Related Posts with Thumbnails
RSS
email
2

An entry without title






Semenjak kali pertama sy kenal sehinggalah jam 831 mlm ini, sy tak menyimpan apa-apa di dalam hati jika dia melakukan kekhilafan. Sebabnya org cakap hati sy kering, mati dan ada juga yg lebih kurang ajar sesuka hati cakap saya berhati batu. Sebab itulah sehebat mana pun bahasa kasar yg diluahkan kepada sy, tak pernah melukakan 'hati batu' ini. Pesan cikgu sy dulu, jangan kumpul rasa marah, benci dan kecewa. Sebaliknya kita luahkan setiap hari biar bebanan hati itu reda dan tidak berpanjangan.

Tetapi semakin sy cuba untuk kawal perasaan sy, semakin Allah s.w.t. berikan lebih banyak lagi ujian-Nya. Tak usahlah sesiapa pun mendabik dada nak bercakap pasal diri sy. Even abang, kakak dan adik kandung sy sendiri pun tak faham. Apatah lagi orang lain yg sewaktu dengannya. Dan sy tak expect pun orang lain untuk memandai-mandai buat fitnah palsu lagi dusta terhadap diri sy. Dah la kenal sy dgn rapat pun tak, setakat dengar-dengar cerita yg ntah betul ntah tidak dah nak tunjuk hebat konon kenal sy sangat.

Abaikan saja lah bab orang yg tak tahu hujung pangkal tu. Apa yg nak sy sebutkan di dalam blog ini adalah untuk pertama kalinya malam ni, hati sy amat terkesan dengan sebaris ayat yg disampaikan kepada sy. Hingga sy tak dapat menahan airmata sy dari bergenang. Maha Hebat Allah s.w.t. yang menguji kami sampai ke tahap ini.

Sudahlah. Sy tak mahu jadi manusia yg menyimpan dendam seperti sesetengah orang. Pesan Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, maafkan semua orang setiap hari. Bila ada orang yg memohon maaf, kita bertanggungjawab untuk memaafkan. Walaupun ada kalanya masih diungkit-ungkit lagi, sy tak nak ambil pot. Yg penting dan utama, sy sudah menunaikan tanggungjawab sy memaafkan mereka yg berkenaan.

The end.


Read more
2

Takziah









DYMM Seri Paduka Baginda al-Mutawakkil 'Alallah al-Marhum Sultan Iskandar Ibni al-Marhum Sultan Ismail

Sultan Negeri Johor Darul Takzim



Dari Allah s.w.t kita datang, dan penghujungnya kepada Allah s.w.t jualah kembalinya kita.



Sultan Johor Darul Takzim, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada jam 7.08 malam 22 Januari 2010. Baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Johor pada jam 2 petang 23 Januari 2010.

  1. Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
  2. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
  3. Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
  4. Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
  5. Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
  6. Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat
  7. Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
  8. Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984
  9. Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
  10. Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
  11. Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.
Read more
3

Renungan





Bila kita kesusahan, kita anggap manusia yg akan bantu kita

Bila kita kesedihan, kita anggap manusia yg akan gembirakan kita

Bila kita kesakitan, kita anggap manusia jugalah yg merawat kita

Bila kita kegelapan, kita berharap manusialah yg akan memberi cahaya

Bila kita kesesatan, kita anggap manusia akan memandu kita

Bila kita ketakutan, kita anggap manusia jugalah yg akan menenangkan kita


Sedangkan sebenarnya kita lupa bahawa

Bila kita susah, Allah senangkan kita

Bila kita sedih, Allah yg hiburkan hati kita

Bila kita sakit, Allah yg sembuhkan kita

Bila dalam kegelapan, Allah yg beri cahaya

Bila tersesat, Allah yg tunjukkan jalannya

Bila ketakutan, Allah mendampingi kita dan menghilangkan ketakutan itu


Kerana pergantungan kita kepada manusialah

Kita menjadi manusia yg lemah dan gagal

Kita menaruh harapan untuk dibantu

Kita bergantung pada manusia yg kadangkala mengecewakan

Kadangkala kita kecewa dan patah hati

Kadangkala kita jatuh dan jatuh semula dan jatuh lagi

Berkali-kali kita disakiti dan dikecewakan manusia

Kita tetap beri peluang pada manusia

Dengan harapan manusia akan bahagiakan hati kita

Tapi berulangkali itu juga manusia kecewakan lagi kita


Kenapa tidak kita mengadu pada Allah s.w.t.?

