Related Posts with Thumbnails
RSS
email
0

Selamat datang





Selamat Datang Bulan Rejab

Bermula maghrib malam ini 1 Rejab 1430H

Selamat beramal




Read more
0

Kenapa sembah Kaabah?





"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."


Read more
0

Menantikan Rejab


Dua hari sahaja lagi insyaAllah kita akan memasuki fasa persediaan diri untuk menghadapi kedatangan Ramadhan. InsyaAllah pada 24 Jun 2009 nanti kita akan memasuki 1 Rejab. Jadi, apakah keistimewaannya?

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


Read more
1

Adeh..

Semalaman aku penat gila. On-call semalam memang mencabar. Sampai pukul 5 pagi pun aku tak dapat tidur lagi. Selalunya dalam pukul 2 pagi tu dah dapat tidur dah, ini pukul 2 tu aku masih sibuk resusciate patient dekat RedZone Jabatan Kecemasan.

Semenjak akhir-akhir ini mood aku tak berapa nak stabil. Aku banyak fikir itu dan ini. Sampaikan kadang-kadang aku rasa takde benda yg aku tak jadikan isu untuk aku fikirkan. Penat balik kerja, duduk di rumah tak larat nak tidur. Huhu.

17 hb aritu aku ada dapat mesej dari seseorang yg aku kenal melalui Halaqah.net. Sepatutnya aku tak kenali dia, tetapi takdir menentukan aku diperkenalkan dengan dia. Mesejnya ringkas. Dia mohon maaf atas segalanya semasa kami kenal di Halaqah.

Aku bukanlah insan yg pendendam. Aku boleh maafkan orang yg secara terbuka memohon maaf. Tapi, kemaafan itu tak bermakna aku akan kembali seperti dulu. Hati aku dah tawar. Silaturrahm sebagai saudara seagama itu masih ada aku rasakan, tapi untuk kembali mesra macam dulu semasa di Halaqah tu aku rasa mengambil masa yg sangat lama. Aku tak membenci.

Oleh itu, aku maafkan dia. Tapi biarlah aku dengan kehidupan aku dan dia yg pernah bergelar 'bonda' itu membawa haluannya semahunya dia. Aku sudah berpatah arang, berkerat rotan...


Read more
1

meow mengundur diri


Semalam yg telah berlalu, mencatatkan sejarah tersendiri. Ketika aku sedang sibuk melakukan tugas harianku dan tugasan on-call, berakhirlah sudah perjuanganku di dalam arena forum. Akaunku di forum Halaqah.net akhirnya aku tamatkan dan mendapat kelulusan Admin. Banyak sekali kenangan indah dan pahit yg aku lalui selama berforum di sana semenjak 31 May 2007.

Aku memulakan langkahku menjenguk ke Halaqah ketika itu atas ajakan seorang penulis novel yg turut menjadi ahli awal forum tersebut iaitu Diya Nordin. Semenjak itu, hari-hari aku terbahagi kepada dua ketika online. Aku akan berada di Ukhwah.com dan Halaqah.net.

Kehadiranku mendapat kepercayaan dari Admin asal Halaqah sehinggakan aku dilantik menjadi moderator. Dengan kepercayaan dan amanah dari Admin asal Halaqah itulah aku menjalankan tugasku dengan memantau forum. Ingatan dari Admin asal adalah jika ada di kalangan moderator yg merasakan tidak mampu menjalankan tugas dengan baik, maka mereka diminta untuk mengundurkan diri.

Setelah itu, aku mendapati bahawa aku tidak mampu lagi untuk meneruskan tugas kerana kurasakan Halaqah telah berubah dari Halaqah yg aku kenali dulu. Teguran serta kritikanku sudah tidak diterima lagi di sana. Dan teguran balas dari Admin menyatakan bahawa komen-komen Halaqian yg menyebabkan perpecahan di Halaqah tidak diterima dan akan dibuang.

