Related Posts with Thumbnails
RSS
email

An entry without title






Semenjak kali pertama sy kenal sehinggalah jam 831 mlm ini, sy tak menyimpan apa-apa di dalam hati jika dia melakukan kekhilafan. Sebabnya org cakap hati sy kering, mati dan ada juga yg lebih kurang ajar sesuka hati cakap saya berhati batu. Sebab itulah sehebat mana pun bahasa kasar yg diluahkan kepada sy, tak pernah melukakan 'hati batu' ini. Pesan cikgu sy dulu, jangan kumpul rasa marah, benci dan kecewa. Sebaliknya kita luahkan setiap hari biar bebanan hati itu reda dan tidak berpanjangan.

Tetapi semakin sy cuba untuk kawal perasaan sy, semakin Allah s.w.t. berikan lebih banyak lagi ujian-Nya. Tak usahlah sesiapa pun mendabik dada nak bercakap pasal diri sy. Even abang, kakak dan adik kandung sy sendiri pun tak faham. Apatah lagi orang lain yg sewaktu dengannya. Dan sy tak expect pun orang lain untuk memandai-mandai buat fitnah palsu lagi dusta terhadap diri sy. Dah la kenal sy dgn rapat pun tak, setakat dengar-dengar cerita yg ntah betul ntah tidak dah nak tunjuk hebat konon kenal sy sangat.

Abaikan saja lah bab orang yg tak tahu hujung pangkal tu. Apa yg nak sy sebutkan di dalam blog ini adalah untuk pertama kalinya malam ni, hati sy amat terkesan dengan sebaris ayat yg disampaikan kepada sy. Hingga sy tak dapat menahan airmata sy dari bergenang. Maha Hebat Allah s.w.t. yang menguji kami sampai ke tahap ini.

Sudahlah. Sy tak mahu jadi manusia yg menyimpan dendam seperti sesetengah orang. Pesan Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, maafkan semua orang setiap hari. Bila ada orang yg memohon maaf, kita bertanggungjawab untuk memaafkan. Walaupun ada kalanya masih diungkit-ungkit lagi, sy tak nak ambil pot. Yg penting dan utama, sy sudah menunaikan tanggungjawab sy memaafkan mereka yg berkenaan.

The end.



Bookmark and Share

2 comments:

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

Saya kah orang nya yang melukan hati Dr? Takut benar saya yang berbuat salah dan silap sehingga orang menangis. Mana tahu, sebab saya selalu dan mudah rasa macam ini walaupun sekadar bahasa kiasan.

Hati saya sayu dan mata saya menangis. Jika begitu ,maaf zahir batin dipohon, tidak mahu dipanjang hingga ke akhirat.

MuHaMMaD86 said...

sabaq doktor

saya pun sdg diuji oleh Allah

dr tau x,saat menulis komen ni...air mata sy menitis...sy xtau knapa tapi sy xtahan dh ngn ujian ni...rasa berat!!!

lemahnya saya!!!

Post a Comment