Related Posts with Thumbnails
RSS
email
2

Jalan-jalan JB

Satu pagi hari ni cuba nak download software SPSS untuk wife. Tapi malangnya amik masa sampai 6 jam. Memang tak berbaloi nak tunggu sedangkan tak tau pun benda tu bole guna atau pun tak lepas download. Finally, aku suggest dekat wife jom la travel dr Pontian ni ke JB. Beli je CD SPSS tu, dah tentu pasti bole guna. Lepas solat Jumaat tadi wife ajak pegi Taman U untuk beli CD tu. 

Rancangannya nak beli CD then balik je. Tapi wife ajak jalan-jalan cari makan dekat Hutan Bandar, JB. Sebelum ni aku banyak kali jugak komplen wife tak pernah bawak aku jalan-jalan bila balik Johor. Walau pun hakikatnya kalau jalan-jalan pun aku yg kena bawak dia. Haha. Ade few thing yg aku nak try dekat Johor ni. Satu, Nasi Beriyani Gam. Dua, Kacang Pool. Tiga, Mee Bandung Muar. So far, mee bandung muar yg mak mertua masakkan tu dah rasa. Tapi masih nak rasa mee bandung dekat Muar nun. Haha. 

Wife cakap nak try chicken chop dan cendol durian dekat Hutan Bandar tu. Aku xde lah beriya sangat tapi pegi jugaklah. Lupa plak gerai nama ape yg jual chicken chop semurah RM5 sepinggan tu. Grilled chicken chop plak RM7.50. Sementara tunggu siap order tu, kami try cendol durian. Menu tambahan adalah roti tisu yg wife aku tak pernah rasa dan jugak roti canai pisang yg aku pulak tak pernah try. Haha. Kesimpulannya, roti pisang n roti tisu tu biasa saja. Cendol just nice. Tak terlalu manis. Sedap jugak.. Hehe. Chicken chop pun not bad. Sos lada hitamnya tak terlalu kuat rasa lada hitamnya. Jom layan gambar plak..

Kedai chicken chop di Hutan Bandar.. sorry la tak nampak pulak nama kedainya..


Chicken chop, Grilled Chicken chop dan Lamb chop.. tenkiu to adik ipar yg snap dan edit pic ni..


Roti tisu daaa..


Cendol durian.. pergh...


p/s: Pic roti canai pisang takde.. haha.. malas nak snap..



Read more
0

Berendoi - Orang Kahwin


Masa kenduri nikah aku berendoi ni tak ada.. tapi diganti dengan burdah. Tak sempat nak rakam burdah tu sebab buat waktu malam. Busy la kononnye time tu. Tapi berendoi ni masih lagi dibuat di kenduri-kenduri nikah dan kenduri cukur jambul baby atau kenduri aqiqah. Ni salah satu contoh lagu berendoi yg sedap la di telinga aku. Lirik dia pun best. Haha


Read more
1

BUDAK BARU...


Saya melalui satu per satu pengalaman yg Dr Azlyn alami semasa zaman doktor pelatih dulu a.k.a HO a.k.a Housemanship.. Masih teringat lagi posting pertama saya adalah di Jabatan Paediatrik, Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Temerloh. Dan saya masih ingat lagi ward round pertama saya bersama dengan Ketua Jabatan Paediatrik ketika tu iaitu Dr Rohani dan teman HO saya Dr Dayang Rafidah.. Dan prescription pertama yg saya tulis dalam sejarah hidup saya sebagai doktor adalah

Tab. PCM II/II TDS..

Saya tanyakan Dr Dayang secara berbisik masa tu macam mana nak tulis prescription tu. Saya tak pernah dengar arahan-arahan dari pakar, jadi bila Dr Rohani minta sy tulis prescription tu sy blur.. Memang tak dapat bayangkan macam mana nak tulis. Then, lama kelamaan barulah saya belajar macam-macam style prescription lagi. Masih ingat lagi MO yg menjaga wad Paediatrik antaranya Dr Reny, Dr Izwah, Dr Fariq, Datin Dr Beaula dan lain-lain yg saya tak ingat.

