit je aku akan bukak la game-game ni.

Semalam aku oncall. Dekat Emergency Department (ED) semalam ada seorang mat saleh datang. Bukan mat saleh UK ke US. Tapi mat saleh dari negara Poland. Nama dia Krztzyz.. huhu.. cemana nak sebut tu? Dia sebut pun bunyi berangin je. Dia ni datang spital sebab dia sakit perut. Gastrik. Dorang dekat ED tu dah bagi MMT dan Ranitidine. Tapi masih tak jalan jugak. Mat saleh ni masih guling-guling sakit perut. ECG normal. Jadi dorang call lah aku. Cewah.. nak jadi hero jugak.. kehkeh.. takde la.. dorang call sebab aku doktor on-call semalam..

So, aku datang dan tengoklah mat saleh tu. Kesian. So, aku pun cakap "bagi dia IV Omeprazole 40mg stat then T. Omeprazole 20mg BD for 5 days". Arahan tu. Dorang pun pegi farmasi then dapatkan ubat tu. Selepas bagi ubat tu, mat saleh tu dah tak guling-guling dah.. sakitnya dah kurang.. Few minutes later, dia dah jalan-jalan dalam ED tu.. Alhamdulillah.. dah la bahasa omputih dia aku tak berapa faham sangat.

Bila dia nak balik tu, dia ucapkan terima kasih. Then dia panggil la medical assistant (M.A.) aku. Dorang berdua tu menyorok kat satu sudut ED tu. Aku tak amik tau pun la. After mat saleh tu dah balik, M.A. tadi datang kat aku dia hulurkan sekeping note USD10. Aku buat muka pelik. M.A. tu sengih kat aku. Dia kata "Doktor, mat saleh tadi suruh bg kat doktor.." Aku kata "la.. nak watpa duit Amerika ni.. bg la duit Malaysia.." hehe..

Rasa seronok jugak bila tgk visitors rasa happy lepas dapat treatment. At least tak la dia pandang rendah pada kemampuan doktor-doktor Malaysia untuk merawat. Hehe.. Ini cerita betul ye. Kisah benar-benar berlaku. Kalau tak percaya tgklah gambar note USD 10 yg dia bagi aku kat bawah ni. Kalo tak caye jugak, meh umah aku, nanti aku tunjukkan duit tu. Tu la 1st time aku pegang duit Amerika. Jakun siot.. haha..


Read more
1

Pak Arab bersenam..


Sy membuat kerja-kerja kesukaan sy hari ni.. jalan-jalan dalam internet.. melawat blog-blog orang dan cari-cari video lagu yg best dalam Youtube.com.. Arakian dalam dok tengok-tengok video lagu Arab tu, terjumpalah satu tajuk video "Lawak pak lebai".. Saya tertarik.. jadi saya buka. Ingatkan video apa, rupanya video sorang pak lebai Arab nak bersenam.. yg bengongnye, ade ke nak bersenam atas threadmill tu pakai jubah segala.. Tengoklah videonya.. bersedia untuk ketawa pecah perut.. hehe..







p/s: Tiada kaitan untuk menjatuhkan maruah sesiapa.. sekadar hiburan..


Read more
3

Aku mengong..



Kugenggam semilir malam, tika rembulan menari, lalu kumenadahkan, kata cinta nan suci, dan akan kuhembuskannya, tika malam syahdu, kerana dalamnya, kasih sedalam lautan, setinggi mentari, tak mampu digapai, oleh khayalan insani, cuma di naluri..

Katakan bara melecur diri, bisa memercik jalanan luka, dengan selasih balut pedih ngeri, tiada berpaling setia, adalah sejarah jadi saksi, bulan bintang menghangat kasih suci, kita pun terpaut dan bersatu dalam bebayang mimpi berseri..

Kulayarkan asmara, di pelabuhan setia, akan kurentangkan, sang pelangi suci, yang pastinya anggun di hati, bertamu di kalbu...


Desir pasir di padang tandus, segersang pemikiran hati, terkisahku di antara cinta yg rumit, bila keyakinanku datang, kasih bukan sekadar cinta, pengorbanan cinta yang agung, kupertaruhkan..

Maafkan bila ku tak sempurna, cinta ini tak mungkin kucegah, ayat-ayat cinta bercerita, cintaku padamu, bila bahagia mulai menyentuh, seakan kubisa hidup lebih lama, namun harus kutinggalkan cinta ketika ku bersujud..

Waktu bergulir, lambat merantai langkah perjalanan kita, berjuta cerita terukir dalam, menjadi sebuah dilema, mengertikah engkau, perasaanku tak terhapuskan..


Malam menangis, titis embun membasahi mata hatiku, mencuba bertahan di atas puing-puing cinta yg telah rapuh, apa yg kugenggam, tak mudah untuk aku lepaskan..

Aku terlanjur cinta kepadamu, dan telah kuberikan seluruh hatiku, tapi mengapa baru kini kaupertanyakan, cintaku..

Aku pun tak mengerti yg terjadi, apa salah dan kurang ku padamu, kini terlambat sudah untuk dipersalahkan, kerna sekali cinta, aku tetap cinta..


Bertuturlah cinta mengucap satu nama, seindah goresan sabdamu dalam kitabku, cinta yg bertasbih mengutus hati ini, kusandarkan hidup dan matiku padamu..

Bisikan doaku dalam butiran tasbih, kupanjatkan pintaku padaMu Maha Cinta, sudah di ubun-ubun cinta mengusik rasa, tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit..

Ketika cinta bertasbih, nadiku berdenyut merdu, kembang kempis dadaku merangkai butir cinta, garis tangan tergambar tak bisa aku menentang, sujud syukur padaMu atas segala cinta..

Kuyakin cintaku ini, tak bisa melangkah pergi, kaku berdiri di sini, menanti lafaz kasihmu, biar kau akui dan aku kekasihmu..


Gelora asmara tika bersama, bunga mekar seluruh semestanya, mimpi indah kita, bintang berwarna berjanji setia kita, selama di taman cinta..

Cinta tiada akhirnya, membara kekal ke syurgamu, tak usah kau raguiku, sayangku dengarkan kasih, aku milikmu selamanya percayalah..

Kasih antara kita tercipta abadinya, tak mungkin memisahkan aku dan dia, ukir namaku dalam, cintamu selamanya, biar semarakkan kasihmu selalu.....

Tribute to:

Jaclyn Victor ~ Bertamu di kalbu || Cinta tiada akhirnya

Rossa ~ Ayat-ayat Cinta

Rossa dan Pasha (UNGU) ~ Terlanjur Cinta

Melly Goeslow dan Amee ~ Ketika Cinta Bertasbih


Read more
5

Hati




Ingat dah nak abis mood jiwang.. tapi telah berlaku sesuatu yg menyebabkan mood tu still ada.. jadi dengan alasan tu, tak dapat la den nak tukar lagu..

I am really hurt.. deeply wounded that may never heal..


Read more
3

SMS




Pada pagi tadi, aku bangun dengan semangat seperti biasa. Sekarang ni aku kerja pun xde perasaan tertekan dah. Mungkin sebab beban kerja di sini kurang dari Temerloh lah. Apabila aku selesai sahaja mandi pagi tadi dengan keadaan yg sungggggggguh sejuk.. huhu.. aku menerima 3 SMS.. berapa? Tiga.. hehe.

Tau ape isi mesej tu? Tengok kat bawah ni:

TAHNIAH
No. Sim card Anda tlah berjaya memenangi hadiah mingguan/bulan RM 17,000 dr "POWER ROOT" Sila call/telp perkhidmatan: 0128130875
Terima kasih.pw.


