DYMM Seri Paduka Baginda al-Mutawakkil 'Alallah al-Marhum Sultan Iskandar Ibni al-Marhum Sultan Ismail
Sultan Negeri Johor Darul Takzim
Dari Allah s.w.t kita datang, dan penghujungnya kepada Allah s.w.t jualah kembalinya kita.
Sultan Negeri Johor Darul Takzim
Dari Allah s.w.t kita datang, dan penghujungnya kepada Allah s.w.t jualah kembalinya kita.
Sultan Johor Darul Takzim, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada jam 7.08 malam 22 Januari 2010. Baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Johor pada jam 2 petang 23 Januari 2010.
- Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
- Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
- Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
- Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
- Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
- Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat
- Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
- Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984
- Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
- Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
- Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.
2 comments:
Takziah al-fatihah...
Kenapa lamanya cuti, siap bermangga lagi. Tertunggu,bila nak buka mangga ni. Apa pun Happy Belated Birthday. Nak wish on that day,kat sini bermangga pula...
Terima kasih atas ucapan birthday tu Ummi..
Mangga sekejap je.. skrg dah kembali semula.. :-)
Post a Comment