Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Cinta


Suatu hari seorang insan berkata "Oit.. aku nak kawin..". Tiba-tiba sahaja menyampaikan berita gembira tanpa ada angin. Teman tumpang gembira. Selepas itu ada lagi insan-insan lain yg sampaikan berita walimah masing-masing. Tak kurang juga dengan kad-kad undangan dan juga SMS yg sampai ke henpon teman. Nak pulak dekat dengan cuti sekolah ni, makin bertambahlah undangannya.

Malam ni teman berbual dengan seorang teman rapat semasa di kampus dulu. Orangnya masih membujang seperti teman. Entah apa anginnya, dia tiba-tiba pulak tanya teman bila nak hantar kad undangan ke dia. Huhu. Teman tak dapatlah nak bagi jawapannya. Gelak-gelak bongok saja lah.

Semua orang yg berkahwin rasa teman lah, mesti memilih pasangan yg serasi. Kawan teman tu pun ade cakap yg dia kalau nak kawin, taknak dari aliran perubatan. Nak cikgu atau pun yg kerja pejabat. Taknak yg gemuk, taknak yg kurus sangat. Yg sedap mata memandang katanya. Teman kata pada dia "memilih jugak ko ni ek". Dia cakap untuk hidup bersama, yg penting apa yg ada di dalam hati.

Hidup bersama selalunya dianggap memerlukan keserasian. Kata org kalau si lelaki tu seorang yg pendiam, wanita tu eloklah yg peramah sikit. Lebih kurang macam tu lah. Paling penting kata orang mesti saling sayang menyayangi dan saling faham memahami.

Tapi, pada teman cinta dan sayang tu sesuatu yg special. Tak nampak di depan mata, tak didengari telinga tapi bila ia tak ada di depan mata, akan terasa kehilangan. Itu definisi cinta pada sistem kamus teman le. Hehe. Tak semestinya kalau seseorang itu tak meluahkan rasa cintanya, bermakna hatinya tak menyinta. Sama seperti yg Allah swt tunjukkan kepada kita semua. Kadangkala kita tak nampak kasih sayang Allah swt, tapi ia subur di dalam hati kita dan dapat kita hayati.

Ungkapan kata hanyalah mainan bibir. Tetapi apa yg ada di dalam hati lebih penting. Pada hemat teman, menyayangi tak perlu ditunjukkan melebih-lebih. Cukup sekadarnya. Yg penting adalah kesan dari cinta itu terasa di dalam hati. Teman tak akan minta pasangan teman untuk meluahkan hari-hari ungkapan sayang, tetapi cukuplah bila teman dapat rasanya dalam hati teman.

Keserasian itu membawa makna yg sangat luas. Adakalanya ia bersifat antagonis. Seorang yg panas baran, kadangkala serasi dengan org yg panas baran juga. Seorang yg pendiam kadangkala sesuai pula dengan yg banyak mulut. Semua itu ketentuan Allah swt.

Pada teman, kita serasi bila mana kita dapat duduk bersama dan berbincang akan sesuatu masalah. Walaupun akhirnya tak ada sebarang kesimpulan, tetapi mampu untuk duduk dan berbincang dan menyatakan pendapat masing-masing. Pertegangan leher dan pertikaman lidah adalah perkara biasa dalam hubungan, tetapi keserasian yg menentukan samada mereka dapat duduk berbincang bersama atau tidak.

Jodoh yg Allah swt tentukan itu sangat kuat. Hebat mana pun ujiannya, jodoh yg Allah swt pilih selalunya tidak akan bergetar sedikit pun. Bila kita dalam fasa mengenali, memang akan ada terlalu banyak perbalahan, persengketaan dan perbezaan. Semua itu adalah sebahagian dari proses mengenali. Adalah lebih elok kenal baik buruk pasangan anda sebelum akad yg mulia dilafazkan.

Teman menghargai apa yg teman ada. Teman tak minta lebih dari itu. Apa yg kurang tu teman anggap sebagai cabaran untuk teman. Kelebihannya teman anggap hadiah dari-Nya. Teman menerima jodoh teman seadanya dia. Teman tak meminta apa-apa dan teman tidak meletakkan syarat untuk dia menjadi sesempurna Khadijah atau Fatimah untuk hidup bersama teman. Cukuplah setakat dia sedar dia seorang manusia yg ada kelemahan, dan dia sedar juga yg teman juga seorang manusia biasa yg ada kelemahan dan kekurangannya.

Kalau cinta itu kita anggap sebuah perkataan, maka bila bisu kita tak menyinta lagi. Kalau cinta itu suatu irama, bila pekak maka kita tidak menyinta lagi. Kalau cinta itu umpama gambar, bila buta kita tidak menyinta lagi. Jika cinta itu suatu sentuhan, bila tiada kita tidak menyinta lagi. Jika cinta itu suatu hadiah pemberian, maka bila kita miskin kita tidak menyinta lagi. Jika cinta itu suatu harta kekayaan, maka bila kita muflis kita tidak menyinta lagi. Jika cinta itu umpama hidup, maka bila mati tiada cinta lagi untuk kita. Oleh itu, cinta adalah hati kita.. walau pun kita bisu, pekak, buta, miskin, muflis, tiada di depan mata hatta mati sekalipun, kita tetap dapat menyinta dan memberi cinta...



Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment