Related Posts with Thumbnails
RSS
email

BUDAK BARU...


Saya melalui satu per satu pengalaman yg Dr Azlyn alami semasa zaman doktor pelatih dulu a.k.a HO a.k.a Housemanship.. Masih teringat lagi posting pertama saya adalah di Jabatan Paediatrik, Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Temerloh. Dan saya masih ingat lagi ward round pertama saya bersama dengan Ketua Jabatan Paediatrik ketika tu iaitu Dr Rohani dan teman HO saya Dr Dayang Rafidah.. Dan prescription pertama yg saya tulis dalam sejarah hidup saya sebagai doktor adalah

Tab. PCM II/II TDS..

Saya tanyakan Dr Dayang secara berbisik masa tu macam mana nak tulis prescription tu. Saya tak pernah dengar arahan-arahan dari pakar, jadi bila Dr Rohani minta sy tulis prescription tu sy blur.. Memang tak dapat bayangkan macam mana nak tulis. Then, lama kelamaan barulah saya belajar macam-macam style prescription lagi. Masih ingat lagi MO yg menjaga wad Paediatrik antaranya Dr Reny, Dr Izwah, Dr Fariq, Datin Dr Beaula dan lain-lain yg saya tak ingat.

Pernah kali pertama menyambut Aidilfitri semasa bekerja, awal pagi tu sebab saya tak dapat tahan perasaan sy larikan diri dari wad ke masjid berdekatan untuk solat sunat Aidilfitri. :-) Balik ke wad sy dah bersedia untuk kena marah dengan MO bertugas iaitu Dr Fariq. Dia tanya "kau pegi mana?" Dengan wajah yg takde perasaan atau boleh kata sedikit bengis dia merenung sy. Dan saya dengan jujurnya jawab "pegi masjid, solat sunat Aidilfitri..". Dalam hati berdebar-debar. Dia reply "abes kau ingat kau je nak raya? aku ni tak pegi pun solat raya..". Sy tak menjawab, tapi dalam hati sy kutuk dia "tu sebab kau takde perasaan dan jauh dari Allah.. aku ni manusia yg nak besarkan Tuhan aku waktu raya ni.." 

Boleh katakan semua MO yg bertugas di Jabatan Paediatrik pernah marahkan saya. Macam-macam sebab. Dan kadangkala sy rasa sebab tu tak masuk akal. Dan tak berperikemanusiaan cara marahnya tu. Tapi untuk jadi seorang doktor, sy tau sy kena pejamkan mata dan buat biasa je. 

Dr Izwah adalah MO yg paling garang di mata sy. Dia mempunyai mata yg sangat tajam dan sekali dia renung mmg macam nak pengsan. Haha. Dia memang tak pernah cakap dengan mesra sy. Kali pertama sy on-call dengan dia, ade bayi yg kena buat exchange transfusion. Dan saya buat dengan bantuan dia. Kene tengking, kene herdik tu perkara biasa lah. Walau pun dia tak gunakan bahasa kasar, tapi pedihnya tetap terasa di hati. :-(

Dan turning point berlaku ketika sy oncall lagi sekali dengan Dr Izwah. Ketika tu sy demam panas. Memang demam kuat dan sy memang tak mampu nak kerja. Malangnya bila sy call Dr Rohani, dia hanya dapat benarkan sy cuti jika ada HO lain yg dapat gantikan sy. Dan seperti yg sy agak, memang takde la HO yg bole ganti. Sebab masa zaman HO ni, bila ada peluang cuti even satu hari, nilainya macam dapat cuti sebulan. Sy faham tu. Jadi sy gagahkan diri pegi kerja juga.

Dr Izwah nampak sy bekerja di wad pagi tu, dia macam terkejut. Mungkin Dr Rohani bagitau dia saya demam ke ntah la. Dia tanya kenapa datang kerja jugak? Sy kata takde HO yg free untuk ganti. So, nak tak nak kena kerja. Dia pun cakap, takyah la buat kerja. Pegi rehat dalam bilik rehat HO. Sy buat jugak kerja, habiskan ape yg patut dan saya pun bagitau dia kalau ade kerja lagi bagitau sy dalam bilik rehat HO. 

Sepanjang hari tu sy tidur dalam bilik rehat tu. Sy bangun untuk solat dan makan. Masih takde call dari Dr Izwah. Kemudian, sebelah malam pun sy masih pelik sebab biasanya kene ambil darah baby. Tapi tetap takde call. Akhirnya sy tertidur yg kemudian jam 530pagi sy terjaga. Memang kelam kabut masa tu sebab sy perlu ambil darah untuk check serum bilirubin bagi bayi-bayi yg jaundice. Kalau pukul 530 pagi belum mula, memang tak sempat hantar la ke makmal. Biasa kami mula ambil darah jam 4 pagi.

Bila sy berlari keluar, sy nampak Dr Izwah dengan nurses dekat kaunter tengah isi borang makmal untuk serum bilirubin tu. Darah semua dah siap ambil. Dr Izwah cakap "Lena tido nampak?" Sambil tersengih-sengih. 1st time dia sengih kot. Haha. Sy cakap kenapa tak panggil sy buat keje-keje HO tu semua. Dia cakap takyah la paksa diri ko yg demam tu. Pastu nurses pun cakap kami kesian nak panggil doktor sebab pagi tadi doktor nampak pucat sangat. 

Sejak hari tu sy sedar dalam realiti hitam hidup sebagai doktor pelatih, masih ada manusia yg bersifat manusia. Dan sy tak boleh bersifat kejam apabila sy jadi senior nanti. Sejak itulah sy berpendirian yg bila sy jadi senior kelak, sy taknak jadi senior yg tak berhati perut. 

Untuk masyarakat umum, macam apa yg dikata oleh Dr Azmi dalam short story tu, kerja sebagai doktor ni sama saja macam kerja lain. Kami boleh bantu orang, dan kerja lain pun banyak bantu orang jugak. So, tak ada bezanya antara kami dan profesion lain. Harap sangat anda faham. Kalau anda terasa tertekan dengan situasi sebagai pesakit dan waris pesakit, kami lebih tertekan dengan situasi sebagai junior dan doktor. Kami tak mintak anda berikan sejambak bunga, atau sekotak coklat Cadburry, atau sebakul Ferero Rocher atau pun duit berkepuk-kepuk. Apa yg kami minta adalah senyuman anda dan ucapan terima kasih. Itu sudah cukup untuk hapuskan rasa letih kami yg tidak tidur selama 48jam atau tak makan selama 30jam. 


Bookmark and Share

1 comments:

Elvroseth said...

hahaha, comel je cerita doctor ni. haha

Post a Comment