Related Posts with Thumbnails
RSS
email
0

Rahsia solat anda!




Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail .

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi / aerobic / yoga / qi-gong / masakan dan sebagainya..


Read more
0

Happy Birthday


May Allah swt Bless You The Whole Life




Read more
0

Muhammad di dalam Bible




Salam sejahtera..

Suatu ketika dahulu sy menulis di sebuah blog yg sy namakan theGreenZone. Walau bagaimana pun blog itu sudah sy tamatkan kerana berlaku sedikit masalah pada settingnya yg sy tak dapat betulkan. Hehe. Di sana saya pernah kemukakan bukti berkenaan tajuk di atas bahawa nama Nabi Muhammad s.a.w telah disebut di dalam Bible. Majoriti malah sy rasa semua umat Kristian menolak dakwaan ini bahawa nama Muhammad itu bukan sahaja disebut melalui gelaran tetapi disebut dengan nama baginda sendiri iaitu "MUHAMMAD".

Mengimbau kembali kisah silam itu, sy kemukakan semula bukti bahawa nama Muhammad itu ada disebut di dalam Bible. Dan sekaligus membuktikan bahawa Bible adalah sebuah kitab yg terus menerus menjalani proses tukar-ganti dan pengubahan isi kandungannya yg teruk sehingga maksud setiap ayatnya berubah.

Bagi yg beragama Islam, ini adalah sebahagian ilmu untuk mempertahankan nama Muhammad dan Islam. Dan bagi yg beragama Kristian, jangan melatah dan berkecil hati. Kaji dan selidiki kebenaran yg sy sampaikan di sini. Mudah-mudahan yg jelas benar, tetap akan benar selamanya.

Saya memetik semula ucapan Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat di dalam sebuah syarahan beliau semasa hayatnya:

1) Menurut Kristian, Kitab Perjanjian Lama (Old Testament) diturunkan di dalam bahasa Hebrew dan Kitab Perjanjian Baru (New Testament) ditulis di dalam bahasa Greek.

2) Di dalam Kitab Perjanjian Lama, di dalam Song of Solomon, Chapter 5, Verse 16 berbunyi:

"His mouth is most sweet: yea, he is altogether lovely. This is my beloved, and this is my friend, O daughters of Jerusalem."

3) Tetapi di dalam Kitab Perjanjian Lama yg tertulis di dalam bahasa Hebrew menyebut ayat yg sama berbunyi:

"Hikko Mamittakim we kullo Muhammadim Zehdoodeh wa Zehraee Bayna Jerusalem."

4) Seterusnya Sheikh Ahmed Deedat menjelaskan bahawa di dalam bahasa Hebrew, penambahan 'im' dihujung perkataan itu membawa maksud kemuliaan dan penghormatan. Yang mana maksud ayat di atas adalah Muhammad (Yg dimuliakan).

5) Maksud perkataan Muhammadim dalam bahasa Hebrew jika diterjemahkan secara literalnya membawa makna "Yg terpuji" di mana ia sama dan tepat sekali dengan makna perkataan Muhammad di dalam bahasa Arab yg bermaksud "Yg terpuji".

6) Malang sekali, nama Muhammad itu telah diterjemahkan kepada altogether lovely. Oleh itu, jika dibaca Bible yg selain dari Hebrew akan terus menggunakan terjemahan nama Baginda; maka tidak hairanlah Kristian mendakwa nama Muhammad tidak disebut di dalam Bible kerana nama Baginda diterjemahkan.

Wallahua'lam...



Read more
0

Salam Isra' Mi'raj


27 Rejab Tahun 11 Kenabian adalah satu tarikh yg menjadi sebut-sebutan umat Islam. Peristiwa ajaib tapi benar yg berlaku membuka sebuah lembaran baru dalam sirah perjuangan Baginda Nabi. Rasanya insyaAllah yg membaca blog ini faham maksud saya. 27 Rejab = Isra' Mi'raj.

Kalau nak diulang semula pengkisahan Isra' Mi'raj atau nak disebut-sebut semula ayat pertama surah al-Isra' itu rasanya semenjak 1 Rejab sudah mula ada kuliah-kuliah agama yg menyebutnya. Malah pada hari ini majoriti masjid di negeri Pahang ini khususnya malah mungkin juga di Malaysia ini menyampaikan khutbah berkaitan peristiwa Isra' Mi'raj.

Entri ini saya tulis untuk mengingatkan mereka yg terlupa atau pun tak tahu bahawa 27 Rejab adalah tarikh peristiwa Isra' Mi'raj. Jangan ingat ia tarikh pernikahan Datuk Siti Nurhaliza sahaja.