Pernahkah Allah mungkiri kita?

Pernahkah Allah sakiti hati kita?

Pernahkah Allah tinggalkan kita kesepian?

Pernahkah Allah biarkan kita keseorangan?

Pernahkah Allah biarkan kita sakit selamanya?

Pernahkah Allah biarkan kita kelaparan?

Pernahkah Allah biarkan kita ketakutan?

Pernahkah? Pernahkah? Pernahkah?


Kenapa bila kita susah, kita ingat pada Allah

Tapi bila kita senang, kita abaikan Allah

Kenapa bila kita sedih, kita baru nak ingat pada Allah

Tapi bila kita gembira, kita buat-buat tak tau pada Allah


Kita mengadu macam-macam hal pada manusia

Kita mengadu kesempitan kita pada manusia

Kita mengadu kesedihan kita pada manusia

Kita mengaduh kesakitan pada manusia

Apa yg manusia balas?

Manusia buat taktau sahaja

Seolah-olah aduan kita tak ada sehama pun nilaiannya


Kita menganggap manusia akan bersimpati pada kita

Kerana kita kata kita kenal pada manusia

Kerana kita kata kita rapat dengan manusia

Kita kata manusia itulah yg meneman kita

Kita kata manusia itulah juga yg kita sayangi

Tetapi

Manusia itulah juga yg tinggalkan kita keseorangan

Manusia itulah juga menyakiti hati kita

Manusia itu jugalah yg buat taktau pada kita

Jadi

Manusia bagaimanakah yg kita nak gantungkan pengharapan?

Manusia bagaimanakah yg kita nak harapkan simpati?

Manusia yg macam mana?


Sedangkan

Allah selalu menemani hati kita

Allah selalu hiburkan hati kita

Allah beri makan dan minum kepada kita

Allah damaikan tidur kita saban malam

Allah sejukkan hawa untuk kita berehat

Allah bawakan angin untuk sejukkan peluh kita

Allah bawakan awan untuk lindung perjalanan kita

Allah bawakan matahari untuk terangi hari-hari kita

Allah bawakan segala-galanya untuk kita

Segala-gala yg kita tak pernah sekalipun mengadu pada Allah

Itulah yg Allah bawakan



Kerana Allah Maha Tahu bahawa

Bila kita mengadu pada manusia

Manusia itu berdusta

Bila kita mengadu pada manusia

Manusia itu hampakan kita

Bila kita mengadu pada manusia

Manusia itu kecewakan lagi kita

Dan manusia itu kecewakan sekali lagi hati kita

Dan manusia itu kecewakan ribuan kali lagi

Dan manusia itu mungkiri lagi janji-janjinya pada kita

Dan akhirnya kita kesepian keseorangan kekecewaan


Dan Allah..

Maha Mendengar rintihan hati kita

Walau pun kita merintih pada manusia

Bukan kepada-Nya

Allah tetapkan temankan kita

Allah tetap berada bersama-sama kita

Susah mahupun senang

Terang mahupun gelap

Bahagia mahupun derita

Sakit mahupun sihat

Hidup mahupun mati


Apa yg kita tak minta pada Dia,

Allah tetap bagi

Allah tetap sayangkan kita

Allah tetap belai hati kita

Bila airmata kita menitis kerana kekecewaan dengan manusia

Allah keringkannya dengan kasih sayangNya

Bila hati kita luka akibat perbuatan manusia

Allah sembuhkan dengan kebahagiaan

Bila kita merasa dunia ini meninggalkan kita keseorangan

Allah hadir di dalam hati kita

Bila kita rasakan insan yg menyayangi kita abaikan kita

Allah berada di pinggir hati kita


Jadi bagaimana agaknya hendak kita katakan Allah tidak adil kepada kita?

Kerana Allah Maha Adil dan Maha Kasih kepada kita

Malah Allah lebih adil dari jangkauan pengetahuan dan ilmu kita



Oleh kerana itu

Berhentilah merintih kepada manusia

Berhentilah berharap pada manusia

Berhentilah mengadu pada manusia

Berhentilah berkongsi masalah dengan manusia

Berhentilah meluahkan kekusutan pada manusia

Kerana manusia itu tetap manusia juga

Manusia itu tetap akan tinggalkan kamu

Walau sedekat mana pun dia dengan kamu

Walau sekasih mana pun dia dengan kamu

Walau sedalam mana kasihmu pada dia


Oleh kerana itulah

Dan kerana itulah

Aku memutuskan harapku pada manusia

Aku memutuskan pergantunganku pada manusia

Dan aku berpaling kembali kepada Allah

Yang selalu memanggil-manggil hatiku

"Wahai hambaKu, kembalilah kepadaKu"

"Ke manakah kamu hendak pergi?"

"Apakah kamu ada Tuhan lain selain Aku?"



"Wahai anak adam, sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu memenuhi seluruh langit, kemudian engkau memohon ampun padaku, niscaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpaiku dalam keadaan tidak berbuat syirik dengan apapun niscaya aku akan datang kepadamu dengan maghfirah;pengampunan sepenuh bumi pula"

Hadith Riwayat at-Tirmidzi



Firman Allah di dalam sebuah hadith Qudsi mafhumnya:

"Aku, manusia dan jin berada di dalam keadaan yg berbeza, Aku ciptakan mereka, tetapi mereka sembah yang lain, Aku kurniakan mereka, tetapi mereka bersyukur pada yg lain, Rahmat Aku turunkan kepada mereka, Amal buruk yg naik kepada Aku, Aku menawarkan kasih sayang Aku kepada mereka Sedang Aku tidak bergantung harap apa-apa dari mereka, Mereka memungkiri Aku dengan dosa-dosa Sedang mereka sangat bergantung kepadaKu, Mereka yg memuji Aku adalah hamba-hambaKu Oleh itu barangsiapa yg berkehendakkan menjadi hambaKu Maka sembahlah dan muliakanlah Aku, Mereka yg taat kepada Aku adalah mereka yg Aku kasihi Mereka yg mungkiri Aku sesungguhnya Aku tidak putuskan mereka dari rahmatKu Bila mereka bertaubat, Aku kurniakan kasih sayangKu melimpah ruah Jika mereka enggan bertaubat, Aku rawati hati mereka sehingga ia menjadi jernih kembali Amal baik dalam pandanganKu setimpal sepuluh kali ganda dan lebih Amal buruk dalam pandanganKu setimpal satu dosa dan Aku ampuni Bersaksilah Aku bersumpah dengan kemuliaan dan keagungan Aku! Jika mereka mohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampuni mereka Barangsiapa bertaubat dan kembali kepada Aku, nescaya Aku terima ia walau sejauhmana pun ia Dan sesiapa dari hambaKu yg berpaling enggan, Aku memanggilnya dengan dekat padanya "Oh hambaKu, ke manakah engkau hendak pergi? Apakah kamu punya Tuhan yang lain....?"

p/s: Bersaksilah bahawa inilah cinta yg teragung!


Read more
3

Perang dingin.. huhu..


