Untuk pertama kalinya semenjak berpindah keluar dari kediaman pegawai perubatan hospital, saya menunaikan solat sunat Tarawih di masjid. Tahun lepas di surau kediaman saja. Itu pun tak mampu seluruh 30 malam kerana saya on-call saja sudah berapa malam. Tinggal separuh bulan saja. Tolak malam-malam yg saya terlalu penat nak turun berjemaah, maka adalah beberapa malam sahaja tarawih tertunai dengan sempurna.
Sedihkan. Kerja macam ni tak dapat menjanjikan suasana pesta ibadah di dalam hatimu. Seandainya saya menumpukan kepada ibadah khusus semata-mata di bulan ini, sudah pasti golongan kami lah yg paling tercorot. Tapi bila diingatkan yg kerja juga termasuk di dalam kategori ibadah umum, maka hati terasa lega sikit. Moga-moga Allah swt kira sekali. :-)
Semalam saya menunaikan solat sunat Tarawih di Masjid Abu Bakar, Temerloh. Di sini solat tarawih ditunaikan sebanyak 20 rakaat dengan 3 rakaat witr. Surah dibaca dari juzuk pertama al-Quran. Tak terlalu laju, dan tak terlalu lambat. Solat selesai sepenuhnya jam 1040 malam.
0 comments:
Post a Comment