Sepatutnya aku dah letak entri ni few days back.. tapi malas nak update blog lagi time tu.. excited sebab tak jangka rezeki Allah bagi ni.. hehe
Hujung tahun 2012 aku pergi temuduga untuk sambung ijazah sarjana perubatan dalam bidang Perubatan Nuklear di IPPT, USM Bandar Putra Bertam, Pulau Pinang. Masa tu aku memang tak sempat pun nak buat persediaan pun.. Pergi dengan ilmu yang dah berkarat je.. huhu
Tapi itulah yang dinamakan rezeki.. dalam ramai-ramai yang hadir tu, aku baru je dapat jawapan dari KKM yang permohonan aku untuk sambung belajar tu telah BERJAYA! Alhamdulillah.. Aku pun macam tak percaya.. Tapi hati rasa sangat gembira.. Rasa macam nak menangis pun ada bila ofis telefon bagitau aku dapat surat tawaran tu.. Huuu
So, bermula bulan Jun 2013 aku akan berpindah ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan selama setahun. Kemudian, aku akan berpindah pula ke Hospital Pulau Pinang selama 2 tahun dan akhir sekali ke USM Bertam, Pulau Pinang untuk latihan tahun akhir nanti.
Satu benda yang sedang mengacau fikiran aku dan isteri adalah macam mana nak dapatkan rumah sewa di Kubang Kerian atau kawasan terdekat. Dah cuba melalui Mudah.my tapi masih belum berjaya. Susah jugak rupanya nak dapatkan rumah sewa yang sesuai dan berpatutan harganya. Kalau korang nak tolong kami, jangan lupa bagitau aku ye.. hehehe
5 years ago
1 comments:
Assalammu'alaikum...
Alhamdulillah..sekarang dah pun masuk tahun kedua..moga akan terus berjaya..aamiin.
Post a Comment