Related Posts with Thumbnails
RSS
email
1

AKU, KAU BERBEZA... AKU, KAU ISTIMEWA...

AKU, KAU BERBEZA... AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Read more
1

Selamat hari Merdeka...

Assalamualaikum

Selamat menyambut hari ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-53. Tak sempat nak menulis kat sini. Sibuk sangat ke? Tak la jugak. Buat-buat sibuk la. Banyak perkara yg terjadi di dalam bulan Ramadhan kali ni. Dan banyak jugak yg sy terlepas dalam bulan ni. Tapi sy cuba hadapi Ramadhan kali ni dengan yg terbaik yg sy mampu. Mudah-mudahan ada lagi Ramadhan untuk sy tahun hadapan dan seterusnya. InsyaAllah.

Saya tengah sakit gigi. Uhuk. Nak jugak cerita. Sudah dua hari saya sakit gigi. Walau pun sy seorang doktor, sy ada satu tabiat yg pada saya agak pelik la kot. Sy takut nak jumpa doktor gigi. Walau pun sy pernah cabut gigi dulu, pengalamannya takdelah mengerikan mana pun. Tapi, malasnya nak jumpa doktor gigi ni hanya Allah swt sahaja yg Maha Tahu. Saya sanggup sakit dan menahan sakit lagi dari jumpa doktor gigi. Tapi kalo kat klinik ada pesakit sy yg datang sakit gigi, dengan berhemahnya sy nasihat suruh jumpa doktor gigi. Huhu.

Dah beberapa episod sakit gigi yg sy alami. Gigi yg sama. Gigi geraham pulak tu. Sakitnya hanya Allah swt sahaja yang Maha Tahu. Berdenyut-denyut je. Terutama bila kita pejamkan mata nak tidur. Fuh, dia punya terasa berdenyut tu macam gigi tu menari-nari dalam tu. Memandangkan sy doktor, hehe sy merawat diri sendiri je. Saya makan ubat sendiri dan sakitnya Alhamdulillah hilang. Cuma tersilapnya pagi tadi semasa sahur sy terlupa nak makan ubat. Haha.

Sakit sebagai penghapus dosa. Sabar menahan kesakitan tu adalah tahap terendah. Kerana sabar dalam menghadapi kesusahan dan sakit tu adalah perkara yg orang biasa pun boleh kawal diri. Tapi sabar di dalam kesabaran adalah yg tinggi. Apa maknanya saya pun takleh nak describe. Sy pun dengar je dari kuliah seorang ustaz dalam TV.

Mudah-mudahan sy boleh bertahan sampai berbuka nanti. Anehnya, sy ada satu lagi ubat untuk sakit gigi ni. Sy baru je terjumpa pagi ni. Sakit saya agak kurang bila saya dengar lagu thru earphone. Boleh tahan skit la. Maybe fokus otak saya tertumpu pada lagu lebih daripada sakit saya.

Semalam, saya on-call. On-call yg tenang, sebab tak ada kes kecemasan. Tapi, awal-awal pagi dalam pukul 345 pagi sy dapat call dari Dewan Bersalin. Ada seorang ibu baru bersalin. Terdapat koyakan pada vagina yg perlu dijahit. Selalunya koyakan macam tu adalah normal terutama bagi ibu bersalin anak sulung. Apa yg pihak hospital akan buat adalah kami akan jahit semula dan betulkan koyakan tu. Masalahnya bagi pesakit ni adalah sukarnya nak dijahit sebab tak beri kerjasama.

Dia gerak-gerak sana-sini sampai ke tahap nak tendang jururawat yg nak jahit tu. Bukan jururawat biasa, tapi Sister a.k.a Ketua Jururawat yg nak jahit tu. Akhirnya, lepas dorang dah tak larat nak layan pesakit tu, dorg pun call doktor on-call. Saya lah tu. Hmm. Sy tengok jam pukul 400 pagi. Memang saya bimbang terlepas sahur. Tapi, nak tak nak sy redha je. Kena pegi jugak ke Dewan Bersalin.

Alhamdulillah, saya dapat jahit pesakit tu. Tapi, selepas di inject ubat tahan sakit la. Selalunya kami beri bius setempat pada kawasan untuk dijahit saja, tapi yg ini special sikit. Selepas kene inject, pesakit tu tenang dan dah kurang sakitnya. Malah dia bercerita macam masalah dan kehidupan dia dengan family mertua dia di Cameron ni. Huhu. Lastly, saya selesai jahit jam 535 pagi. Berlari-lari dgn kereta balik umah nak bersahur. Alahmdulillah, sempat.

Bila jadi doktor atau nurse atau pekerja kesihatan ni, seolah-olah ada satu semangat dalam diri. Walau apa pun yg akan terjadi pada diri sendiri, itu tempat kedua. Keutamaan pesakit adalah yg pertama. Memang kadangkala ada jugak merungut kenapa itu kenapa ini. Terasa panas hati pun ada. Tapi, semuanya hilang bila pesakit ucapkan terima kasih. Kami tak minta dibayar duit beratus ringgit pun, tapi ucapan terima kasih tu yg buatkan terasa pengorbanan dihargai.

Saya rasa tak ada orang lain yg sanggup tinggalkan juadah berbuka puasa yg sedap-sedap depan meja bila ada call untuk attend pesakit. Sanggup berjaga sampai ke pagi tak makan tak minum semata-mata nak pastikan pesakit selamat. Kadangkala sempat minum seteguk air je, dah kene tengok pesakit. Teringat saya pernah berbuka puasa dalam dewan bedah, dengan memakai pakaian dewan bedah, tengah operate pesakit untuk bersalin (Caesarean section). Dalam keadaan kalut nak selamatkan baby dan maknya, kitorg berbuka dengan setengah biji tamar. Sebab bila dikira jumlah pegawai yg sedang bertugas untuk pembedahan tu ramai, sedangkan tamar yg ada sikit saja.

Ada juga ketikanya saya berbuka menghadap pesakit nazak untuk CPR. Sama juga. Minum air saja untuk syarat berbuka puasa. Kadangkala sedih terasa dalam hati bila ramai orang di luar sana makan sedap-sedap dan dengan tenang ketika berbuka. Sedang kami berbuka sambil berdiri dgn keadaan kecemasan dan macam-macam situasi. Orang luar sana boleh beribadah dengan lebih tenang dan lancar. Kami nak cukupkan tarawih 8 raka'at pun kadang-kadang tak sempat. Malah ketika sy di Hospital Temerloh dulu, banyak kali terlepas tarawih sebab on-call yg terlalu sibuk.

Sebab itulah, bila sy tengok adik-adik yg baru nak menjejak kaki memulakan langkah perjalanan hidup mereka sebagai pegawai perubatan, perlu ada satu semangat aneh dalam diri mereka sebelum boleh melangkah dengan baik dalam bidang ini. Gelaran doktor di depan nama tu hanyalah sebutan manusia, tapi tanggungjawab dan amanah di sebalik gelaran tu sangat besar. Bukan kecil pengorbanan yg perlu dilakukan untuk memikul gelaran tu. Kalau tanya saya seronok tak jadi doktor? Jawapan sy tak seronok. Tapi saya puas hati. Dan saya rasa syukur Allah swt pilih sy untuk bidang ini. Kerana sy pasti sy antara yg terpilih untuk kerja ini. Mudah-mudahan ada sesuatu dari Allah swt untuk sy. InsyaAllah. Amin.

p/s: Thanks to my wife yg sanggup bawa juadah sahur sampai ke Dewan Bersalin awal-awal pagi.. tu pun kire pengorbanan besar jugak tu.. :-)


Read more
2

Kisah Ramadhan ini


Assalamualaikum..

Diam tak diam dah masuk sepuluh hari dah kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu. Sampaikan tak sedar langsung yg kita sudah mula melangkah masuk ke sepuluh kedua Ramadhan kali ini. Kadang-kadang bila time insaf, rasa sedih juga terlalu cepat Ramadhan bergerak dalam hidup ini. Tapi bila time tak insaf, Ramadhan berlalu tanpa ada rasa sedih dalam hati.

