Related Posts with Thumbnails
RSS
email
3

Emo Raya.. huhu


Saya berjalan-jalan di blog-blog teman saya malam tadi. Sambil berchatting di YM. Saya dapati bukan sahaja dunia realiti kita sedang hangat nak beraya, tetapi laman-laman blog kita juga terkena serangan virus raya ni. Hampir semua teman-teman saya mengupdate blog dgn entri kad raya maya Aidilfitri. Termasuklah Cikgu Zaid, Ukhti Hasni dan beberapa lagi teman saya.

Oleh kerana saya ni rabun ICT sikit, maka saya mengambil jalan mudah iaitu 'copy n paste' aje kad raya maya yg melambak dalam internet tu. Hehehe. Hasilnya adalah seperti di atas. Kekekeke. Maka dengan bangganya saya mengirimkan kad raya itu kepada semua teman bloggers yg berada di semerata pelusuk tanah airku dan tanah air orang lain. Mudah-mudahan Aidilfitri yg bakal tiba ni memberikan kita lebih banyak makna dan masa berharga untuk dihabiskan bersama. Untuk Cikgu Zaid, jgn makan banyak sangat ketupat palas tu. Kembung perut. Haha. Untuk Shye yg nak beraya di Pulau Pinang tu selamat beraya. Untuk Ukhti Hasni juga selamat beraya di Muor.. hehe..

Semalam juga saya terbaca artikel di dalam sebuah akhbar tempatan berkenaan usaha Malaysia untuk mengumpulkan dana bagi membantu rakyat Indonesia yg ditimpa bencana gempa bumi baru-baru ini. Selang beberapa muka surat dari situ, terselit pula berita tentang kesempitan yg dilalui oleh teman-teman Malaysia di sana kerana gerakan 'Menyapu Malaysia' a.k.a Sweeping Malaysia. Hmmm..

Teringatlah saya akan kata-kata seorang Ustaz ketika saya belajar di sekolah menengah dulu. Ustaz saya kata, orang kita ni dikurniakan dgn hati yg sangat lembut dan pengasih (walau pun sebenarnya ada juga yg berhati jahat). Ustaz saya kata jika kita tanya orang-orang Arab tentang orang Melayu di sini, jawapan mereka adalah "Ahsanul insan fil 'aalamin'. Tau ape maknanya? "Sebaik-baik manusia di seluruh alam!" Huhu.

Menunjukkan betapa baiknya kita ni. Even dengan isu Sweeping Malaysia ni pun, kita masih ada rasa utk mengumpul dana bantuan gempa bumi untuk mereka. Andai kiranya kita di dalam kesusahan, apakah mereka akan membantu kita juga jika mereka berada 'di dalam kasut kita'? Wallahua'lam. Bukan mengapi-apikan sesiapa, tetapi renungilah sendiri dan fahamilah. Mudah-mudahan Aidilfitri ini menyatukan kita kembali serumpun. InsyaAllah..

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin..








Read more
3

Tahajjud Cinta





Semalam sempat saya berchatting di YM bersama dengan teman saya bakal cikgu Math dari Kelantan. Hehe. Mesti kembang hidung cikgu Zaid kite kali pertama nama dia disebut di dalam blog yg aman damai nie. Kekeke. Jangan marah ye Zaid.. Melihatkan tajuk entri kali ini iaitu Tahajjud Cinta; bukan saya nak promosikan novel Tahajud Cinta karya Muhammad El Natsir itu, tetapi sebuah album pop da'wah kontemporari buah tangan Dato' Siti Nurhaliza kita.

Dilancarkan pada tarikh special 090909. Album Tahajjud Cinta mengabadikan beberapa karya malar segar seperti Selawat dan Ya Rasulullah di samping menghidangkan telinga anda dengan karya-karya baru yg cukup menyentuh hati. Kesian cikgu Zaid semalam dia promote kat saya album nie. Memandangkan dia tengah suka-suka nak balik kampung, maka sy pun dengan rendah hati mengaku saya tak dengar lagi album ini. Jadi dia pun teruja lah sikit. Konon dia yg lebih awal dengar. Kekeke. Sebenarnya cikgu, saya dah dengar semua 8 lagu dalam album ni sebelum cikgu promote lagi.. Hehe.

Antara lagu yg saya sangat gemari adalah yg sedang berkumandang di corong telinga anda iaitu Pintu Rindu. Melodinya diambil dari melodi zikir munajat. Bagi yg pernah join aktiviti zikir munajat masa sekolah ke, masa universiti ke sy pasti mesti terkesan yg melodi ini melodi zikir munajat. Walau bagaimana pun, kredit patut diberikan kepada Dato' Siti Nurhaliza sendiri yg mengalunkannya dengan cukup baik. Cuma kemungkinan agak janggal apabila anda mendengar Dato' Siti Nurhaliza menyebut beberapa kalimah Arab di dalam lirik album ini. Loghat Melayunya masih ada. Hehe.


Perjalanan semakin sukar dan panjang untuk mengenal dan mencari diri,meski jalan lurus tiada berbelok namun simpang akhir tak ku temui ,ingin sekali menyentuh Pintu Rindu meski yang ku ketuk adalah rahsiaNYA sebagaimana Batas Asaku meronta –ronta untuk menjengah ke dalam mencari makna yang hakiki. Ku Percaya Ada Cinta yang bertandang menerpa umatmu Ya Rasulullah dengan Selawat kalimah indah syahdu Asma Ul Husna menyapa hingga ke ruang hati yang paling sunyi.Tahajjud cinta menjadi saksi Ketika Cinta memanggil seluruh imanku untuk mendekatiMu ya Ilahi...

Pintu Rindu
Dato' Siti Nurhaliza

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..

Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..

Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa
Sedang kau dekat di pinggir jiwa..
Sedang kau dekat di pinggir jiwa..

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..

Hidup matiku hanya untukmu..


Read more
3

Salam Aidilfitri

Ramadhan 1430H bagi saya bukanlah Ramadhan yg biasa seperti tahun-tahun lepas. Ramadhan kali ini pada saya sangat memberikan makna mendalam. Banyak peristiwa berlaku dan banyak juga ujian Allah swt yg disampaikan kepada saya. Kiranya tidak perlu saya susun satu per satu peristiwa dan ujian itu, tetapi cukuplah saya katakan hati sy amat terkesan dengan Ramadhan kali ini.

Mudah-mudahan puasa sy dan anda semua diterima Allah swt dan mendapat ganjaran yg setimpalnya. Benarlah janji Allah swt bahawa puasa mengajar kita lebih mengenal diri kita sendiri dan mengenali Yang Menciptakan diri kita. Setelah begitu lama saya membaca ayat-ayat al-Quran yg mengulang-ulang bahawa puasa itu matlamatnya taqwa; barulah hari ini saya rasakan.

Sesungguhnya menjadi manusia biasa yg tidak punya apa-apa di atas muka bumi Allah ini; memberikan kita begitu banyak peluang untuk diuji. Hanya kita sendirilah yg perlu bermuhasabah untuk menanggapi ujian-ujian itu sebagai rahmat atau sebaliknya. Hebatnya kasih sayang Allah swt kepada kita tidak terbayangkan. Sehinggakan kita mampu tenggelam dalam rasa sayang Allah itu.

Bila kita sedari di mana letaknya diri kita, maka kita juga akan sedari bahawa apa sahaja ujian dari Allah swt adalah sebuah tanda manifestasi cinta Allah swt kepada hambaNya yg diuji. Kalaulah kita menerima ujian dgn redha, maka hati kita akan menjadi semakin kuat dan semakin dekat pada-Nya. Sy juga merasakan sebegitu. Tabahlah. Redhalah apa sahaja yg ditentukan Allah swt. Sabar di dalam redha itu amat sukar untuk sy lakukan, tetapi bila sy berjaya melakukannya hanya sekali sahaja kesannya merubah hidup saya secara signifikan.

Apa pun, kesimpulannya Ramadhan kali ini membawa terlalu banyak kenangan untuk diri saya ingati sampai mati. Ramadhan kali ini benar-benar rahmat dari Allah swt yg tidak terbanding nilainya.

Aidilfitri yg akan tiba ini membuat sy rs sedih untuk berpisah dgn Ramadhan ini. Kerana jika saya diberi masa, mahu sahaja seluruh hidup saya berada di dalam Ramadhan. Sy tidak berkira-kira untuk menyambut Aidilfitri dgn extra-meriah. Tetapi sederhana sudah memadai. Asalkan kesan tarbiyah Ramadhan yg sy terima itu tetap subur di dalam hati ini.

Bersempena Aidilfitri ini, sy ucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Berbahagialah dengan secebis kekurangan, kerana ia mengajar kita erti berusaha. Tetapi berwaspadalah dengan kelebihan, kerana ia juga mengajar kita erti tamak dan ammarah...


Read more
4

Bosan

Sebenarnya di malam-malam akhir Ramadhan ni sepatutnya sy melipatgandakan amalan untuk merebut keistimewaan Ramadhan yg masih berbaki. Tapi sebaliknya saya sibuk menulis blog dan membaca blog-blog orang lain. Uhuk..

Saya ada banyak perkara yg tersimpan di dalam cerebrum otak saya. Cuma saya tak berkesempatan untuk menyusunnya supaya teratur dan mengikut urutan keperluannya. Saya sudah tidak mahu lagi meluahkan apa-apa di sini kerana akhirnya sy juga yg dipersalahkan. Saya akan hanya meniti hari-hari yg berlalu mengikut plan dari-Nya. Apa pun yg nak jadi, sy akan memaksa diri saya untuk redha. Redah je.

Saya sudah penat untuk berfikir dan menimbangtara kehidupan saya. Mulai dari saat dan ketika ini.. saya pasrahkan kepada Allah swt...


p/s: Selamat hari raya Aidilfitri.. Eid Mubarak..
Read more
0

Nostalgia Nuzul Quran


Pejam celik pejam celik kita sudah pun berada di hujung sepuluh yg kedua Ramadhan. InsyaAllah kita akan menyambut Nuzul al-Quran 1430H esok. Bermakna Ramadhan yg kita nikmati tahun ini sudah pun mula menginjak ke sepuluh yg terakhir. Dan akhirnya nanti Ramadhan ini akan berlalu meninggalkan kita semua. Samada kita berjaya menghadapi Ramadhan ini atau kita gagal, ia tetap akan pergi jua. Oh.. sedihnye..

Bercakap pasal Nuzul al-Quran, teringat pula zaman belajar dulu-dulu. Kalau di sepuluh yg akhir Ramadhan di kampus dulu, kami semakin sibuk membuat persiapan untuk sebuah majlis tahunan yg besar peringkat fakulti. Majlis Iftar Agung, Khatam al-Quran dan Nuzul al-Quran. Sebuah majlis yg disambut secara serentak. Cukup meriah dengan majlis khatam al-Quran bermula selepas Asar, diikuti dengan majlis iftar (berbuka puasa) besar-besaran dan seterusnya diteruskan pula dengan solat fardhu Maghrib, Isyak dan Sunat Tarawih beramai-ramai di Auditorium fakulti. Kemudian selesai tarawih pula ceramah Nuzul al_Quran dan diakhiri dengan moreh beramai-ramai.

Bila tiba saja tarikh majlis itu berlangsung bermakna kami dah berada di permulaan cuti Aidilfitri di mana majlis akan diadakan beberapa hari sebelum bermula cuti Aidilfitri. Hurm.. nostalgia betul..

Untuk kenangan, sy paparkan gambar-gambar nostalgia saya ketika menguruskan majlis tersebut buat kali terakhir pada 2006.. Jom tengok.. :-)


Solat di dalam Auditorium A, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan



Majlis Iftar Agung bersama Tan Sri Prof. Datu Dr Hj Mohamad Taha Arif (Dekan, berbaju Melayu putih), Professor Madya Dr Ahmad Hatta Rasid (Timbalan Dekan, berbaju Melayu maroon)


Jemaah yg bersama-sama berbuka puasa termasuk rakan-rakan dari non-muslim. Muslim buka puasa, non muslim taktau lah buka apa..




p/s: Sebenarnya banyak lagi gambarnye, tapi dah tak tau simpan di mana.. Selamat menyambut Nuzul Quran buat semua..




Read more