Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Salam Aidilfitri

Ramadhan 1430H bagi saya bukanlah Ramadhan yg biasa seperti tahun-tahun lepas. Ramadhan kali ini pada saya sangat memberikan makna mendalam. Banyak peristiwa berlaku dan banyak juga ujian Allah swt yg disampaikan kepada saya. Kiranya tidak perlu saya susun satu per satu peristiwa dan ujian itu, tetapi cukuplah saya katakan hati sy amat terkesan dengan Ramadhan kali ini.

Mudah-mudahan puasa sy dan anda semua diterima Allah swt dan mendapat ganjaran yg setimpalnya. Benarlah janji Allah swt bahawa puasa mengajar kita lebih mengenal diri kita sendiri dan mengenali Yang Menciptakan diri kita. Setelah begitu lama saya membaca ayat-ayat al-Quran yg mengulang-ulang bahawa puasa itu matlamatnya taqwa; barulah hari ini saya rasakan.

Sesungguhnya menjadi manusia biasa yg tidak punya apa-apa di atas muka bumi Allah ini; memberikan kita begitu banyak peluang untuk diuji. Hanya kita sendirilah yg perlu bermuhasabah untuk menanggapi ujian-ujian itu sebagai rahmat atau sebaliknya. Hebatnya kasih sayang Allah swt kepada kita tidak terbayangkan. Sehinggakan kita mampu tenggelam dalam rasa sayang Allah itu.

Bila kita sedari di mana letaknya diri kita, maka kita juga akan sedari bahawa apa sahaja ujian dari Allah swt adalah sebuah tanda manifestasi cinta Allah swt kepada hambaNya yg diuji. Kalaulah kita menerima ujian dgn redha, maka hati kita akan menjadi semakin kuat dan semakin dekat pada-Nya. Sy juga merasakan sebegitu. Tabahlah. Redhalah apa sahaja yg ditentukan Allah swt. Sabar di dalam redha itu amat sukar untuk sy lakukan, tetapi bila sy berjaya melakukannya hanya sekali sahaja kesannya merubah hidup saya secara signifikan.

Apa pun, kesimpulannya Ramadhan kali ini membawa terlalu banyak kenangan untuk diri saya ingati sampai mati. Ramadhan kali ini benar-benar rahmat dari Allah swt yg tidak terbanding nilainya.

Aidilfitri yg akan tiba ini membuat sy rs sedih untuk berpisah dgn Ramadhan ini. Kerana jika saya diberi masa, mahu sahaja seluruh hidup saya berada di dalam Ramadhan. Sy tidak berkira-kira untuk menyambut Aidilfitri dgn extra-meriah. Tetapi sederhana sudah memadai. Asalkan kesan tarbiyah Ramadhan yg sy terima itu tetap subur di dalam hati ini.

Bersempena Aidilfitri ini, sy ucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Berbahagialah dengan secebis kekurangan, kerana ia mengajar kita erti berusaha. Tetapi berwaspadalah dengan kelebihan, kerana ia juga mengajar kita erti tamak dan ammarah...



Bookmark and Share

3 comments:

AbuZa said...

ampun maaf dipinta...
..selamat hari raya aidil fitri...
maaf zahir dan batin.

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

Dr kenal siapa AbuZa? saya kenal dia siapa...
selamat hari raya, maaf zahir dan batin

Fahmi Shukur said...

Selamat hari raya AbuZa dan Ummi Munaliza..

Post a Comment