Bagi seorang Islam, Ramadhan adalah saat indah dan memori yg sangat banyak. Seingat-ingat saya banyak sangat memori dalam bulan Ramadhan. Saya pun dah tak ingat bila agaknya saya mula berpuasa. Pernah suatu ketika dulu, saya minta dari mak saya nak puasa separuh hari je. Huhu. Time tu kecik sangat. Bila mak kata "Pi lah makan", rasa macam nak melompat. Kemudian ada suatu ketika saya demam di bulan Ramadhan, mak suruh saya berbuka puasa. Tapi sy rasa sayang teramat sangat nak bukak, saya tahankan diri sampai waktu berbuka.

Saya tak pernah disogokkan dengan duit raya kalau berjaya puasa penuh sebulan. Mak abah tak pernah ajar kami supaya menggantikan nilai puasa itu dengan harta dan material. Tapi, secara sedikit-sedikit kami sedar sendiri kenapa perlu puasa dan perlu menahan diri. Alhamdulillah.

Dan bila masuk sekolah menengah, pesta beribadah tu tak terasa sangat lagi. Kerana ketika tu saya tak duduk asrama. Apa yg tinggal dalam memori saya adalah sy menduduki peperiksaan SPM dalam bulan Ramadhan. Ramai orang minta supaya tarikh peperiksaan diubah, konon kerana puasa boleh menjejaskan prestasi pelajar menjawab. Tapi, Majlis Peperiksaan Malaysia bertegas untuk kekalkan tarikh tu. Alhamdulillah. Mereka yg layak lulus telah lulus. Dan mereka yg layak gagal, telah gagal. Bukan kerana puasa.

Kenangan saya dalam bulan Ramadhan paling indah adalah ketika saya berada di Kolej MARA Seremban dan UNIMAS. Kerana saya tinggal di asrama. Banyak aktiviti terlibat. Termasuklah sy dilantik menjadi salah seorang imam Terawih. Kemudian menguruskan perjalanan terawih, tadarus dan moreh ketika di universiti. Juga menjadi Pengarah bagi sambutan Nuzul al-Quran peringkat Fakulti serta sambutan hari raya.

Sekarang, bila sudah masuk alam dewasa, saya sudah pun berkahwin. Sudah punya tanggungjawab sendiri dan sudah masuk ke dalam masyarakat. Saya rasakan kemanisan pesta ibadah itu lebih terasa asyik jika kita masih berada di alam pengajian. Ketika kita sibuk menelaah buku, kita merebut peluang bersama-sama rakan beribadah dan menyembah Allah swt.

Ketika itu kita bersemangat untuk beribadah. Mungkin kerana sokongan dan dokongan rakan-rakan serta aktiviti-aktiviti ibadah yg tersusun. Sekarang ni, saya rasa keseorangan walau pun sebenarnya banyak aktiviti yg dibuat di masjid. Sedih jugak bila melihat keadaan pesta ibadah sekarang sudah bertukar jadi pesta juadah. Even di masjid sendiri perkara ni berlaku. Jemaah sibuk uruskan juadah dari beribadah.

Sy bersolat Terawih di masjid Abu Bakar, Tanah Rata bersama-sama isteri. Pada malam pertama terawih, ramainya manusia datang. Penuh dewan solat masjid. Alih-alih bila masuk malam ke-3, dah tinggal 5 saf je. Malam seterusnya bila Imam Muda Azrul kot yg dari Kedah tu datang, hanya ada 4 saf. Tak taulah macam mana jadinya bila malam 27, 28, 29 Ramadhan. Jangan tinggal imam dan bilal sudah la.

Rata-rata realiti yg berlaku ini bukan di sini sahaja. Saya yakin ia berlaku di segenap masjid dan surau di Malaysia ni. Kita amat berbeza dari Masjidil Haram. Sy tengok siaran langsung solat terawih dari Mekah di ASTRO Oasis. Masjidnya semakin meningkat hari Ramadhan semakin padat dan sesak. Sampai ada yg solat di atas tangga! MasyaAllah. Dah la tu, solatnya bukan sekejap hampir 3 jam untuk 23 raka'at. Habis satu juzu' al-Quran setiap malam.

Takleh kata kat orang. Saya pun sama jugak. Dah dua malam saya tak berterawih di masjid. Pertama kali sebab saya on-call. Sy berterawih berjemaah dengan isteri sy je di rumah. Kedua sebab saya sakit mata. Sepet sebelah. Kalau sepet dua belah hensem gak la kot. Ni sepet sebelah macam lanun ja. Alhamdulillah dah semakin sembuh. Azam saya untuk Ramadhan kali ini ada 3. Saya nak berterawih setiap malam tak kira lah samada di rumah atau di masjid dan kalau terpaksa saya nak berterawih di hospital. Sy pernah terawih dalam bilik on-call di hospital Temerloh dulu sebab sy on-call waktu tu.

Keduanya, saya nak habiskan tadarus al-Quran 30 juzu'. Setakat ini baru masuk juzu' 5. Tadarus dengan isteri saya. Dia baca dari juzu' 15 hingga juzu' 30. Sy pula dari juzu' 1 hingga juzu' 14. Walau macam mana pun, sy berhasrat nak habiskan jugak semua 30 juzu' sendirian. Tapi, halaju tadarus saya sangatlah perlahan macam kura-kura bertongkat. Huhu.

Ketiga, sy nak bertaubat. Nak jadi manusia yg lebih bersih dan tulus. Setiap hari saya teringat kesilapan-kesilapan yg saya buat semasa dulu. Saya tak nak sebut apa, tapi biarlah ia jadi rahsia saya dengan Allah swt. Kerana untuk itu, sy mencari di mana agaknya ruang untuk saya di hadapan Allah swt. Sy mahu kembali menjadi saya yg dahulu kala. Saya mahu kembali. InsyaAllah. Mudah-mudahan Allah permudahkan.

Banyak sudah saya tulis. Takde isi sangat. Just luahan hati kot. Kerana pada malam ini, selepas sy dan isteri selesai solat terawih satu perasaan tenang dan aman memasuki hati saya. Sangat tenang. Hinggakan sy terasa nak menangis pun ada. Alhamdulillah. Dah lama sangat perasaan ini hilang dari diri saya. Terlalu lama. Perasaan yg dulu selalu ada dan selalu hadir dalam hati. Mungkin Allah lenyapkan sementara untuk melihat ke arah mana gerak saya tanpa sinar Dia.

Sampai sini dulu kot nak tulis. InsyaAllah ada masa, ruang dan peluang sy menulis lagi. Sy tercari-cari di mana Ummi Munaliza. Sudah lama tak nampak Ummi online. Sihat kah dia? Wallahua'lam. Mudah-mudahan Ummi muncul semula di blog sy. Huhu.

Sekian.


Read more
2

Keindahannya...

Allah berfirman didalam sebuah hadith kudsi:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat
untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk
...mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk
membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh." "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap
sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk
mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "Aku
memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia
perlukan." "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari
pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana
ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat
dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta
itu ada."
Read more
3

Jodoh Ketentuan Tuhan



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

“…Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.”


Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


Petikan dari: iLuvIslam
Read more
3

Korek-korek..



Pagi tadi aku bangun macam biasa. Semasa aku sampai ke Jabatan Pesakit Luar a.k.a JPL (tempat kerja aku), aku belek-belek gambar yg ada dalam hp aku. Gambar-gambar yg aku amik ntah bila pun tak ingat dah. Huhu. Terasa nak share kat sini plak. So... mari melihat..

Gambar ape ini? Haha.. ini gambar strawberi.. besar kan strawberi ni.. huhu.. actually aku ada seorang pesakit 40+ years old Chinese gentleman. Pesakit IBS (Irritable bowel syndrome). Dia ni selalu je datang ke JPL ni sebab penyakit dia ni. Beberapa minggu dia akan sembelit pastu beberapa minggu pulak cirit birit. Suatu hari, dia datang ke Jabatan Kecemasan sebab sakit perut. Waktu tu aku tak tau lagi dia ni sakit IBS.

Rupanya dia ni ada juga masalah Psikiatrik suatu masa dulu. Dia ni obses sangat dengan penyakit dia ni. Sampai dia cakap kat aku pakar bedah Hospital Ipoh ada rancang nak operate dia. Huhu. Aku yg lurus bendul ni percaya la dia bulat-bulat. Sebab aku tak tau dia sakit IBS dan masalah Psikiatrik tu. Haha. Aku bagi dia Omeprazole. Ubat untuk gastrik. Alhamdulillah sakit perut dia sembuh.

Beberapa bulan lepas tu, dia datang ke JPL jumpa aku. Waktu tu dah dekat nak raya Cina dah. Dia jumpa aku and bagi aku strawberi besor tu. Huhu. Manis giler strawberi tu. Asistant Nurse aku cakap strawberi ni jenis mahal punye. Uhu dapat jugaklah merasa strawberi mahal. Nak beli tak sampai hati pasal mahal sangat.. haha..


Apa pulak ni? Haha. Ini bukan minyak masak yg diletak dalam gelas yg dicampur dengan sos tomato ye. Ini adalah minyak yg aku sedut dari perut orang! Ye.. perut orang!

Suatu hari dalam bulan Februari, seorang Bangla datang ke JPL. Dia ni baru saja beberapa minggu lepas operate sebab perut dia pecah. Pecah sebab dinding perut dia ni ada ulcer. Operation tu berjaya selamatkan dia. Alhamdulillah. Dia datang sebenarnya nak bukak jahit je. Tapi Medical Assistant (MA) aku cakap bekas luka dia ada darah keluar. So bila aku tengok je, itu bukan darah tapi nanah. Maksudnya mamat Bangla ni tak jaga betul-betul luka jahitan dia ni. Dah kene jangkitan kuman.

Aku suruh MA aku bukak semua benang jahitan. Ada satu lubang kecik je kat hujung luka operation tu yg tak bercantum. Yang lain semuanya ok. Dari situlah mengalirnya nanah tu. Aku suruh MA aku sedut semua nanah tu. Tau berapa mL nanah keluar? At least 40mL. Tengok gambar kat bawah ni...


Lepas dah abis sedut-sedut nanah tu, MA aku panggil aku. Dia cakap "Doktor, apesal ada minyak ni?" Ahaha.. aku tengok dia pelik. Biar betul. Takkan minyak dari dalam perut mamat ni plak kan. Aku perhati balik betul-betul, memang minyaklah. Assistant Nurse aku siap cakap lagi "Laaa... minyak Seri Murni ni.. pemeringkatan dua kali.." Siot je. Bangla tu pun gelak sama. Paham dak aku tak tau la. Tp Alhamdulillah, dia dah sembuh sekarang. Dah sihat.

Oklah.. cukuplah dua cerita tu. Jom melihat keindahan Cameron Highlands (actually keindahan depan apartment aku je). Percaya atau tak, gambar kat bawah ni aku amik waktu petang. Lepas balik kerja. Berkabus. Waktu korang kat bawah sana tengah heboh panas terik, kat atas ni Allah s.w.t. bagi kabus. Alhamdulillah.



The end...









Read more
9

Something to learn..





Sebenarnya aku dah perasan perkara ni dah lama. Agak-agak dalam satu atau dua tahun lepas lagi. Tapi masa tu masih tak teringat lagi ape-ape. Semenjak beberapa tahun lepas, setiap pagi bila aku bangun pagi je aku selalu sangat bersin atau pun rasa macam hidung tersumbat. Aku fikirkan sebenarnya maybe sebab habuk ke, allergik ke ape je la. Tapi semakin lama aku rasa macam makin pelik penyakit selesema aku ni. Tapi taklah sampai ke tahap suspek aku ni ada penyakit pelik-pelik. Huhu.

Pastu untuk menambahkan lagi aku tak amik kisah dengan simptom selesema kejap ada kejap tak ada aku ni adalah bila aku baca kajian Dato' Dr Fadzilah Kamsah pasal mereka yg lahir bulan Januari. Katanya orang yg lahir bulan Januari ni sebenarnya mudah sangat kena selesema. So, aku pun rasa lega je. Haha.

Tapi beberapa bulan kebelakangan ni aku dapati hampir setiap pagi hidung aku sumbat. Sebelah kiri je tau. Uhuk. Banyak je air dalam hidung waktu pagi. Sehinggalah pada suatu malam...

Aku tengah tidur waktu tu. Terjaga sebab rasa nak bersin sangat-sangat. Aku perasan bila aku baring ke sebelah kiri je, aku cepat selesema dan cepat pulak bersin. Tengah-tengah malam dok bersin ape keje kan. Haha. So, disebabkan aku dah tension sangat malam tu aku pun bangun dan amik torchlight masuk tandas dan menyuluh hidung aku. Kot-kot la ada ape-ape makhluk asing dok bertenggek kat dalam hidung aku ke kan..

Akhirnya tahulah aku sebabnya kenapa aku selalu sangat selesema selama ni. Bukan sebab setan dok bergayut dalam lubang hidung aku. Rupanya aku ni berpenyakit. Hmmm.. Penyakit ape tu? Dalam bahasa perubatannya penyakit ni namanya Nasal Polyps. Tapi bahasa orang-orang kampung adalah ketumbuhan dalam hidung.

Sebab ketumbuhan tu ada di dalam lubang hidung kiri aku, bila aku mengiring ke kiri dinding hidung aku jd sensitif pada geseran yg berlaku disebabkan polyp itu. Maka terhasillah banyak air hidung atau hingus. Huhu. Sebab itu jugalah aku selalu bersin. Selain tu aku jugak perasan yg bila aku hembus nafas, udara yg keluar dari hidung kiri aku lebih sedikit dari udara yg keluar dari hidung kanan aku.

Tetapi, penyakit ini aku buat diagnosis sendiri je. Sebab aku boleh nampak ketumbuhan tu dari dalam lubang hidung kiri aku. Kalau tak, kemungkinan kena jumpa Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (Pakar ENT) la untuk diagnosis. Ketumbuhan ni macam ketumbuhan-ketumbuhan lain jugaklah. Cara merawatnya adalah pembedahan membuangnya. Tak macam penyakit selesema biasa, makan ubat boleh lenyap. Ketumbuhan ni kalau kecik takde menyebabkan ape-ape simptom, tapi bila dah membesar sikit, barulah ada simptom-simptomnya.

Peringkat paling kritikal adalah apabila ketumbuhan ni menutup sepenuhnya lubang hidung. Walau pun kata orang tertutup satu lubang hidung, ada lagi satu lubang hidung untuk bernafas. Tapi bila dah membesar sangat, kemungkinan akan ada rasa sakit di dalam hidung. Ada banyak jenis Nasal Polyps. Ada satu jenis tu ia boleh berpintal-pintal dan menyebabkan sakit dan juga pendarahan dari dalam hidung.

Aku pun nak cerita banyak-banyak aku tak reti. Satu lagi adalah aku pun belum 100% pasti yg dalam hidung aku ni Nasal Polyps. Kena jumpa Pakar ENT barulah boleh kompem diagnosis. Kalo ade sesapa teringin nak baca pasal Nasal Polyps ni, bolehlah baca kat SINI. Dan kalau nak tengok gambar-gambarnya, jom merayap di bawah:





Dah lah. Gambar-gambar seterusnya korang cari sendirilah dekat pakcik Google. Tak larat aku nak semakkan blog aku dgn gambar-gambar hidung. Huhu.






Read more
4

Saya sangat marah!!!

Apakah itu marah?

  • Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF
  • Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal
  • Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal

marah

Apa yang berlaku apabila anda marah?

  • Degupan jantung meningkat
  • Tekanan darah meningkat
  • Pernafasan menjadi cepat dan pendek
  • Mengalami ketegangan otot-otot
  • Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan terasa kuat dan pantas

Bagaimana perasaan marah timbul?

Perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang, sesuatu peristiwa atau kebimbangan dalam hidup anda.

Kemarahan boleh berpunca dari faktor luaran apabila seseorang atau suatu peristiwa yang menyebabkan anda berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam.

Kemarahan boleh berpunca dari dalam diri anda sendiri apabila memikirkan atau teringat sesuatu peristiwa yang menyebabkan anda rasa marah.


Kenapa anda merasa marah?

Anda terasa marah apabila tidak dapat mengawal atau menggubah sesuatu yang anda benci. Perasaan benci mengakibatkan keresahan dan ini merupakan perasaan marah yang sederhana.

Tuntutan atau permintaan di luar batas kemampuan anda untuk melaksanakannya akan mencetus keadaan marah yang lebih teruk.

Contoh: Hadir lewat ke sekolah sudah amat meresahkan dan membimbangkan, apatah lagi terkandas di dalam kesesakan jalan raya yang menyebabkan kelewatan hadir di sekolah akan menambahkan lagi tahap kemarahan. Memburukkan lagi keadaan, bayangkanlah anda terlewat untuk menduduki peperiksaan.

Bagaimana cara anda menilai sesuatu keadaan yang menentukan perasaan marah anda. Perasaan marah akan menjadi lebih teruk jika mempunyai anggapan negatif dan tidak rasional.


Apakah kebiasaan punca kemarahan?

  • Dicederakan
  • Ditipu
  • Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan
  • Terbiar tanpa diendahkan
  • Hilang upaya mengawal
  • Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan

Adakah satu kebiasaan bila dilanda perasaan marah?

Perasaan marah adalah suatu emosi yang normal serta reaksi tindak balas semula jadi terhadap sebarang ancaman dan ketidakselesaan.

Di kala menghadapi ancaman, kemarahan berupaya menjadikan seseorang bertenaga untuk melawan atau mempertahankan diri.

Oleh yang demikian perlu mempunyai perasaan marah yang terkawal demi untuk kebaikan diri sendiri.


Kenapa perlu mengawal perasaan anda?

Undang - undang dan etika sosial telah menetapkan batasan untuk membolehkan anda meluahkan perasaan marah anda. Ingkari ketetapan berkenaan akan mengakibatkan anda melanggar undang - undang dan tersisih dari masyarakat.

Apabila perasaan marah tidak diuruskan dengan sewajarnya, seseorang boleh mengalami luka secara fizikal dan emosi akibat tindak balas orang lain, sekiranya keadaan berlaku suasana perasaan marah yang tidak terkawal.


Apakah kesan marah kepada anda?

Selain sebagai keselamatan, marah juga boleh membahayakan diri anda sendiri.

Marah akan mendorong anda bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata- mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai, termasuk diri anda sendiri.

Perasaan marah yang dipendam akan juga mengundang masalah, terutama sekali berkaitan dengan jalinan perhubungan.

Seseorang yang tidak meluahkan perasaan marah secara terbuka akan menjadikan dirinya:

  • Bersifat negatif
  • Suka mengkritik
  • Bersifat mengejek/ Suka menyindir
  • Bersifat ganas

Bagaimanakah anda menerima kesan buruk akibat perasaan marah anda?

Kecederaan fizikal dan emosi yang anda lakukan terhadap orang lain akan menyebabkan anda terasa bersalah dan seterusnya menyakitkan hati anda sendiri, ataupun menyebabkan tindakbalas daripada orang lain (contoh: mereka mencederakan anda kembali).

Perasaan marah yang berpanjangan boleh menyumbang kepada penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit angin ahmar (strok).

Gangguan psiko logikal boleh berlaku akibat perasaan marah yang terlalu kerap dan teruk.


Bagaimana anda boleh menangani kemarahan anda?

3 cara yang anda boleh lakukan iaitu:

  • Meluahkannya
  • Menahannya
  • Menenangkan diri

Bagaimana anda meluahkannya?

Meluahkan perasaan marah anda dengan secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah cara yang paling terbaik dan berkesan.

Untuk melakukannya, anda perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan apa yang anda rasai sejelasnya, apa kehendak anda dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa mencederakan orang lain.

Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut; ia bermaksud menghormati diri anda sendiri dan orang lain.


Bagaimana anda menahannya?

Anda boleh menahannya dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan memalingkan pemerhatian anda terhadap hal lain. Tujuannya adalah untuk mengubahkan perasaan marah anda kepada perilaku anda yang lebih membina.

Bahaya yang timbul akibat menahan kemarahan ialah ianya boleh menjejaskan diri anda sendiri. Dalam hal ini anda berkemungkinan boleh mendapat penyakit darah tinggi, sakit gastrik, sakit badan atau mengalami kemurungan.


Bagaimana untuk menenangkan diri anda?

Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:

  • Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
  • Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan
  • Kendurkan atau legakan otot-otot anda
  • Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan kepada pemikiran positif dan membina
  • Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
  • Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
  • Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah daripada marah?

Kenali diri anda sendiri. Buat catatan pemantauan dalam buku mengenai bila dan bagaimana anda dilanda perasaan marah dan cara anda mengatasinya. Apabila anda telah mengenali diri anda, anda mampu melakukan perkara - perkara yang dapat mengurangkan kemungkinan anda menjadi marah.

Dari buku catatan anda akan dapat mengetahui:

  • Cara yang paling berkesan untuk menangani kemarahan anda
  • Situasi bagaimana yang boleh menyebabkan anda berasa marah
  • Kategori orang yang boleh menyebabkan anda berasa marah
  • Anda boleh berlatih menangani kemarahan dengan kawan atau ahli keluarga supaya anda sentiasa bersedia mengatasi kemarahan apabila ianya benar- benar berlaku nanti
  • Kerap bersenam boleh mengurangkan kemungkinan anda mengalami perasaan marah dengan:
    • Memberi peluang untuk anda melepaskan tekanan dengan kerap
    • Membina daya ketahanan diri terhadap stres

Senaman / latihan kelegaan yang dilakukan dengan kerap boleh membantu mengurangkan cetusan kemarahan


Bagaimana menangani kemarahan orang lain?

Kenal pasti perasaan marah mereka.

Tenangkan diri anda.

Tinggalkan tempat tersebut jika anda rasakan keselamatan anda terancam.


Bagaimana mencegah orang lain menjadi marah?

Berwaspada terhadap hal - hal yang boleh menyebabkan orang lain marah

Elak lakukan perkara - perkara yang biasa membuat orang lain marah


Di manakah anda boleh mendapat pertolongan:

  • Ahli keluarga
  • Kawan
  • Guru
  • Kaunselor
  • Pakar Psikologi
Read more
0

Jariah yg mengalir abadi


Gambar Ihsan: http://www.photo-digital.org/kamilz-lens/

Ada tak sesiapa yg berminat untuk melakukan amal jariah? Amal yg akan kekal mengalir selama-lamanya dari hayat ini hingga ke akhirat sana. Satu peluang sudah dibuka oleh Allah swt.

Masjid Abu Bakar, Tanah Rata, Cameron Highlands sedang mengumpulkan dana untuk menempah sebuah mimbar khutbah yg baru bagi menggantikan mimbar lama yg sudah uzur. Kutipan yg diperlukan adalah sebanyak RM 15 000. Dalam waktu terdekat ini, RM 10 000 sudah pun terkumpul. Masih memerlukan RM 5 000 lagi untuk membolehkan mimbar baru ini ditempah.




Read more
0

Hilangnya sebutir lagi permata


KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi, seorang tokoh kontroversi di Mesir meninggal dunia semalam di Arab Saudi kerana diserang sakit jantung semasa menaiki sebuah pesawat, kata satu kenyataan akhbar.

Menurut agensi berita Mena, Sheikh Dr. Mohamed yang merupakan ketua Universiti Al-Azhar di Mesir berada di Riyadh untuk menghadiri anugerah Raja Faisal.

Syeikh Dr. Mohamed yang berumur 81 tahun itu menaiki sebuah pesawat pada awal pagi apabila beliau diserang sakit dan jatuh di tangga pesawat, lapor sebuah stesen televisyen Mesir.

Beliau kemudian dihantar ke Hospital Amir Sultan di Riyadh apabila doktor-doktor mengumumkan kematiannya.

Seorang pegawai Mesir memberitahu agensi berita AFP bahawa Sheikh Dr. Mohamed meninggal dunia kerana serangan jantung.

