Assalamualaikum,
Semalam aku bercakap dengan wife berkenaan duit. Secara jujurnya walau pun gaji aku Alhamdulillah boleh tahan, tapi perbelanjaan kami memang banyak. Bak kata aku dalam Facebook dulu; dapat gaji untuk bayar hutang. Bukanlah sampai melampau-lampau banyak hutang tu sampai tahap kami papa kedana, tapi banyak lah jugak. Aku mengeluh dengan wife sebab rasa penat dah fikir pasal hutang dan kesempitan duit kami. Dan aku tak terasa benda ni satu beban, sebab pada aku itulah tanggungjawab seorang suami untuk menyara keluarga sendiri.
Tapi dalam dok berbual tu wife aku mention sumthing yang buat aku terkaku sebentar dari rungutan aku. Dia cakap "kita ni dh mcm bertuhankan duit plak" dan "kita dh jadi mcm tak pecaya pada rezki Allah". Fuhh.. aku tak nafikan beberapa bulan kebelakangan ni wife aku mula diberikan hidayah oleh-Nya untuk lebih banyak mendekati Dia. Bila dia cakap macam tu, aku pun terdiam seketika.
Sebabnya, sejak dulu lagi zaman aku belajar di Sarawak, aku tak pernah merungut tentang duit. Pernah aku takde duit nak makan langsung masa belajar dulu sebab bapak aku lambat hantar duit. Tapi aku redha je dan aku boleh hidup dengan keyakinan bahawa mesti ada rezeki dari mana-mana untuk aku dari Allah. Of coz la benda tu untuk 1-2 hari je.. hehe
Tapi sekarang ni aku terlalu fikirkan duit tak cukup sangat. Sampai ke tahap aku terlupa siapa yang sebenarnya bagi aku duit dan rezeki yang aku makan hari-hari. Sejak dulu lagi masalah tak cukup duit ni berlaku. Tapi tak pernah sehari pun Allah s.w.t. biarkan aku dan wife kelaparan takde makanan. Dalam keadaan kami takde duit tu, tak pernah Allah s.w.t. biarkan kami kesunyian tak dapat balik kampung untuk beraya dan sebagainya. Dalam keadaan kami kesempitan duit ni jugak, tak pernah sekali pun Allah s.w.t. biarkan kami hidup sebagai fakir.
Jadi, kenapa lah aku mesti rasa susah hati. Sedangkan rezeki Allah s.w.t. tu ada di mana-mana asalkan aku berusaha. Selama ni aku hidup je walau pun tak cukup duit. Dulu aku pernah rasa risau duit tak cukup, tapi at the same time mak aku nak sangat jalan-jalan makan angin ke Pulau Pinang. Jujurnya masa tu aku balik kampung dengan duit rm150 je rasanya! Itulah duit yang aku nak guna untuk pergi dan balik dari kampung. Tiba-tiba mak aku ajak aku, wife dan kakak aku pergi jalan-jalan ke Pulau Pinang.
Masa tu boleh je aku cakap takde duit. Tapi aku tak sampai hati sebab lama dah aku tak jalan-jalan dengan mak aku. Dia pun dah lama sunyi takde orang nak bawak dia jalan-jalan selalu. So, aku nekad dengan duit sebanyak (banyak ke?? huhu) itu.. aku setuju. Wife aku pun tanya, macam mana nak pegi ni duit pun takde? Aku pun fikir benda yang sama, tapi aku takde jawapan. Masa tu la terlintas dalam hati aku setuju ni sebab nak gembirakan mak aku. Suratan atau kebetulan, yang pastinya aku yakin ia adalah suatu dari Allah s.w.t. untuk sedarkan aku bahawa rezeki tu adalah hak mutlak Dia samada nak bagi atau tak. Ape yang terjadi?? Esoknya, bila aku check akaun bank dah ade duit RM1000 lebih!!!! Bukan setakat cukup nak bawak mak aku jalan-jalan, nak sponsor kakak aku pun cukup!
Dalam keadaan yang kebiasaannya tak berlaku, duit tuntutan oncall aku masuk lebih awal dari biasa. So, dengan duit tu lah aku bawak mak aku jalan-jalan. So, sekarang ni.. aku nak nasihatkan diri aku dan korang yang baca entri aku ni, yakinlah sepenuh hati bahawa rezeki Allah s.w.t. akan bagi bila kita ikhlas dan berusaha. Kenapa mesti rasa tertekan dengan budget 3-4 bulan yang akan datang sedangkan kita tak tau pun berapa banyak rezeki Allah s.w.t. sedang sediakan untuk kita even untuk satu saat yang mendatang ini! Jadi, percayalah kepada Allah. Dia tidak pernah sama sekali lupakan kita....
0 comments:
Post a Comment