Related Posts with Thumbnails
RSS
email

I'm down...





Certainly, sy ada sesuatu yg hendak dikongsikan di sini. Tapi, sy tak ada mood nak bercerita. Mungkin sy perlu belajar untuk mengawal emosi dulu. Sebab kadangkala bila emosi mengatasi akal, tindakan kita dan keputusan yg kita buat itu lebih berbaur perasaan dari rasional. Huhu. Minta maaflah kepada teman-teman sy yg menjenguk blog ni. Untuk kali ni sy menulis mengikut gerak hati. Sebab itulah kemungkinan besar lebih banyak merapu dari isi.

Kemungkinan bila kita pernah lakukan kesilapan, kesannya berbalik kepada kita juga. Mungkin sebab itulah sy tak boleh komen banyak pada perasaan yg sy rasakan ketika ini. Suatu masa dulu sy juga pernah bersikap demikian, dan mungkin dia terlalu banyak merasakan kepedihannya. Dan untuk kali ini, Allah swt berikan sy peluang untuk merasakan pula perasaan yg sudah lama sy lupakan. Hmmm faham ke apa yg sy merepek ni? :-)

Macam mana nak sy gambarkan perasaan ketika itu ye? Hurm. Diibaratkan seperti sebatang duri tajam yg terbang dengan kelajuan Airbus A330, seraya menikam tepat ke jantung. Dan dengan serta merta itu juga degup jantung itu terhenti dan hembusan nafas juga terhela untuk yg terakhir. Dahsyat sangat perumpamaan saya ni. Huhu.

Mungkin begitulah perasaannya yg dia rasakan dulu. Hmmm. Apa pun sy harus terima dengan redha. Sebab sy juga melakukan kesilapan sama dulu. Bertimbal balik. Kata orang zaman sekarang, Allah swt membalas secara cash setiap perbuatan kita.

Cuma sy terasa untuk beberapa hari yg sudah berlalu ini, hati sy sgt sensitif. Sy rasa seperti terlalu ingin melakukan sesuatu untuk mengembalikan sejarah silam. Untuk melangkau saat hitam yg sy lalui dan memulakan sebuah lembaran baru. Tapi mungkin sy terlalu meletakkan angan-angan yg tinggi yg sy sendiri kurang mampu untuk gapai. Setiap patah kata yg sy pernah ucapkan dulu seolah-olah diulang pula oleh dia.

Apa yg pasti... saya memang tak faham bahasa... mmm



p/s (tiada kena mengena dengan entri ini):

Merenung sejenak mutiara dari Saidina Umar al-Khattab:

نَحْنُ قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللهُ بِاْلإِسْلاَمِ ، وَمَتىَ ابْتَغَيْنَا اْلعِزَّ بِغَيْرِ دِيْنِ اللهِ أَذَلَّنَا اللهُ

Kita adalah kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Deen Allah, maka Allah akan menghina kita.




Bookmark and Share

3 comments:

MuHaMMaD86 said...

siapakah si dia 2....

emosi mmg pyh nk kwl dr,tmbh2 org mcm sy ni...dlm masa 2 3 hari sdkit benggong,2 sy publish entry ntah apa2...drpada merapu baik stop tulis sat....

sy ni mmpnyai emosi plik2 gak dr...cthnya,time hati sy syok n gumbira la....sy lpskn kegembiraan sy 2 tnpa pkr pjg...bila emosi sy ok...sy mysl n malu dgn apa yg sy buat

begitu juga time emosi sdih dll...such a stupid btl la

xpa dr,hdup ni kta kna bljr dr pglmn...apa yg xbtl 2 kta repair ok

18hb ni maal hijrah...mai pakat2 sematkn azam!!!sy mmg nk stop tlis sat tp rs tpggl plak utk buat entry psl hijrah...nnt mai baca noh!!!

MUNALIZA said...

BismillahirRahmanirRaheem
Assalamu 'Alaykum WaRahmatullahi WaBarakatuh.
ada sesuatu ke yang ingin dikongsikan ? Jika sudilah...
Rasulullah Sallallahu 'Alayhi WaSallambersabda:

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama belum dalam sakarotul-maut” (HR. Tirmidzi).


Firman Allah dalam surat Ali Imran ayat: 133,
"Bersegaralah kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."

MUNALIZA said...

Marilah kita sama2 memeriksa diri kita.....

Adakah kita telah menunaikan hak2 Allah Ta'ala?
Adakah kita telah menunaikan amanah2 Allah atas kita?
Adakah kita telah menunaikan amanah2 kita atas hamba2 Allah yang lain?
Adakah kita pernah derhaka kepada ibubapa kita?
Pernahkah kita menzalimi manusia lain dengan perkataan/perbuatan kita?
Pernahkah kita mengumpat, mencaci maki, memfitnah manusia lain?

Marilah kita muhasabah diri kita siang dan malam, pagi dan petang bahkan setiap waktu, agar kita mati didalam keadaan "husnul Khotimah" bersih dari sekalian dosa.


Wallahu A'lam

Post a Comment