Menurut seorang anak lelakinya, Amr tantawi, berita kematiannya itu merupakan satu kejutan.

"Pihak keluarga memutuskan bahawa selepas tuhan memilihnya untuk meninggal dunia di tanah Arab Saudi, beliau akan dikebumikan di kawasan perkuburan Al-Baqie di bandar suci kedua, Madinah," katanya.

Sheilh Dr. Mohamed dilantik menjadi ketua Universiti Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996.

Universiti Al-Azhar ditubuhkan pada abad ke-10 Masihi.

"Dunia Islam dan Arab telah kehilangan seorang ahli cendiakawan yang telah mendedikasikan kerja-kerjanya dan kepada setiap perkara yang mempunyai kebaikan untuk Islam, " kata Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan.

Ulama yang bercakap dengan nada lembut itu dan mempunyai janggut yang dinipiskan kerap dilihat memakai serban tradisi Universiti Al-Azhar yang berwarna putih.

Beliau merupakan tokoh yang kontroversi di Mesir.

Fatwa yang dikeluarkan melibatkan pelbagai topik seperti niqab, pengguguran bayi, serangan berani mati, wanita sebagai ketua solat dan berkhatan di kalangan wanita.

Namun, fatwa yang dikeluarkannya itu kerap mencetuskan perdebatan dalam dunia Islam.

Kebanyakan pihak menganggap beliau sebagai seorang kakitangan pemerintah yang berpindah ke Universiti Al-Azhar dengan tugas untuk menyebarluaskan budaya dan agama Islam di seluruh dunia sejajar dengan dasar pemerintah mesir.

"Beliau merupakan ketua Al-Azhar yang paling lemah kerana Sheikh Dr. Mohamed menganggap dirinya sebagai seorang kakitangan kerajaan," kata seorang penganalisis politik dan Islam, Kamal Habib.

Pada Oktober tahun lalu, satu perdebatan hangat berlaku selepas beliau melarang niqab iaitu pakaian yang menutup seluruh wajah perempuan di semua sekolah dan kediaman yang bersekutu dengan Universiti Al-Azhar kecuali di kelas yang mempunyai guru lelaki.

Banyak fatwa yang dikeluarkannya turut menjadi kontroversi.

Pada 2003, beliau menyatakan serangan berani mati ialah musuh kepada Islam.

Sheikh Dr. Mohamed turut menyatakan pelampau merupakan musuh kepada Islam.

Selepas serangan 11 September 2003, Sheikh Dr. Mohamed berkata: "tidak ada keberanian dalam apa jua cara untuk membunuh seorang individu yang tidak bersalah atau membunuh ribuan orang termasuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak."

Beliau turut menolak desakan ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin laden berhubung satu perang jihad menentang Barat.

Baru-baru ini, satu majlis yang diketuai oleh ulama-ulama Islam yang diarahkan oleh beliau pada Januari lalu menyokong pembinaan halangan bawah tanah di sempadan Gaza, Palestin bagi menghalang penyeludup membawa barangan.

Pembinaan sekatan bawah tanah itu mencetuskan kutukan daripada pemimpin-pemimpin Hamas yang menguasai Gaza.

Sekatan bawah tanah itu ialah bagi menghalang barang-barang seperti makanan dan minyak termasuk senjata diseludup masuk ke Gaza.

Pada 2008, beliau mencetuskan kontroversi kerana berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Peres pada satu persidangan agama.

Sheikh itu yang mempunyai tiga anak dilahirkan pada 1928 di kampung Salim di wilayah Sohag kira-kira 290 kilometer ke selatan bandar raya Kaherah.

Pada 1966, beliau lulus dari Fakulti Teologi, Unievrsiti Al-Azhar. - AFP


Semoga Allah mencucurkan rahmatNya ke atas
Almarhum Sheikh Dr Muhammad Sayed Tantawi





Read more
1

Aku benci

AKU BENCI!!!




Read more
1

Signifikannya sebuah masjid


In The Name of Allah, the Most Beneficient, the Most Merciful

"Glorified be He Who took His servant (Muhammad) for a journey by night

from Al-Masjid Al Haram (at Mecca) to the Al-Aqsa Mosque (in
Jerusalem), the neighborhood whereof We have blessed, in order that We
might show him some of Our signs. Verily, He is the All-Hearer, the
All-Seer. The Qur'an 17:1.

With these eternal verses, Allah (God), stated in the heart of
the Muslim scripture, the Qur'an, the never diminishing significance
of Al-Aqsa Mosque in Jerusalem to Islam and Muslims. Al-Aqsa, right in
the heart of the Muslim world, is to where our prophet Muhammad (peace
and blessings be unto him) journeyed at night in a miraculous manner
from the city of Mecca, where his call to Islam (submission to God)
was still in its earliest stages. At Al-Aqsa Mosque, he led all of the
prophets of Allah that came before him in prayer and then ascended to
heaven to receive Allah's command to the Muslims to pray five times a
day.

Eversince, Al-Aqsa Mosque and the city of Jerusalem have been very
special to Muslims all over the world. They pray for it and long to
pray in it. And today, with Al-Aqsa being under the Israeli occupation
for thirty years, all Muslims pray for its liberation and for the
freedom of their Palestinian brothers, who have become the soldiers at
the front line of the battle to redeem Al-Aqsa.

Occupation, burning, successive agression, closure and martyr after
martyr have become Al-Aqsa'a story in the last thirty years. Al-Aqsa
is really a deep wound right in the heart of the Muslim world. In
today's unfair reality and materialistic world, Al-Aqsa has become a
symbol of the undesired existence of the trouble-making Palestinians,
Arabs and Muslims (so they say!).

No wonder then, that when the dream of a historical parasite of
opening a tunnel to undermine the foundation of Al-Aqsa Mosque finds
its way to reality, Palestinians of all ages and all beliefs spring to
the rescue. They are Muslim Palestinians defending their very basic
right of existence. Some are Christian Palestinians, also, fighting
for the Muslim shrine. Al-Aqsa is more than a building with historical
and religious significance, it is an idea, a creed even, that we all
have to stand up for what is right and true.

Muslims love Al-Aqsa, pray for it, fight for it and die for it
because, as they see it, they are fighting for the promise of a new
and higher reality. A reality of peace, justice and mutual
respect. This promised reality is not an imaginary one. It did exist
when the Muslims liberated Al-Aqsa from the European Crusaders,
allowing them to evacuate Jerusalem peacefully with their belongings
and families. This was the Muslims' response to the brutality of the
Crusaders when they massacred the Arab inhabitants of Jerusalem,
Muslims and Christians alike.

It is in this spirit of a higher reality, that we can understand why
Palestinian soldiers were carrying a wounded Israeli soldier, and were
trying to get him to the closest medical team. This was their response
to the brutality of the Israeli military machine, which did not
hesitate to deploy helicopters against unarmed civilians, trying to
kill them and to kill their dream, of freeing Al-Aqsa Mosque.

We will continue to believe in Islam's message and its symbol,
Al-Aqsa. We can see our promised reality of peace and justice to all,
in the eyes of the innocent Palestinian children, as they die for
Al-Aqsa Mosque.

Idris El Bakri
Jerusalem, Palestine
Muslim Student Association
Brigham Young University

Ya Allah..
Sejahterakanlah qiblat pertama umat Islam

Amin



Read more
0

Kelahiran Rasulullah s.a.w.




Tinggal tak berapa hari sahaja lagi tibanya tarikh 12 Rabi'ul Awal yg merupakan tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Walau pun ada banyak pendapat berkenaan tarikh kelahiran baginda ini, tetapi kita mengambil pendapat yg masyhur iaitu 12 Rabi'ul Awal. Saya juga tak berniat nak bangkitkan isu tarikh itu. Apa yg saya hendak kongsikan adalah peristiwa-peristiwa yg muncul ketika detik-detik kelahiran baginda yg kebanyakan kita tak tahu termasuklah saya.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata "Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad''

Kelima, semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Keenam, semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan. Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Ketujuh, dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 :

"Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?"

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.