Merujuk kepada kata orang-orang tua, bila bertunang kena berhati-hati. Kerna waktu bertunang ni darah manis. Ntahlah. Agaknya kalau test darah sy waktu sekarang ni, gula terlebih ke? Kencing manis abis lah mereka yg sedang bertunang sekarang ni agaknya. Huhu. Motif utama persyariatan bertunang adalah untuk kenal mengenal antara dua keluarga. Kerana dalam Islam tak ada sistem couple dulu baru bertunang, jadi sebab itulah secara logiknya disyariatkan khitbah atau bertunang ni.

Masa ni lah nak kenal hati budi masing-masing. Nak kenal baik buruk masing-masing. Nak kenal mak ayah mertua macam mana, sanak sedara tunangnya macam mana dan sahabat handai dia macam mana. Dan bahagian yg paling penting dalam semua itu adalah belajar bagaimana hendak terima kekurangan tunang kita dan redha dalam sabar.

Allahuakbar. Sy rasa itu adalah kelemahan yg paling ketara dalam diri saya ini. Secara teorinya memang nampak mudah. Semua orang cakap kena banyak bersabar, kena bertolak ansur dan redha. Jangan terlalu ikutkan hati dan jangan terlalu ikutkan nafsu ammarah. Tetapi, praktikalnya sy rasa tak semua lulus. Termasuklah saya. Kebanyakan kalinya sy juga gagal.

Hmmm... nak luahkan banyak-banyak pun takde guna. Pendamkan saja kot. Lebih senang. Walau apa pun, sy sangat mensyukuri kurnia Allah s.w.t. yg amat berharga dalam hidup saya ini. Mudah-mudahan Allah s.w.t. permudahkan dan lembutkan hati kami. Mudah-mudahan tak ada lagi hati yg tersentuh antara kami. Dan tak ada lagi airmata ini menitis. Semuanya pelajaran dari pengajar yg Maha Mengajar dan Mendidik hambaNya.

Dulu sy berborak dengan rakan-rakan yg sudah berkahwin. Katanya time preparation nak kenduri dan sebagainya tu la yg sangat genting. Masih segar dalam ingatan saya, kata-kata kawan saya "time tu bincang pasal baju nikah pun boleh gaduh sampai 3-4 hari". Saya gelakkan dia 'terguling-guling' masa tu. Tak percaya.

Nah.. hari ini saya mengaku itu betul. Huhu. Sy tergelak sorang-sorang petang tadi. Memang betul apa yg teman saya cakapkan. Sekarang rasakan sendiri pengalaman tu. Nak pilih warna tema untuk majlis kami pun boleh bertekak. Huhu. Itu belum masuk bab-bab lain lagi yg lebih rumit.

Sebenarnya, setiap pasangan perlu rasional semasa berbincang. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Kerana itu akan memberikan tekanan mental kepada pasangan masing-masing. Ini majlis bersama, yg akan menjadi memori indah bersama. Janganlah selitkan memori duka pula. Tapi, bak kata orang tua-tua, benda tu asam garam hidup.

Wish me luck..!


p/s: Maybe boleh try petua-petui di bawah ni kot.. haha..


Tengah syok ngedate tiba awek korang
buat muka empat belas, muncung dier
dah panjang sejengkal, bijik mata dier
jeling sana jeling sini tapi tak pulak
pandang kat korang. Pendek kata dier
tu dah merajuk ler.. Tau ker
korang camner nak mengayat mood awek
korang kepada keadaan asal balik? Kalo
tak tau, korang baca ler tip kat bawah nih..

SENYUM Komuniti sepaku.net
sebelum merajuk mesti start
gadoh dulu kan? So, time dier tengah
marah tu korang buat selamber jer
senyum. Kalo boleh senyum tu biar
lebar sampai ke telinga pun takper.
Nescaya awek korang yang plan nak
merajuk tu tak sampai hati nak marah
atau merajuk ngan korang sebab kesian
tengok muka seposen korang tu.

BUAT LAWAK Komuniti sepaku.net
Hah! Yang ni korang kena
tengok keadaan cuaca ataupun suhu dan
jenis awek korang tu dulu. Jangan main
rembat ajer. Tak pasal bertelur dahi
korang. Kalau menjadi, silap awek
korang yang merajuk tu terkekeh ketawa
dek kelakar ngan lawak korang tu.

BELI HADIAH
Buat korang yang
berkemampuan boleh ler cuba tip ni.
Korang beli ler hadiah yang diidamkan
oleh awek korang yang tengah merajuk
tu. Kompem terus tersengeh dier bila
tengok korang hadiahkan dier BMW 7
series. Ahaks!

HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS
Ops! Jenis
ni, korang kena buat bodoh dulu time
dier tengah merajuk. Agak dier dah
cool sikit, korang ambik enpon dan
hantar la mesej untuk mintak maaf.
Lagi bagus kalau korang selitkan lawak
jenaka dalam sms/mms/voice sms korang
tu.

BUAT BODOH
Kalo korang berani ambik
risiko ditinggalkan, korang boleh ler
try tip ni. Bila awek korang tu marah,
korang buat bodoh, bila awek korang tu
merajuk, korang tetap buat bodoh.
Kompem awek korang tu fed up dan terus
ok sebab takder sapa nak layan kerenah
dier. Heheh!

MERAJUK BALIK
Tip ni paling berkesan
dalam memujuk awek yang suka merajuk.
Nak tau sebab apa? Sebab bila korang
pulak merajuk dah tentu ler dier pulak
kena pujuk korang.. Tapi kalo dier
pulak pakai tip buat bodoh kat atas
ni, haku tak bertanggungjawab

Kutipan dari: Forum Sepaku.net



Read more
1

Senjakala





Pejam celik pejam celik sudah 4 hari berlalu di tahun baru. Kadangkala masa bergerak sangat pantas hinggakan tak terasa kita sudah melewati sebulan dan setahun. Benarlah pesan Nabi s.a.w. yg diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi bermaksud:

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api"

Suasana Malaysia sy kira masih hangat dengan isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam. Semalam sy join sebuah kumpulan di Facebook (linknya ada sy letak di tepi blog). Ketika saya join grup itu, ahlinya ada dalam 22000 lebih. Empat jam selepas itu ia bertambah menjadi 28000 lebih. Dan hari ini sy lihat sudah mencapai 36000 lebih. Begitu cepat sambutan oleh umat Islam yg mahu melihat nama Allah dikembalikan menjadi hak umat Islam. Bagi yg mahu menyatakan sokongan terhadap bantahan penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam, bolehlah menandatangani petisyen online yg disediakan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini.

Anda mungkin sependapat dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu ketika dulu bahawa nama Allah itu bukan khusus untuk umat Islam sahaja. Bantahan yg dibuat ini adalah di dalam konteks kenapa perlu Kristian menggunakan nama Allah sedangkan nama tuhan di dalam Bible yg asal adalah El, Eloh, Elohim dan Yahweh (ada juga menyebutnya Yahuwah). Oleh itu, kami melihat ada unsur-unsur 'hitam' di sebalik tuntutan itu. Terutamanya untuk golongan memesong akidah. Kerana tidak mustahil suatu masa nanti mereka lebih lagi dari itu.

Apa pun sy melihat kejadian ini memberi satu nafas baru dalam hubungan inter-muslim di negara kita. Jika kita lihat sebelum ini, muslim pro-kerajaan dan muslim pro-pembangkang memang akan sentiasa bertelagah dan bertentangan pendapat dalam sebarang isu. Tetapi bila isu nama Allah s.w.t. ini timbul, kita boleh duduk bersama dan berkumpul bersama dan boleh bersatu untuk-Nya. Alhamdulillah. Kerana perbezaan mazhab politik bukan syarat untuk kita gadaikan maruah agama kita.

Sungguh payah sebenarnya untuk kita tegakkan agama Nabi Muhammad s.a.w. ini pada zaman ini. Kerana kita akan menghadapi 1001 tentangan dan bantahan. Tetapi kita perlu tetap teguh dengan agama ini yg menegakkannya hingga ke akhir hayat kita.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api".
Hadith Riwayat Imam at-Tirmidzi

Betapa hebatnya ujian yg Allah s.w.t. letakkan kepada kita untuk kita pegang agama ini. Betapa sayangnya Allah s.w.t. kepada kita untuk melihat kita menjadi hamba yg hebat untuk dibanggakan di hadapan khalayak mahsyar nanti. Mudah-mudahan kita tetap kekal di dalam agama sehangat bara api ini. Semoga kita merasakan sejuknya salju iman dalam hangatnya bara api.

Sematkan luahan rindu Nabi Muhammad s.a.w. berikut sebagai bekal untuk kita:

"Telah berkata Abu Jum’ah al-Ansari bahawa aku telah bertanya : Wahai Rasulullah! Adakah suatu kaum yang lebih besar pahalanya daripada kami sedangkan kami beriman kepada engkau dan kami mengikuti engkau?. Lalu Nabi bersabda yang bermaksud : Apakah yang menghalang kamu untuk beriman kepadaku sedangkan diri Rasulullah s.a.w ada di sisi kamu dan wahyu datang kepadamu langsung dari langit. Tetapi akan ada lagi suatu kaum yang akan datang kepada mereka Kitab Allah (al-Quran) yang ditulis di antara dua Luh maka mereka lantas beriman kepadaku dan mereka amalkan apa yang tersebut di dalamnya. Mereka itulah merupakan golongan yang mendapat pahala yang besar daripada kamu"

Hadith Riwayat Ahmad, al-Bukhary dan at-Thabrani

"Bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w : Berbahagialah bagi sesiapa yang melihat engkau dan beriman kepada engkau. Lalu baginda bersabda yang bermaksud : Berbahagialah bagi sesiapa yang melihat aku dan beriman kepadaku. Dan berbahagialah kemudian berbahagialah kemudian berbahagialah bagi sesiapa yang beriman kepadaku sedangkan dia tidak pernah melihatku"

Hadith Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban

p/s: Apakah kita yg dimaksudkan Rasulullah s.a.w. itu?


Read more
3

Nama Allah untuk siapa?





Isu apakah yg paling hangat ketika ini? Haha bukan isu Zaquan Adha dituduh gay yg hangat. Tetapi isu nama Allah itu hak siapa? Umat Islamkah atau hak perkongsian bersama umat agama Kristian juga? Isu ini tercetus apabila penerbitan Kristian 'Herald - The Catholics Weekly' menggunakan istilah Allah sebagai ganti kepada God atau Tuhan di dalam penerbitannya. Hal ini menimbulkan kemarahan umat Islam seluruhnya yg mendakwa bahawa nama Allah itu hak Islam sahaja.

Akan tetapi ada juga beberapa agamawan Islam yg berpendapat bahawa nama Allah itu bukan tertentu kepada umat Islam semata. Ada juga agamawan Islam yg menyatakan bahawa nama Allah itu adalah tertentu hanya untuk Islam sahaja. Jadi, kita sudah berpecah di situ.

Agaknya kenapa setelah beratus tahun, barulah tahun 2009 mereka nak menuntut 'hak' menggunakan nama Allah? Apa paderi-paderi mereka zaman dahulu tak berani menuntut ke? Apa signifikannya mereka menuntutnya sekarang? Hmmm... jawapannya hanya mereka sahaja yg tahu.

Kita mengundur masa sedikit selama lebih kurang 2 tahun lepas iaitu pada bulan Ogos 2007. Seorang Biskop Gereja Katolik di Belanda mencadangkan supaya semua agama di dunia merujuk Tuhan mereka kepada Allah. Kristian, Yahudi, Taoisme dan segala agama yg ada di dunia ni nak disarankan merujuk nama Tuhan sebagai Allah. Cadangan itu bukan mendapat bantahan dari umat Islam, tetapi dibantah secara keras oleh penganut Kristian di sana!

Nah.. kenapa Kristian Malaysia nak gunakan juga nama Allah sedang penganut Kristian di Belanda yg jumlahnya lebih ramai dari Malaysia membantah? Satu persoalan yg lebih kurang sama dengan yg di atas di mana jawapannya kena tanya depa la.

Dalam sesuatu isu, sebagai seorang muslim kita perlu ada pendirian. Nak berpegang ke mana diri kita. Nak sorak sorai macam yg kita nampak di TV kah atau kita mahu saluran yg lebih beradab. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia telah pun berfatwa bahawa nama Allah adalah Lafzul Jalalah (Lafaz Agung) yg hanya milik umat Islam sahaja dan kemuliaannya hendaklah dipelihara sebaiknya. Maka, sy sebagai seorang yg awam memilih untuk bersama dengan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia iaitu nama Allah s.w.t. adalah khas dan milik umat Islam sahaja.

Melihat kembali kepada dakwaan bahawa semenjak dahulu kala Kristian menamakan nama Tuhannya sebagai Allah, sy rasa ada sedikit kekeliruan di pihak yg membuat dakwaan. Asalnya ajaran Kristian adalah menyembah hanya kepada Allah s.w.t semata-mata. Itulah ajaran Nabi Isa a.s. yg dinamakan ajaran Nasrani. Selepas Nabi Isa a.s. diangkat ke langit, tinggal pengikutnya yg terpecah kepada golongan yg tetap teguh menyembah Allah s.w.t. sahaja yg digelar Ahli Kitab dan golongan yg men'tiga'kan Allah s.w.t. di dalam satunya yakni Triniti.

Golongan yg mensabitkan Triniti itulah yg dipanggil Kristian yg menyembah Jesus sebagai Tuhan, Ruh Suci sebagai Tuhan dan Tuhan Bapa sebagai Tuhan. Dan ketiga-tiga itu adalah satu Tuhan. Jika mereka mahu mendakwa bahawa nama Allah itu milik mereka, siapa pula Jesus, Ruh Suci dan Tuhan Bapa??

Ahli Kitab dan Kristian adalah berbeza. Pada saya, Ahli Kitab layak memanggil Tuhan mereka sebagai Allah kerana mereka menurut ajaran sebenar Nabi Isa a.s.; sedangkan Kristian adalah olahan dari ajaran Nabi Isa yg pada hakikatnya ia adalah agama lain dari agama Nabi Isa. Maka mereka sudah hilang hak untuk memanggil Tuhan mereka sebagai Allah di situ.

Saya tidak mampu untuk merumuskan dengan nas al-Quran dan sunnah Rasul kerana jika saya gunakan nas al-Quran sudah pasti non-muslim tidak dapat terima. Maka berdasarkan kronologi sejarah Kristian itu sendiri sudah nampak bahawa dari awal-awal lagi mereka sudah hilang hak untuk menamakan tuhan mereka dengan nama Allah. Bahkan Pope juga tidak menyebut untuk menukarkan nama tuhan Kristian kepada Allah, kenapa pula penerbitan the Herald yg lebih 'pandai' dari Pope?

Apa pun penyelesaiannya, umat Islam jangan terlalu fanatik. Jangan terlalu amarah. Kerana semua orang tahu bahawa umat Islam adalah mereka yg tidak boleh bermain-main dengan isu agama mereka. Kita sangat sensitif isu-isu ketuhanan dan kenabian. Maka, sy nampak ada pihak yg cuba membakar api permusuhan di kalangan rakyat Malaysia yg sudah lama hidup menyembah tuhan masing-masing tanpa berebut atau bertengkar mahu berkongsi tuhan.

