Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Senjakala





Pejam celik pejam celik sudah 4 hari berlalu di tahun baru. Kadangkala masa bergerak sangat pantas hinggakan tak terasa kita sudah melewati sebulan dan setahun. Benarlah pesan Nabi s.a.w. yg diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi bermaksud:

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api"

Suasana Malaysia sy kira masih hangat dengan isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam. Semalam sy join sebuah kumpulan di Facebook (linknya ada sy letak di tepi blog). Ketika saya join grup itu, ahlinya ada dalam 22000 lebih. Empat jam selepas itu ia bertambah menjadi 28000 lebih. Dan hari ini sy lihat sudah mencapai 36000 lebih. Begitu cepat sambutan oleh umat Islam yg mahu melihat nama Allah dikembalikan menjadi hak umat Islam. Bagi yg mahu menyatakan sokongan terhadap bantahan penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam, bolehlah menandatangani petisyen online yg disediakan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini.

Anda mungkin sependapat dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu ketika dulu bahawa nama Allah itu bukan khusus untuk umat Islam sahaja. Bantahan yg dibuat ini adalah di dalam konteks kenapa perlu Kristian menggunakan nama Allah sedangkan nama tuhan di dalam Bible yg asal adalah El, Eloh, Elohim dan Yahweh (ada juga menyebutnya Yahuwah). Oleh itu, kami melihat ada unsur-unsur 'hitam' di sebalik tuntutan itu. Terutamanya untuk golongan memesong akidah. Kerana tidak mustahil suatu masa nanti mereka lebih lagi dari itu.

Apa pun sy melihat kejadian ini memberi satu nafas baru dalam hubungan inter-muslim di negara kita. Jika kita lihat sebelum ini, muslim pro-kerajaan dan muslim pro-pembangkang memang akan sentiasa bertelagah dan bertentangan pendapat dalam sebarang isu. Tetapi bila isu nama Allah s.w.t. ini timbul, kita boleh duduk bersama dan berkumpul bersama dan boleh bersatu untuk-Nya. Alhamdulillah. Kerana perbezaan mazhab politik bukan syarat untuk kita gadaikan maruah agama kita.

Sungguh payah sebenarnya untuk kita tegakkan agama Nabi Muhammad s.a.w. ini pada zaman ini. Kerana kita akan menghadapi 1001 tentangan dan bantahan. Tetapi kita perlu tetap teguh dengan agama ini yg menegakkannya hingga ke akhir hayat kita.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api".
Hadith Riwayat Imam at-Tirmidzi

Betapa hebatnya ujian yg Allah s.w.t. letakkan kepada kita untuk kita pegang agama ini. Betapa sayangnya Allah s.w.t. kepada kita untuk melihat kita menjadi hamba yg hebat untuk dibanggakan di hadapan khalayak mahsyar nanti. Mudah-mudahan kita tetap kekal di dalam agama sehangat bara api ini. Semoga kita merasakan sejuknya salju iman dalam hangatnya bara api.

Sematkan luahan rindu Nabi Muhammad s.a.w. berikut sebagai bekal untuk kita:

"Telah berkata Abu Jum’ah al-Ansari bahawa aku telah bertanya : Wahai Rasulullah! Adakah suatu kaum yang lebih besar pahalanya daripada kami sedangkan kami beriman kepada engkau dan kami mengikuti engkau?. Lalu Nabi bersabda yang bermaksud : Apakah yang menghalang kamu untuk beriman kepadaku sedangkan diri Rasulullah s.a.w ada di sisi kamu dan wahyu datang kepadamu langsung dari langit. Tetapi akan ada lagi suatu kaum yang akan datang kepada mereka Kitab Allah (al-Quran) yang ditulis di antara dua Luh maka mereka lantas beriman kepadaku dan mereka amalkan apa yang tersebut di dalamnya. Mereka itulah merupakan golongan yang mendapat pahala yang besar daripada kamu"

Hadith Riwayat Ahmad, al-Bukhary dan at-Thabrani

"Bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w : Berbahagialah bagi sesiapa yang melihat engkau dan beriman kepada engkau. Lalu baginda bersabda yang bermaksud : Berbahagialah bagi sesiapa yang melihat aku dan beriman kepadaku. Dan berbahagialah kemudian berbahagialah kemudian berbahagialah bagi sesiapa yang beriman kepadaku sedangkan dia tidak pernah melihatku"

Hadith Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban

p/s: Apakah kita yg dimaksudkan Rasulullah s.a.w. itu?



Bookmark and Share

1 comments:

MUNALIZA said...

Perdebatan berkenaan dengan penggunaan nama Allah oleh agama lain mengundang dua pandangan berbeza di kalangan umat Islam samada di kalangan ahli agama, mahupun masyarakat awam.

Terdapat golongan memandang nama ‘Allah’ sememangnya digunakan oleh al-Quran untuk menceritakan bagaimana kepercayaan umat-umat terdahulu. Sebagai contoh, dalam surah Luqman, ayat 25. Allah SWT bermaksud:
Sekiranya kamu bertanya mereka (orang-orang kafir), siapakah yang menjadikan langit-langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah. Katakan (wahai Muhammad): Segala puji bagi Allah. Bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui.

Demikian juga dalam surah al-Ankabut, ayat 61, Allah SWT berfirman bermaksud:
Dan sekiranya kamu bertanya mereka siapakah yang menjadikan langit-langit dan bumi dan yang mengaturkan matahari dan bulan, nescaya mereka mengatakan Allah. Justeru kenapakan mereka berpaling (dari) mentauhidkan Allah?

Namun, umat Islam di Malaysia mesti mempertahankan kalimah ALlah hanya untuk umat Islam dan bukan untuk digunakan oleh agama lain.

Post a Comment