"Sesiapa yang mentaati aku, maka sesungguhnya dia mentaati Allah swt. Dan siapa yang mengingkari aku, maka sesungguhnya ia menderhakai Allah swt."
Hadith Riwayat Muslim dan at-Tirmizi


Read more
2

Salam Maulid Nabi






Read more
2

Petrol dan handphone

Rasa-rasanya kalo kita pegi setiap stesen minyak, mesti ada tanda supaya matikan handphone semasa mengisi minyak. Kecualilah korang pegi stesen minyak dalam hutan banat mana ntah memang takde la kot tanda tu. Tapi, korang agak-agak taukey stesen minyak tu letak tanda tu suke-suke je ke? Haaa sebab dia nak selamatkan stesen minyak dia la brader. Jom pakat tengok eksperimen mudah kat bawah ni. Kaitan antara petrol dan handphone anda. Tak kisahlah jenama ape pun, model zaman jepun pun still sama jugak. Asalkan namanya handphone yg korang bleh guna. Jangan guna handphone botol air yg adik-adik korang bawak pegi sekolah tu dah la ye.

Bahan-bahan yg diperlukan:

  • ~ Kuali yg leper
  • ~3 keping kad. Kad manila pun boleh, tapi jangan pakai Mycard, kad kredit atau pun kad ATM mahu pun simcard.
  • ~ 1 rol kertas aluminium foil. Kertas timah tu la. Yg macam bungkusan kedua cornflakes tu la.
  • ~ Handphone sebijik. Dan pastikan gak ade kredit atau pun bilnye dah dibayar.
  • ~ Minyak petrol sikit. Takyah susah payah beli kat stesen minyak. Sedut je minyak kat dalam motor abang atau ayah atau adik korang.

Cara-cara membuatnya:

Susun kad seperti di bawah ni lebih kurangnya


Pastu letak kertas aluminium tu macam di bawah ni


Pastu letaklah petrol yg korang curi tu setitik dua macam di bawah ni.. jangan letak satu kuali tu plak.. nanti dgn korang sekali hangus.. pastu korang call sesape yg korang nak..


Ape jadi pastu????????

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Moral of the story:

Kalo diorang letak tanda larangan tu maknanya memang tak boleh buat la tu.. jangan gatal-gatal nak tunjuk hebat dan macho.. silap-silap rentung korang ngan keta korang.. tu takpe lagi, memusibahkan pulak mamat-mamat yg tengah isi minyak dalam motor kat sebelah pam korang tu.. termusibah jugaklah tuan stesen minyak dan nak kena repair itu ini. Ingat-ingatlah ye. Selamat mencuba!





















Read more
1

Sebelum mata terlena...


Aku terbaca ntah dekat mana tulisan yg menyebut; dalam perhubungan mesti ada tolak ansur. Mesti banyak bersabar dan mesti memberikan kelebihan kepada pasangan lebih dari diri sendiri. Bila aku baca entri tu memanglah sweet saja bunyi ayat-ayatnya. Rasa macam bersemangatlah sekejap nak praktikkan nasihat-nasihat.

Aku pernah try bersabar even sampai saat ini. Tapi kebanyakan masanya aku meletup. Sebab aku kumpul banyak-banyak kot bahan letupan dalam hati ni. Then, bila ada je yg tak kena meletuplah aku. Huhu. Bunyi ayatnye macam lawak, tapi once anda berada dalam situasi yg sama ataupun kata omputih anda berada di dalam kasut yg sama (in the same shoes), baru anda dapat rasakan cemana sakit ke tak.

Aku menanti janji perubahan yg dicanangkan sejak dulu. Di mana sampai ke saat ini, aku tak nampak sebarang usaha untuk ke arah itu. Kerana akhirnya aku juga yg merasakan kepedihannya.

Ya Allah... I'm really putting my hope only to You.. may one day there will be a change.. even a very very very minute change. InsyaAllah.


Read more
2

A simple thought


Have you ever thought of something that you yourself do not know what it is? Its like a blank stare on the skies. You know that you are looking at millions of stars, but the fact is that you don't really understand what are they. Quite complicated. Huhu.

That's the best way for me to express my feeling right now. I know that something is not right, but I don't know where to search for the solution. To make it worst, I do not even know where is the starting point of that something.

Between us, there is a very thin, transparent separating membrane that looks like nothing, but the reality is painful. What to do? I pray that some miracles would happen in the near future. But, I could feel that all the pains and sufferings that we endure together makes us a better person. And it showed us how determined is our destiny to be together. InsyaAllah.
Read more
3

Bosan


Suppose to be aku dah tido time ni.. masuk tido quite awal sebab takde benda nak wat.. tengok tv pun takde cerita yg best.. Selesai solat Isyak tadi konon nak tido. Baring-baring atas katil tapi mata ni taknak lena. Lastly, aku bangun online semula.

Hmmm.. apa nak jadi dengan hidup aku nih..
Read more
0

7 January 2010

Selamat pagi!

Aha.. hari ni aku terjaga awal gile.. selalunye dalam kul 630pg aku bangun. Itu untuk hari bekerja biasa la. Tapi hari ni spesel sikit sebab spital aku ade majlis besor. Takde lah besor mana, tapi tetamu istimewa datang melawat. Entah cemana aku bleh terjaga kul 520 pagi! Uhu.. macam nak makan sahur je. Golek kiri, golek kanan atas katil nak tidur semula lagi sikit dah takleh nak lena. So, aku berjaga sampailah sekarang.

Kul 710 pagi aku dah mandi. Huhu. Sejuk giler walaupun ade water heater. Sabor je lah. Water heater murahan mmg lah payah nak hangat. Then aku SMS kawan aku Chua. Tanya dia kul bape nak kena gi wad? Then dia reply kul 830pg. Disebabkan masih awal lagi, aku pun online dulu. Haha. Sempat lagi tu. After that, dia hantar lagi SMS kat aku, suruh pegi wad kul 10pg lak sebab tetamu spesel kitorang sampai kul 11pg. Sebab tu lah aku merepek dulu kat sini. Ni baru aku dapat mesej dari Pengarah Hospital cakap Dato' Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang nak datang kul 9 plak. Hadoi.. ok lah.. aku nak gi wad dulu lah..

So, maybe korang dah tau kot bagi yg tbaca entri aku kat Facebook. Tetamu kitorang adalah:



Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Hajjah Kalsom Binti Abdullah
Sultanah Pahang Darul Makmur









Read more
0

A brand new look..



Selama beberapa hari blog sy ditutup sebagai langkah untuk me'renovate'kan pemandangan lama kepada pemandangan baru. Selama kisah-iman ini wujud, seingat sy sudah 3 kali pemandangan damainya sy tukar-tukarkan. Aha. Berubah angin. Sesekali guna warna oren pun ok jugak kan?

Tetapi sy nak buat pengumuman kepada semua sahabat-sahabat yg menjadi follower (walau pun jarang melawat) blog sy ini, tolonglah daftarkan semula dekat ruang follower tu. Hehe. Sebab entah apa jadi, sy rasa sy kehilangan link follower yg lama tu, so bila sy bukak ruangan follower selepas sy tukar layout baru ni, semua list follower sy sudah hilang. Adoi.. inilah masalahnya kalau tak reti ICT, silap klik saja dah hilang data. Hmmm..


Read more
6

Allah..


I wish I had someone to talk to..

But, I only have me and myself



Read more
2

An entry without title






Semenjak kali pertama sy kenal sehinggalah jam 831 mlm ini, sy tak menyimpan apa-apa di dalam hati jika dia melakukan kekhilafan. Sebabnya org cakap hati sy kering, mati dan ada juga yg lebih kurang ajar sesuka hati cakap saya berhati batu. Sebab itulah sehebat mana pun bahasa kasar yg diluahkan kepada sy, tak pernah melukakan 'hati batu' ini. Pesan cikgu sy dulu, jangan kumpul rasa marah, benci dan kecewa. Sebaliknya kita luahkan setiap hari biar bebanan hati itu reda dan tidak berpanjangan.