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا

وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلاَ

يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللّهِ فَإِن تَوَلَّوْاْ

فَقُولُواْ اشْهَدُواْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam"
Surah Ali Imran, ayat 164


Read more
1

01.01.10





Selamat tahun baru 2010! Seronok bukan main lagi nampaknya geng-geng muda belia malam tadi berjoget dan bersorak sorai gumbira. Maklumlah dah masuk tahun baru dan terlupa pula kiraan umurnya dah berkurang setahun. Haha. Saya sempat jugak menonton TV3 dan TV2 sempena konsert Ambang Tahun Baru di TV2 dan Inspirasi 2010 di TV3. Ramainya yg hadir di Dataran Merdeka dan The Curve Damansara.

Padahal dekat je dengan Dataran Merdeka tu Masjid Negara. Tempat di mana akan berlangsungnya solat sunat gerhana bulan. Tempat di mana akan berkumandangnya khutbah gerhana bulan malam 1 Januari ini.

Menyorot cerita sedikit pasal gerhana bulan ini.

Pada awal pagi 1Jan 2010 ini, Bulan akan mengalami proses gerhana sekali lagi. Kali ini ia merupakan gerhana bulan separa sahaja. Kemuncaknya akan berlaku pada jam 3.24 pagi waktu Malaysia.

Sebanyak 8 peratus daripada Bulan sahaja akan berada di dalam bayang-bayang umbra. Namun, ia cukup menarik untuk dicerap kerana Bulan penuh akan kelihatan sompek sedikit di awal-awal pagi tahun baru masehi.

Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahuhn. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun!

Pernah kan anda dengar omputih cakap "Once in a blue moon.."? Perkataan blue moon itu bermaksud jarang-jarang berlaku bersempena peristiwa gerhana bulan blue moon ini lah. Haha. Tak percaya bukak laman web NASA.

Diriwayatkan oleh Muslim:
"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana)"

Maka sunnah muakkadah hukumnya bersolat gerhana bulan malam ini selama mana belum luput peristiwa gerhana itu di langit. Solat gerhana mempunyai 2 raka'at, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud. Kaifiatnya kena belajarlah ye.

Tetapi, ada juga peristiwa gerhana lain yg berlaku. Malam tadi ketika menonton Buletin Utama; terselit satu berita tentang isu penggunaan kalimah Allah bagi Kristian. Mahkamah memutuskan bahawa pihak the Herald boleh menggunakan kalimah Allah untuk terbitan mereka. Begitu juga pada Februari 2009 Kementerian Dalam Negeri menyatakan larangan penggunaan kalimah Allah yg tertentu untuk umat Islam sudah ditarik balik.

Hmmm.. Tak siapa pun bersuara lagi masa kini. Semuanya redha saja. Mungkin ada hikmahnya Allah s.w.t. mengizinkan perkara ini berlaku. Sebagai umat Islam, sy mengambil jalan selamat. Pada saya apa sahaja istilah yg hendak digunakan kuffar, gunalah. Kerana kita sudah tahu hasrat hati mereka terhadap Islam.

Kalaulah kita boleh terfikir bahawa jika penerbitan Kristian menggunakan istilah Allah untuk kataganti God itu boleh mengelirukan anak-anak Islam. Maka apakah kita tak boleh terfikir untuk mengelirukan kembali anak-anak Kristian dengan kaedah yg sama? Wallahua'lam. Siapa agaknya yg berani? Huhu.

Apa pun yg terjadi, 2009 sudah pun melabuhkan tirainya. Lembaran sejarah 2009 kini sudah pun dipatrikan dalam sejarah. 2010 membuka lembaran baru untuk kita pula. Tak perlu berazam jika sudah tahu tak mampu tunaikan. Huhu. Yang penting menyusun strategi sendiri untuk menjalani tahun ini dengan baik. Menjadi seorang hamba yg lebih baik dan manusia yg lebih baik. InsyaAllah.

Selamat bersolat gerhana bulan!


Read more