Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Adeh..

Semalaman aku penat gila. On-call semalam memang mencabar. Sampai pukul 5 pagi pun aku tak dapat tidur lagi. Selalunya dalam pukul 2 pagi tu dah dapat tidur dah, ini pukul 2 tu aku masih sibuk resusciate patient dekat RedZone Jabatan Kecemasan.

Semenjak akhir-akhir ini mood aku tak berapa nak stabil. Aku banyak fikir itu dan ini. Sampaikan kadang-kadang aku rasa takde benda yg aku tak jadikan isu untuk aku fikirkan. Penat balik kerja, duduk di rumah tak larat nak tidur. Huhu.

17 hb aritu aku ada dapat mesej dari seseorang yg aku kenal melalui Halaqah.net. Sepatutnya aku tak kenali dia, tetapi takdir menentukan aku diperkenalkan dengan dia. Mesejnya ringkas. Dia mohon maaf atas segalanya semasa kami kenal di Halaqah.

Aku bukanlah insan yg pendendam. Aku boleh maafkan orang yg secara terbuka memohon maaf. Tapi, kemaafan itu tak bermakna aku akan kembali seperti dulu. Hati aku dah tawar. Silaturrahm sebagai saudara seagama itu masih ada aku rasakan, tapi untuk kembali mesra macam dulu semasa di Halaqah tu aku rasa mengambil masa yg sangat lama. Aku tak membenci.

Oleh itu, aku maafkan dia. Tapi biarlah aku dengan kehidupan aku dan dia yg pernah bergelar 'bonda' itu membawa haluannya semahunya dia. Aku sudah berpatah arang, berkerat rotan...



Bookmark and Share

1 comments:

Samudera Qaseh said...

Assalamualaikum anakanda,
rindu bonda ini untuk bertanya khabar...
moga anakanda sentiasa didalam rahmat dan kasih sayang Allah. Hmmm....memaafkan bonda, bonda mohon maaf, tapi sebenarnya bonda sendiri belum jelas apa kesalahan antara kita ini ye?

Post a Comment