Tetapi semakin sy cuba untuk kawal perasaan sy, semakin Allah s.w.t. berikan lebih banyak lagi ujian-Nya. Tak usahlah sesiapa pun mendabik dada nak bercakap pasal diri sy. Even abang, kakak dan adik kandung sy sendiri pun tak faham. Apatah lagi orang lain yg sewaktu dengannya. Dan sy tak expect pun orang lain untuk memandai-mandai buat fitnah palsu lagi dusta terhadap diri sy. Dah la kenal sy dgn rapat pun tak, setakat dengar-dengar cerita yg ntah betul ntah tidak dah nak tunjuk hebat konon kenal sy sangat.

Abaikan saja lah bab orang yg tak tahu hujung pangkal tu. Apa yg nak sy sebutkan di dalam blog ini adalah untuk pertama kalinya malam ni, hati sy amat terkesan dengan sebaris ayat yg disampaikan kepada sy. Hingga sy tak dapat menahan airmata sy dari bergenang. Maha Hebat Allah s.w.t. yang menguji kami sampai ke tahap ini.

Sudahlah. Sy tak mahu jadi manusia yg menyimpan dendam seperti sesetengah orang. Pesan Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, maafkan semua orang setiap hari. Bila ada orang yg memohon maaf, kita bertanggungjawab untuk memaafkan. Walaupun ada kalanya masih diungkit-ungkit lagi, sy tak nak ambil pot. Yg penting dan utama, sy sudah menunaikan tanggungjawab sy memaafkan mereka yg berkenaan.

The end.


Read more
2

Takziah









DYMM Seri Paduka Baginda al-Mutawakkil 'Alallah al-Marhum Sultan Iskandar Ibni al-Marhum Sultan Ismail

Sultan Negeri Johor Darul Takzim



Dari Allah s.w.t kita datang, dan penghujungnya kepada Allah s.w.t jualah kembalinya kita.



Sultan Johor Darul Takzim, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada jam 7.08 malam 22 Januari 2010. Baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Johor pada jam 2 petang 23 Januari 2010.

  1. Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
  2. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
  3. Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
  4. Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
  5. Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
  6. Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat
  7. Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
  8. Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984
  9. Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
  10. Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
  11. Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.
Read more
3

Renungan





Bila kita kesusahan, kita anggap manusia yg akan bantu kita

Bila kita kesedihan, kita anggap manusia yg akan gembirakan kita

Bila kita kesakitan, kita anggap manusia jugalah yg merawat kita

Bila kita kegelapan, kita berharap manusialah yg akan memberi cahaya

Bila kita kesesatan, kita anggap manusia akan memandu kita

Bila kita ketakutan, kita anggap manusia jugalah yg akan menenangkan kita


Sedangkan sebenarnya kita lupa bahawa

Bila kita susah, Allah senangkan kita

Bila kita sedih, Allah yg hiburkan hati kita

Bila kita sakit, Allah yg sembuhkan kita

Bila dalam kegelapan, Allah yg beri cahaya

Bila tersesat, Allah yg tunjukkan jalannya

Bila ketakutan, Allah mendampingi kita dan menghilangkan ketakutan itu


Kerana pergantungan kita kepada manusialah

Kita menjadi manusia yg lemah dan gagal

Kita menaruh harapan untuk dibantu

Kita bergantung pada manusia yg kadangkala mengecewakan

Kadangkala kita kecewa dan patah hati

Kadangkala kita jatuh dan jatuh semula dan jatuh lagi

Berkali-kali kita disakiti dan dikecewakan manusia

Kita tetap beri peluang pada manusia

Dengan harapan manusia akan bahagiakan hati kita

Tapi berulangkali itu juga manusia kecewakan lagi kita


Kenapa tidak kita mengadu pada Allah s.w.t.?

Pernahkah Allah mungkiri kita?

Pernahkah Allah sakiti hati kita?

Pernahkah Allah tinggalkan kita kesepian?

Pernahkah Allah biarkan kita keseorangan?

Pernahkah Allah biarkan kita sakit selamanya?

Pernahkah Allah biarkan kita kelaparan?

Pernahkah Allah biarkan kita ketakutan?

Pernahkah? Pernahkah? Pernahkah?


Kenapa bila kita susah, kita ingat pada Allah

Tapi bila kita senang, kita abaikan Allah

Kenapa bila kita sedih, kita baru nak ingat pada Allah

Tapi bila kita gembira, kita buat-buat tak tau pada Allah


Kita mengadu macam-macam hal pada manusia

Kita mengadu kesempitan kita pada manusia

Kita mengadu kesedihan kita pada manusia

Kita mengaduh kesakitan pada manusia

Apa yg manusia balas?

Manusia buat taktau sahaja

Seolah-olah aduan kita tak ada sehama pun nilaiannya


Kita menganggap manusia akan bersimpati pada kita

Kerana kita kata kita kenal pada manusia

Kerana kita kata kita rapat dengan manusia

Kita kata manusia itulah yg meneman kita

Kita kata manusia itulah juga yg kita sayangi

Tetapi

Manusia itulah juga yg tinggalkan kita keseorangan

Manusia itulah juga menyakiti hati kita

Manusia itu jugalah yg buat taktau pada kita

Jadi

Manusia bagaimanakah yg kita nak gantungkan pengharapan?

Manusia bagaimanakah yg kita nak harapkan simpati?

Manusia yg macam mana?


Sedangkan

Allah selalu menemani hati kita

Allah selalu hiburkan hati kita

Allah beri makan dan minum kepada kita

Allah damaikan tidur kita saban malam

Allah sejukkan hawa untuk kita berehat

Allah bawakan angin untuk sejukkan peluh kita

Allah bawakan awan untuk lindung perjalanan kita

Allah bawakan matahari untuk terangi hari-hari kita

Allah bawakan segala-galanya untuk kita

Segala-gala yg kita tak pernah sekalipun mengadu pada Allah

Itulah yg Allah bawakan



Kerana Allah Maha Tahu bahawa

Bila kita mengadu pada manusia

Manusia itu berdusta

Bila kita mengadu pada manusia

Manusia itu hampakan kita

Bila kita mengadu pada manusia

Manusia itu kecewakan lagi kita

Dan manusia itu kecewakan sekali lagi hati kita

Dan manusia itu kecewakan ribuan kali lagi

Dan manusia itu mungkiri lagi janji-janjinya pada kita

Dan akhirnya kita kesepian keseorangan kekecewaan


Dan Allah..

Maha Mendengar rintihan hati kita

Walau pun kita merintih pada manusia

Bukan kepada-Nya

Allah tetapkan temankan kita

Allah tetap berada bersama-sama kita

Susah mahupun senang

Terang mahupun gelap

Bahagia mahupun derita

Sakit mahupun sihat

Hidup mahupun mati


Apa yg kita tak minta pada Dia,

Allah tetap bagi

Allah tetap sayangkan kita

Allah tetap belai hati kita

Bila airmata kita menitis kerana kekecewaan dengan manusia

Allah keringkannya dengan kasih sayangNya

Bila hati kita luka akibat perbuatan manusia

Allah sembuhkan dengan kebahagiaan

Bila kita merasa dunia ini meninggalkan kita keseorangan

Allah hadir di dalam hati kita

Bila kita rasakan insan yg menyayangi kita abaikan kita

Allah berada di pinggir hati kita


Jadi bagaimana agaknya hendak kita katakan Allah tidak adil kepada kita?

Kerana Allah Maha Adil dan Maha Kasih kepada kita

Malah Allah lebih adil dari jangkauan pengetahuan dan ilmu kita



Oleh kerana itu

Berhentilah merintih kepada manusia

Berhentilah berharap pada manusia

Berhentilah mengadu pada manusia

Berhentilah berkongsi masalah dengan manusia

Berhentilah meluahkan kekusutan pada manusia

Kerana manusia itu tetap manusia juga

Manusia itu tetap akan tinggalkan kamu

Walau sedekat mana pun dia dengan kamu

Walau sekasih mana pun dia dengan kamu

Walau sedalam mana kasihmu pada dia


Oleh kerana itulah

Dan kerana itulah

Aku memutuskan harapku pada manusia

Aku memutuskan pergantunganku pada manusia

Dan aku berpaling kembali kepada Allah

Yang selalu memanggil-manggil hatiku

"Wahai hambaKu, kembalilah kepadaKu"

"Ke manakah kamu hendak pergi?"

