Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Virus


Ingatkan dunia realiti je kena virus.. rupa-rupanya Halaqah.net juga mcm kena serangan virus.. Uhuk.. akibatnya, teman menjadi mangsa tak dapat nak online Halaqah.. oh kesian dengan teman.. takde org nak tolong.. :-( atau pun mungkin teman ni terlalu bergantung kepada orang lain untuk perkara-perkara yg melibatkan hal diri teman sendiri. Sebab itulah org pun dah malas nak layan teman.. huhu.. sedihnye..

Semalam teman dikejutkan dengan kes suspected H1N1 (virus selsema khinzir yg femes tu) di hospital tempat teman bertugas. Sebuah wad telah dijadikan wad kuarantin, semua pesakit di wad itu telah dipindahkan ke wad lain untuk membolehkan pesakit yg disyaki itu ditempatkan di sana. Tapi, beberapa jam kemudian Pengarah hospital mengeluarkan kenyataan kes itu hanya selsema biasa. Tak dapatlah teman masuk tv3. Hehehe.

Dan hari ini berita yg menyedihkan teman baca di akhbar. Dua org telah dijangkiti dan disahkan positif H1N1 di negara tercinta ini. Seorang di hospital Sungai Buloh dan seorang lagi di Hospital Besar Pulau Pinang. Kedua-duanya adalah pelajar yg pulang dari Amerika Syarikat. Oh.. sedihnya. Janganlah virus ini merebak ke seluruh negara ini. Amin. Lepas ini kayalah tauke topeng muka (face mask). Hurm.

Teman teringatkan hadith Nabi tentang taun. 

Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w bersabda: "Penyakit taun itu adalah satu tanda atau azab yang dikirimkan kepada Bani Israel atau kepada kaum yang sebelum kamu, maka apabila kamu mendengar khabarnya janganlah datang ke tempat itu dan jika taun itu berjangkit di mana kamu berada, maka janganlah kamu lari daripadanya"  Sahih Muslim no. 4108

Kalaulah kita melihat kepada kaedah Rasulullah saw menangani bab taun ini, agaknya mesti boleh kita pun aplikasikan dalam hal H1N1 ini kan? Kalau kita mendengar berita suatu tempat terkena H1N1, maka jangan gatal kaki nak pergi sana. Kalau tempat kita sendiri yg kena serangan H1N1 (mcm sekarang ni), jgn gatal-gatal nak keluar negara. Sebab kita mesti mengelakkan diri dari menjadi mangsa dan pemangsa. Ahaks.

Jadi, janganlah kita teringin nak bercuti-cuti Malaysia atau pun nak Zoom Malaysia buat masa ini. Kerana akibatnya mungkin terpaksa bercuti-cuti di wad, atau Zoom Batu 2. Hurm. Oleh itu, Pak Ibnu dan Fikri tak boleh balik Malaysia buat masa ini.. hahaha..




Tanda-tanda Selesema Khinzir


Apa yg anda perlu tahu tentang Selesema Khinzir

Rajin misi-misi Malaysia di KLIA



Pesanan Kementerian Kesihatan Malaysia:
Jangan buat macam ni.. patutlah byk sangat kes kat negara depa nih..

Bookmark and Share

3 comments:

MuHaMMaD86 said...

awat dok letak gambar xsenonoh 2..jijik tuan hamba melihatnya....uwekkks....xblh r msk blog dr,msk ja nk muntah....tp nsb bek ada lg best...pndai tgn dr pilih....hahaha

Fahmi Shukur said...

kalo terasa jijik.. takyah masuk.. gi je tempat lain yg ada lagu siti tu..

MuHaMMaD86 said...

lwk la dr....sensitifnya.....xpa2 pasni sy xcomment dh....assalamualaikum

Post a Comment