Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Nama Allah untuk siapa?





Isu apakah yg paling hangat ketika ini? Haha bukan isu Zaquan Adha dituduh gay yg hangat. Tetapi isu nama Allah itu hak siapa? Umat Islamkah atau hak perkongsian bersama umat agama Kristian juga? Isu ini tercetus apabila penerbitan Kristian 'Herald - The Catholics Weekly' menggunakan istilah Allah sebagai ganti kepada God atau Tuhan di dalam penerbitannya. Hal ini menimbulkan kemarahan umat Islam seluruhnya yg mendakwa bahawa nama Allah itu hak Islam sahaja.

Akan tetapi ada juga beberapa agamawan Islam yg berpendapat bahawa nama Allah itu bukan tertentu kepada umat Islam semata. Ada juga agamawan Islam yg menyatakan bahawa nama Allah itu adalah tertentu hanya untuk Islam sahaja. Jadi, kita sudah berpecah di situ.

Agaknya kenapa setelah beratus tahun, barulah tahun 2009 mereka nak menuntut 'hak' menggunakan nama Allah? Apa paderi-paderi mereka zaman dahulu tak berani menuntut ke? Apa signifikannya mereka menuntutnya sekarang? Hmmm... jawapannya hanya mereka sahaja yg tahu.

Kita mengundur masa sedikit selama lebih kurang 2 tahun lepas iaitu pada bulan Ogos 2007. Seorang Biskop Gereja Katolik di Belanda mencadangkan supaya semua agama di dunia merujuk Tuhan mereka kepada Allah. Kristian, Yahudi, Taoisme dan segala agama yg ada di dunia ni nak disarankan merujuk nama Tuhan sebagai Allah. Cadangan itu bukan mendapat bantahan dari umat Islam, tetapi dibantah secara keras oleh penganut Kristian di sana!

Nah.. kenapa Kristian Malaysia nak gunakan juga nama Allah sedang penganut Kristian di Belanda yg jumlahnya lebih ramai dari Malaysia membantah? Satu persoalan yg lebih kurang sama dengan yg di atas di mana jawapannya kena tanya depa la.

Dalam sesuatu isu, sebagai seorang muslim kita perlu ada pendirian. Nak berpegang ke mana diri kita. Nak sorak sorai macam yg kita nampak di TV kah atau kita mahu saluran yg lebih beradab. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia telah pun berfatwa bahawa nama Allah adalah Lafzul Jalalah (Lafaz Agung) yg hanya milik umat Islam sahaja dan kemuliaannya hendaklah dipelihara sebaiknya. Maka, sy sebagai seorang yg awam memilih untuk bersama dengan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia iaitu nama Allah s.w.t. adalah khas dan milik umat Islam sahaja.

Melihat kembali kepada dakwaan bahawa semenjak dahulu kala Kristian menamakan nama Tuhannya sebagai Allah, sy rasa ada sedikit kekeliruan di pihak yg membuat dakwaan. Asalnya ajaran Kristian adalah menyembah hanya kepada Allah s.w.t semata-mata. Itulah ajaran Nabi Isa a.s. yg dinamakan ajaran Nasrani. Selepas Nabi Isa a.s. diangkat ke langit, tinggal pengikutnya yg terpecah kepada golongan yg tetap teguh menyembah Allah s.w.t. sahaja yg digelar Ahli Kitab dan golongan yg men'tiga'kan Allah s.w.t. di dalam satunya yakni Triniti.

Golongan yg mensabitkan Triniti itulah yg dipanggil Kristian yg menyembah Jesus sebagai Tuhan, Ruh Suci sebagai Tuhan dan Tuhan Bapa sebagai Tuhan. Dan ketiga-tiga itu adalah satu Tuhan. Jika mereka mahu mendakwa bahawa nama Allah itu milik mereka, siapa pula Jesus, Ruh Suci dan Tuhan Bapa??

Ahli Kitab dan Kristian adalah berbeza. Pada saya, Ahli Kitab layak memanggil Tuhan mereka sebagai Allah kerana mereka menurut ajaran sebenar Nabi Isa a.s.; sedangkan Kristian adalah olahan dari ajaran Nabi Isa yg pada hakikatnya ia adalah agama lain dari agama Nabi Isa. Maka mereka sudah hilang hak untuk memanggil Tuhan mereka sebagai Allah di situ.

Saya tidak mampu untuk merumuskan dengan nas al-Quran dan sunnah Rasul kerana jika saya gunakan nas al-Quran sudah pasti non-muslim tidak dapat terima. Maka berdasarkan kronologi sejarah Kristian itu sendiri sudah nampak bahawa dari awal-awal lagi mereka sudah hilang hak untuk menamakan tuhan mereka dengan nama Allah. Bahkan Pope juga tidak menyebut untuk menukarkan nama tuhan Kristian kepada Allah, kenapa pula penerbitan the Herald yg lebih 'pandai' dari Pope?

Apa pun penyelesaiannya, umat Islam jangan terlalu fanatik. Jangan terlalu amarah. Kerana semua orang tahu bahawa umat Islam adalah mereka yg tidak boleh bermain-main dengan isu agama mereka. Kita sangat sensitif isu-isu ketuhanan dan kenabian. Maka, sy nampak ada pihak yg cuba membakar api permusuhan di kalangan rakyat Malaysia yg sudah lama hidup menyembah tuhan masing-masing tanpa berebut atau bertengkar mahu berkongsi tuhan.

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا

وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلاَ

يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللّهِ فَإِن تَوَلَّوْاْ

فَقُولُواْ اشْهَدُواْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam"
Surah Ali Imran, ayat 164



Bookmark and Share

3 comments:

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

Tuhan juga memiliki semua yang ada, baik di bumi, langit, mau pun yang ada di antara keduanya:

“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah itu ialah Al Masih putera Maryam”. Katakanlah: “Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah, jika Dia hendak membinasakan Al Masih putera Maryam itu beserta ibunya dan seluruh orang-orang yang berada di bumi semuanya?” Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya; Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Al Maaidah:17]


“Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: “Bahwasanya Allah salah satu dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih.” [Al Maa-idah:73]

Unknown said...

Maaf surah ali imran diatas bukan kah ayat 98 dan 99 bukan ayat 164 maaf jika saya salah allahualam A098
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?"
(A-li'Imraan 3:98) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A099
Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (agama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
(A-li'Imraan 3:99) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

Unknown said...

A164
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(A-li'Imraan 3:164) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

Post a Comment