Pernah kali pertama menyambut Aidilfitri semasa bekerja, awal pagi tu sebab saya tak dapat tahan perasaan sy larikan diri dari wad ke masjid berdekatan untuk solat sunat Aidilfitri. :-) Balik ke wad sy dah bersedia untuk kena marah dengan MO bertugas iaitu Dr Fariq. Dia tanya "kau pegi mana?" Dengan wajah yg takde perasaan atau boleh kata sedikit bengis dia merenung sy. Dan saya dengan jujurnya jawab "pegi masjid, solat sunat Aidilfitri..". Dalam hati berdebar-debar. Dia reply "abes kau ingat kau je nak raya? aku ni tak pegi pun solat raya..". Sy tak menjawab, tapi dalam hati sy kutuk dia "tu sebab kau takde perasaan dan jauh dari Allah.. aku ni manusia yg nak besarkan Tuhan aku waktu raya ni.." 

Boleh katakan semua MO yg bertugas di Jabatan Paediatrik pernah marahkan saya. Macam-macam sebab. Dan kadangkala sy rasa sebab tu tak masuk akal. Dan tak berperikemanusiaan cara marahnya tu. Tapi untuk jadi seorang doktor, sy tau sy kena pejamkan mata dan buat biasa je. 

Dr Izwah adalah MO yg paling garang di mata sy. Dia mempunyai mata yg sangat tajam dan sekali dia renung mmg macam nak pengsan. Haha. Dia memang tak pernah cakap dengan mesra sy. Kali pertama sy on-call dengan dia, ade bayi yg kena buat exchange transfusion. Dan saya buat dengan bantuan dia. Kene tengking, kene herdik tu perkara biasa lah. Walau pun dia tak gunakan bahasa kasar, tapi pedihnya tetap terasa di hati. :-(

Dan turning point berlaku ketika sy oncall lagi sekali dengan Dr Izwah. Ketika tu sy demam panas. Memang demam kuat dan sy memang tak mampu nak kerja. Malangnya bila sy call Dr Rohani, dia hanya dapat benarkan sy cuti jika ada HO lain yg dapat gantikan sy. Dan seperti yg sy agak, memang takde la HO yg bole ganti. Sebab masa zaman HO ni, bila ada peluang cuti even satu hari, nilainya macam dapat cuti sebulan. Sy faham tu. Jadi sy gagahkan diri pegi kerja juga.

Dr Izwah nampak sy bekerja di wad pagi tu, dia macam terkejut. Mungkin Dr Rohani bagitau dia saya demam ke ntah la. Dia tanya kenapa datang kerja jugak? Sy kata takde HO yg free untuk ganti. So, nak tak nak kena kerja. Dia pun cakap, takyah la buat kerja. Pegi rehat dalam bilik rehat HO. Sy buat jugak kerja, habiskan ape yg patut dan saya pun bagitau dia kalau ade kerja lagi bagitau sy dalam bilik rehat HO. 

Sepanjang hari tu sy tidur dalam bilik rehat tu. Sy bangun untuk solat dan makan. Masih takde call dari Dr Izwah. Kemudian, sebelah malam pun sy masih pelik sebab biasanya kene ambil darah baby. Tapi tetap takde call. Akhirnya sy tertidur yg kemudian jam 530pagi sy terjaga. Memang kelam kabut masa tu sebab sy perlu ambil darah untuk check serum bilirubin bagi bayi-bayi yg jaundice. Kalau pukul 530 pagi belum mula, memang tak sempat hantar la ke makmal. Biasa kami mula ambil darah jam 4 pagi.

Bila sy berlari keluar, sy nampak Dr Izwah dengan nurses dekat kaunter tengah isi borang makmal untuk serum bilirubin tu. Darah semua dah siap ambil. Dr Izwah cakap "Lena tido nampak?" Sambil tersengih-sengih. 1st time dia sengih kot. Haha. Sy cakap kenapa tak panggil sy buat keje-keje HO tu semua. Dia cakap takyah la paksa diri ko yg demam tu. Pastu nurses pun cakap kami kesian nak panggil doktor sebab pagi tadi doktor nampak pucat sangat. 

Sejak hari tu sy sedar dalam realiti hitam hidup sebagai doktor pelatih, masih ada manusia yg bersifat manusia. Dan sy tak boleh bersifat kejam apabila sy jadi senior nanti. Sejak itulah sy berpendirian yg bila sy jadi senior kelak, sy taknak jadi senior yg tak berhati perut. 

Untuk masyarakat umum, macam apa yg dikata oleh Dr Azmi dalam short story tu, kerja sebagai doktor ni sama saja macam kerja lain. Kami boleh bantu orang, dan kerja lain pun banyak bantu orang jugak. So, tak ada bezanya antara kami dan profesion lain. Harap sangat anda faham. Kalau anda terasa tertekan dengan situasi sebagai pesakit dan waris pesakit, kami lebih tertekan dengan situasi sebagai junior dan doktor. Kami tak mintak anda berikan sejambak bunga, atau sekotak coklat Cadburry, atau sebakul Ferero Rocher atau pun duit berkepuk-kepuk. Apa yg kami minta adalah senyuman anda dan ucapan terima kasih. Itu sudah cukup untuk hapuskan rasa letih kami yg tidak tidur selama 48jam atau tak makan selama 30jam. 

Read more
0

Wardina Safiyyah dan al-Quran



Dahulu dia merupakan selebriti yang terkenal di Malaysia. Hidayah Allah s.w.t. sampai ke dalam hatinya dan sekaligus merubah beliau dengan drastik. Dari seorang muslimah yg lalai kepada Allah s.w.t. kini beliau menjadi agen perubahan kepada insan-insan lain. Sejuk mata melihat keluarga beliau yg menjadikan al-Quran sebagai hiburan di rumah dan di mana jua. Moga-moga sentiasa diberkati Allah s.w.t.. 



Read more
0

News...


Pasangan sensasi dari Malaysia di Sweden yang beberapa bulan lalu ditahan kerana dakwaan memukul dan mendera anak-anak sendiri di Mahkamah Daerah Solna telah dijatuhkan hukuman hari ni. Mungkin niat mereka untuk mendidik anak-anak itu tulus tapi silap tempatnya. Kerana undang-undang di sana tak sama dengan Malaysia even atas alasan suruhan agama. Mereka di sana beragama Kristian, apalah yang mereka tahu tentang ajaran Islam untuk mendisiplinkan anak-anak. Semoga pasangan ini tabah menghadapi dugaan ini. 

Apa pun kita tak boleh pertikaikan keputusan mahkamah di sana kerana ia adalah undang-undang di sana. Sama seperti kita mahukan orang luar menghormati undang-undang kita, jadi kita pun kena hormati undang-undang mereka.

Read more
0

Apa khabar MH370?

Assalamualaikum..

Sudah 2 minggu MH370 hilang dari radar manusia. Pencarian dari Laut Cina Selatan berpindah ke Selat Melaka. Sekarang ke koridor utara dan selatan. Masih tak berjumpa dengan sebarang petunjuk sahih bahawa pesawat berada di koridor selatan mahu pun koridor utara. Teknologi manusia mungkin mencerap pelbagai objek di lautan atau pun di darat, tapi teknologi Allah s.w.t. mengatasinya.

Kita mungkin cuba menafikannya dengan kejahilan dan kealpaan kita; tetapi Allah s.w.t. tidak pernah lupakan kita sesaat pun. Setiap perbuatan kita diperhatikan Allah s.w.t. dan dinilai setiap detik. Menginsafi keadaan itu sepatutnya bermula dari saat ini kita memulakan ekspedisi mencari siapa kita di hadapan Allah s.w.t. Saya yakin pada ketika kita menemukan kedudukan kita di hadapanNya, MH370 akan datang kepada kita.

Bukan mengajak untuk menimbang buah kelapa sambil bersila di atas 'tikar pandan terbang', tetapi bersujud di atas sejadah. :-) Saya rasa ramai agamawan Islam bersuara baru-baru ini apabila bermula kisah satu persatu musibah yg melanda Malaysia. Daripada wabak denggi yg tiba-tiba mengamuk, diikuti dengan kemarau yg mengeringkan empangan-empangan di seluruh Malaysia. Kemudian jerebu yang memadamkan penglihatan kita dan menyesakkan rongga hidung. Setelah itu pesawat MH370 tiba-tiba sahaja hilang dari radar dan pergi entah ke mana. 

Saya ingin mengajak kita merenung sejenak kenapa Allah s.w.t. menurunkan musibah pada ketika kita sedang bahagia menikmati nama dan kedudukan tersohor? Saya rasa kerana nikmat itu telah membutakan mata hati kita untuk sentiasa beringat bahawa nikmat itu datangnya dari atas kehendak Allah s.w.t. 

Maka Allah s.w.t. datangkan denggi. Kita lupa! Allah s.w.t tambahkan dengan kemarau. Kita masih lupa! Allah s.w.t. masih sayangkan kita, didatangkan pula jerebu. Dan kita masih lupa! Allah s.w.t. beri peringatan lagi! MH370 tiba-tiba hilang dari radar! Dan sebenarnya masih lupa di ketika itu. Maka Allah s.w.t. hantarkan seorang hambaNya dengan mengeluarkan kenyataan "Di mana sains berakhir, maka di situlah kuasa Allah bermula". Maka sebahagian dari kita pun tersentak dari tidur yang lena. 

Kita pun mula bersolat hajat dan berdoa bercucuran airmata mohon diberi bantuan dari Allah s.w.t. Apakah kuasa doa itu sangat hebat? Jawapannya lihat sendiri. 14 Mac 2014 jemaah di Masjid Zahir, Kedah mengadakan solat sunat Istisqa'. Begitu juga di tempat-tempat lain seluruh Malaysia. Dan pada pagi 15 Mac 2014 hujan turun di Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan diikuti negeri-negeri lain selepas itu. Bukankah sudah cukup buktinya?

Saya yakin kehilangan MH370 yg masih tidak dijumpai setakat 23 Mac 2014 ini disebabkan kita masih lagi tidak benar-benar ikhlas kembali kepada Allah s.w.t. Apabila kita masih menganjurkan konsert yg disertai oleh dadah ketika umat Islam lain sedang merintih 'memujuk' Allah s.w.t. mengampunkan dosa-dosa kita. Maka akibat dari murka Allah s.w.t. itu, 6 nyawa diragut sebagai tanda 'hai manusia! berani benar kamu menderhakai Aku!!'. 

Umat Islam masih lagi berusaha berdoa kepada Allah s.w.t. agar diberikan bantuan mencari MH370. Kita menganjurkan selawat perdana dan berdoa bersama-sama dengan keturunan Nabi s.a.w. pada malam itu. Ada yang bercucuran airmata meminta sesungguhnya. Dan pada malam ini 24 Mac 2014, Allah s.w.t. memberi jawapan kepada kita di mana MH370.

"MH370 flew along the southern corridor and last position was in the middle of Indian Ocean.. MH370 ended in the southern Indian Ocean..."
Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

Selamat kembali kepada Pencipta kepada semua yg berada di dalam pesawat. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kalian. Janji Allah itu benar...




Read more
0

PrayerForMH370









Semoga Allah swt memberikan sejahtera dan keselamatan kepada semua mangsa di sana..  Amin




Read more
0

Khamis yg sesak..!

Assalamualaikum..


Hari ni adalah hari terakhir bekerja di Pulau Pinang kerana esok adalah cuti umum sempena Thaipusam. Sebelum ni saya hanya tengok sambutan perayaan ni di tv je; tapi tahun ni sambutan di depan mata. Sepanjang jalan dari rumah ke hospital banyak betul khemah-khemah dipasang. Ramai betul masyarakat India berlegar-legar di jalanan. Sehinggakan kalo hari biasa drive balik dari kerja ambik masa dalam 15minit saja, tapi hari ni sampai jadi 1jam. 

Jalan-jalan yang biasa saya lalui pun ditutup sebab jalan tu akan digunakan untuk perarakan Thaipusam esok. Seluruh Georgetown dah macam berpesta dengan buah kelapa berlonggokan di tepi jalan. Bukan saja masyarakat India yang bersembahyang, saya nampak masyarakat Cina juga sembahyang. Nampak colok-colok dibakar dekat longgokan kelapa tu sambil dorang sembahyang. Memang happening jugaklah jalan-jalan di Georgetown ni sempena Thaipusam. Huhu.

Saya tak sempat nak snap gambar-gambar sebab memandu sorang-sorang. Takut silap haribulan terlanggar buah kelapa plak kalo sibuk amik gambar. Haha. Apa pun, saya tak menyambut Thaipusam. Cuma saya happy sebab weekend ni jadi cuti panjang selama 3 hari. Hehe. 


Read more
0

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul untuk semua. Tahun ni sambut di Pulau Pinang. Staf hospital cakap di sini tak la meriah sangat tapi sederhana. Kebetulan pulak dekat dengan sambutan Thaipusam. Maka lebih sibuk di jalanan adalah penyambut Thaipusam.

Dah genap 13 hari aku berada di Pulau Pinang ni. Bekerja di Hospital Pulau Pinang. Terasa masih lagi culture shock sebab hari-hari bekerja aku kena bangun seawal 6 pagi. Lepas solat Subuh je terus cepat-cepat kena mandi dan bersiap. 730pg tepat aku mesti dah ada dalam kereta. Kalau terlewat sikit je, mesti aku sampai ke department lewat dan kad perakam waktu aku jadi merah. Setakat ni aku lewat sekali je la.. haha.. lewat 2 minit!

Setiap hari memang rasa sangat penat. Serius penat. Mungkin sebab masa di Kelantan dulu pukul 720 pagi aku baru nak mandi. Siap lambat pun takpe sebab hospital dekat sangat. Masa di Cameron Highlands lagilah dekat. So, agaknya macam ni la perasaan orang-orang KL setiap pagi kot. Tergesa-gesa semata-mata nak kejar waktu masuk kerja. Nak pastikan kad perakam waktu tu berwarna hitam. Huhu.

Time cuti atau weekend je kompem lah aku ganti tido. Rasa lega je bila dah sampai hari Jumaat. Monday blues plak sangat membosankan. Haisy.. bila la aku nak pencen ni.. hahaha

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Banyakkan selawat.
Read more
0

Mainan baru wife aku..


Sepanjang hari ni aku dok belek software embroidery yg baru install kat laptop wife. Dia beli mesin jahit sulam jenama Brother dan jugak software PE Design 8. Starting aku try mesin jahit tu dengan software ni aku design logo Honda. Not bad walau pun buruk sikiiit je. Haha. Dengan latihan lama-lama aku rasa skill tu akan bertambah baik. Ade banyak lagi logo yg aku try design guna software ni antaranya logo UNIMAS. Berjaya disulam atas kain dengan baik sekali. 

Minat wife aku dalam bidang jahitan ni nampaknya serius. Sekarang dah ada dua jenis mesin jahit. Mudah-mudahan rezeki untuk berbisnes ni bertambah-tambah dan dipermudahkanNya. Amin..
Read more
0

Macbook Pro

Assalamualaikum,

Sejak aku kenal dengan komputer dan laptop, hari ni adalah sejarah dalam hidup aku sebab kali pertama aku beli peranti dari Apple iaitu MacBook Pro (Retina Display). Selama ni aku anggap peranti Apple ni susah nak guna dan tak compatible dengan Microsoft yg kebanyakan komputer dan laptop gunapakai. Sebab tu aku tak berapa berminat sangat dengan MacBook ni.