Ahaha.. tiga mesej yg sama.. macamlah aku ni bongok sangat.. aku bukannya tak tau taktik nak menipu tu.. ape aku balas balik? Hihi.. (p/s: Anda jgn baca kalau tak tahan.. sebab ayat aku tulis kasar.. kekeke):

Hoi ko ingat aku bangang mcm ko ke?!
Nk menipu cr org lain la..
Aku agen power root la bongok!!
Bodoh btol!!

Huhu.. mesti dia hangin dapat reply dari aku.. padan muka.. nak menipu.. ingat aku pandang sangat ke RM 17,000 tu. Oleh itu, wahai para sahabatku berhati-hati. Kalau korang dapat mesej macam tu, reply la balik.. at least biar membara sikit.. kehkehkeh.. So, beringatlah dengan nombor hp di bawah ini:

017 8109635

0128130875



Read more
5

Entri ntah ape-ape




26 September yg lepas sy menulis sebuah entri tentang sambutan Aidilfitri sy. Dengan penuh semangat pada mulanya, tapi entah apa yg merasuk diri sy; entri tu sy buang. Haha. Panjang wooo entri tu. Sy ingat nak letak beberapa hari lepas sy siap menulis entri tu, tapi sy jadi hilang mood dan menulis sekejap-sekejap saja.

Oleh itu peristiwa-peristiwa yg terjadi semasa sambutan Aidilfitri tahun ni nampaknya tersimpan begitu saja dalam diri saya. Lagi pun tak menarik mana. Oleh itu biarlah rahsia. Hehe.

Rasanya hampir sebulan sy menyepikan diri. Bukan sy tak buka blog ni, tapi sy hanya tak ada mood nak menulis. Kalau ikut nak cerita, tentu banyak sekali cerita sy sebab lepas raya ni banyak betul peristiwa hari ini dalam sejarah yg terjadi. Cuma sy pun dah tak berminat nak menulis. Kehkeh.

Nampak gayanya semakin ramai teman-teman sy yg menutup blog. Atau pun ada juga yg menutup pintu blog mereka. Sesuatu yg agak memeranjatkan apabila kebanyakan blog-blog yg sy selalu lawati sebelum ini mengambil keputusan untuk menutup pintu kepada pelawat diam (silent visitors) macam sy ini. Itu hak mereka.

Sy tak ada plan menulis kali ini. Apa sahaja yg terlintas di dalam kepala, itulah yg sy akan tulis. Hurm.. sy tukar lagu layout yg jiwang kali ini. Liriknya mcm pelik, tapi terasa dekat di hati ini. InsyaAllah bila mood jiwang ni abis, sy tukar lagi layout music blog buruk ni. Huhu.

Well.. seberapa banyak agaknya rasa cinta yg masih tertinggal di dalam hati, bila terlalu banyak peristiwa yg mematikan hati? Tapi, bak kata lirik lagu ini, karena sekali cinta; aku tetap cinta. InsyaAllah.

Sy berjalan-jalan cuci mata di blog bakal kakak ipar (sila lawat beramai-ramai ye.. huhu) malam ini. Blog dia pun dah bersarang labah. Termasuklah blog abang sy. Rupanya penyakit 'M' ni berjangkit juga ya. Well, sekurang-kurangnya sy rajin skiiiiit dari depa berdua. Sebab sy dah update blog sy pada malam ini.. hihi.. blog yg 'seorang' tu dah berkurun takde update. Jangankan nak update, tak open pun.

Ermm bosannye.. cikgu Zaid pun dah sibuk sekarang ni. Jarang sangat dh dia update blog dia. Kalau tak, boleh jugak sy melawat dan mengkomen. Ni entri lama dia pun tak bertukar baru lagi. Blog-blog lain yg dulu sy lawat, sy dah tak nak lawat lagi. Sesungguhnya silent visitors mcm sy ni tidak dihargai. Uhuk.. merajuk nih.. Kehkehkeh..

Eh.. sy terjumpa satu entri dari blog ni http://cintagila.blogspot.com/:

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab -

Aha.. panjang dak entri sy kali ni.. kreatif sungguh tuan rumah ni.. 'kopi n pes' dari blog org. Haha.. mendalam betul entri atas tu. Sy pun tak berapa nak faham. Huhu.. Tapi bahagian kesimpulan tu yg sempoi.. kata-kata Saidina Umar tu.

p/s 1: Ini bukan blog cinta.. tapi sesekali tersasul.. :-P

p/s 2: Aku terasa terlebih jiwanglah malam ni.. kekeke..




Read more
3

Emo Raya.. huhu


Saya berjalan-jalan di blog-blog teman saya malam tadi. Sambil berchatting di YM. Saya dapati bukan sahaja dunia realiti kita sedang hangat nak beraya, tetapi laman-laman blog kita juga terkena serangan virus raya ni. Hampir semua teman-teman saya mengupdate blog dgn entri kad raya maya Aidilfitri. Termasuklah Cikgu Zaid, Ukhti Hasni dan beberapa lagi teman saya.

Oleh kerana saya ni rabun ICT sikit, maka saya mengambil jalan mudah iaitu 'copy n paste' aje kad raya maya yg melambak dalam internet tu. Hehehe. Hasilnya adalah seperti di atas. Kekekeke. Maka dengan bangganya saya mengirimkan kad raya itu kepada semua teman bloggers yg berada di semerata pelusuk tanah airku dan tanah air orang lain. Mudah-mudahan Aidilfitri yg bakal tiba ni memberikan kita lebih banyak makna dan masa berharga untuk dihabiskan bersama. Untuk Cikgu Zaid, jgn makan banyak sangat ketupat palas tu. Kembung perut. Haha. Untuk Shye yg nak beraya di Pulau Pinang tu selamat beraya. Untuk Ukhti Hasni juga selamat beraya di Muor.. hehe..

Semalam juga saya terbaca artikel di dalam sebuah akhbar tempatan berkenaan usaha Malaysia untuk mengumpulkan dana bagi membantu rakyat Indonesia yg ditimpa bencana gempa bumi baru-baru ini. Selang beberapa muka surat dari situ, terselit pula berita tentang kesempitan yg dilalui oleh teman-teman Malaysia di sana kerana gerakan 'Menyapu Malaysia' a.k.a Sweeping Malaysia. Hmmm..

Teringatlah saya akan kata-kata seorang Ustaz ketika saya belajar di sekolah menengah dulu. Ustaz saya kata, orang kita ni dikurniakan dgn hati yg sangat lembut dan pengasih (walau pun sebenarnya ada juga yg berhati jahat). Ustaz saya kata jika kita tanya orang-orang Arab tentang orang Melayu di sini, jawapan mereka adalah "Ahsanul insan fil 'aalamin'. Tau ape maknanya? "Sebaik-baik manusia di seluruh alam!" Huhu.

Menunjukkan betapa baiknya kita ni. Even dengan isu Sweeping Malaysia ni pun, kita masih ada rasa utk mengumpul dana bantuan gempa bumi untuk mereka. Andai kiranya kita di dalam kesusahan, apakah mereka akan membantu kita juga jika mereka berada 'di dalam kasut kita'? Wallahua'lam. Bukan mengapi-apikan sesiapa, tetapi renungilah sendiri dan fahamilah. Mudah-mudahan Aidilfitri ini menyatukan kita kembali serumpun. InsyaAllah..

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin..








Read more
3

Tahajjud Cinta





Semalam sempat saya berchatting di YM bersama dengan teman saya bakal cikgu Math dari Kelantan. Hehe. Mesti kembang hidung cikgu Zaid kite kali pertama nama dia disebut di dalam blog yg aman damai nie. Kekeke. Jangan marah ye Zaid.. Melihatkan tajuk entri kali ini iaitu Tahajjud Cinta; bukan saya nak promosikan novel Tahajud Cinta karya Muhammad El Natsir itu, tetapi sebuah album pop da'wah kontemporari buah tangan Dato' Siti Nurhaliza kita.

Dilancarkan pada tarikh special 090909. Album Tahajjud Cinta mengabadikan beberapa karya malar segar seperti Selawat dan Ya Rasulullah di samping menghidangkan telinga anda dengan karya-karya baru yg cukup menyentuh hati. Kesian cikgu Zaid semalam dia promote kat saya album nie. Memandangkan dia tengah suka-suka nak balik kampung, maka sy pun dengan rendah hati mengaku saya tak dengar lagi album ini. Jadi dia pun teruja lah sikit. Konon dia yg lebih awal dengar. Kekeke. Sebenarnya cikgu, saya dah dengar semua 8 lagu dalam album ni sebelum cikgu promote lagi.. Hehe.

Antara lagu yg saya sangat gemari adalah yg sedang berkumandang di corong telinga anda iaitu Pintu Rindu. Melodinya diambil dari melodi zikir munajat. Bagi yg pernah join aktiviti zikir munajat masa sekolah ke, masa universiti ke sy pasti mesti terkesan yg melodi ini melodi zikir munajat. Walau bagaimana pun, kredit patut diberikan kepada Dato' Siti Nurhaliza sendiri yg mengalunkannya dengan cukup baik. Cuma kemungkinan agak janggal apabila anda mendengar Dato' Siti Nurhaliza menyebut beberapa kalimah Arab di dalam lirik album ini. Loghat Melayunya masih ada. Hehe.


Perjalanan semakin sukar dan panjang untuk mengenal dan mencari diri,meski jalan lurus tiada berbelok namun simpang akhir tak ku temui ,ingin sekali menyentuh Pintu Rindu meski yang ku ketuk adalah rahsiaNYA sebagaimana Batas Asaku meronta –ronta untuk menjengah ke dalam mencari makna yang hakiki. Ku Percaya Ada Cinta yang bertandang menerpa umatmu Ya Rasulullah dengan Selawat kalimah indah syahdu Asma Ul Husna menyapa hingga ke ruang hati yang paling sunyi.Tahajjud cinta menjadi saksi Ketika Cinta memanggil seluruh imanku untuk mendekatiMu ya Ilahi...

Pintu Rindu
Dato' Siti Nurhaliza

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..

Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..

Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa
Sedang kau dekat di pinggir jiwa..
Sedang kau dekat di pinggir jiwa..

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..

Hidup matiku hanya untukmu..


Read more
3

Salam Aidilfitri

Ramadhan 1430H bagi saya bukanlah Ramadhan yg biasa seperti tahun-tahun lepas. Ramadhan kali ini pada saya sangat memberikan makna mendalam. Banyak peristiwa berlaku dan banyak juga ujian Allah swt yg disampaikan kepada saya. Kiranya tidak perlu saya susun satu per satu peristiwa dan ujian itu, tetapi cukuplah saya katakan hati sy amat terkesan dengan Ramadhan kali ini.

Mudah-mudahan puasa sy dan anda semua diterima Allah swt dan mendapat ganjaran yg setimpalnya. Benarlah janji Allah swt bahawa puasa mengajar kita lebih mengenal diri kita sendiri dan mengenali Yang Menciptakan diri kita. Setelah begitu lama saya membaca ayat-ayat al-Quran yg mengulang-ulang bahawa puasa itu matlamatnya taqwa; barulah hari ini saya rasakan.

Sesungguhnya menjadi manusia biasa yg tidak punya apa-apa di atas muka bumi Allah ini; memberikan kita begitu banyak peluang untuk diuji. Hanya kita sendirilah yg perlu bermuhasabah untuk menanggapi ujian-ujian itu sebagai rahmat atau sebaliknya. Hebatnya kasih sayang Allah swt kepada kita tidak terbayangkan. Sehinggakan kita mampu tenggelam dalam rasa sayang Allah itu.