Maka aku berpendapat aku tidak diperlukan lagi di sana. Oleh itu, sebelum aku dihalau, maka aku mengundurkan diri dari menjadi moderator dan akhirnya aku memadamkan terus sejarah kewujudan aku di sana semalam.

Terima kasih kepada semua. Kepada Admin asal dan Admin baru Halaqah serta barisan moderator lama dan baru. Terima kasih. Aku memohon maaf sekiranya ada hati yg terguris. Dan aku maafkan segala kesilapan siapa sahaja di sana, dalam sedar mahu pun tidak sedar, sengaja atau pun tidak sengaja. Selamat berforum kepada semua. Mudah-mudahan mendapat rahmati dari Allah swt.


Read more
1

Jin di dalam al-Quran

Dua makhluk yang dicipta oleh Tuhan dan kemudian diperintah upaya menyembah-Nya adalah jin dan manusia. Walaupun sama dalam perintah namun dalam ciptaan mereka terdapat perbezaan yang besar. Tidak seperti manusia yang dicipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk, makhluk jin dicipta daripada api yang membakar, yang tiada asap. Demikian mengikut penjelasan dua ayat al-Qur'an yang berikut:

Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. Surah al-Hijr ayat 27


Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; Surah ar-Rahman ayat 15


Sebaliknya, seperti manusia pula, mereka mempunyai keturunan. Antara keturunannya menjadi musuh bagi manusia, iaitu keturunan Iblis. Kerana ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Tuhan. Allah berfirman:

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu. Surah al-Kahfi ayat 50


Manusia dilarang mengambil Iblis dan keturunannya sebagai sahabat atau wali. Selain itu, jin dijadikan sekutu bagi Allah, dipercayai serta disembah, oleh sesetengah manusia. Firman-firman-Nya:

Dan mereka menjadikan jin sekutu bagi Allah, padahal Allah jualah yang mencipta jin-jin itu; dan mereka berdusta terhadap Allah dengan mengada-adakan bagiNya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah Ia dari apa yang mereka sifatkan! Surah al-An'am ayat 100


Mungkin di kalangan manusia yang berbuat demikian melakukannya dengan tanpa disedari. Macam mereka yang menjadikan orang alim sebagai sekutu Allah, tetapi menafikannya.

Ada pula manusia yang meminta perlindungan daripada jin. Mereka terdiri daripada kaum lelaki, dan daripada golongan jin yang diminta, adalah lelaki juga. Perbuatan itu menambahkan mereka dalam kekejian. Firman-Nya:


`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. Surah al-Jin ayat 6

Sama seperti manusia, jin mengatakan yang keterlaluan dan dusta terhadap Allah. Selanjutnya dapat difahamkan bahawa mereka mampu naik ke langit untuk mendengar perkara-perkara yang ghaib, contoh, nasib manusia di bumi, tetapi mereka gagal mendapatkannya. Turut dikhabarkan ialah mengenai jin yang salih dan yang tidak, yang muslim dan yang menyimpang. Sama seperti manusia. Huraian daripada al-Qur'an berbunyi:

`Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah. `Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. `Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat). `Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala. `Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya. `Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka? `Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan. `Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun). `Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan. `Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar, ` Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. ' Surah al-Jin ayat 5-15


Persamaan antara jin dan manusia adalah banyak. Selain daripada yang sudah disebut beberapa persamaannya yang lain diturunkan di bawah ini:

  • kedua-duanya dicipta untuk menyembah Tuhan. Firman-Nya,
    "Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku." (51:56)

  • kedua-duanya mempunyai rasul. Firman-Nya,
    "Wahai golongan jin dan manusia, tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu sendiri yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan memberi amaran kepada kamu mengenai pertemuan hari kamu ini?" (6:130).

