Dah lama jugak tak menulis di sini. Beberapa hari lepas, perasaan dalam diri ni naik turun. Kejap rasa seronok, excited dan gembira. But, suddenly boleh jugak bertukar jadi gloomy day. Uhuk. Well, this is life. Tak selamanya kita akan rasa suka tanpa didatangi rasa sedih dan kecewa. Itu ketentuan Allah swt untuk kita merasakan nikmat hidup di dunia dan menjadi hambaNya yg bersyukur.
Kadangkala kita perlu mengawal diri. Walau pun agak sukar pada peringkat permulaan, bila sudah terbiasa kita akan okey. Jauh di sudut hati, kita terasa jugak kepedihannya tapi untuk melihat ketenangan itu berlaku telan sahaja pedih tu.. Kata orang tua-tua "Apa yang kita buat pada orang, itulah juga yg Allah akan beri pada kita.. bezanya cepat atau lambat sahaja"
Few days lately, aku rasa sangat boring dan sunyi. Sampai nak tulis something di sini pun aku rasa tak ada semangat. Apa yg aku buat sepanjang hari adalah kerja, balik kerja, tengok tv dan tidur. Makan ada la. Menghabiskan hari-hari yg sungguh membosankan. Setiap hari aku terpaksa menghadapi rutin harian yg sama. Aku harap suatu hari nanti, aku mampu mengubah rutin hidup aku kepada kehidupan yg aku rasakan sesuai untuk aku.
Secara jujurnya, setiap hari aku rasa macam terpaksa pergi kerja. Tak ada rasa semangat untuk bekerja. Kerana environment tempat kerja yg sangat tidak kondusif dan menyenangkan. Suasana di tempat kerja aku penuh dengan tindas menindas, memandang rendah pada junior, memandang diri sendiri sahaja betul dan semuanya salah junior. Itu menyebabkan aku rasa seperti kehidupan di hospital itu sebagai 'BUSUK'.
Bila balik ke rumah pula, aku mengharapkan dapat melepaskan penat itu. Maybe aku perlu lebih byk bercakap. Lebih peramah. Supaya aku tak kesunyian lagi.. Ahaks.. Hurm..
1 comments:
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Tak mampu and tak layak rasanya shye nak menasihati apa2...
Cuma satu aje,,... apa yang hati kita rasa, diri kita sendiri yang menentukannya, bukannya orang lain. dan diri kita saja yg layak memilih untuk merasai apa, bukannya pilihan orang lain....
Shye teringat sifat dan peribadi Nabi yang mulia... Walau orang Quraisy membalingnya najis atau memberikannya kata2 yg sangat kesat, (yg mana kalau kita mungkin dah sangat terasa, rasa marah dan tentunya rasa macam nak tengking balik), tapi Nabi tetap bertenang dan tidak membiarkan dirinya sedih... Sebaliknya dia hanya fikirkan yang positif2 dan bersangka baik seperti 'mereka tidak tahu', atau 'ini adalah dugaan Allah padaku', malah memohon supaya Allah jangan balas mereka balik... padahal dia lah yang paling layak untuk memintanya...
So fikir-fikirkan... kalau kita sayang Nabi kita, kita akan cuba ikut sunnahnya, kan..
kalau kita nak sedih, kita sedih lah... Kalau kita terus bersedih, maknanya kita sendiri yg merelakan diri kita utk bersedih... Kalau kita nak fikir perkara2 yg negatif di sekitar kita saja, atau memandang kesalahan dan kekurangan atau kejelikan orang lain sahaja, maka itu lah yg akan mendominasi hati dan fikiran kita; yang negatif2 saja.
Segalanya terletak di atas tangan kita untuk memilih...
Semoga dapat menjadi ingatan buat diri ini juga...
Post a Comment