Inilah ibadah yg paling istimewa di dalam Islam.. jika ibadah lain persyariatannya diturunkan dari Allah swt kepada Nabi Muhammad, tetapi ibadah solat ini memerlukan Nabi Muhammad naik menghadap Allah swt untuk menerima persyariatannya.. lambang dan simbolik jelas kepentingan solat dalam hidup seorang muslim..


Read more
0

Wahyu Teragung






(Sila klik butang 'Play')


Wahyu Pertama

Terbuka Luas Kubah Langit
Tujuh Belas Ramadhan Al-Mubarak
Terpancar Sinar Cahaya Putih
Menggetarkan Abid Yang Beruzlah

Bagaikan Petir Menyambar Gua Hira'
Jibril Menghulurkan Watiqah Dari Yang Haq
Lembar Al-Quran Pun Bermula Yang Pertama
Lembar Al-Quran Pun Bermula Yang Pertama

Dan Bermulalah Kehidupan Rasulullah
Menyampai Amanah
Dari Tuhan Yang Memerintah Cakerawala
Ditaat Disembah

Dan Bersaksilah Pada Dua Kalimah
Nan Tergantung Di Kemuncak 'Arasy' (Muhammad Rasulullah...)

Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan
Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Pemurah

Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan
Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Pemurah

Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan
Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Pemurah

Terbuka Luas Kubah Langit
Detik Gemilang Wahyu Pertama


Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52

14-18 Julai 2009

Dewan Canselor
Universiti Teknologi PETRONAS
Bandar Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

"WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH"


Read more
0

PPSMI

Untuk pertama kalinya saya merasakan bahawa dalam dunia blogging ini, kebanyakan blog yg mendapat rating tertinggi di kalangan pelawat adalah blog ahli politik atau pun politikus kampung yg berdegar-degar berbicara bab politik. Barangkali yg menarik sekali adalah blog-blog yg menghentam dasar-dasar kerajaan dan sebagainya.

Apa yg saya hendak utarakan di sini juga tersangkut sedikit tentang isu PPSMI yg terlalu hangat dibicarakan di Malaysia saban hari. Ya, keputusan sudah pun dibuat, dan bagi yg berusaha memansuhkannya sudah tentu gembira dan bagi yg menyokongnya sudah tentu terasa kecewa. Saya melawat blog mantan Perdana Menteri ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Tujuannya untuk melihat pandangan beliau sendiri tentang isu ini. Melihat apa pandangan beliau sebagai pengasas dasar ini apabila melihat dasar yg dipeloporinya dimansuhkan di zaman beliau tiada berkuasa lagi. Dan saya mungkin sebahagian dari rakyat Malaysia yg kecewa dengan pemansuhan PPSMI.

Oleh itu kita baca sendiri ulasan Tun Dr Mahathir Mohamad; tanpa meletakkan sebarang rasa prejudis atau emosional:


1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.

Tun Dr Mahathir Mohamad
Read more
1

Alhamdulillah...





Bila memasuki bulan Julai tahun ni, genaplah saya berada selama lebih kurang separuh tahun di Jabatan Perubatan Am, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Saya melangkah kaki ke jabatan ini pada penghujung Disember 2008 sebagai seorang house-officer (H.O) dan sekarang alhamdulillah saya sudah pun menjadi salah seorang Medical-Officer (M.O) di jabatan ini.

Sebagai lumrahnya, kerja di jabatan ini sentiasa dianggap sibuk. Kebanyakan doktor-doktor semahunya menolak untuk bekerja sebagai M.O. Medical. Kerana sudah dibiasakan dan dimomokkan dengan kisah-kisah kesibukan tahap petala lapan di jabatan ini. Saya juga pada mulanya terasa tension bila ditempatkan ke jabatan ini. Ditambah pula dengan pakar-pakarnya yg agak strict, membuatkan hari-hari pertama saya di jabatan ini diisi dengan luahan hati dan runtunan jiwa yg mahu ditukarkan ke jabatan lain secepat mungkin.

Pejam celik, pejam celik saya sudah separuh tahun di jabatan ini. Dan pada penghujung Jun yg lepas saya diberitakan dengan satu lagi berita yg membuatkan saya rasa terbeban di jabatan ni. Jabatan kami mempunyai tiga wad, satu Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) dan juga Unit Rawatan Rapi (ICU) dan High-Dependency Ward (HDW). ICU dan HDW sebenarnya di bawah jagaan Jabatan Anaesthesiologi, tetapi Jabatan Perubatan turut merawat pesakit di sana.

Ada 10 orang M.O yg betugas di jabatan saya. Setiap wad akan mempunyai 2 orang M.O yg menjaga dan seorang M.O bertugas untuk merawat pesakit di CCU, ICU dan HDW. Paling berat tugas adalah M.O yg menjaga pesakit di CCU, ICU dan HDW kerana pesakit di sana sangat kritikal dan terlalu tidak stabil. Jadi, kebanyakan dari kami yg menjadi M.O di jabatan ini semahunya mengelak dari menerima tugas sebagai M.O CCU, ICU dan HDW.

Itulah yg berlaku kepada saya. Suatu hari ketika sedang seronok bercuti di kampung, saya mendapat panggilan dari rakan M.O saya menyatakan rotation M.O ditukar lagi. Dan katanya saya ditempatkan di CCU, ICU dan HDW. Ketika itu, saya benar-benar menolak. Saya terasa hilang semangat untuk balik bekerja. Huhu. Teruk kan?

Tapi kata rakan saya rotation itu telah diluluskan oleh Ketua Jabatan. Saya bangkang semula dengan berkata kenapa tidak M.O lain? Haha. Katanya kerana saya yang paling lama bertugas di jabatan ini di kalangan Junior M.O Medical. Dengan penuh berat hati saya memaksa diri untuk terima hakikat itu. Sebahagian kerana saya tidak yakin untuk menguruskan pesakit yg sangat kritikal dan separuh lagi kerana saya tak sanggup bekerja dengan pakar saya yg menjaga CCU, ICU dan HDW. Beliau seorang yg sangat strict dan katanya tidak mesra. Saya tidak pernah lagi bekerja secara terus dengan beliau, kerana sebelum ini menjaga wad biasa saja.

Ketika masih bercuti itu, saya cuba menjadikan berita itu suatu yg positif. Saya memujuk diri supaya redha dengan ketentuan Allah swt sehebat mana pun saya mengelak, jika itulah kehendak Allah swt, maka itulah yg akan terjadi. Saya memujuk diri bahawa insyaAllah akan datang hikmahnya suatu hari nanti. Redhalah dengan ujian ini.

Akhirnya, saya berjaya mempositifkan minda saya. Habis bercuti, saya kembali ke sini dengan tenang untuk pertama kalinya bertugas di CCU, ICU dan HDW. Hari pertama berlalu dengan baik. Walau pun saya tidak tahu kes, rupanya pakar saya itu juga tidak tahu kes. Jadi, kami sama-sama duduk membaca fail kes. Suatu yg tidak saya jangkakan akan berlaku. Hehe.

Hari kedua juga berlalu dengan baik. Memandangkan kami sama-sama tahu kes, morning round kami selesai dalam masa 1jam setengah sahaja. Alhamdulillah saya sudah terbiasa dengan kehidupan saya yg baru sekarang ni. Saya tidak lagi kekok untuk bekerja di dalam CCU, ICU mahu pun HDW. Malah saya tidak pun terasa terbeban dengan tugasan harian saya menjaga pesakit yg sangat kritikal itu.

Akhirnya, saya sedar bahawa sekiranya kita memudahkan apa yg selalu kita fikir payah, maka ia akan menjadi mudah. Jika kita redha dengan kehendak Allah swt, kita akan dibantu oleh Allah swt untuk keluar dari masalah itu. Sentiasalah bersyukur dan redha. InsyaAllah suatu hari nanti kita akan nampak di mana hikmahnya ketentuan Allah swt itu. Baik buruk sesuatu perkara sudah Allah swt ketahui. Dan hanya Allah swt sahaja yg Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kita.

Alhamdulillah...


Read more
0

-Tiada tajuk-


Sudah lebih seminggu kita berada di dalam bulan Allah swt yg mulia ni. Begitu cepat masa berlalu, begitu banyak yg dibazirkan berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kelemahan manusia yg paling hina adalah tidak mempergunakan waktu yg berlalu dengan sebaiknya. Benarlah sumpah Allah swt di dalam al-Quran bahawa manusia itu sentiasa sahaja berada di dalam kerugian.

Melimpah ruah rahmat yg Allah swt hamparkan di depan mata kita untuk kita nikmati dan pergunakan sebaiknya. Tetapi kita selalu melupakan betapa besarnya rahmat yg Allah swt berikan dan lebih menghinakan kita lupa berulangkali kepada Zat yg mengurniakan rahmat itu. Dan berulang-ulangnya kita mengingkari rahmat-Nya, berulang-ulangkali juga Dia melimpahkan kita dengan rahmat-Nya lagi. Hingga kita tenggelam dalam lautan nikmat Ilahi, tetapi hati kita masih jua lalai dari-Nya.

Mata hati kita selalunya buta. Bila ada kebahagiaan yg ada di depan mata, kita tidak menghargainya. Bila ia mula lenyap dari pandangan, hati mula gelisah dan diri terasa tidak keruan. Menjadi manusia bersyukur bukan semudah ABC, tetapi tidak mustahil. Cuma kita sahaja yg perlu berfikir dan menilai diri sendiri, sebanyak mana pula penghargaan yg kita berikan kepada yg memberikan kebahagiaan.

p/s: Dah hilang idea...


Read more
0

Keadilan Allah swt




Suatu masa terdapat sebuah keluarga yg bahagia dan hidup dengan kesederhanaan. Ketaatan ahlinya kepada Allah swt dan Rasul-Nya tak pernah diabaikan. Ayahnya seorang petani yg menggunakan tulang empat kerat untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya. Keluarga ini mempunyai seorang anak lelaki yg masih kecil dan selalu bertanya kepada ayahnya itu dan ini. Dan sang ayah selalu ingin menyelitkan benih-benih iman ke dalam diri anak tunggalnya itu, menjawab dengan penuh hemah.

Suatu hari, sang anak melihat ayahnya bekerja di ladang. Peluh menitis membasahi pipinya dan terik panas matahari membakar dirinya. Namun, sang ayah masih kekal setia dengan bajaknya.

Sang anak berkata "Ayah, kenapa mesti membajak?"

Jawab ayahnya "Sebab kalau tak bajak, tanah ni keras.. susah pokok sayur ni nak tumbuh.."

Sang memegang sekepal tanah keras "Tapi kan pokok ni tumbuh dengan kuasa Allah?"

Sang ayah tersenyum melihat anaknya. Dia menghampiri anaknya dan memberikan seketul batu dan berkata "Simpan batu ni.. bila adik dah besar nanti, batu ni akan jadi berlian dengan kuasa Allah.."

Hari pun berlalu dan tahun berganti. Anak yg kecil membesar dan sang ayah semakin uzur. Namun batu hitam pemberian ayahnya masih disimpan. Dengan harapan akan bertukar menjadi berlian. Tapi, tiada apa yg berlaku. Batu itu tetap hitam seperti dulu. Tiada pun berlian yg keluar dari batu hitam itu.

Akhirnya dalam separuh rasa putus asa, anak itu melemparkan batu itu jauh-jauh ke tengah ladang ayahnya. Dia sudah hilang sabar menanti. Melihatkan tindakan anaknya itu, sang ayah menegur "Kenapa dibuang batu tu?"

Sang anak menjawab "Batu hitam tu, tetap batu hitam.. bukan berlian macam yg ayah janjikan dulu.."

Sang ayah tersenyum melihat anaknya itu.. katanya

"Anakku.. begitu kuat kepercayaanmu pada kata-kata ayah suatu masa dulu.. sehingga kamu simpan batu itu.. begitu kuat pegangan kamu kepada kata-kata ayah yg hanya manusia biasa ini.. tapi pernahkah kamu nilaikan sebesar mana kepercayaanmu kepada janji Allah? Kamu simpan batu itu kerana percaya pada kata ayah yg ia dengan kuasa Allah swt akan bertukar menjadi berlian, dan hari ini kamu buangkannya kerana kecewa batu itu Allah swt tidak tukarkan kepada berlian.."

"Anakku, sekuat mana kamu berpegang kepada tali Allah? Pernahkah kamu terfikir apakah yg lebih bernilai harganya dari sebutir berlian? Batu hitam yg ayah berikan itu mengajar kamu hari ini erti iman kepada Allah swt.. itu lebih berharga nilaiannya dari seketul berlian.. "

"Anakku, segalanya tidak pernah mustahil berlaku pada kekuasaan Allah swt.. tetapi keajaiban tidak akan berlaku kepada kamu yg menantikannya sahaja, tetapi keajaiban datang kepada mereka yg berusaha sambil bertawakkal kepada Allah swt.. tetapi keadilan Allah swt tiada tara bandingannya.. Dia tidak menukarkan batu itu kepada berlian kerana kamu tidak berusaha untuk menjadikannya berharga.. tetapi Dia tidak tinggalkan kamu dengan tangan kosong.. Dia berikan pengajaran tentang iman kepada kamu hari ini sebagai ganti berlian yg tidak Dia hadiahkan kepadamu.. itulah keadilan Allah swt.."


Read more