  • kedua-duanya menyesatkan manusia sehingga menjadi tidak percaya kepada Allah dan ayat-ayat-Nya. Firman-Nya,
    "Dan orang-orang yang tidak percaya berkata, 'Wahai Pemelihara kami, perlihatkanlah kepada kami mereka yang menyesatkan kami, kedua-dua jin dan manusia, dan kami akan meletakkan mereka di bawah kaki kami supaya mereka menjadi antara orang-orang yang lebih rendah.'" (41:29)

  • kedua-duanya mempunyai hati atau otak, mata, dan telinga. Firman-Nya,
    "Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai." (7:179)

  • kedua-duanya tidak dapat menembus pembatasan langit dan bumi, kecuali dengan suatu kuasa. Firman-Nya,
    "Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu boleh menembus pembatasan langit dan bumi, tembusilah! Kamu tidak menembusinya kecuali dengan satu kuasa." (55:33)

  • kedua-duanya mempunyai keinginan terhadap perawan. Firman-Nya,
    "Di dalamnya perawan-perawan yang menahan gerlingan mereka, yang belum disentuh sebelum mereka oleh manusia atau jin." (55:56)

  • kedua-duanya memenuhi Jahanam. Firman-Nya,
    "Sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami memberi tiap-tiap jiwa petunjuknya; tetapi sekarang Ucapan daripada-Ku adalah wajar - 'Sungguh, Aku akan memenuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya.'" (32:13)




Read more
1

Salam Takziah


Malam ni teman menjelajah ke blog seorang sahabat. Sebenarnya teman tahu jugak berita yg terkhabar di seluruh Malaysia dan bumi Mesir itu. Cuma mungkin bahawa berita itu tidak kena mengena dengan teman, maka teman pun tak berapa ambil kisah. Ia berkenaan seorang pelajar perubatan di Mesir iaitu Muhammad Ammar Zulkifli yg meninggal dunia akibat kemalangan di sana.

Teman tak kenal pun arwah tu. Cuma malam ni teman tersentak bila teman baca blog kepunyaan arwah. Tinggalan kata-katanya, mutiara-mutiara yg keluar dari arwah semasa hayatnya menyentuh hati teman. Mungkin sebab arwah ada kaitan dengan perubatan, maka teman tiba-tiba terasa hiba dengan pemergian arwah. Lagi dua tahun arwah akan kembali untuk berkhidmat di sini, tapi ternyata Allah swt lebih menyayangi insan-insan baik seperti arwah.

Teman terharu dengan entri blog arwah yg terakhir berkenaan hari lahirnya. Kerinduan arwah kepada ibu ayah serta keluarga. Dan yg paling menyayat hati teman adalah arwah menyatakan betapa dia rindu dan tidak sabar-sabar hendak pulang ke tanah air. Rupa-rupanya itulah tanda-tanda bahawa arwah akan pulang ke tanah air buat selamanya.

Mudah-mudahan Allah swt mencucuri rahmat kasih-Nya kepada arwah. Ya Allah tempatilah arwah bersama-sama para solihin dan nabi-nabi. Semoga arwah tenang di sana.

Benarlah kematian adalah pemberi amaran yg paling hebat. Hati yg tersentuh akan cepat lembut dengan amaran kematian. Teman bagai nak menitiskan airmata ketika membaca entri arwah. Sampai sudah masa dan saat perjanjian arwah dengan Allah swt. Arwah sudah mengembara di dunia ini sampai ke bumi anbiya', menimba ilmu di bumi anbiya' dan akhirnya meninggal dunia juga di bumi anbiya'.

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan." ~al-Anbiya' ayat 35~
Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, adakah kita sudah sedia untuk menghadapi mati?


Read more
0

Sayonara


Akhirnya saya melepaskan apa yg saya ada pergi. Kerana kedudukan dan jawatan tidak menjamin kita dihargai dan itu telah terbukti. Saya benar-benar kecewa dan terkilan atas apa yg terjadi. Tidak bermakna anda di bawah tidak berhak bersuara. Dan tak bermakna anda di atas berhak menjengkelkan orang lain semudah itu. Saya mendoakan semoga mereka akan sedar jua akhirnya bahawa kalam Allah swt itu Maha Benar selamanya..
Read more
0

Hakikat yg menyakitkan

Justify Full

Ts' Ai Lun

Ts' Ai Lun mungkin salah seorang yang membunuh diri dengan 'bergaya' iaitu sebelum melakukannya, dia mandi dan mengenakan bajunya yang paling baik, lantas meminum racun yang akhirnya mematikan dirinya.

Ts' Ai Lun pada asalnya hanyalah seorang pengawai kerajaan biasa di zaman pemerintahan Raja Ho Ti. Pada 105 M, Ts' Ai Lun telah menemui kertas yang diperbuat dari kayu malberi lalu dipersembahkan kepada Raja Ho Ti. Menyedari betapa besarnya manfaat ini, Raja Ho Ti begitu gembira dan menaikkan pangkat Ts' Ai Lun. Dengan penemuan ini, kertas mudah dilipat, senang ditulis, dan tentunya enak digunakan. Sebelum ini, kertas digunakan di dunia Arab dan Barat adalah diperbuat dari gulungan 'papirus', kulit kambing dan kain sutera yang tentunya mahal.

Ts' Ai Lun akhirnya bergelar bangsawan, dan tidak dapat melarikan diri dari "politik istana". Terlalu ramai musuh elit yang 'berdengki', akhirnya terlibat dengan gerakan politik anti-istana. Malang bagi Ts' Ai Lun, penemuan bersejarah akhirnya memamakan dirinya sendiri. Dan, dia mengambil jalan terhormat dengan membunuh dirinya sendiri.

Tidak hairanlah jika nama Ts' Ai Lun ditempatkan di tempat ke tujuh dalam buku The Hundred Most Influential Persons In History karya Michael Hart.

Kisah di atas adalah sebahagian dari nasib yg diterima oleh setiap insan yg pada mulanya berharga tetapi akhirnya terpaksa menutup lembaran sejarah hayatnya dalam keadaan merugikan. Kisah ini memberikan pengajaran kepada setiap dari kita bahawa setiap kali kita berada di atas, tidak semestinya kita akan di atas selamanya.

Suatu hari, berkemungkinan kita tidak lagi diperlukan dan tersingkir secara 'terhormat'; atau pun disingkir secara terhina. Jalannya kita yg tentukan. Natijahnya kita yg terima. Kadangkala bila kita terlalu mengambil berat akan sesuatu, kita mungkin kelihatan keterlaluan dalam usaha dan perjuangan kita. Saat itu insan lain melihat kita seolah-olah berlebihan, maka akan bermulalah gerakan menjatuhkan atau pun penyingkiran dimulakan.

Hidup di dunia ini tidak akan selamanya berkisar kepada kedudukan dan jawatan. Ia adalah sebuah pengajaran berterusan yg kita mungkin tidak sedar, tapi ia sentiasa ada. Tak apalah kita melepaskan jawatan secara terhormat, dari dilucutkan jawatan secara terhina.

Hari ini saya mula sedar dari ketiduran yg agak lama. Bahawa kita mungkin diperlukan bila ada agenda yg perlu. Dan pandangan serta pendapat kita mungkin diperlukan, selagi mana kita menyatakannya secara berlapik dan sangat diplomatik. Kejujuran dan keikhlasan dalam menegur adalah tidak perlu. Yang perlu adalah setiap butir ayat yg keluar dari bibir kita itu menepati kehendak hati yg di atas kita. Kita akan dicantas bila mengkritik yg di atas.

Maka apa perlunya lagi kita berada di situ lagi? Untuk menanti masa kita dihalaukah? Atau menanti ada sesiapa yg perasan kehadiran kita? Melihat semula sejarah kedudukan dan perjalanan nasib kita sendiri adalah perlu sepanjang masa. Dan menyediakan diri untuk hari-hari yg gelap adalah suatu kemestian. Bila tiba masanya kita berada di atas, dunia sungguh indah dipandang. Dan apabila kita ditarik ke bawah, dunia gelap gelita.

Bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan...


Read more
0

Renungan


Photobucket

Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.

Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.

Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!.

Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.

Demikianlah Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka; dan sebenarnya Kami tidak menimpakan balasan yang demikian melainkan kepada orang-orang yang amat kufur.

Dan - di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) dengan bandar-bandar (di daerah negeri Syam) yang Kami limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran), - Kami adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan (kepada orang-orang yang melalui jalan itu), dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya (sekadar yang dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan kepada mereka): " Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa yang kamu suka, malam dan siang, dalam keadaan yang aman".

(Maka kamakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur) lalu berkata: "Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami (di antara sebuah bandar dengan yang lain)", dan mereka berlaku zalim kepada diri mereka sendiri; lalu Kami jadikan (kisah perbuatan derhaka) mereka: buah mulut orang ramai, serta kami pecah belahkan mereka berkecai-kecai. Sesungguhnya kisah mereka yang tersebut mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.

Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya).

Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.

Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka".


Surah Saba' ayat 12-22
Read more
0

Sifat marah





Kehidupan sebagai manusia biasa menghadapi terlalu banyak halangan. Sebanyak mana pun kekuatan yg ada di dalam diri kita, sampai kepada satu tahap yg maksima kita akan tersungkur juga. Tetapi, sebagai seorang Islam kita ada Allah swt dan kita juga tahu bahawa sifat sabar adalah perisai diri yg sangat kuat.

Teman pun kadangkala hilang sabar dan naik angin. Atas alasan yg simple pun kadang-kadang teman boleh naik angin. Semasa tu bila teringatkan Allah swt, terasa sejuk semula panas di dalam jiwa nih. Begitulah manusia biasa. Tak lepas dari kekurangan dan kekhilafan.

Sesungguhnya teman bukanlah insan yg sempurna dan baik. Teman cuba membentuk diri menjadi insan yg baik semampu teman. Cuma teman selalu ingatkan pada diri teman untuk menepati janji teman pada sesiapa pun jua. At least, jika teman menjanjikan sesuatu teman akan cuba untuk tunaikan melainkan ada halangan yg munasabah.

Teman menghargai org yg menepati janjinya dan teman kandangkala mampu bersabar untuk mereka ini. Bak kata org, sabar itu suatu sifat yg sangat sukar untuk kita capai, tapi sangat mudah untuk melembutkan hati manusia.

Teman ingin memperingatkan diri teman agar selalu ingatkan Allah swt bila terasa marah. Agar terhapus segala amarah itu dan digantikan dengan sifat sabar. Kadangkala teman terlepas juga perasaan marah itu, tapi teman cuba control agar tak terlalu ketara. Ia umpama menahan sebiji bola api yg berada di dalam mulut. Nak ditahan di dalam mulut terasa panasnya. Begitulah sifat marah.

Teman memohon kepada hati ini untuk tidak memarahi sesiapa. Tapi, kadangkala teman gagal juga. Sebagai contoh, pada malam ini... Wallaua'lam..


Read more
0

Keutamaan Abu Bakr

Anas meriwayatkan dari Abu Bakr bahawa ia berkata : “Saya pernah berkata kepada Rasulullah ketika kami berdua berada dalam gua: “Sekiranya salah seorang melihat ke arah telapak kakinya pasti dapat melihat kita!” Baginda bersabda: “Bagaimana perkiraanmu wahai Abu Bakr jika ada dua orang sedang Allah yang ketiganya.” (HR Bukhari dan Muslim)

‘Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata kepadanya saat beliau sakit: “Panggillah Abu Bakr kemari, ayahmu, dan saudara laki-lakimu agar aku menulis sebuah pesan, sebab aku khawatir akan muncul orang yang berharap lalu berkata : “Aku lebih berhak.” Sesungguhnya Allah dan segenap kaum mukminin hanya rela menerima Abu Bakr.” (HR. Muslim)

Jubeir bin Muth'im meriwayatkan: “Seorang wanita datang menemui Rasulullah. Kemudian Rasulullah menyuruhnya agar datang di lain hari. Wanita itu bertanya : “Bagaimana jika nantinya aku tidak menemuimu lagi ?” Maksudnya bagaimana bila beliau telah wafat? Rasulullah menjawab: “Jika engkau tidak menemuiku maka temuilah Abu Bakr” (HR. Bukhori dan Muslim)

Sabda Nabi: “Andaikata aku akan mengangkat seorang khalil (kekasih) dari umatku niscaya aku angkat Abu Bakr, tetapi cukuplah sebagai saudara dan sahabatku. Sungguh Allah telah mengangkat sahabat kalian ini (maksudnya diri beliau sendiri) menjadi khalil-Nya. (HR. Bukhori dan Muslim)

Rasulullah bersabda “Sesungguhnya yang paling besar jasanya padaku dalam persahabatan dan hartanya adalah Abu Bakr” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Sekiranya ditimbang iman seluruh kaum muslimin maka lebih berat lagi timbangan iman Abu Bakr seorang.”


Read more
0

Aku merepek



Pernah suatu ketika hati berasa suka dan gembira. Menikmati kehidupan ini sepenuh rasa bahagia dan tenang. Ketika itu kita selalu lupa pada sejarah silam yg telah berlalu mengisi lembaran kisah hidup kita. Dan kita juga lupa kepada masa depan yg bakal kita tempuhi. Persiapan diri, hati, nurani, amal dan bekal untuk menempuh bukan sahaja kehidupan dunia bahkan akhirat.

Dan dalam sekelip mata sahaja, hati bertukar duka. Hari yg ceria berubah menjadi suram. Langit yg bercahaya tiba-tiba terasa hitam, gelap dan malap. Ketika itulah sejarah silam kembali bermain di mata, dan bayang masa hadapan mengejar diri.

Aduhai hati yg sentiasa berbolak-balik, berdiri tetap teguhlah di atas jalan yang satu ini. Biarlah seribu onak dan duri menyakiti, redahilah jua. Bahawa hidup ini tidak mampu untuk kita penuhi segalanya dengan lukisan indah, dan tidak mampu kita hiasi dengan bunga-bungaan semata. Adakalanya lukisan yg indah itu tercarik jua, dan bunga mekar itu kan layu jua.

Mengharapkan ada hati-hati yg lain yg memahami tekanan dan derita yg ditempuhi. Agar derita yg ditanggung ini terasa sedikit ringan. Bukan meminta simpati, tetapi sekadar menumpang kegembiraan insan lain untuk mendapatkan sedikit kekuatan. Untuk menempuhi kesakitan ini.

Duhai hati, tabahlah menempuhi hari depan. Bahawa kau pasti sedar bahawa ini jalan yg kau pilih. Dan tiada siapa yg mahu membantumu. Tempuhlah jalan ini dengan kekuatan dari-Nya. Berdampinglah dengan Yang Maha Perkasa. Dia akan berada bersamamu di dalam hatimu. Membimbing langkahmu yg bengkok, dan derap kakimu yg lemah.

Suatu hari nanti.. hati-hati itu akan sedar. Bahawa hati tidak boleh disakiti...


Read more
0

Video Pilihan

Hening malam gelap yang membungkus
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya

Jibril berwajah putih bersih
Bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntaha 
Buraq menawan tujuh petala
Membelah langit

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan
Membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang

Isra' mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya

Read more
0

Cinta


Suatu hari seorang insan berkata "Oit.. aku nak kawin..". Tiba-tiba sahaja menyampaikan berita gembira tanpa ada angin. Teman tumpang gembira. Selepas itu ada lagi insan-insan lain yg sampaikan berita walimah masing-masing. Tak kurang juga dengan kad-kad undangan dan juga SMS yg sampai ke henpon teman. Nak pulak dekat dengan cuti sekolah ni, makin bertambahlah undangannya.

Malam ni teman berbual dengan seorang teman rapat semasa di kampus dulu. Orangnya masih membujang seperti teman. Entah apa anginnya, dia tiba-tiba pulak tanya teman bila nak hantar kad undangan ke dia. Huhu. Teman tak dapatlah nak bagi jawapannya. Gelak-gelak bongok saja lah.

Semua orang yg berkahwin rasa teman lah, mesti memilih pasangan yg serasi. Kawan teman tu pun ade cakap yg dia kalau nak kawin, taknak dari aliran perubatan. Nak cikgu atau pun yg kerja pejabat. Taknak yg gemuk, taknak yg kurus sangat. Yg sedap mata memandang katanya. Teman kata pada dia "memilih jugak ko ni ek". Dia cakap untuk hidup bersama, yg penting apa yg ada di dalam hati.

Hidup bersama selalunya dianggap memerlukan keserasian. Kata org kalau si lelaki tu seorang yg pendiam, wanita tu eloklah yg peramah sikit. Lebih kurang macam tu lah. Paling penting kata orang mesti saling sayang menyayangi dan saling faham memahami.

Tapi, pada teman cinta dan sayang tu sesuatu yg special. Tak nampak di depan mata, tak didengari telinga tapi bila ia tak ada di depan mata, akan terasa kehilangan. Itu definisi cinta pada sistem kamus teman le. Hehe. Tak semestinya kalau seseorang itu tak meluahkan rasa cintanya, bermakna hatinya tak menyinta. Sama seperti yg Allah swt tunjukkan kepada kita semua. Kadangkala kita tak nampak kasih sayang Allah swt, tapi ia subur di dalam hati kita dan dapat kita hayati.

Ungkapan kata hanyalah mainan bibir. Tetapi apa yg ada di dalam hati lebih penting. Pada hemat teman, menyayangi tak perlu ditunjukkan melebih-lebih. Cukup sekadarnya. Yg penting adalah kesan dari cinta itu terasa di dalam hati. Teman tak akan minta pasangan teman untuk meluahkan hari-hari ungkapan sayang, tetapi cukuplah bila teman dapat rasanya dalam hati teman.

Keserasian itu membawa makna yg sangat luas. Adakalanya ia bersifat antagonis. Seorang yg panas baran, kadangkala serasi dengan org yg panas baran juga. Seorang yg pendiam kadangkala sesuai pula dengan yg banyak mulut. Semua itu ketentuan Allah swt.

Pada teman, kita serasi bila mana kita dapat duduk bersama dan berbincang akan sesuatu masalah. Walaupun akhirnya tak ada sebarang kesimpulan, tetapi mampu untuk duduk dan berbincang dan menyatakan pendapat masing-masing. Pertegangan leher dan pertikaman lidah adalah perkara biasa dalam hubungan, tetapi keserasian yg menentukan samada mereka dapat duduk berbincang bersama atau tidak.

Jodoh yg Allah swt tentukan itu sangat kuat. Hebat mana pun ujiannya, jodoh yg Allah swt pilih selalunya tidak akan bergetar sedikit pun. Bila kita dalam fasa mengenali, memang akan ada terlalu banyak perbalahan, persengketaan dan perbezaan. Semua itu adalah sebahagian dari proses mengenali. Adalah lebih elok kenal baik buruk pasangan anda sebelum akad yg mulia dilafazkan.

Teman menghargai apa yg teman ada. Teman tak minta lebih dari itu. Apa yg kurang tu teman anggap sebagai cabaran untuk teman. Kelebihannya teman anggap hadiah dari-Nya. Teman menerima jodoh teman seadanya dia. Teman tak meminta apa-apa dan teman tidak meletakkan syarat untuk dia menjadi sesempurna Khadijah atau Fatimah untuk hidup bersama teman. Cukuplah setakat dia sedar dia seorang manusia yg ada kelemahan, dan dia sedar juga yg teman juga seorang manusia biasa yg ada kelemahan dan kekurangannya.

Kalau cinta itu kita anggap sebuah perkataan, maka bila bisu kita tak menyinta lagi. Kalau cinta itu suatu irama, bila pekak maka kita tidak menyinta lagi. Kalau cinta itu umpama gambar, bila buta kita tidak menyinta lagi. Jika cinta itu suatu sentuhan, bila tiada kita tidak menyinta lagi. Jika cinta itu suatu hadiah pemberian, maka bila kita miskin kita tidak menyinta lagi. Jika cinta itu suatu harta kekayaan, maka bila kita muflis kita tidak menyinta lagi. Jika cinta itu umpama hidup, maka bila mati tiada cinta lagi untuk kita. Oleh itu, cinta adalah hati kita.. walau pun kita bisu, pekak, buta, miskin, muflis, tiada di depan mata hatta mati sekalipun, kita tetap dapat menyinta dan memberi cinta...


Read more
0

Melayu vs. Cina


Pertama sekali teman nak bercerita kali ini, teman harap para tetamu dapat memaafkan teman sebab blog teman yg 'invisible' sekejap beberapa hari. Hehe. Teman sebenornye merajuk sekejap. Tapi sekarang ni teman dah tak merajuk la. Sebab tu blog ni timbul semula.

Tajuk entri teman kali ini bukan bersifat racisme. Bukan nak cerita pasal perkauman. Tapi inilah realiti yg teman lalui. Menjadi suatu perkara yg mengecewakan teman bila melihat anak-anak Melayu berniaga. Sesetengah saja, tapi cukup untuk mematikan perasaan teman untuk berurusniaga dengan org Melayu.

Dijadikan cerita suatu hari yg tenang pada 7 Mac 2009 yg lepas, laptop teman mengalami masalah. Entah kenapa, teman yg buta IT ni pun tak tau nak buat apa. Setelah penat menggodek-godek laptop tu dan masih takde perubahan, maka teman pun mengambil keputusan untuk menghantarnya kepada yang pakar. Actually, teman beli laptop tu dari kedai Melayu. So, teman pun hantarlah ke kedai yg sama. Janjinya bila siap, akan call teman. Jadi teman pun rasa ok la.

Kerana teman amat perlukan laptop, maka teman pun membeli laptop baru dan berniat nak berikan laptop teman yg sedang dibaiki itu kepada abah teman. Teman beli laptop baru itu waktu pagi, janjinya petang laptop tu akan siap diupload dgn software sume. Untuk pengetahuan, teman beli laptop baru ni dari kedai Cina. Menjelang tengahari saja apek tu dah call cakap laptop dah siap boleh amik. Uiks.. cepatnya.

Sementelahan itu, laptop yg dibaiki itu tidaklah sihat2 juga. Telefon pun tidak ke teman. Hampeh punya tuan kedai. Akhirnya akibat kemarahan yg meluap-luap, maka teman pun menjengah la ke kedai Melayu itu. Teman dengan seriusnye bertanya pasal laptop teman tu. Tau ape dia jawab?

1) Laptop teman tu perlu di format semula je
2) Laptop teman tu tak di format lagi sampai sekarang ni
3) Kalau teman nak amik, teman kena tunggu 1 hari baru siap format.

Bayangkanlah, 2 bulan teman tunggu untuk di format je. Dah la macam tu, ape salahnya siapkan format tu hari tu juga sebab diorang kan dah salah sebab tak ambik tahu akan laptop teman yg tersadai 2 bulan di kedai depa tu. Ini teman kena tunggu 1 hari pulak. Hangin betui teman. Tapi teman sabar jugak memandangkan teman ni buta IT tak reti nak format sendiri.

Bezakanlah dua kedai. Satu kedai Melayu, satu lagi kedai Cina. Kedai Cina mementingkan kepuasan customer sedangkan kedai Melayu apa yg dia nak pun teman tak tau. Tak menghargai pelanggan langsung. Kini laptop baru teman tu rosak pulak. Hihi. Teman tak hingin nak hantar ke kedai Melayu. Alamatnye 2 tahun lagi la baru siap. Baik teman hantar kedai Cina dari 'membela' anak Melayu yg tak reti bahasa perniagaan.


Read more