Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Mari mengenal solat anda..




Sepanjang hari, berapa kalikah anda solat? At least, bagi yg masih menjaga solat fardhunya sehari semalam tentulah 5 waktu, kan? So mari kita buat sedikit kira-kira ilmu hisab.


  • Solat Subuh = 2 rakaat
  • Solat Zuhur = 4 rakaat
  • Solat Asar = 4 rakaat
  • Solat Maghrib = 3 rakaat
  • Solat Isyak = 4 rakaat
Bila kita hitungkan, jumlah rakaat kita sepanjang hari bagi mereka yg menjaga solat fardhunya adalah 17 rakaat.

Setiap kali kita hendak bersolat, kita akan berwudhu. Bermakna at least sehari semalam kita berwudhu sebanyak 5 kali.

Di dalam solat pula kita membaca doa Iftitah. Bermakna at least sehari semalam kita membaca doa Iftitah sebanyak 5 kali. Tahu tak bahawa doa Iftitah yg kita baca setiap solat itu adalah sebenarnya sumpah setia kita kepada Allah swt? Meh kita tengoklah makna bacaan doa Iftitah kita tu. Kalau seumur hidup tak pernah nak amik tahu, at least kali ni sempena membaca blog nie, bacalah sekali untuk seumur hidup anda makna di sebalik doa Ifititah tu ye.

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, Dengan penuh ketundukan tulus dan berserah diri
Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

So, melihat kepada makna doa Iftitah pada bahagian yg sy hitamkan itu, memberi maksud bahawa sehari semalam at least kita bersumpah setia kepada Allah swt bahawa solat kita, seluruh ibadah kita, kehidupan dan saat kematian kita fokus utamanya adalah untuk Allah semata-mata. Jadi, cuba tuan-tuan dan puan-puan serta sy sendiri renungkan. Kita renung kembali hebatkah solat kita sehari-hari yg kita lakukan saban umur kita untuk dihadiahkan kepada Allah swt! Tidakkah kita berasa malu kepada Allah swt kerana kita bersumpah setia kepada Allah bahawa segalanya kita berikan kepada Allah swt, dan selesai sahaja solat hidup kita untuk makan dan ibadah kita untuk mengelakkan dari dikata orang semata?

Itu belum lagi mereka yg secara kecilnya menyekutukan Allah swt. Atau pun yg secara besarnya mempersekutukan-Nya!

Selepas itu mari pula kita renungkan tentang surah al-Fatihah. Tidak ada mana-mana mazhab di dalam Islam yg menafikan al-Fatihah sebagai rukun solat. Tahukah anda bahawa setiap bacaan di dalam al-Fatihah anda itu dijawab oleh Allah swt?

Ayat Ke-2: Segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam
Allah swt menjawab: HambaKu telah memuji akan Aku..

Ayat Ke-3: Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Allah swt menjawab: HambaKu telah menyanjung Aku..

Ayat Ke-4: Yang menguasai hari pembalasan.
Allah swt menjawab: HambaKu telah mengagungkan Aku..

Ayat Ke-5: Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan
Allah swt menjawab: Ini adalah di antara Aku dan hambaKu. Dan hambaKu itu boleh meminta apa sahaja.

Ayat Ke-6 & 7: Tunjukkan kami jalan yang lurus, Jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
Allah swt menjawab: Semuanya itu adalah khusus untuk hambaKu, dan terserlahlah kepadanya apa sahaja yang ia mohon.

Jadi, bila anda membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali di dalam solat sehari semalam itu, cuba ingat-ingatlah bahawa Allah swt sedang menjawab tiap satu ayat yg anda bacakan itu. Itulah sebabnya solat menjadi wadah komunikasi di antara kita dan Allah swt. Saat untuk kita berbual-bual dengan Allah swt dan mengadu kepadaNya.

Kalaulah sebanyak 17 kali kita berbual-bual dengan Allah swt itu tidak memberikan kesan secebis pun kepada hati, sungguh mati keras membatulah hati itu. Melainkan kita tidak pernah ambil tahu tentang makna bacaan dalam solat kita itu.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Agung dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah Maha Mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Oleh itu, renung-renungkanlah solat yang kita kerjakan seharian. Kerana janji Allah swt di dalam al-Quran adalah:

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Dan Allah swt tidak pernah memungkiri janjinya itu. Jika solat yg anda tunaikan tidak membawa anda lebih dekat kepada Allah swt, jangan persoalkan di mana janji Allah swt, tetapi tanyakan kepada diri kita KEMANAKAH PERGINYA JANJI DAN SUMPAH SETIA KITA KEPADA ALLAH SWT.....


p/s:

Out of topic..

Jumaat lepas saya bersolat di Masjid Tanah Rata, Cameron Highlands. Masjid atas bukit. Hehe. Specialnya di hati saya walau pun sy sudah berpindah dari Temerloh ke sini, nama masjid yg sy solat Jumaat tetap sama iaitu Masjid Abu Bakar, Temerloh dan Masjid Abu Bakar, Tanah Rata Cameron Highlands.


Gambar dari luar masjid


Ruang dalam di anjung masjid


Dewan solat utama dan mihrab

Photo credit of: MyMasjid


Yang bestnye, kali pertama sepanjang hidup saya solat Jumaat dengan bacaan Qunut Nazilah. Jarang sy temui masjid yg buat solat Jumaat dengan Qunut Nazilah walaupun ia ada di dalam warisan Nabi Muhammad s.a.w.

Doa Qunut Nazilah:

Terjemahan (Kalau Tak Nampak Yg Kat Atas Tu):

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami letakkan Engkau di batang leher musuh kami, dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka, Ya Allah hancurkan kesatuan mereka, huru-harakan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing-anjing Engkau ke atas mereka. Wahai Tuhan Yang Maha Gagah, Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Gagah Perkasa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan Yang menurunkan al-Quran, Yang menggerakkan awan gemawan, Yang menghancurkan bala tentera al-Ahzab, kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka....










Bookmark and Share

2 comments:

MuHaMMaD86 said...

akhirnya dpt juga komen

sy akui solat saya byk cacat celanya...apakah Allah SWT akan terima solat sy...harap2nya

persoalan psl khusyuk mnjd masalahnya

apa2pn sy akn buat terbaik...kn cr ilmu lg,seiring peningkatan usia...apa2pn sy bsyukur dilahirkn utk mengingatiNYA...alhamdulilah

p/s:nnt ltak nama anak dr Abu Bakar la..hehehe

Fahmi Shukur said...

Apa kata cikgu letak nama anak cikgu tu Abu Bakar.. hehehe..

Post a Comment