Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Adeh...


Pejam celik pejam celik dah masuk pertengahan Sya'aban sudah.. bermakna hanya separuh purnama lagi kita melangkah ke bulan Ramadhan insyaAllah.. Berapa banyak agaknya pahala yg sempat kita rebut dari Rejab yg baharu berlalu dan Sya'aban yg sedang kita tempuh? Bulan Sya'aban adalah bulan yg amat dikasihi baginda Nabi kita selain bulan Ramadhan. Tiada bulan lain selain Ramadhan di mana baginda memperbanyakkan puasa dan ibadah melainkan di bulan Sya'aban. Maka Sya'aban pun digelar bulan Nabi Muhammad saw.

Manakala khusus untuk umat Muhammad, disediakan bulan Ramadhan. Sebenarnya, banyak perkara yg perlu kita soroti dari sepanjang hari untuk menempuh Ramadhan. Persiapan perut sebagai contohnya. Bulan Ramadhan sebenarnya bukanlah alasan untuk yg berpenyakit gastrik untuk mencari helah tidak berpuasa. Setiap perkara yg disyariatkan Allah swt itu punya hikmah. Sebelum Ramadhan, kita disunatkan memperbanyak puasa di bulan Rejab dan Sya'aban.

Berpuasa di dalam bulan Rejab dan Sya'aban bukan semata-mata mendapat ganjaran pahala sunnah yg banyak, sebaliknya kita melatih diri dan sistem gastro-usus untuk menghadapi puasa di bulan Ramadhan nanti. Badan kita pun sebenarnya macam gadget-gadget ciptaan yg ada di dunia ini. Kalau barang-barang elektrik yg kita gunakan seharian itu perlu sesi percubaan untuk digunakan maka badan kita pun perlukan tempoh percubaan itu.

Bayangkan selama 11 bulan sistem gastro-usus kita menerima dan memproses makanan sepanjang hari, tiba-tiba selama sebulan tiada makanan untuk diproses selama lebih kurang 12 jam. Dah tentulah perut kita mengalami culture-shock! Oleh itu, pandai-pandailah melatih perut kita untuk membiasakan dengan keadaan rehat tanpa perlu bekerja memproses makanan dengan berpuasa sunat. Supaya bila sampainya Ramadhan, perut kita sudah biasa dan bisa menjalani hari-hari Ramadhan dengan tidak meragam.

Badan kita perlu dilatih untuk membiasakan sesuatu. Jika sudah biasa terlatih, ia tidak akan mengalami banyak masalah. Sebagai contoh bagi yg gastrik, latihlah berpuasa semenjak Rejab dan Sya'aban lagi. Supaya perut anda tahu bila masanya perlu menghasilkan jus gatrik untuk penghadaman dan bila masanya tidak perlu. Maka dengan itu anda tidak akan mengalami sebarang masalah semasa berpuasa Ramadhan nanti.

Sebab itulah Islam dan perubatan moden tidak pernah menganggap gastrik adalah alasan kukuh untuk anda meninggalkan puasa! Semuanya terpulang kepada iman anda..

p/s: Pesakit yg dimasukkan ke wad kerana gastrik yg teruk akan dikehendaki berpuasa di dalam wad sepanjang tempoh rawatan.. cemana yg tak masuk wad pulak nak bukak puasa??? Hmmm



Bookmark and Share

1 comments:

MuHaMMaD86 said...

dr....saya xperasaan langsung msk dh bulan syaaban...cbuk2 ngn kem smpai terlupa...xpa2 dr rabu dpn nifsu syaaban....mai kita raih byk2 pahala ok...

p/s:nnt sy publish psl nifsu syaaban...jgn lupa bc....hahaha...dan lg dok promote tuh

Post a Comment