Salam Maulidur Rasul untuk semua. Tahun ni sambut di Pulau Pinang. Staf hospital cakap di sini tak la meriah sangat tapi sederhana. Kebetulan pulak dekat dengan sambutan Thaipusam. Maka lebih sibuk di jalanan adalah penyambut Thaipusam.
Dah genap 13 hari aku berada di Pulau Pinang ni. Bekerja di Hospital Pulau Pinang. Terasa masih lagi culture shock sebab hari-hari bekerja aku kena bangun seawal 6 pagi. Lepas solat Subuh je terus cepat-cepat kena mandi dan bersiap. 730pg tepat aku mesti dah ada dalam kereta. Kalau terlewat sikit je, mesti aku sampai ke department lewat dan kad perakam waktu aku jadi merah. Setakat ni aku lewat sekali je la.. haha.. lewat 2 minit!
Setiap hari memang rasa sangat penat. Serius penat. Mungkin sebab masa di Kelantan dulu pukul 720 pagi aku baru nak mandi. Siap lambat pun takpe sebab hospital dekat sangat. Masa di Cameron Highlands lagilah dekat. So, agaknya macam ni la perasaan orang-orang KL setiap pagi kot. Tergesa-gesa semata-mata nak kejar waktu masuk kerja. Nak pastikan kad perakam waktu tu berwarna hitam. Huhu.
Time cuti atau weekend je kompem lah aku ganti tido. Rasa lega je bila dah sampai hari Jumaat. Monday blues plak sangat membosankan. Haisy.. bila la aku nak pencen ni.. hahaha
Selamat menyambut Maulidur Rasul. Banyakkan selawat.
5 years ago
0 comments:
Post a Comment