Tapi baru-baru ni laptop Acer aku mengalami kecederaan yg sangat teruk akibat terjatuh dari meja makan kat rumah sewa aku. Abes monitor laptop tu pecah. Huuu.. Kalau lah tak jadi benda tu, mungkin sampai hari ni aku tak beli MacBook ni kot. Sebab bagi aku selagi boleh pakai, aku akan lanyak la sampai rosak. Lagi pun aku bukan bussinesman atau designer pun nak guna laptop canggih manggih ni. Ye ke? Haha..

Mula-mula aku jatuh hati dengan Ultrabook Acer Aspire S7 392. Bagi mata aku sangat lawa dan cute la design ultrabook tu. Tambahan plak spesifikasinye yg agak menarik perhatian aku. In fact, aku dah pun letak duit cengkeram dekat kedai apek tu untuk booking ultrabook tu. Konon apek tu janji dengan aku 3 hari boleh dapat dah. Balik rumah pun dok berangan dah nak guna ultrabook tu. Asyik belek je dalam internet. Haha jakun.

Sekali 3 hari kemudian tepon balik apek tu, dia selamba je cakap "itu ultrabook tak bole dapat sekarang wooo.. mau tunggu sampai 20 halibulan balu bole dapat".. Hangin btol aku. Memula aku fikir nak redha je tunggu sampai 20 haribulan. Tapi wife aku cakap lambat sangat tu. Dia siap tolong tepon kedai-kedai IT yg lain dekat Penang, Butterworth sampai ke Ipoh nun. Tapi sume cakap nak kena order dulu. Takde ready stock.

Pastu, aku dapat Whatsapp member sekuliah aku cakap pasal Apple Store buat promosi satu hari je potongan belian online. MacBook berharga RM4899 boleh dapat diskaun. Tapi syaratnye kene beli online. Mula dari situlah aku belek blog pengguna-pengguna MacBook dan mula tertarik nak beli. Ingat nak ambik online  je. Tapi fikir balik kalo beli online minggu depan baru dapat. Baik aku pegi Apple Reseller Store kat area Penang ni je terus boleh dapat pegang MacBook ni. Haha.. nampak sangat tak sabar..

Kemudian pagi tadi dengan gigihnya aku dengan wife pegi ke kedai Switch yg jual benda ni. Aku pegi cawangan di Plaza Gurney. Ingat nak amik model yg harga RM4199 je. Sebab rasanya spesifikasi yg ditawarkan tu dah cukup baik untuk aku. Sekali model tu takde stok la pulak. Jurujual tu siap tolong cari kat cawangan di Queensbay dan Quay Straits pun takde. Sedihnye. Plaza Gurney ni ade model RM5899. Gila bapak mahal! 

Pastu dia cakap kalo aku nak model RM4899 ade la satu dekat Quay Straits. Sebenarnye model ni lagi bagus dari RM4199 dengan kelajuannya yg gile kentang punya laju la. Tapi ikutkan aku memadai model RM4199 tu je. Dan kalo aku nak jugak model RM4199 tu aku kena tunggu dorang order la. Sebabkan aku tak sabar nak tunggu, aku pun buat keputusan untuk rembat je model RM4899 yg tinggal satu je lagi kat Quay Straits tu. 

So, dengan rasminya 11 Januari 2014 aku menukar haluan dari Windows ke Mac OS X. Haha. Dan setakat aku guna malam ni, sangat puas hati. Aku bukak beberapa e-book serentak memang takde sangkut-sangkut macam Windows la. Aku tak minat nak debat mana lagi bagus dan berbaloi pada duit macam yg berlaku pada beberapa blog. Ikut suka koranglah nak beli mana satu. Tapi kalo korang tanya aku antara Windows dan Mac OS X ni, aku cadangkan cuba la Mac OS X. InsyaAllah tak mengecewakan.

p/s: Entri ni adalah entri pertama aku dengan MacBook Pro yg baru ni.. hehehe.. 

Read more