Related Posts with Thumbnails
RSS
email

meow mengundur diri


Semalam yg telah berlalu, mencatatkan sejarah tersendiri. Ketika aku sedang sibuk melakukan tugas harianku dan tugasan on-call, berakhirlah sudah perjuanganku di dalam arena forum. Akaunku di forum Halaqah.net akhirnya aku tamatkan dan mendapat kelulusan Admin. Banyak sekali kenangan indah dan pahit yg aku lalui selama berforum di sana semenjak 31 May 2007.

Aku memulakan langkahku menjenguk ke Halaqah ketika itu atas ajakan seorang penulis novel yg turut menjadi ahli awal forum tersebut iaitu Diya Nordin. Semenjak itu, hari-hari aku terbahagi kepada dua ketika online. Aku akan berada di Ukhwah.com dan Halaqah.net.

Kehadiranku mendapat kepercayaan dari Admin asal Halaqah sehinggakan aku dilantik menjadi moderator. Dengan kepercayaan dan amanah dari Admin asal Halaqah itulah aku menjalankan tugasku dengan memantau forum. Ingatan dari Admin asal adalah jika ada di kalangan moderator yg merasakan tidak mampu menjalankan tugas dengan baik, maka mereka diminta untuk mengundurkan diri.

Setelah itu, aku mendapati bahawa aku tidak mampu lagi untuk meneruskan tugas kerana kurasakan Halaqah telah berubah dari Halaqah yg aku kenali dulu. Teguran serta kritikanku sudah tidak diterima lagi di sana. Dan teguran balas dari Admin menyatakan bahawa komen-komen Halaqian yg menyebabkan perpecahan di Halaqah tidak diterima dan akan dibuang.

Maka aku berpendapat aku tidak diperlukan lagi di sana. Oleh itu, sebelum aku dihalau, maka aku mengundurkan diri dari menjadi moderator dan akhirnya aku memadamkan terus sejarah kewujudan aku di sana semalam.

Terima kasih kepada semua. Kepada Admin asal dan Admin baru Halaqah serta barisan moderator lama dan baru. Terima kasih. Aku memohon maaf sekiranya ada hati yg terguris. Dan aku maafkan segala kesilapan siapa sahaja di sana, dalam sedar mahu pun tidak sedar, sengaja atau pun tidak sengaja. Selamat berforum kepada semua. Mudah-mudahan mendapat rahmati dari Allah swt.



Bookmark and Share

1 comments:

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

Halaqah masih sama, diurus dan ditadbir oleh orang yang sama,admin yang sama. Tidak ada admin baru atau admin lama... cuma sekarang dibuat Etika Berforum dan Peraturan Dewan Halaqian. Tak ada beza apa-apa pun dari segi pengurusan dan pentadbiran, dan macam biasa, hati saya lebih banyak basah dgn air mata di halaqah...

Post a Comment