Malam ni teman menjelajah ke blog seorang sahabat. Sebenarnya teman tahu jugak berita yg terkhabar di seluruh Malaysia dan bumi Mesir itu. Cuma mungkin bahawa berita itu tidak kena mengena dengan teman, maka teman pun tak berapa ambil kisah. Ia berkenaan seorang pelajar perubatan di Mesir iaitu Muhammad Ammar Zulkifli yg meninggal dunia akibat kemalangan di sana.
Teman tak kenal pun arwah tu. Cuma malam ni teman tersentak bila teman baca blog kepunyaan arwah. Tinggalan kata-katanya, mutiara-mutiara yg keluar dari arwah semasa hayatnya menyentuh hati teman. Mungkin sebab arwah ada kaitan dengan perubatan, maka teman tiba-tiba terasa hiba dengan pemergian arwah. Lagi dua tahun arwah akan kembali untuk berkhidmat di sini, tapi ternyata Allah swt lebih menyayangi insan-insan baik seperti arwah.
Teman terharu dengan entri blog arwah yg terakhir berkenaan hari lahirnya. Kerinduan arwah kepada ibu ayah serta keluarga. Dan yg paling menyayat hati teman adalah arwah menyatakan betapa dia rindu dan tidak sabar-sabar hendak pulang ke tanah air. Rupa-rupanya itulah tanda-tanda bahawa arwah akan pulang ke tanah air buat selamanya.
Mudah-mudahan Allah swt mencucuri rahmat kasih-Nya kepada arwah. Ya Allah tempatilah arwah bersama-sama para solihin dan nabi-nabi. Semoga arwah tenang di sana.
Benarlah kematian adalah pemberi amaran yg paling hebat. Hati yg tersentuh akan cepat lembut dengan amaran kematian. Teman bagai nak menitiskan airmata ketika membaca entri arwah. Sampai sudah masa dan saat perjanjian arwah dengan Allah swt. Arwah sudah mengembara di dunia ini sampai ke bumi anbiya', menimba ilmu di bumi anbiya' dan akhirnya meninggal dunia juga di bumi anbiya'.
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan." ~al-Anbiya' ayat 35~
Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, adakah kita sudah sedia untuk menghadapi mati?
1 comments:
salam ziarah dr..
lama tidak bertandang ke mari..
kebetulan ana mengenal Allahyarham 'Ammar, meskipun baru berjumpa sekali, ketika kem selepas spm..
cuma ingin berkongsi kata-katanya yang amat dalam..
"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat."
mungkin ya, Ammar sudah bersedia bertemu Ilahi.. kita di sini bagaimana? apakah persediaan yg dilakukan sudah cukup untuk ke sana?
Post a Comment