"Apakah kamu ada Tuhan lain selain Aku?"



"Wahai anak adam, sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu memenuhi seluruh langit, kemudian engkau memohon ampun padaku, niscaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpaiku dalam keadaan tidak berbuat syirik dengan apapun niscaya aku akan datang kepadamu dengan maghfirah;pengampunan sepenuh bumi pula"

Hadith Riwayat at-Tirmidzi



Firman Allah di dalam sebuah hadith Qudsi mafhumnya:

"Aku, manusia dan jin berada di dalam keadaan yg berbeza, Aku ciptakan mereka, tetapi mereka sembah yang lain, Aku kurniakan mereka, tetapi mereka bersyukur pada yg lain, Rahmat Aku turunkan kepada mereka, Amal buruk yg naik kepada Aku, Aku menawarkan kasih sayang Aku kepada mereka Sedang Aku tidak bergantung harap apa-apa dari mereka, Mereka memungkiri Aku dengan dosa-dosa Sedang mereka sangat bergantung kepadaKu, Mereka yg memuji Aku adalah hamba-hambaKu Oleh itu barangsiapa yg berkehendakkan menjadi hambaKu Maka sembahlah dan muliakanlah Aku, Mereka yg taat kepada Aku adalah mereka yg Aku kasihi Mereka yg mungkiri Aku sesungguhnya Aku tidak putuskan mereka dari rahmatKu Bila mereka bertaubat, Aku kurniakan kasih sayangKu melimpah ruah Jika mereka enggan bertaubat, Aku rawati hati mereka sehingga ia menjadi jernih kembali Amal baik dalam pandanganKu setimpal sepuluh kali ganda dan lebih Amal buruk dalam pandanganKu setimpal satu dosa dan Aku ampuni Bersaksilah Aku bersumpah dengan kemuliaan dan keagungan Aku! Jika mereka mohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampuni mereka Barangsiapa bertaubat dan kembali kepada Aku, nescaya Aku terima ia walau sejauhmana pun ia Dan sesiapa dari hambaKu yg berpaling enggan, Aku memanggilnya dengan dekat padanya "Oh hambaKu, ke manakah engkau hendak pergi? Apakah kamu punya Tuhan yang lain....?"

p/s: Bersaksilah bahawa inilah cinta yg teragung!


Read more
3

Perang dingin.. huhu..


Merujuk kepada kata orang-orang tua, bila bertunang kena berhati-hati. Kerna waktu bertunang ni darah manis. Ntahlah. Agaknya kalau test darah sy waktu sekarang ni, gula terlebih ke? Kencing manis abis lah mereka yg sedang bertunang sekarang ni agaknya. Huhu. Motif utama persyariatan bertunang adalah untuk kenal mengenal antara dua keluarga. Kerana dalam Islam tak ada sistem couple dulu baru bertunang, jadi sebab itulah secara logiknya disyariatkan khitbah atau bertunang ni.

Masa ni lah nak kenal hati budi masing-masing. Nak kenal baik buruk masing-masing. Nak kenal mak ayah mertua macam mana, sanak sedara tunangnya macam mana dan sahabat handai dia macam mana. Dan bahagian yg paling penting dalam semua itu adalah belajar bagaimana hendak terima kekurangan tunang kita dan redha dalam sabar.

Allahuakbar. Sy rasa itu adalah kelemahan yg paling ketara dalam diri saya ini. Secara teorinya memang nampak mudah. Semua orang cakap kena banyak bersabar, kena bertolak ansur dan redha. Jangan terlalu ikutkan hati dan jangan terlalu ikutkan nafsu ammarah. Tetapi, praktikalnya sy rasa tak semua lulus. Termasuklah saya. Kebanyakan kalinya sy juga gagal.

Hmmm... nak luahkan banyak-banyak pun takde guna. Pendamkan saja kot. Lebih senang. Walau apa pun, sy sangat mensyukuri kurnia Allah s.w.t. yg amat berharga dalam hidup saya ini. Mudah-mudahan Allah s.w.t. permudahkan dan lembutkan hati kami. Mudah-mudahan tak ada lagi hati yg tersentuh antara kami. Dan tak ada lagi airmata ini menitis. Semuanya pelajaran dari pengajar yg Maha Mengajar dan Mendidik hambaNya.

Dulu sy berborak dengan rakan-rakan yg sudah berkahwin. Katanya time preparation nak kenduri dan sebagainya tu la yg sangat genting. Masih segar dalam ingatan saya, kata-kata kawan saya "time tu bincang pasal baju nikah pun boleh gaduh sampai 3-4 hari". Saya gelakkan dia 'terguling-guling' masa tu. Tak percaya.

Nah.. hari ini saya mengaku itu betul. Huhu. Sy tergelak sorang-sorang petang tadi. Memang betul apa yg teman saya cakapkan. Sekarang rasakan sendiri pengalaman tu. Nak pilih warna tema untuk majlis kami pun boleh bertekak. Huhu. Itu belum masuk bab-bab lain lagi yg lebih rumit.

Sebenarnya, setiap pasangan perlu rasional semasa berbincang. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Kerana itu akan memberikan tekanan mental kepada pasangan masing-masing. Ini majlis bersama, yg akan menjadi memori indah bersama. Janganlah selitkan memori duka pula. Tapi, bak kata orang tua-tua, benda tu asam garam hidup.

Wish me luck..!


p/s: Maybe boleh try petua-petui di bawah ni kot.. haha..


Tengah syok ngedate tiba awek korang
buat muka empat belas, muncung dier
dah panjang sejengkal, bijik mata dier
jeling sana jeling sini tapi tak pulak
pandang kat korang. Pendek kata dier
tu dah merajuk ler.. Tau ker
korang camner nak mengayat mood awek
korang kepada keadaan asal balik? Kalo
tak tau, korang baca ler tip kat bawah nih..

SENYUM Komuniti sepaku.net
sebelum merajuk mesti start
gadoh dulu kan? So, time dier tengah
marah tu korang buat selamber jer
senyum. Kalo boleh senyum tu biar
lebar sampai ke telinga pun takper.
Nescaya awek korang yang plan nak
merajuk tu tak sampai hati nak marah
atau merajuk ngan korang sebab kesian
tengok muka seposen korang tu.

BUAT LAWAK Komuniti sepaku.net
Hah! Yang ni korang kena
tengok keadaan cuaca ataupun suhu dan
jenis awek korang tu dulu. Jangan main
rembat ajer. Tak pasal bertelur dahi
korang. Kalau menjadi, silap awek
korang yang merajuk tu terkekeh ketawa
dek kelakar ngan lawak korang tu.

BELI HADIAH
Buat korang yang
berkemampuan boleh ler cuba tip ni.
Korang beli ler hadiah yang diidamkan
oleh awek korang yang tengah merajuk
tu. Kompem terus tersengeh dier bila
tengok korang hadiahkan dier BMW 7
series. Ahaks!

HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS
Ops! Jenis
ni, korang kena buat bodoh dulu time
dier tengah merajuk. Agak dier dah
cool sikit, korang ambik enpon dan
hantar la mesej untuk mintak maaf.
Lagi bagus kalau korang selitkan lawak
jenaka dalam sms/mms/voice sms korang
tu.

BUAT BODOH
Kalo korang berani ambik
risiko ditinggalkan, korang boleh ler
try tip ni. Bila awek korang tu marah,
korang buat bodoh, bila awek korang tu
merajuk, korang tetap buat bodoh.
Kompem awek korang tu fed up dan terus
ok sebab takder sapa nak layan kerenah
dier. Heheh!

MERAJUK BALIK
Tip ni paling berkesan
dalam memujuk awek yang suka merajuk.
Nak tau sebab apa? Sebab bila korang
pulak merajuk dah tentu ler dier pulak
kena pujuk korang.. Tapi kalo dier
pulak pakai tip buat bodoh kat atas
ni, haku tak bertanggungjawab

Kutipan dari: Forum Sepaku.net



Read more