Bila kita sedari di mana letaknya diri kita, maka kita juga akan sedari bahawa apa sahaja ujian dari Allah swt adalah sebuah tanda manifestasi cinta Allah swt kepada hambaNya yg diuji. Kalaulah kita menerima ujian dgn redha, maka hati kita akan menjadi semakin kuat dan semakin dekat pada-Nya. Sy juga merasakan sebegitu. Tabahlah. Redhalah apa sahaja yg ditentukan Allah swt. Sabar di dalam redha itu amat sukar untuk sy lakukan, tetapi bila sy berjaya melakukannya hanya sekali sahaja kesannya merubah hidup saya secara signifikan.

Apa pun, kesimpulannya Ramadhan kali ini membawa terlalu banyak kenangan untuk diri saya ingati sampai mati. Ramadhan kali ini benar-benar rahmat dari Allah swt yg tidak terbanding nilainya.

Aidilfitri yg akan tiba ini membuat sy rs sedih untuk berpisah dgn Ramadhan ini. Kerana jika saya diberi masa, mahu sahaja seluruh hidup saya berada di dalam Ramadhan. Sy tidak berkira-kira untuk menyambut Aidilfitri dgn extra-meriah. Tetapi sederhana sudah memadai. Asalkan kesan tarbiyah Ramadhan yg sy terima itu tetap subur di dalam hati ini.

Bersempena Aidilfitri ini, sy ucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Berbahagialah dengan secebis kekurangan, kerana ia mengajar kita erti berusaha. Tetapi berwaspadalah dengan kelebihan, kerana ia juga mengajar kita erti tamak dan ammarah...


Read more
4

Bosan

Sebenarnya di malam-malam akhir Ramadhan ni sepatutnya sy melipatgandakan amalan untuk merebut keistimewaan Ramadhan yg masih berbaki. Tapi sebaliknya saya sibuk menulis blog dan membaca blog-blog orang lain. Uhuk..

Saya ada banyak perkara yg tersimpan di dalam cerebrum otak saya. Cuma saya tak berkesempatan untuk menyusunnya supaya teratur dan mengikut urutan keperluannya. Saya sudah tidak mahu lagi meluahkan apa-apa di sini kerana akhirnya sy juga yg dipersalahkan. Saya akan hanya meniti hari-hari yg berlalu mengikut plan dari-Nya. Apa pun yg nak jadi, sy akan memaksa diri saya untuk redha. Redah je.

Saya sudah penat untuk berfikir dan menimbangtara kehidupan saya. Mulai dari saat dan ketika ini.. saya pasrahkan kepada Allah swt...


p/s: Selamat hari raya Aidilfitri.. Eid Mubarak..
Read more
0

Nostalgia Nuzul Quran


Pejam celik pejam celik kita sudah pun berada di hujung sepuluh yg kedua Ramadhan. InsyaAllah kita akan menyambut Nuzul al-Quran 1430H esok. Bermakna Ramadhan yg kita nikmati tahun ini sudah pun mula menginjak ke sepuluh yg terakhir. Dan akhirnya nanti Ramadhan ini akan berlalu meninggalkan kita semua. Samada kita berjaya menghadapi Ramadhan ini atau kita gagal, ia tetap akan pergi jua. Oh.. sedihnye..

Bercakap pasal Nuzul al-Quran, teringat pula zaman belajar dulu-dulu. Kalau di sepuluh yg akhir Ramadhan di kampus dulu, kami semakin sibuk membuat persiapan untuk sebuah majlis tahunan yg besar peringkat fakulti. Majlis Iftar Agung, Khatam al-Quran dan Nuzul al-Quran. Sebuah majlis yg disambut secara serentak. Cukup meriah dengan majlis khatam al-Quran bermula selepas Asar, diikuti dengan majlis iftar (berbuka puasa) besar-besaran dan seterusnya diteruskan pula dengan solat fardhu Maghrib, Isyak dan Sunat Tarawih beramai-ramai di Auditorium fakulti. Kemudian selesai tarawih pula ceramah Nuzul al_Quran dan diakhiri dengan moreh beramai-ramai.

Bila tiba saja tarikh majlis itu berlangsung bermakna kami dah berada di permulaan cuti Aidilfitri di mana majlis akan diadakan beberapa hari sebelum bermula cuti Aidilfitri. Hurm.. nostalgia betul..

Untuk kenangan, sy paparkan gambar-gambar nostalgia saya ketika menguruskan majlis tersebut buat kali terakhir pada 2006.. Jom tengok.. :-)


Solat di dalam Auditorium A, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan



Majlis Iftar Agung bersama Tan Sri Prof. Datu Dr Hj Mohamad Taha Arif (Dekan, berbaju Melayu putih), Professor Madya Dr Ahmad Hatta Rasid (Timbalan Dekan, berbaju Melayu maroon)


Jemaah yg bersama-sama berbuka puasa termasuk rakan-rakan dari non-muslim. Muslim buka puasa, non muslim taktau lah buka apa..




p/s: Sebenarnya banyak lagi gambarnye, tapi dah tak tau simpan di mana.. Selamat menyambut Nuzul Quran buat semua..




Read more
4

Lagu Tema Jejak Rasul 2009 - Sirah Anbiya







Sami Yusuf
Asma Allah


Argh.. I'm addicted to this song.. uhuk..
Just listen to the whole song.. at the 2nd half of the song you will listen to the part used as our Jejak Rasul - Sirah Anbiya theme song..




Read more
5

Kenapa aku penat kerja?




Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang. 1.3 juta pula adalah golongan kanak² bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang. Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, universiti dll).

Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja. Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja. Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.

Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.... Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS, orang² tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.... Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah AKU sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... mana aku tak letih!!



p/s: Gambar Doraemon tu takde kaitan ape-ape..


Read more
0

Uhu...



Untuk pertama kalinya semenjak berpindah keluar dari kediaman pegawai perubatan hospital, saya menunaikan solat sunat Tarawih di masjid. Tahun lepas di surau kediaman saja. Itu pun tak mampu seluruh 30 malam kerana saya on-call saja sudah berapa malam. Tinggal separuh bulan saja. Tolak malam-malam yg saya terlalu penat nak turun berjemaah, maka adalah beberapa malam sahaja tarawih tertunai dengan sempurna.

Sedihkan. Kerja macam ni tak dapat menjanjikan suasana pesta ibadah di dalam hatimu. Seandainya saya menumpukan kepada ibadah khusus semata-mata di bulan ini, sudah pasti golongan kami lah yg paling tercorot. Tapi bila diingatkan yg kerja juga termasuk di dalam kategori ibadah umum, maka hati terasa lega sikit. Moga-moga Allah swt kira sekali. :-)

Semalam saya menunaikan solat sunat Tarawih di Masjid Abu Bakar, Temerloh. Di sini solat tarawih ditunaikan sebanyak 20 rakaat dengan 3 rakaat witr. Surah dibaca dari juzuk pertama al-Quran. Tak terlalu laju, dan tak terlalu lambat. Solat selesai sepenuhnya jam 1040 malam.


Read more
0

Rehat






Solat Sunat Tarawih Dari Masjidil Haram, Mekkah al-Mukarramah

Malam Pertama:

Sepuluh raka'at pertama
Imam: Sheikh Abdullah 'Awwad al-Juhany



Sepuluh raka'at kedua dan tiga raka'at Solat Witr
Imam: Sheikh Abdurrahman as-Sudais



Salam Ramadhan al-Mubarak
Read more