Related Posts with Thumbnails
RSS
email
0

Salam 2012

Selamat tahun baru 2012..

Sudah genap seminggu kita berada di tahun baru ni. Dan usia kita pula bergerak mendekati saat perpisahan yg kekal abadi. Saya teringat pesan seorang ustaz bahawa tatkala kita menyambut tahun baru, beza antara orang Islam dan bukan Islam adalah pada hatinya. Orang bukan gembira dan berpesta. Sedangkan umat Islam sepatutnya berasa sedih dan takut kepada Allah swt. Kerana apabila masuk tahun baru, bermakna usia kita sudah berganjak setahun lagi menghampiri ke detik kematian kita. Atau dalam erti kata lain usia kita sudah berkurang lagi setahun.

Saya berasa sudah sampai masanya (atau sebenarnya sepatutnya sejak dulu lagi) sambutan tahun baru itu diubah. Dari berpesta besar-besaran dengan bunga api dan hiburan berlebih-lebihan; apa kata diadakan solat hajat dan bacaan Yasin dan zikrullah. Seperti yg diadakan di Shah Alam baru-baru ini. Walau pun ia inisiatif dari kerajaan Pembangkang; sayugia benda baik sebegini diperluaskan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri-negeri lain. Mudah-mudahan tahun depan la kot.

Bila masuk tahun baru, ramai bercakap pasal azam tahun baru. Jujur saya katakan setiap kali masuk tahun baru, saya tidak memasang sebarang azam. Kerana pada saya, saya berazam pada bila-bila masa diperlukan oleh saya. Tapi baik juga ada azam, kerana ada matlamat yg nak dituju untuk tahun baru. Namun bagi orang Islam, azam kita sudah ada diperintahkan oleh Allah swt. Cuma perlu buka al-Quran dan telusuri betapa banyak azam yg perlu ditunaikan oleh umat Islam.

Entri lepas saya ada cerita pasal henfon saya yg masuk air laut rasanya. Sudah hantar ke Nokia centre; malangnya henfon itu sudah nazak dan tidak dapat diselamatkan oleh pakar-pakar Nokia sekalipun. Maka berakhirlah riwayat henfon saya tu termasuklah gambar-gambar percutian kami di Pangkor yg ada di dalam henfon itu. Sabar je lah.

Tahun 2012 hospital tempat saya bekerja sedang berusaha ke arah akreditasi oleh Malaysian Society of Quality in Health (MSQH). Akreditasi ini penting untuk menilai kualiti perkhidmatan yg diberikan. Dalam Malaysia ni tak banyak hospital yang mendapat akreditasi ini. So, kalau hospital saya dapat pengiktirafan, bermakna satu privilege lah.

Saya hadiri mesyuarat Pegawai-pegawai Perubatan baru-baru ni. Hospital saya dikritik kerana kadar pengisian katil (Bed Occupancy Rate = BOR) kami yang rendah. Serta kadar keluar hospital atas risiko sendiri (At Own Risk Discharge = AOR Discharge) yg tinggi. Bos saya kata kalau BOR rendah dan AOR yang tinggi bermakna hospital ini tak ada pesakit yg nak datang. Itulah impression di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang juga.

Saya rasa itu adalah kelemahan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia di peringkat atasan! Mereka suka menilai sesuatu berdasarkan nombor. Sedang alasan yang menyebabkannya tidak dianalisa pun. Sedangkan realitinya di sini, terlalu ramai pelawat yg masuk wad. Dah tentulah mereka tak mahu tinggal lama di wad. Kebanyakannya mahu tinggal dalam beberapa hari sahaja dan kemudian mahu pulang ke tempat asal mereka.

Banyak lagi isu pentadbiran yang timbul. Dan oleh kerana kami bergerak ke arah akreditasi, maka semua pegawai perubatan mendapat kerja baru iaitu menjaga unit-unit tertentu di hospital di samping tugas hakiki sebagai doktor. Dan Allah swt menetapkan saya mendapat tugas sebagai:

  1. Pegawai Perubatan Menjaga Wad Lelaki dan Wanita
  2. Pegawai Perubatan Menjaga Jabatan Kecemasan dan Trauma
  3. Pegawai Perubatan Menjaga Unit Kawalan Jangkitan

Mudah-mudahan dapat jalankan tugas baru dengan baik. InsyaAllah. Inilah realiti bekerja dengan kerajaan. Bukan sahaja menjalankan tugas hakiki sebagai doktor, kita perlu juga buat tugas-tugas pentadbiran khusus di hospital daerah. Jadi kalau ada doktor di hospital besar yg kata doktor di hospital daerah goyang kaki saja, sila datang dan duduk di tempat kami. Rasalah macam mana tak cukup masa nak buat kerja semuanya.

Dalam kerajaan, kita ada istilah KPI (Key Performance Index) yg mana semua perjawatan perlu capai. Contohnya di Unit Kawalan Jangkitan; hospital mesti memastikan tiada jangkitan kuman dari hospital (nosocomial infection) berlaku! Sebagai pegawai perubatan yang menjaga unit ini, saya dan team saya dalam unit ini perlu berusaha bersungguh-sungguh memastikan hospital ini bersih dan tidak berlaku jangkitan nosokomial ini.

Sekurang-kurangnya pegawai perubatan di hospital besar menumpukan tugas hakiki sahaja. Kalau ada pun tugas luar, tidaklah sebanyak tugas yang kami terima di hospital daerah. Bak kata Pakar Paediatrik dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh kepada pegawai perubatannya "MO di district memang sangat sibuk!" Ini kerana pakar tersebut pernah bertugas di hospital daerah dan beliau faham sangat situasinya di daerah. Itulah kelebihan doktor dulu-dulu. Mereka lebih holistik kerana telah didedahkan dengan pelbagai suasana pekerjaan.

Bukan macam sesetengah MO zaman moderen ni.. lepas HO semua nak stay di hospital besar.. Akhirnya tak faham situasi MO di hospital daerah! Grrrrr.


p/s: Sekian luahan perasaan saya.




Read more