Selamat menyambut hari ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-53. Tak sempat nak menulis kat sini. Sibuk sangat ke? Tak la jugak. Buat-buat sibuk la. Banyak perkara yg terjadi di dalam bulan Ramadhan kali ni. Dan banyak jugak yg sy terlepas dalam bulan ni. Tapi sy cuba hadapi Ramadhan kali ni dengan yg terbaik yg sy mampu. Mudah-mudahan ada lagi Ramadhan untuk sy tahun hadapan dan seterusnya. InsyaAllah.
Saya tengah sakit gigi. Uhuk. Nak jugak cerita. Sudah dua hari saya sakit gigi. Walau pun sy seorang doktor, sy ada satu tabiat yg pada saya agak pelik la kot. Sy takut nak jumpa doktor gigi. Walau pun sy pernah cabut gigi dulu, pengalamannya takdelah mengerikan mana pun. Tapi, malasnya nak jumpa doktor gigi ni hanya Allah swt sahaja yg Maha Tahu. Saya sanggup sakit dan menahan sakit lagi dari jumpa doktor gigi. Tapi kalo kat klinik ada pesakit sy yg datang sakit gigi, dengan berhemahnya sy nasihat suruh jumpa doktor gigi. Huhu.
Dah beberapa episod sakit gigi yg sy alami. Gigi yg sama. Gigi geraham pulak tu. Sakitnya hanya Allah swt sahaja yang Maha Tahu. Berdenyut-denyut je. Terutama bila kita pejamkan mata nak tidur. Fuh, dia punya terasa berdenyut tu macam gigi tu menari-nari dalam tu. Memandangkan sy doktor, hehe sy merawat diri sendiri je. Saya makan ubat sendiri dan sakitnya Alhamdulillah hilang. Cuma tersilapnya pagi tadi semasa sahur sy terlupa nak makan ubat. Haha.
Sakit sebagai penghapus dosa. Sabar menahan kesakitan tu adalah tahap terendah. Kerana sabar dalam menghadapi kesusahan dan sakit tu adalah perkara yg orang biasa pun boleh kawal diri. Tapi sabar di dalam kesabaran adalah yg tinggi. Apa maknanya saya pun takleh nak describe. Sy pun dengar je dari kuliah seorang ustaz dalam TV.
Mudah-mudahan sy boleh bertahan sampai berbuka nanti. Anehnya, sy ada satu lagi ubat untuk sakit gigi ni. Sy baru je terjumpa pagi ni. Sakit saya agak kurang bila saya dengar lagu thru earphone. Boleh tahan skit la. Maybe fokus otak saya tertumpu pada lagu lebih daripada sakit saya.
Semalam, saya on-call. On-call yg tenang, sebab tak ada kes kecemasan. Tapi, awal-awal pagi dalam pukul 345 pagi sy dapat call dari Dewan Bersalin. Ada seorang ibu baru bersalin. Terdapat koyakan pada vagina yg perlu dijahit. Selalunya koyakan macam tu adalah normal terutama bagi ibu bersalin anak sulung. Apa yg pihak hospital akan buat adalah kami akan jahit semula dan betulkan koyakan tu. Masalahnya bagi pesakit ni adalah sukarnya nak dijahit sebab tak beri kerjasama.
Dia gerak-gerak sana-sini sampai ke tahap nak tendang jururawat yg nak jahit tu. Bukan jururawat biasa, tapi Sister a.k.a Ketua Jururawat yg nak jahit tu. Akhirnya, lepas dorang dah tak larat nak layan pesakit tu, dorg pun call doktor on-call. Saya lah tu. Hmm. Sy tengok jam pukul 400 pagi. Memang saya bimbang terlepas sahur. Tapi, nak tak nak sy redha je. Kena pegi jugak ke Dewan Bersalin.
