Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Hakikat yg menyakitkan

Justify Full

Ts' Ai Lun

Ts' Ai Lun mungkin salah seorang yang membunuh diri dengan 'bergaya' iaitu sebelum melakukannya, dia mandi dan mengenakan bajunya yang paling baik, lantas meminum racun yang akhirnya mematikan dirinya.

Ts' Ai Lun pada asalnya hanyalah seorang pengawai kerajaan biasa di zaman pemerintahan Raja Ho Ti. Pada 105 M, Ts' Ai Lun telah menemui kertas yang diperbuat dari kayu malberi lalu dipersembahkan kepada Raja Ho Ti. Menyedari betapa besarnya manfaat ini, Raja Ho Ti begitu gembira dan menaikkan pangkat Ts' Ai Lun. Dengan penemuan ini, kertas mudah dilipat, senang ditulis, dan tentunya enak digunakan. Sebelum ini, kertas digunakan di dunia Arab dan Barat adalah diperbuat dari gulungan 'papirus', kulit kambing dan kain sutera yang tentunya mahal.

Ts' Ai Lun akhirnya bergelar bangsawan, dan tidak dapat melarikan diri dari "politik istana". Terlalu ramai musuh elit yang 'berdengki', akhirnya terlibat dengan gerakan politik anti-istana. Malang bagi Ts' Ai Lun, penemuan bersejarah akhirnya memamakan dirinya sendiri. Dan, dia mengambil jalan terhormat dengan membunuh dirinya sendiri.

Tidak hairanlah jika nama Ts' Ai Lun ditempatkan di tempat ke tujuh dalam buku The Hundred Most Influential Persons In History karya Michael Hart.

Kisah di atas adalah sebahagian dari nasib yg diterima oleh setiap insan yg pada mulanya berharga tetapi akhirnya terpaksa menutup lembaran sejarah hayatnya dalam keadaan merugikan. Kisah ini memberikan pengajaran kepada setiap dari kita bahawa setiap kali kita berada di atas, tidak semestinya kita akan di atas selamanya.

Suatu hari, berkemungkinan kita tidak lagi diperlukan dan tersingkir secara 'terhormat'; atau pun disingkir secara terhina. Jalannya kita yg tentukan. Natijahnya kita yg terima. Kadangkala bila kita terlalu mengambil berat akan sesuatu, kita mungkin kelihatan keterlaluan dalam usaha dan perjuangan kita. Saat itu insan lain melihat kita seolah-olah berlebihan, maka akan bermulalah gerakan menjatuhkan atau pun penyingkiran dimulakan.

Hidup di dunia ini tidak akan selamanya berkisar kepada kedudukan dan jawatan. Ia adalah sebuah pengajaran berterusan yg kita mungkin tidak sedar, tapi ia sentiasa ada. Tak apalah kita melepaskan jawatan secara terhormat, dari dilucutkan jawatan secara terhina.

Hari ini saya mula sedar dari ketiduran yg agak lama. Bahawa kita mungkin diperlukan bila ada agenda yg perlu. Dan pandangan serta pendapat kita mungkin diperlukan, selagi mana kita menyatakannya secara berlapik dan sangat diplomatik. Kejujuran dan keikhlasan dalam menegur adalah tidak perlu. Yang perlu adalah setiap butir ayat yg keluar dari bibir kita itu menepati kehendak hati yg di atas kita. Kita akan dicantas bila mengkritik yg di atas.

Maka apa perlunya lagi kita berada di situ lagi? Untuk menanti masa kita dihalaukah? Atau menanti ada sesiapa yg perasan kehadiran kita? Melihat semula sejarah kedudukan dan perjalanan nasib kita sendiri adalah perlu sepanjang masa. Dan menyediakan diri untuk hari-hari yg gelap adalah suatu kemestian. Bila tiba masanya kita berada di atas, dunia sungguh indah dipandang. Dan apabila kita ditarik ke bawah, dunia gelap gelita.

Bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan...



Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment