So, melihat kepada makna doa Iftitah pada bahagian yg sy hitamkan itu, memberi maksud bahawa sehari semalam at least kita bersumpah setia kepada Allah swt bahawa solat kita, seluruh ibadah kita, kehidupan dan saat kematian kita fokus utamanya adalah untuk Allah semata-mata. Jadi, cuba tuan-tuan dan puan-puan serta sy sendiri renungkan. Kita renung kembali hebatkah solat kita sehari-hari yg kita lakukan saban umur kita untuk dihadiahkan kepada Allah swt! Tidakkah kita berasa malu kepada Allah swt kerana kita bersumpah setia kepada Allah bahawa segalanya kita berikan kepada Allah swt, dan selesai sahaja solat hidup kita untuk makan dan ibadah kita untuk mengelakkan dari dikata orang semata?
Itu belum lagi mereka yg secara kecilnya menyekutukan Allah swt. Atau pun yg secara besarnya mempersekutukan-Nya!
Selepas itu mari pula kita renungkan tentang surah al-Fatihah. Tidak ada mana-mana mazhab di dalam Islam yg menafikan al-Fatihah sebagai rukun solat. Tahukah anda bahawa setiap bacaan di dalam al-Fatihah anda itu dijawab oleh Allah swt?
Ayat Ke-2: Segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam
Allah swt menjawab: HambaKu telah memuji akan Aku..
Ayat Ke-3: Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Allah swt menjawab: HambaKu telah menyanjung Aku..
Ayat Ke-4: Yang menguasai hari pembalasan.
Allah swt menjawab: HambaKu telah mengagungkan Aku..
Ayat Ke-5: Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan
Allah swt menjawab: Ini adalah di antara Aku dan hambaKu. Dan hambaKu itu boleh meminta apa sahaja.
Ayat Ke-6 & 7: Tunjukkan kami jalan yang lurus, Jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
Allah swt menjawab: Semuanya itu adalah khusus untuk hambaKu, dan terserlahlah kepadanya apa sahaja yang ia mohon.
Jadi, bila anda membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali di dalam solat sehari semalam itu, cuba ingat-ingatlah bahawa Allah swt sedang menjawab tiap satu ayat yg anda bacakan itu. Itulah sebabnya solat menjadi wadah komunikasi di antara kita dan Allah swt. Saat untuk kita berbual-bual dengan Allah swt dan mengadu kepadaNya.
Kalaulah sebanyak 17 kali kita berbual-bual dengan Allah swt itu tidak memberikan kesan secebis pun kepada hati, sungguh mati keras membatulah hati itu. Melainkan kita tidak pernah ambil tahu tentang makna bacaan dalam solat kita itu.
Bacaan ketika rukukMaha Suci TuhanKu Yang Maha Agung dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukukAllah Maha Mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidalWahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujudMaha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujudYa Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat AwalSegala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat AkhirSegala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa QunutYa Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Oleh itu, renung-renungkanlah solat yang kita kerjakan seharian. Kerana janji Allah swt di dalam al-Quran adalah:
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)
Dan Allah swt tidak pernah memungkiri janjinya itu. Jika solat yg anda tunaikan tidak membawa anda lebih dekat kepada Allah swt, jangan persoalkan di mana janji Allah swt, tetapi tanyakan kepada diri kita KEMANAKAH PERGINYA JANJI DAN SUMPAH SETIA KITA KEPADA ALLAH SWT.....