Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Sudah berjanji




Memetik mutiara dari warisan Rasulullah s.a.w. yg amat berharga:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Saya mengutarakan hadith di atas dengan tujuan hendak memujuk hati seorang 'cikgu' yg 'merajuk' (hehe) sebab sy tidak memaklumkan kepada beliau tentang majlis pertunangan sy. Harap-harap dia baca blog ni. Hehe. Dan harapnya dia mai kenduri saya nanti. Atas sebab berpegang kepada sunnah itulah sy tidak memaklumkan kepada sesiapa tentang majlis sy. Kerana sebaiknya kita meniti di atas jalan yg telah diturap oleh Rasulullah s.a.w. apabila hendak melakukan sesuatu. :-)

Saya bukanlah seorang yg alim dari sudut agama. Bahkan sy pun tidak mengambil jurusan agama ketika di universiti dulu, tetapi saya berharap agar diberikan kekuatan untuk mengamalkan agama ini walaupun sekadar yg wajib-wajib. Tetapi, hadith di atas memang sudah lama tersemat di dalam serebrum otak saya semenjak sekolah menengah lagi. Jadi, setiap kali ada sesiapa yg bertunang tu, kadangkala sy titipkan juga hadith itu untuk ingatan.

Bukan bermakna bahawa Nabi s.a.w. menganjurkan dirahsiakan pertunangan itu, maka kita hendaklah buat majlis di dalam gua. Huhu. Tetapi cukup sekadar yg diketahui adalah saudara mara. Kerana mereka adalah pertahanan utama setiap keluarga. Kemudian, sekiranya ada sedikit perkongsian dgn teman-teman rapat itu tidak menjadi salahnya. Yang tidak digalakkan adalah membuat pengumuman seperti majlis pernikahan atau kenduri kahwin.

Pertunangan adalah suatu perjanjian tidak termati setem dan tidak bertulis antara dua keluarga untuk menyatukan dua hati. Ia bukanlah tiket bahawa 100% 'confirm' itulah dia teman hidupnya. Kerana percaturan kita setakat yg realiti, sedang percaturan Allah s.w.t. itu adalah percaturan yg amat rapi dan teliti serta amat menyeluruh. Tiada siapa tahu dengan siapakah teman hidup kita walaupun sudah bertunang. Tetapi, pertunangan itu menjadi tanda kepada insan lain bahawa kita berjanji atas nama Allah s.w.t. bahawa sekiranya di'mati setem'kan Allah s.w.t. maka dialah yg menjadi peneman hidup kita.

Sudah menjadi lumrah di alam maya ini, ada hati yg bersih dan hati yg kotor. Hati yg bersih akan bahagia jika melihat insan lain bahagia. Sedang hati yg kotor itu menjadi lebih kotor dan hasad apabila melihat insan lain bahagia. Sebab itu jugalah Islam menyarankan bahawa tidak diheboh-hebohkan. Kerana perbuatan khianat manusia boleh menabur onar terhadap ikatan janji yg terikat di dalam hati itu.

Demikian Islam membuat saranan sebegitu, tidak juga Islam melarang sehingga pertunangan itu tidak langsung diketahui orang. Kerana di dalam sebuah hadith yg lain, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Nabi s.a.w. melarang membeli sebahagian daripada kamu akan (belian) orang lain dan melarang seorang lelaki meminang ke atas pinangan saudaranya sehingga peminang (pertama) meninggalkan (menolak) sebelumnya atau memberi izin dari peminang (yang pertama) bagi dirinya (peminang kedua)"
(Hadith riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari; Bab an-Nikah melalui Ibnu Juraih daripada Ibnu Umar)

Ulama bersepakat bahawa berdasarkan nas yg sangat jelas ini, haramlah peminangan seorang lelaki ke atas tunangan seorang lelaki yg lain selagi syarat-syarat di bawah termeterai:

  • Pinangan pertama terjadi dahulu. Jika lelaki pertama hanya berniat sekadar berkenalan tanpa ada niat untuk bernikah maka lelaki kedua boleh meminang wanita tersebut; kerana di dalam konteks ini pertunangan tidak berlaku antara lelaki pertama dan wanita
  • Pinangan pertama itu diharuskan syara'. Sebagai contoh wanita yg ditalakkan bekas suaminya yg masih di dalam 'Iddah, masih haram dipinang dan jika dipinangkan pun tidak berlaku pertunangan kerana masih ada larangan syar'ie ke atas wanita itu
  • Pinangan pertama itu masih 'valid'. Maksudnya adalah pertunangan itu masih terjadi dan berkekalan. Sebagai contoh, jika tunang lelakinya itu meninggal dunia dalam tempoh pertunangan maka haruslah lelaki kedua untuk menghantar rombongan 'cik kiah' nya untuk meminang kerana pertunangan pertama itu sudah terlerai dengan kembalinya ke Rahmatullah tunang lelaki yg pertama itu
  • Lelaki kedua itu mengetahui akan hukum haram meminang ke atas tunangan lelaki lain. Tetapi janganlah pula ada yg buat-buat bongok macam tak tahu hukum ini. Kerana dalam PAFA bab Nikah sudah ada diajarkan zaman sekolah menengah dulu ye. Lain la kalau tak sekolah.
  • Wanita itu menerima lamaran lelaki pertama dan walinya menerima peminangan lelaki pertama itu.

Oleh itu, pandai-pandailah kita menjaga pertunangan agar sentiasa berada di atas landasan yg telah dibina Nabi s.a.w. Dan sebelum saya akhiri entri hari ini, ingin saya tegaskan di sini bahawa antara sy dan tunang sy:

  1. Pinangan pertama telah terjadi
  2. Pinangan pertama itu diharuskan syara'
  3. Pinangan pertama itu masih valid ye
  4. Lelaki lain semua mesti tau akan keharaman meminang tunang orang lain. Kalau tak tau meh sini nak sekeh..
  5. Tunang sy menerima lamaran sy dan walinya a.k.a bakal bapa mertuaku sudah menerima peminanganku.
Oleh itu, ingatlah wahai saudara-saudara sekelian bahawa HARAM hukumnya meminang tunang sy itu. Hehehe. Sebaiknya, doakanlah agar perjanjian kami ini diberkati Allah s.w.t. dan dimeteraikan dengan ikatan nikah. Doakan juga kebahagiaan kami untuk selamanya dari dunia hingga ke syurga Allah s.w.t. InsyaAllah.




p/s: Cikgu Zaid dpt posting mana? hehe.. tekeluaq tajok sket..



Bookmark and Share

7 comments:

MuHaMMaD86 said...

hahaha

tiba2 merasa diri ni sgguh glamer

eh,mana ada dr...xmerajuk pn cuma terkejut ja...first time sy tgk sy confused coz sy xdpt cam dua2 tunangan 2...

si lelakinya berjanggut,nmpk hensem
si perempuanya,nmpk sdkt berubah dr apa yg pnh dilihat

hurm...akhirnya...syukur coz byk yg sy tau ttg phbgn anda berdua

si lelaki hensem 2 malu2 utk mengaku wlpn yg menanya ialah wartawan

apa2pn sy doakn selamat smpai ke tarikh pernikahan anda berdua

insyallah klu xdak apa2,sy p la nnt kndri 2

p/s:xtau g dr...myb esok lusa kot...nnt sy tau sy buat posting psl ni ok

Fahmi Shukur said...

kehkehkeh..

bukan malu2 cikgu.. saja wat2 malu ja.. haha

p/s: trasa diriku begitu hensem.. hehe.. kerana diriku begitu berharga.. v(-o-)v

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

lawanya....
hmm...semoga berjaya menuju dihari ijab kabul dan berbahagia berumahtangga hingga ke akhirat.

Wan Syahida said...

Tahniah yer Fahmi dan Za...

Semoga pertunangan ini terjaga sehinggalah terucapnya ijab dan kabul, dan semoga berterusan jodoh anda berdua sehinggalah ke alam syurga...

Finally :-). Hope both of u are happy and blessed always.

P/s : Za, kalau za baca nie, haii lama tak dengar khabor. tahniah za!!

IN-faz said...
This comment has been removed by the author.
IN-faz said...

salam...
mutiara kata Rasullulah s.a.w y sgt menarik...
sy turut "memetiknya" utk dmuatkan d dlm blog sy sbg peringatan d hari mendatang...

well, walau dh tlewat...
tahniah dan selamat bertunang...

kapten said...

salam..tahniah dr meow dan noza. semoga sampai ke jinjang pelamin. ameen. Terima kasih diatas mutiara ilmu yang berguna... :-)

Post a Comment