Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Ape jadi?

Photobucket

Assalamualaikum...

Hurm.. ape jadi hari ni? Semalam punyalah semangat bersedih sebab Halaqah.net mengumumkan penutupannya. Sahabat-sahabat yg berada di Halaqah semalam dah bermaaf-maafan semuanya. Memandangkan dah tak tau ke mana hala tuju masing-masing lepas berpisah dari Halaqah. Cewah.. ayat tak kalah aku nih..

Jadinye, awal-awal pagi ni aku berkejaran ke hospital. Memandangkan semalam tidur lambat, pagi tadi aku terlajak dari waktu biasa. Pukul 630 baru terjaga. Itu pun sebab telefon aku bising. Hehe. Pagi ni seperti semalam aku ke wad untuk ward round. Memandangkan teman aku seorang lagi on-call hari ni, maka aku terpaksa membuat ward round secara solo bersama dgn dua org lagi houseman aku. Alhamdulillah, kerana wad aku pesakit dah tak ramai. Huhu. Cadangnya nak balik awal sebelum pukul 11 pagi.

Tiba-tiba teman aku lagi seorang telefon:

Fahmi.. awk boleh tolong round kat periphery tak? Kita bahagi dua la.. Naim kena round sorang-sorang dia di Wad Kenanga 11..

Alamak.. baru plan nak balik awal.. huhu.. takpe lah, memandangkan aku ni seorang kawan yg baik (perasan), aku pun setuju. Menapak pulak la aku ke wad periphery menengok pesakit. Walaupun sebenarnya aku memanjat lif. Hehe.

By 1120 a.m. aku habiskan periphery round aku dan pass over semua kes yg berkaitan pada teman aku yg on-call maka aku pun menapak untuk balik rumah. Yuhu.. Pertengahan jalan sambil driving sempat pulak aku terfikir nak melencong ke pasaraya. Seorang diri pulak tu. Well, aku memang selalu sendiri pun. 

Cadangnya aku nak ke bahagian makanan, nak beli buah-buahan dan makanan merepek-repek.. Entah macam mana kaki aku melencong lagi ke kedai CD. Haha.. Dalam dok membelek-belek CD yg ada kat rak tu, aku ternampak.. eh! In-team dah keluar album baru lagi rupanya.. Tak tau pun. Walau pun aku bukanlah setia sangat dengan In-team, tapi semenjak In-team bergerak sendirian ni aku suka pula lagu-lagu diorang. Mungkin sebab sudah kurang lagu-lagu cinta kot. Hehe.

Photobucket

Selain album baru In-team bertajuk Allahu Rabbi, aku juga merembat album lama dari Hijjaz iaitu Koleksi Zikir dan Nasyid Terbaik Pelita Hidup. Eh, lupa plak. Album In-team tu spesel sikit sebab ia adalah album In-team Reunited di mana Hisyam dan Suhaimi join sekaki. Diorang berdua tu kan bekas ahli asal In-team. Memang best lagu-lagunya. Bagi aku, antara lagu-lagu best album ni adalah:

Allahu Rabbi (Lagu Hindustan nih.. haha.. best siot..)

Hamzah Asadullah

Hanya Takdir (Dedikasi untuk Palestin)

Kepastian

Redha

dan yang paling best adalah Asma' Allah (Versi baru Asmaul Husna)

Oleh itu, sesiapa yg teringin nak dengar lagu-lagu best nih, belilah sendiri! Aku nukilkanlah lirik lagu Hamzah Asadullah (track no 2):

Kesedihan para mukminin
Masih terpancar di pedang musyrikin
Sedang darah para syuhada'
Masih merah di lantai sirah

Ketamakan kepada harta
Mungkin itu jadi puncanya
Maka Allah menjadi murka
Sehingga Nabi pun turut terluka

Dalam ramai umat yg gugur
Satu jasad tubuhnya hancur
Kepiluan beratapan
Menangisi satu kehilangan

Dan setelah dikenalpasti
Dia Hamzah perisai Nabi
Biar nyawa dikorbankan
(Jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat

Di sebalik ketewasanmu
Ada syurga sedang menunggu
Tiap perintah mengandung hikmah
Keingkaran kan mengundang padah

Dikaulah perisai Rasulullah
Berjuang berkorban demi Allah

Sudahkah puas hatimu Hendon
Dapat melapah hati dan jantung
Terbalaskah dendam kesumat
Yang sekian lama telah tersemat


p/s: Halaqah dah kembali..!


Bookmark and Share

1 comments:

Samudera Qaseh said...

Hmmm..sedap-sedap baca dan teruja nak dengar lagu-lagu best ni...(ingatkan ada lah upload disini lagu yang best tu),tapi yang tak sedapnya kat hujung tu ada tulis, belilah sendiri....

Post a Comment