Alhamdulillah, saya dapat jahit pesakit tu. Tapi, selepas di inject ubat tahan sakit la. Selalunya kami beri bius setempat pada kawasan untuk dijahit saja, tapi yg ini special sikit. Selepas kene inject, pesakit tu tenang dan dah kurang sakitnya. Malah dia bercerita macam masalah dan kehidupan dia dengan family mertua dia di Cameron ni. Huhu. Lastly, saya selesai jahit jam 535 pagi. Berlari-lari dgn kereta balik umah nak bersahur. Alahmdulillah, sempat.
Bila jadi doktor atau nurse atau pekerja kesihatan ni, seolah-olah ada satu semangat dalam diri. Walau apa pun yg akan terjadi pada diri sendiri, itu tempat kedua. Keutamaan pesakit adalah yg pertama. Memang kadangkala ada jugak merungut kenapa itu kenapa ini. Terasa panas hati pun ada. Tapi, semuanya hilang bila pesakit ucapkan terima kasih. Kami tak minta dibayar duit beratus ringgit pun, tapi ucapan terima kasih tu yg buatkan terasa pengorbanan dihargai.
Saya rasa tak ada orang lain yg sanggup tinggalkan juadah berbuka puasa yg sedap-sedap depan meja bila ada call untuk attend pesakit. Sanggup berjaga sampai ke pagi tak makan tak minum semata-mata nak pastikan pesakit selamat. Kadangkala sempat minum seteguk air je, dah kene tengok pesakit. Teringat saya pernah berbuka puasa dalam dewan bedah, dengan memakai pakaian dewan bedah, tengah operate pesakit untuk bersalin (Caesarean section). Dalam keadaan kalut nak selamatkan baby dan maknya, kitorg berbuka dengan setengah biji tamar. Sebab bila dikira jumlah pegawai yg sedang bertugas untuk pembedahan tu ramai, sedangkan tamar yg ada sikit saja.
Ada juga ketikanya saya berbuka menghadap pesakit nazak untuk CPR. Sama juga. Minum air saja untuk syarat berbuka puasa. Kadangkala sedih terasa dalam hati bila ramai orang di luar sana makan sedap-sedap dan dengan tenang ketika berbuka. Sedang kami berbuka sambil berdiri dgn keadaan kecemasan dan macam-macam situasi. Orang luar sana boleh beribadah dengan lebih tenang dan lancar. Kami nak cukupkan tarawih 8 raka'at pun kadang-kadang tak sempat. Malah ketika sy di Hospital Temerloh dulu, banyak kali terlepas tarawih sebab on-call yg terlalu sibuk.
Sebab itulah, bila sy tengok adik-adik yg baru nak menjejak kaki memulakan langkah perjalanan hidup mereka sebagai pegawai perubatan, perlu ada satu semangat aneh dalam diri mereka sebelum boleh melangkah dengan baik dalam bidang ini. Gelaran doktor di depan nama tu hanyalah sebutan manusia, tapi tanggungjawab dan amanah di sebalik gelaran tu sangat besar. Bukan kecil pengorbanan yg perlu dilakukan untuk memikul gelaran tu. Kalau tanya saya seronok tak jadi doktor? Jawapan sy tak seronok. Tapi saya puas hati. Dan saya rasa syukur Allah swt pilih sy untuk bidang ini. Kerana sy pasti sy antara yg terpilih untuk kerja ini. Mudah-mudahan ada sesuatu dari Allah swt untuk sy. InsyaAllah. Amin.
p/s: Thanks to my wife yg sanggup bawa juadah sahur sampai ke Dewan Bersalin awal-awal pagi.. tu pun kire pengorbanan besar jugak tu.. :-)
1 comments:
salam Dr.Meow.. Selamat menyambut merdeka juga buat dr. Ai Dr pun takut jumpa Dr gigi ke.. hehe.
Baru ni terpaksa bersahur di hospital teman kakak ipar, bersalin. Bersahur pun lebih kurang. Bila baca pengalaman Dr tu.. baru tahu demi tugas dan patient kena berkorban kepentingan diri. Moga dipermudahkan tugas oleh Allah dan diberkati selalu.. Teruskan berkhidmat.
Post a Comment