Apalah yg akan kita lakukan sekiranya hari ini kita menerima sepucuk surat dari Allah swt menyatakan bahawa minggu hadapan sekian masa dan saatnya Izrail akan datang menjemput kita pulang kepada-Nya. Apakah kita masih akan bersuka ria dan bergelak ketawa seperti saat ini atau kita mahu segera kembali kepada tikar sembahyang? Apakah hati kita akan merasakan gerun kepada Allah atau kita masih seperti sekarang?
Sungguh sedih sekali di saat ini kita masih lagi alpa dan lalai daripada Allah swt. Kita tahu bahawa maut adalah rahsia simpanan Allah swt. Tiada sesiapa pun tahu bila, bagaimana dan di mana dia akan bertamu dengan maut. Yang pasti adalah sampai saat perjanjian kita dengan Allah swt, Izrail akan datang jua.
Berapa banyakkah amalan baik yg kita kumpul setakat ini? Cuba kita hitung semula. Mungkin untuk memudahkan kita buat perhitungan, kita kirakan untuk 24 jam. Saat bermula kita membuka mata dan menarik nafas pertama di hari baru. Apakah pujian kepada Allah swt menjadi lafaz pertama kita? Sesudah itu sempurnakah solat Subuh kita? Doa kita? Zikir kita? Tadarus kita?
Sesudah Subuh itu bagaimana pula dengan solat Dhuha kita? Tertunaikah atau kita lepaskan begitu sahaja? Makan tengahari kita bermula dengan doa atau terus saja melantak? Oh.. itu baru separuh hari kita lalui. Belum pun sampai ke waktu malam. Maka bagaimana persiapan kita untuk menemui maut? Apakah amalan sebesar zarah itu cukup untuk menjadi perbekalan kita ke alam sana?
Saya sendiri akui banyak betul amalan sunah yg saya tinggalkan sepanjang saya melayari hari-hari dalam usia saya. Saya jauh dari al-Quran. Sehari semuka al-Quran pun kadangkala tergesa-gesa saya nak habiskan. Seolah-olah terpaksa pula bacaan itu. Ke mana lah perginya rasa ikhlas di dalam diri ini.
Saya pun tak pasti bilakah masanya perjanjian saya dengan Allah swt. Yang saya harapkan, saya sedar dari tidur yg lama ini dan memulakan langkah pertama saya untuk kembali kepada Allah swt. Hari ini, langkah itu bermula....
3 comments:
mati...satu perkataan yg begitu mengerunkan....dr,msh terkesan di hati saya apabila ustazah sy kata cuba bayangkan perasaan kita apabila kita berada di alam kubur....mesti kita igat mak ayah kita,adik beradik kita dan kwn2...kt dunia pn tggal sat ja pn dh igt...hanya amalan saja mampu mmberikn ketenangan yg abadi di- SANA.....
p/s : kesian tgk siti....moga2 Allah SWT bg petunjuk n hidayah kpd dia utk berubah....suka ct
Sebab itulah persiapannya bukan sekadar sehelai kain kafan semata.. tapi amalan yg akan menemani kita selamanya abadi..
p/s: Awat yg melencong pi ke Dato' pulak tu.. huhu
ala...dr saja je letak gmbr siti kn....nk tmpg publisiti siti la 2....sy tau la dr kureng popular kn....sdgkn byk g gmbr2 lain blh ltk ...hahaha
p/s ;xdela dr,bla tgk gmbr 2...ingin sekali melihat peubahan pd siti...
Post a Comment