Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Tribute to Ustaz Asri Ibrahim




Di dalam kehidupan manusia, ada beberapa rahsia yg menjadi simpanan Allah swt. Antaranya adalah bila datangnya kematiannya dan di mana kematiannya berlaku. Itulah yg akan kita semua hadapi. Seperti yg kita ketahui Ustaz Asri Ibrahim dari Rabbani telah kembali ke Rahmatullah akibat serangan jantung. Mudah-mudahan Allah mencucurkan rahmat ke atas ruhnya dan menempatkannya di kalangan para Nabi.

Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Shah Alam selepas solat fardhu Maghrib. Sudah tersurat di Luh Mahfuz begitulah berakhirnya hayat beliau. Cuma beliau meninggal dunia sebelum sempat menunaikan hajatnya untuk membaca al-Quran pada pagi sebelum beliau rebah di RTM ketika rakaman rancangan Syahadah.


Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi




Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment