Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Tawadhu' dan takbur


Masjid Abu Bakar, Temerloh

Saya menghadiri solat fardhu Jumaat di Masjid Abu Bakar yg terletak di tengah-tengah bandar Temerloh. Azam saya pada hari ini adalah untuk mendengar khutbah Jumaat yg disampaikan oleh khatib. Saya pasti dengan kelemahan diri ini, saya pasti akan terlalai jua walau seminit dua dari mendengar khutbah tersebut. InsyaAllah, saya akan cuba untuk menetapkan fokus minda saya pada hari ini terhadap isi khutbah. 

Semenjak berpindah keluar dari kuarters staff hospital, dan menetap di rumah sewa saya menghadiri solat Jumaat di masjid ini. Walau pun, terdapat masjid yg berdekatan dengan hospital saya memilih untuk ke masjid ini juga. Itu pun bergantung kepada jadual kerja saya, jika saya on-call maka saya memilih solat di Masjid Kg Paya Luas sahaja. Ok, enough merepek.

Isi utama khutbah Jumaat di Masjid Abu Bakar tengahari tadi adalah berkenaan tawadhu' dan takbur. Khutbah seperti biasa dimulakan dengan memuji Allah, selawat dan pesan taqwa. Apa itu tawadhu'? Menurut khatib yg memetik penerangan oleh Fudhail Ibn 'Iyadh:

Tawadhu' adalah menundukkan diri kepada kebenaran dan menetapkan diri kepada usaha-usaha kebenaran

Manakala pendapat lain (yg mana saya tidak ingat siapakah ulama itu yg disebutkan oleh khatib tengahari tadi) mendefinisikan tawadhu' sebagai:

Tunduk serta kepatuhan kepada Allah swt

Oleh itu, khatib telah menyimpulkan bahawa tawadhu' itu adalah:

Menundukkan diri kepada Allah swt dengan taat dan sentiasa mengutamakan kebenaran
Sifat mulia ini perlu dipupuk di dalam diri setiap muslim. Kerana sifat ini mengukuhkan lagi keIslaman kita. Seorang pemimpin, ketua, orang bawahan dan seluruh kelompok masyarakat akan mencapai kejayaan jika beramal dengan sifat tawadhu'. Ia membersihkan hati kita dan meluhurkannya tulus kepada Allah swt.
Sementara lawan bagi sifat tawadu' adalah takbur atau arabnya Takabbur. Minta maaf kerana kelalaian saya, definisi takbur ini tidak terlekat di dalam ingatan saya. Huhu. Mungkin saya berangan-angan seketika. Oh.. Tetapi kesimpulan bahagian takbur adalah sebagai hamba, kita tidak boleh bersifat dengan sifat ini. Kerana Allah swt amat mengeji hambaNya yang bersifat dengan sifat ini. Allah berfirman di dalam surah al-Isra' ayat 37
"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung"

Oleh itu, kesimpulan dari khutbah Jumaat pada hari ini yg saya ikuti adalah supaya kita menghadirkan sifat tawadhu' di dalam jiwa kita dan menjauhi sifat sombong takbur. Dengan kesombongan kita itu, tidak mampu pun kita menembusi bumi Allah swt ini; dan begitu tidak juga kita mampu untuk berdiri setinggi dan sehebat gunung-ganang. Kita hanya makhluk kerdil di hadapan Allah swt. Sedang makhluk Allah swt seperti gunung-ganang dan lautan serta alam cakerawala ini pun tunduk tawadhu' kepada Allah swt, mengapa pula kita mesti bertakbur?

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur"

Surah an-Nahl ayat 78


Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment