Tinggal lebih kurang sebulan aje lg aku stay di Cameron Highlands. Mungkin dlm 2minggu terakhir bulan ni aku start cuti utk kemas barang dan berpindah. Hari ni adik ipar aku dtg nak tlg. Maybe dia tau kot kalo harap aku n wife aku, smp hujung bulan pun xsiap. Haha. Last time kami pindah dr rumah tingkat 3 ke rumah ni pun dia dtg tlg jugak. Huhu
Aku sedih
Sebolehnya aku xnak bergaduh.. Tapi dalam masa yg sama aku xnak menurut semua kemahuan dia.. Pada pendapat aku, xyah la susah payah untuk kawan sampai ke tahap nak beli tiket bas pun kita yg belikan.. Takkanlah nak beri layanan istimewa kpd kawan sampai sanggup letak suami ke tepi? Pegi tanpa rasa bersalah walau pun tak bersalam dgn suami.. Sbg suami aku tak marah.. Tp aku kecil hati dgn perbuatan tu.. Seolah-olah kawan lebih utama daripada suami.. Tapi takpelah... Aku maafkan dia.. Sebab aku dalam fasa mengajar diri aku untuk bersabar dan cuba nak kontrol nafsu marah aku ni...
Selamat pagi
Lately aku rasa macam2 benda yg terjadi. Ade yg best ade jugak yg tak best. Persiapan untuk ke Kelantan maybe suku dh siap. Haha. Aku dah secure sebuah rumah comel utk kami duduk menyewa di sana. Masa wife aku call tuan rumah nak cakap kompem tu... Boleh tuan rumah tu cakap tunggu kejap sebab dia nak buang air...? Kot ye pun tak tahan.. Xyah la bgtau jujur sangat.. Haha
Aku terkejut
Bila aku susah.. Xde sape nk tolong aku... SMS sana sini sape pun xnak reply.. Adik beradik sendiri pun sama je.. Hmmm aku xde sape2 nk mintak tolong.. Tak tau nak pegi mana pun..
Sabtu..
Manusia
Yakin pada Allah
Study
Esok petang ada Paediatrics course. Lusa pagi ade kursus Basic Life Support. Hmmm mana satu nak study nih.. Mengantuk la.. Dah la malam ni aku oncall.. Mudah2an malam ni uneventful hendaknye.. Amin...
Serabut
Aku terus terang sangat serabut kepala otak sekarang ni.. Memanglah bersyukur dengan rezeki yg Allah bagi ni.. Tapi dlm nak bersiap ke HUSM Kubang Kerian ni... Mcm2 benda yg datang dan buat aku rasa macam nak give up semuanya dan lari jauh2.. Seriously aku rasa macam nak menangis pun ade.. (w/pun menangis tu tak berapa gentleman)... Atau aku rasa nak pergi ke satu tempat yg xde sape boleh kacau aku dan tenangkan fikiran di sana.. Boleh ke?? Ya Allah... Tolong la....
Arghhhh
Lambat tido.. Esok nak kerja.. Banyak benda nak buat minggu ni.. Borang tawaran master pun belum isi lagi.. Bila dok sorang2 ni malas betul aku nak buat ape pun. Dok berdua pun aku malas jugak. Haha
Hmmm
Kadangkala orang rasa dia lebih penting dan lebih banyak berusaha dari orang lain. Dia je la yang lebih banyak berkorban.. Aku ni ape? Goyang kaki je ke???!
Rezeki dari Allah
Hujung tahun 2012 aku pergi temuduga untuk sambung ijazah sarjana perubatan dalam bidang Perubatan Nuklear di IPPT, USM Bandar Putra Bertam, Pulau Pinang. Masa tu aku memang tak sempat pun nak buat persediaan pun.. Pergi dengan ilmu yang dah berkarat je.. huhu
Tapi itulah yang dinamakan rezeki.. dalam ramai-ramai yang hadir tu, aku baru je dapat jawapan dari KKM yang permohonan aku untuk sambung belajar tu telah BERJAYA! Alhamdulillah.. Aku pun macam tak percaya.. Tapi hati rasa sangat gembira.. Rasa macam nak menangis pun ada bila ofis telefon bagitau aku dapat surat tawaran tu.. Huuu
So, bermula bulan Jun 2013 aku akan berpindah ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan selama setahun. Kemudian, aku akan berpindah pula ke Hospital Pulau Pinang selama 2 tahun dan akhir sekali ke USM Bertam, Pulau Pinang untuk latihan tahun akhir nanti.
Satu benda yang sedang mengacau fikiran aku dan isteri adalah macam mana nak dapatkan rumah sewa di Kubang Kerian atau kawasan terdekat. Dah cuba melalui Mudah.my tapi masih belum berjaya. Susah jugak rupanya nak dapatkan rumah sewa yang sesuai dan berpatutan harganya. Kalau korang nak tolong kami, jangan lupa bagitau aku ye.. hehehe