Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan bagaimana kedudukan Rasulullah saw ketika berkhutbah. Ada riwayat menyatakan bahawa baginda berdiri sambil memegang tongkat di tangan kirinya, malah ada riwayat menyatakan bahawa baginda bertumpu berdirinya pada tongkat dan riwayat yg lain menyatakan baginda berdiri sambil memegang sebilah pedang.
Memegang tongkat ketika berkhutbah bukanlah kelaziman baginda, tetapi menjadi teladan sunnah sahaja. Bahkan bertongkat ketika khutbah itu tidak termasuk di dalam rukun, syarat-syarat khutbah Jumaat.
- Khutbah dimulai dengan memuji Allah SWT
- Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
- Pesan taqwa
- Sekurang-kurangnya membaca sepotong ayat al-Quran di dalam salah satu khutbah; afdhalnya pada khutbah pertama
- Doa kepada muslimin pada khutbah kedua
Syarat sah khutbah Jumaat:
- Khatib hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan
- Khatib hendaklah menutup aurat
- Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat
- Berdiri pada kedua-dua khutbah bagi yang mampu
- Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat
- Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca selawat Nabi dalam bahasa Melayu
- Berturutan antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat
- Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau khatib dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar
- Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah
- Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat
Sunnah-sunnah Khutbah:
- Khutbah dilaksanakan di atas mimbar
- Duduk di atas mimbar sebelum khutbah dimulai
- Khatib menghadap ke arah jemaah
- Adzan di hadapan khatib
- Khutbah dengan nada yang tinggi (suara yang keras)
- Khutbah tidak terlalu lama dan khutbah kedua harus lebih pendek dari khutbah yang pertama
Hari Jumaat yang baru berlalu, saya menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Abu Bakar, Temerloh. Khutbah yg disampaikan adalah berkenaan kewajipan menghargai ibu dan ayah. Menjaga dan memelihara keperluan mereka, mengasihi mereka dan mendoakan mereka di akhirat nanti adalah antara kewajipan seorang anak.
Untuk renungan bersama..BERKATA Ibnu Abbas r.a bahawasanya RasuluLlah s.a.w telah bersabda :
Allah telah berfirman : "Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya : Ya Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu? Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaKu ialah yang bertakwa hatinya, suci kedua-dua belah tangannya, tidak menyusahkan orang lain dan tidak membuat fitnah ke sana ke mari, gunung-ganang akan berubah namun dia tetap begitu juga, dia mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.
Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya aku ini mencintaiMu dan mencintai orang yang mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu. Berfirman Tuhan: Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu, segala macam ujianKu dan segala macam seksaanKu. "Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seorang hamba yang menolong orang yang teraniaya atau berusaha untuk melepaskannya dari penganiayaannya, melainkan ALlah akan menetapkan kedua-dua tapat kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir." ( Riwayat Baihaqi dan Ibnu Asakir )
0 comments:
Post a Comment