Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Hikmah di sebaliknya

Saban hari manusia berdepan dengan pelbagai masalah. Adakalanya terasa bertimpa-timpa, hinggakan terasa sesak di dada. Satu persatu datang sedangkan belum pun selesai masalah yg ada di pundak. Akibatnya manusia menjadi keluh kesah dan asyik bersungut "mengapa aku sahaja yg dapat masalah ni?". Ada juga yg berkata, "mengapa Allah berikan aku macam-macam masalah sedangkan org lain hidup senang lenang?".

Oh.. sebenarnya teman pun serupa itu. Kadangkala teman juga menjadi manusia yg tidak tahu malu pada Allah swt. Sanggup bersangka yg bukan-bukan pada kasih sayangNya. Oh.. ampunkan daku ya Allah..

Hari ini teman betul-betul terasa betapa dekatnya Allah swt dengan teman. Sebenornye, teman ni adalah salah seorang dari insan yg malas nak membayar bil. Walau pun pejabat Pos Malaysia tu ada je tercongok kat lobi hospital teman tu. Ahaks. Dan disebabkan kemalasan itulah juga sudah beberapa kali perkhidmatan Astro, Celcom Broadband dan juga talian telefon Maxis teman itu tergendala buat sementara waktu. Ehehe.

Tapi, teman ni memang tak kenal erti serik. Entah berapa kali mamat Astro tu telefon teman mintak teman bayar sebelum perkhidmatan Astro teman tu di'tergendala'kan oleh Astro. Mesti mamat Astro tu dah buhsan dengan teman. Lastly, dia betul-betul tergendalakan siaran Astro tu. Uhuk. Baru terkocoh-kocoh teman gi bayar. Bukan apa, takut tak dapat tengok berita, drama swasta dan macam-macam ada lagi.

Yang terbaru adalah nasib talian Maxis teman. Huhu. Dulu-dulu zaman student, teman pakai talian pra-bayar. Biasalah, time tu sebulan tak sampai pun RM30 teman gunakan untuk topup. Kadangkala tu sampai dua tiga bulan baru topup. Zaman student teman tak berawek-awekkan yer. Jadi tidak membazir. Hoho. Bila dah kerja nih, bulan lepas barulah teman tukarkan dari pra-bayar kepada post-bayar. Hehe. Rupa-rupanya even guna talian post-bayar pun, masih ada kredit juga. Namanya kredit limit. Teman ni punyalah tak reti, ingatkan dah namanya pakai bil takde la sekatan-sekatan lagi. Gunalah teman talian tu sampai mencecah kredit limitnya. Dan akhirnya setelah beberapa kali encik Maxis telefon teman suruh bayar bil tapi teman malas nak bayar, taliannya di'tergendala'kan juga. Huhu.

Menambahkan rasa hibanya lagi, petang tadi teman eksiden. Teruk jugaklah. Bukan jugak, memang teruklah. Kereta teman tu kemek sekemek-kemeknya di belakang. Pecah abis lampu brek dan signal. Kesian kereta teman dan teman sekali. Arakian kisahnya, kereta teman tu lah satu-satunya pengangkutan utama teman. Nak gi kerja, gi kedai, jalan-jalan hatta balik kampung. Kalau dah cedera kereta teman tu, cemana lagi teman nak bergerak. Uhuk. Sedihnya.

Pada saat itulah teman rasa sedih. Kenapalah Allah swt uji teman sampai ke tahap macam ni? Apa salah teman? Dah lah tak dapat guna telefon, kereta pulak sakit. Cemana teman nak bagitahu famili teman di kampung nun tentang kejadian eksiden ini? Hurm. Teman bermuram durja sepanjang petang tadi. Memikirkan hal ini. Akhirnya, teman amik keputusan untuk bayar bil Maxis. Tak kire lah berapa jam yg diperlukan untuk re-connection semula, teman tak kisah. Janji teman nak telepon abang teman. Huhu.

Maghrib tadi, teman cuma terdetik je dalam hati. Nak try test talian tu. Kot-kot la Allah swt kesian kat teman ni. Teman terfikir 'ya Allah, tolonglah'. Tu je. Tetiba dengan satu klik pada butang send, SMS yg teman sangka takkan sampai itu telah selamat sampai ke penerimanya. Allahuakbar. Terasa betul dalam hati teman. Allah swt menjawab doa teman rupanya. 

Dan lebih mengharukan teman, abang teman call balik and cakap dia akan datang membawa bantuan. Haha. Dia akan datang membawa kereta Personanya ke sini dan akan membawa balik kereta teman itu untuk dirawat di Kedah. Hehe. Nampak gayanya bulan ni melaram kereta baru lah teman. Huhu. Allahuakbar.. terasa lega betul. Barulah saat itu teman sedar betapa Allah swt mempunyai perancangan yg lebih baik untuk kita atas tiap-tiap suatu kejadian baik mahu pun buruk.

Kalau tak kerana eksiden tu, dah tentu teman tak dapat melaram kereta baru abang teman tu. Huhu. Syukur sangat pada Allah swt yg mendengar selalu doa teman dan selalu berada dekat dengan teman. Mudah-mudahan teman menjadi hambaNya yg selalu juga ingat kepadaNya. InsyaAllah...


Bookmark and Share

4 comments:

Murasakinaichigo said...

Salam

kalau malas byar online pun bolehkan..
bestnya time belajar sbb ada org tlg bayarkan..hoho..dh keje nanti dh kene jd org dewasa mcm kamu T_T

kesenangan, kesusahan, kelapangan, kesibukan semuanya datang drp Dia yang Satu, bezanya sekuat mana kita bersandar pada Si Dia

Fahmi Shukur said...

btul tu.. sebab nak byr online pun tak reti.. huhu.. ni baru nak belajar sikit2.. dah insaf.. huhu

Samudera Qaseh said...

gunakan khidmat dihujung jari dengan sebaik-baiknya

Samudera Qaseh said...

tulah...hari tu bonda offer nak tolong bayarkan bil tak nak, pusat pembayaran bil setempat dekat saja dengan rumah bonda, mudah sangat bonda nak pergi, jangan lah camtu, cakap saja, bonda boleh tolong....

Post a Comment