Related Posts with Thumbnails
RSS
email

H1N1

Hari ini Jabatan Perubatan Am mengadakan mesyuarat berkenaan Influenza A. Dan untuk ketika ini tiada sebarang kes yg dimasukkan ke dalam wad. Cuma yg ada kes disyaki yg terbukti bukan Influenza A. Sepanjang heboh bahawa Influenza A ni merebak, inilah kali pertama jabatan teman mengadakan mesyuarat.

Hasil mesyuaratnya adalah semua doktor-doktor kena menambahkan masa bekerja. Huhu. Selain oncall biasa, kena pula buat oncall Influenza. Setiap minggu akan ada seorang doktor yg bertanggungjawab untuk attend kes-kes yg disyaki Influenza A di hospital ini. Teman akan bertugas pada 1-7 Julai 2009 nanti.

Masyarakat luar lebih lagi lah tidak faham tentang penyakit yg dikatakan 'baru' ini. Terlalu banyak grey area di dalam diagnosis penyakit ini. Menyebabkan kadangkala agak sukar untuk dipastikan kesahihannya. Sedang ujian diagnostik yg dijalankan untuk confirm penyakit ini memakan masa beberapa jam dan memakan kos.

Apa pun, usaha yg KKM telah lakukan adalah memuaskan. Setakat ini tiada lagi kes baru yg dilaporkan dan 2 mangsa yg dirawat tempohari juga telah dibenarkan pulang. Bermakna Malaysia kini bebas penularan wabak ini, tetapi sudah terdedah kepada wabak ini. 

Nasihat saya adalah menjaga kebersihan dan jangan mendedahkan diri kita kepada kebinasaan. Buat apa melancong ke luar negara jika anda tahu risiko jangkitannya? Berbaloikah percutian anda ke negara luar jika anda pulang dengan penyakit? Sendiri mau ingatlah.

Jangan terlalu panik. Sebab kepanikan hanya akan menyebabkan kegusaran yg tidak perlu di kalangan masyarakat. Setakat ini di Malaysia kita tidak menghadapi jangkitan serius sehingga kematian, tetapi langkah berjaga-jaga yg kita ambil cukup ketat. Cuma berikanlah kerjasama anda untuk sama-sama kita pastikan Malaysia bebas H1N1. InsyaAllah..

Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment