Related Posts with Thumbnails
RSS
email

01.01.10





Selamat tahun baru 2010! Seronok bukan main lagi nampaknya geng-geng muda belia malam tadi berjoget dan bersorak sorai gumbira. Maklumlah dah masuk tahun baru dan terlupa pula kiraan umurnya dah berkurang setahun. Haha. Saya sempat jugak menonton TV3 dan TV2 sempena konsert Ambang Tahun Baru di TV2 dan Inspirasi 2010 di TV3. Ramainya yg hadir di Dataran Merdeka dan The Curve Damansara.

Padahal dekat je dengan Dataran Merdeka tu Masjid Negara. Tempat di mana akan berlangsungnya solat sunat gerhana bulan. Tempat di mana akan berkumandangnya khutbah gerhana bulan malam 1 Januari ini.

Menyorot cerita sedikit pasal gerhana bulan ini.

Pada awal pagi 1Jan 2010 ini, Bulan akan mengalami proses gerhana sekali lagi. Kali ini ia merupakan gerhana bulan separa sahaja. Kemuncaknya akan berlaku pada jam 3.24 pagi waktu Malaysia.

Sebanyak 8 peratus daripada Bulan sahaja akan berada di dalam bayang-bayang umbra. Namun, ia cukup menarik untuk dicerap kerana Bulan penuh akan kelihatan sompek sedikit di awal-awal pagi tahun baru masehi.

Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahuhn. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun!

Pernah kan anda dengar omputih cakap "Once in a blue moon.."? Perkataan blue moon itu bermaksud jarang-jarang berlaku bersempena peristiwa gerhana bulan blue moon ini lah. Haha. Tak percaya bukak laman web NASA.

Diriwayatkan oleh Muslim:
"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana)"

Maka sunnah muakkadah hukumnya bersolat gerhana bulan malam ini selama mana belum luput peristiwa gerhana itu di langit. Solat gerhana mempunyai 2 raka'at, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud. Kaifiatnya kena belajarlah ye.

Tetapi, ada juga peristiwa gerhana lain yg berlaku. Malam tadi ketika menonton Buletin Utama; terselit satu berita tentang isu penggunaan kalimah Allah bagi Kristian. Mahkamah memutuskan bahawa pihak the Herald boleh menggunakan kalimah Allah untuk terbitan mereka. Begitu juga pada Februari 2009 Kementerian Dalam Negeri menyatakan larangan penggunaan kalimah Allah yg tertentu untuk umat Islam sudah ditarik balik.

Hmmm.. Tak siapa pun bersuara lagi masa kini. Semuanya redha saja. Mungkin ada hikmahnya Allah s.w.t. mengizinkan perkara ini berlaku. Sebagai umat Islam, sy mengambil jalan selamat. Pada saya apa sahaja istilah yg hendak digunakan kuffar, gunalah. Kerana kita sudah tahu hasrat hati mereka terhadap Islam.

Kalaulah kita boleh terfikir bahawa jika penerbitan Kristian menggunakan istilah Allah untuk kataganti God itu boleh mengelirukan anak-anak Islam. Maka apakah kita tak boleh terfikir untuk mengelirukan kembali anak-anak Kristian dengan kaedah yg sama? Wallahua'lam. Siapa agaknya yg berani? Huhu.

Apa pun yg terjadi, 2009 sudah pun melabuhkan tirainya. Lembaran sejarah 2009 kini sudah pun dipatrikan dalam sejarah. 2010 membuka lembaran baru untuk kita pula. Tak perlu berazam jika sudah tahu tak mampu tunaikan. Huhu. Yang penting menyusun strategi sendiri untuk menjalani tahun ini dengan baik. Menjadi seorang hamba yg lebih baik dan manusia yg lebih baik. InsyaAllah.

Selamat bersolat gerhana bulan!



Bookmark and Share

1 comments:

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

Bagus...isu semasa, doktor ni, baguslah, walaupun sibuk masih sempat juga ikuti isu semasa. Sempena tahun baru ni, mohon ampun maaf atas segala salah silap ya...yang disedari atau tidak disedari.Doktor dah baca buku Indah Hidup Bersyariat? Kalau belum baca, saya nak suruh beli...(bukan saya nak hadiahkan..kih..kih...)

Post a Comment