Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Kisah Ramadhan ini


Assalamualaikum..

Diam tak diam dah masuk sepuluh hari dah kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu. Sampaikan tak sedar langsung yg kita sudah mula melangkah masuk ke sepuluh kedua Ramadhan kali ini. Kadang-kadang bila time insaf, rasa sedih juga terlalu cepat Ramadhan bergerak dalam hidup ini. Tapi bila time tak insaf, Ramadhan berlalu tanpa ada rasa sedih dalam hati.

Bagi seorang Islam, Ramadhan adalah saat indah dan memori yg sangat banyak. Seingat-ingat saya banyak sangat memori dalam bulan Ramadhan. Saya pun dah tak ingat bila agaknya saya mula berpuasa. Pernah suatu ketika dulu, saya minta dari mak saya nak puasa separuh hari je. Huhu. Time tu kecik sangat. Bila mak kata "Pi lah makan", rasa macam nak melompat. Kemudian ada suatu ketika saya demam di bulan Ramadhan, mak suruh saya berbuka puasa. Tapi sy rasa sayang teramat sangat nak bukak, saya tahankan diri sampai waktu berbuka.

Saya tak pernah disogokkan dengan duit raya kalau berjaya puasa penuh sebulan. Mak abah tak pernah ajar kami supaya menggantikan nilai puasa itu dengan harta dan material. Tapi, secara sedikit-sedikit kami sedar sendiri kenapa perlu puasa dan perlu menahan diri. Alhamdulillah.

Dan bila masuk sekolah menengah, pesta beribadah tu tak terasa sangat lagi. Kerana ketika tu saya tak duduk asrama. Apa yg tinggal dalam memori saya adalah sy menduduki peperiksaan SPM dalam bulan Ramadhan. Ramai orang minta supaya tarikh peperiksaan diubah, konon kerana puasa boleh menjejaskan prestasi pelajar menjawab. Tapi, Majlis Peperiksaan Malaysia bertegas untuk kekalkan tarikh tu. Alhamdulillah. Mereka yg layak lulus telah lulus. Dan mereka yg layak gagal, telah gagal. Bukan kerana puasa.

Kenangan saya dalam bulan Ramadhan paling indah adalah ketika saya berada di Kolej MARA Seremban dan UNIMAS. Kerana saya tinggal di asrama. Banyak aktiviti terlibat. Termasuklah sy dilantik menjadi salah seorang imam Terawih. Kemudian menguruskan perjalanan terawih, tadarus dan moreh ketika di universiti. Juga menjadi Pengarah bagi sambutan Nuzul al-Quran peringkat Fakulti serta sambutan hari raya.

Sekarang, bila sudah masuk alam dewasa, saya sudah pun berkahwin. Sudah punya tanggungjawab sendiri dan sudah masuk ke dalam masyarakat. Saya rasakan kemanisan pesta ibadah itu lebih terasa asyik jika kita masih berada di alam pengajian. Ketika kita sibuk menelaah buku, kita merebut peluang bersama-sama rakan beribadah dan menyembah Allah swt.

Ketika itu kita bersemangat untuk beribadah. Mungkin kerana sokongan dan dokongan rakan-rakan serta aktiviti-aktiviti ibadah yg tersusun. Sekarang ni, saya rasa keseorangan walau pun sebenarnya banyak aktiviti yg dibuat di masjid. Sedih jugak bila melihat keadaan pesta ibadah sekarang sudah bertukar jadi pesta juadah. Even di masjid sendiri perkara ni berlaku. Jemaah sibuk uruskan juadah dari beribadah.

Sy bersolat Terawih di masjid Abu Bakar, Tanah Rata bersama-sama isteri. Pada malam pertama terawih, ramainya manusia datang. Penuh dewan solat masjid. Alih-alih bila masuk malam ke-3, dah tinggal 5 saf je. Malam seterusnya bila Imam Muda Azrul kot yg dari Kedah tu datang, hanya ada 4 saf. Tak taulah macam mana jadinya bila malam 27, 28, 29 Ramadhan. Jangan tinggal imam dan bilal sudah la.

Rata-rata realiti yg berlaku ini bukan di sini sahaja. Saya yakin ia berlaku di segenap masjid dan surau di Malaysia ni. Kita amat berbeza dari Masjidil Haram. Sy tengok siaran langsung solat terawih dari Mekah di ASTRO Oasis. Masjidnya semakin meningkat hari Ramadhan semakin padat dan sesak. Sampai ada yg solat di atas tangga! MasyaAllah. Dah la tu, solatnya bukan sekejap hampir 3 jam untuk 23 raka'at. Habis satu juzu' al-Quran setiap malam.

Takleh kata kat orang. Saya pun sama jugak. Dah dua malam saya tak berterawih di masjid. Pertama kali sebab saya on-call. Sy berterawih berjemaah dengan isteri sy je di rumah. Kedua sebab saya sakit mata. Sepet sebelah. Kalau sepet dua belah hensem gak la kot. Ni sepet sebelah macam lanun ja. Alhamdulillah dah semakin sembuh. Azam saya untuk Ramadhan kali ini ada 3. Saya nak berterawih setiap malam tak kira lah samada di rumah atau di masjid dan kalau terpaksa saya nak berterawih di hospital. Sy pernah terawih dalam bilik on-call di hospital Temerloh dulu sebab sy on-call waktu tu.

Keduanya, saya nak habiskan tadarus al-Quran 30 juzu'. Setakat ini baru masuk juzu' 5. Tadarus dengan isteri saya. Dia baca dari juzu' 15 hingga juzu' 30. Sy pula dari juzu' 1 hingga juzu' 14. Walau macam mana pun, sy berhasrat nak habiskan jugak semua 30 juzu' sendirian. Tapi, halaju tadarus saya sangatlah perlahan macam kura-kura bertongkat. Huhu.

Ketiga, sy nak bertaubat. Nak jadi manusia yg lebih bersih dan tulus. Setiap hari saya teringat kesilapan-kesilapan yg saya buat semasa dulu. Saya tak nak sebut apa, tapi biarlah ia jadi rahsia saya dengan Allah swt. Kerana untuk itu, sy mencari di mana agaknya ruang untuk saya di hadapan Allah swt. Sy mahu kembali menjadi saya yg dahulu kala. Saya mahu kembali. InsyaAllah. Mudah-mudahan Allah permudahkan.

Banyak sudah saya tulis. Takde isi sangat. Just luahan hati kot. Kerana pada malam ini, selepas sy dan isteri selesai solat terawih satu perasaan tenang dan aman memasuki hati saya. Sangat tenang. Hinggakan sy terasa nak menangis pun ada. Alhamdulillah. Dah lama sangat perasaan ini hilang dari diri saya. Terlalu lama. Perasaan yg dulu selalu ada dan selalu hadir dalam hati. Mungkin Allah lenyapkan sementara untuk melihat ke arah mana gerak saya tanpa sinar Dia.

Sampai sini dulu kot nak tulis. InsyaAllah ada masa, ruang dan peluang sy menulis lagi. Sy tercari-cari di mana Ummi Munaliza. Sudah lama tak nampak Ummi online. Sihat kah dia? Wallahua'lam. Mudah-mudahan Ummi muncul semula di blog sy. Huhu.

Sekian.



Bookmark and Share

2 comments:

MuHaMMaD86 said...

hurm,rinduna kpd doktor
sudah jauh kita kn...
yup dr,sy juga mcm dr
kdg2 mghrngi rmdhn dgn pnh smgt lps 2 hilang...

sy juga cuba mncari ruang.......InsyAllah!!!

P/s:kim salam dkt kak noza...happy fasting

Fahmi Shukur said...

Cikgu..
lama tak bertegur sapa.. :-)
mudah-mudahan sejahtera..
jgn sedih bukak posa sorg2 lagi ye..
cepat2 kawen.. hehehe..

Post a Comment