Takde idea..
Luahan seorang tabib
Jika anda menjadi seorang pesakit, apakah anda mahu doktor membantu anda sembuh atau tidak? Saya rasa majoriti semua mahu mendapat bantuan untuk mendapatkan kesembuhan. Maka, untuk mendapatkan kesembuhan itu, perlulah dilakukan beberapa ujian darah, radiologi, scan dan sebagainya untuk mencari diagnosis. Apabila sudah mendapat diagnosisnya, barulah boleh diberikan ubatnya.
Oleh itu, setiap dari kita perlulah bersabar. Pesakit perlu bersabar sementara doktor berusaha mencari diagnosis dan kaedah perawatan, manakala doktor pula bersabar untuk meneruskan semangat usaha membantu pesakit. Bila sudah menemui diagnosis dan memberikan ubatnya, barulah kita sama-sama bertawakkal kepada Allah swt yg berkuasa atas kesembuhan.
Terjadi di dalam lipatan sejarah hidup sy menemui keluarga pesakit dan juga pesakit sendiri yg tidak mahu dirinya dibantu. Semua usaha-usaha doktor untuk menemukan diagnosis dibantah. Nak ambil darah untuk ujian tidak dibenarkan. Nak buat X-ray juga tidak dibenarkan. Nak masukkan Intravenous drip pun tidak dibenarkan. Tetapi, mahu dimasukkan ke wad dan diberi rawatan.
Dalam keadaan begini, sebagai doktor saya merasakan diri ini tersepit. Antara kemahuan untuk membantu pesakit dan kehendak pesakit yg tidak mahu dilakukan sebarang perkara. Sy bukannya bomoh atau dukun. Yang mana dengan bermain-main dan menilik-nilik bola ajaib sahaja sudah boleh tahu penyakit dan ubatnya. Sy manusia biasa yg dikurniakan Allah ilmu dan kemampuan untuk mencari diagnosis penyakit serta kaedah perawatannya. Oleh itu, berilah peluang untuk saya menggunakan ilmu itu.
Saudara-saudara yg dihormati sekelian, jika saudara semua ada ahli keluarga yg dimasukkan ke wad, sy mohon janganlah jadi manusia yg bodoh. Manusia yg bodoh sombong. Saya faham bahawa pesakit dan keluarga terdekatnya mempunyai hak ke atas apa sahaja prosedur yg bakal kami lakukan, tetapi tindakan utk menghalang sebarang ujian dilakukan ke atas pesakit adalah tindakan bodoh yg bukan membantu pesakit, tetapi menambah derita sahaja.
Satu perkara lagi perlu diingatkan, bahawa hospital bukanlah rumah kebajikan. Hospital adalah tempat rawatan yg mana bila sudah selesai rawatan, pesakit perlu pulang ke rumahnya. Ada keluarga pesakit terutama yg diserang stroke tidak mahu membawa pulang pesakit walau pun hospital sudah menyelesaikan rawatan. Mereka tidak mahu menerima bebanan menjaga pesakit yg lumpuh ini di rumah, dan mahu kami menjaga di wad. Tak terfikirkah bahawa ramai lagi pesakit yg memerlukan katil yg diduduki itu dan perawatan?
Dilema inilah yg selalu kami hadapi. Mentaliti masyarakat Malaysia masih terikat dgn gaya lama berubat dan menganggap hospital sama tarafnya dgn rumah kebajikan masyarakat. Ini bukan sahaja menyusahkan urusan perawatan harian di wad, malah mengakibatkan hospital overloaded dgn pesakit-pesakit yg tidak sepatutnya dirawat di wad lagi. Sebab itulah kadangkala bukan hospital baru yg diperlukan, tetapi mentaliti baru yg kita perlu tukar. Namun, usaha itu mengambil masa yg lama dan penuh berliku....
Sejarah silam
Mengapa wilayah utara semenanjung tidak ditawan Portugis?
Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.
1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugal untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugal bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera.
1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana
Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat dan Hang Kasturi). Ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa.
1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P. Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana dan mengikut bukti sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.
Seminggu selepasnya
Feb 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah:
Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)Perisik 1: Beginilah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Alfonso: Kenapa kuat sangatkah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu-ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan. Antaranya...
hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang tang mana, hang singgah dulu, pak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri, ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.
Khutbah ~ Warisan Nabi
Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan bagaimana kedudukan Rasulullah saw ketika berkhutbah. Ada riwayat menyatakan bahawa baginda berdiri sambil memegang tongkat di tangan kirinya, malah ada riwayat menyatakan bahawa baginda bertumpu berdirinya pada tongkat dan riwayat yg lain menyatakan baginda berdiri sambil memegang sebilah pedang.
Memegang tongkat ketika berkhutbah bukanlah kelaziman baginda, tetapi menjadi teladan sunnah sahaja. Bahkan bertongkat ketika khutbah itu tidak termasuk di dalam rukun, syarat-syarat khutbah Jumaat.
- Khutbah dimulai dengan memuji Allah SWT
- Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
- Pesan taqwa
- Sekurang-kurangnya membaca sepotong ayat al-Quran di dalam salah satu khutbah; afdhalnya pada khutbah pertama
- Doa kepada muslimin pada khutbah kedua
Syarat sah khutbah Jumaat:
- Khatib hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan
- Khatib hendaklah menutup aurat
- Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat
- Berdiri pada kedua-dua khutbah bagi yang mampu
- Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat
- Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca selawat Nabi dalam bahasa Melayu
- Berturutan antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat
- Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau khatib dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar
- Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah
- Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat
Sunnah-sunnah Khutbah:
- Khutbah dilaksanakan di atas mimbar
- Duduk di atas mimbar sebelum khutbah dimulai
- Khatib menghadap ke arah jemaah
- Adzan di hadapan khatib
- Khutbah dengan nada yang tinggi (suara yang keras)
- Khutbah tidak terlalu lama dan khutbah kedua harus lebih pendek dari khutbah yang pertama
Hari Jumaat yang baru berlalu, saya menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Abu Bakar, Temerloh. Khutbah yg disampaikan adalah berkenaan kewajipan menghargai ibu dan ayah. Menjaga dan memelihara keperluan mereka, mengasihi mereka dan mendoakan mereka di akhirat nanti adalah antara kewajipan seorang anak.
Untuk renungan bersama..BERKATA Ibnu Abbas r.a bahawasanya RasuluLlah s.a.w telah bersabda :
Allah telah berfirman : "Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya : Ya Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu? Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaKu ialah yang bertakwa hatinya, suci kedua-dua belah tangannya, tidak menyusahkan orang lain dan tidak membuat fitnah ke sana ke mari, gunung-ganang akan berubah namun dia tetap begitu juga, dia mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.
Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya aku ini mencintaiMu dan mencintai orang yang mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu. Berfirman Tuhan: Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu, segala macam ujianKu dan segala macam seksaanKu. "Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seorang hamba yang menolong orang yang teraniaya atau berusaha untuk melepaskannya dari penganiayaannya, melainkan ALlah akan menetapkan kedua-dua tapat kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir." ( Riwayat Baihaqi dan Ibnu Asakir )
Ape jadi?
Assalamualaikum...
Hurm.. ape jadi hari ni? Semalam punyalah semangat bersedih sebab Halaqah.net mengumumkan penutupannya. Sahabat-sahabat yg berada di Halaqah semalam dah bermaaf-maafan semuanya. Memandangkan dah tak tau ke mana hala tuju masing-masing lepas berpisah dari Halaqah. Cewah.. ayat tak kalah aku nih..
Jadinye, awal-awal pagi ni aku berkejaran ke hospital. Memandangkan semalam tidur lambat, pagi tadi aku terlajak dari waktu biasa. Pukul 630 baru terjaga. Itu pun sebab telefon aku bising. Hehe. Pagi ni seperti semalam aku ke wad untuk ward round. Memandangkan teman aku seorang lagi on-call hari ni, maka aku terpaksa membuat ward round secara solo bersama dgn dua org lagi houseman aku. Alhamdulillah, kerana wad aku pesakit dah tak ramai. Huhu. Cadangnya nak balik awal sebelum pukul 11 pagi.
Tiba-tiba teman aku lagi seorang telefon:
Fahmi.. awk boleh tolong round kat periphery tak? Kita bahagi dua la.. Naim kena round sorang-sorang dia di Wad Kenanga 11..
Alamak.. baru plan nak balik awal.. huhu.. takpe lah, memandangkan aku ni seorang kawan yg baik (perasan), aku pun setuju. Menapak pulak la aku ke wad periphery menengok pesakit. Walaupun sebenarnya aku memanjat lif. Hehe.
By 1120 a.m. aku habiskan periphery round aku dan pass over semua kes yg berkaitan pada teman aku yg on-call maka aku pun menapak untuk balik rumah. Yuhu.. Pertengahan jalan sambil driving sempat pulak aku terfikir nak melencong ke pasaraya. Seorang diri pulak tu. Well, aku memang selalu sendiri pun.
Cadangnya aku nak ke bahagian makanan, nak beli buah-buahan dan makanan merepek-repek.. Entah macam mana kaki aku melencong lagi ke kedai CD. Haha.. Dalam dok membelek-belek CD yg ada kat rak tu, aku ternampak.. eh! In-team dah keluar album baru lagi rupanya.. Tak tau pun. Walau pun aku bukanlah setia sangat dengan In-team, tapi semenjak In-team bergerak sendirian ni aku suka pula lagu-lagu diorang. Mungkin sebab sudah kurang lagu-lagu cinta kot. Hehe.
Selain album baru In-team bertajuk Allahu Rabbi, aku juga merembat album lama dari Hijjaz iaitu Koleksi Zikir dan Nasyid Terbaik Pelita Hidup. Eh, lupa plak. Album In-team tu spesel sikit sebab ia adalah album In-team Reunited di mana Hisyam dan Suhaimi join sekaki. Diorang berdua tu kan bekas ahli asal In-team. Memang best lagu-lagunya. Bagi aku, antara lagu-lagu best album ni adalah:
Allahu Rabbi (Lagu Hindustan nih.. haha.. best siot..)
Hamzah Asadullah
Hanya Takdir (Dedikasi untuk Palestin)
Kepastian
Redha
dan yang paling best adalah Asma' Allah (Versi baru Asmaul Husna)
Oleh itu, sesiapa yg teringin nak dengar lagu-lagu best nih, belilah sendiri! Aku nukilkanlah lirik lagu Hamzah Asadullah (track no 2):
Kesedihan para mukminin
Masih terpancar di pedang musyrikin
Sedang darah para syuhada'
Masih merah di lantai sirahKetamakan kepada harta
Mungkin itu jadi puncanya
Maka Allah menjadi murka
Sehingga Nabi pun turut terlukaDalam ramai umat yg gugur
Satu jasad tubuhnya hancur
Kepiluan beratapan
Menangisi satu kehilanganDan setelah dikenalpasti
Dia Hamzah perisai Nabi
Biar nyawa dikorbankan
(Jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamatDi sebalik ketewasanmu
Ada syurga sedang menunggu
Tiap perintah mengandung hikmah
Keingkaran kan mengundang padahDikaulah perisai Rasulullah
Berjuang berkorban demi AllahSudahkah puas hatimu Hendon
Dapat melapah hati dan jantung
Terbalaskah dendam kesumat
Yang sekian lama telah tersemat
p/s: Halaqah dah kembali..!
Tawadhu' dan takbur
Masjid Abu Bakar, Temerloh
Saya menghadiri solat fardhu Jumaat di Masjid Abu Bakar yg terletak di tengah-tengah bandar Temerloh. Azam saya pada hari ini adalah untuk mendengar khutbah Jumaat yg disampaikan oleh khatib. Saya pasti dengan kelemahan diri ini, saya pasti akan terlalai jua walau seminit dua dari mendengar khutbah tersebut. InsyaAllah, saya akan cuba untuk menetapkan fokus minda saya pada hari ini terhadap isi khutbah.
Semenjak berpindah keluar dari kuarters staff hospital, dan menetap di rumah sewa saya menghadiri solat Jumaat di masjid ini. Walau pun, terdapat masjid yg berdekatan dengan hospital saya memilih untuk ke masjid ini juga. Itu pun bergantung kepada jadual kerja saya, jika saya on-call maka saya memilih solat di Masjid Kg Paya Luas sahaja. Ok, enough merepek.
Isi utama khutbah Jumaat di Masjid Abu Bakar tengahari tadi adalah berkenaan tawadhu' dan takbur. Khutbah seperti biasa dimulakan dengan memuji Allah, selawat dan pesan taqwa. Apa itu tawadhu'? Menurut khatib yg memetik penerangan oleh Fudhail Ibn 'Iyadh:
Tawadhu' adalah menundukkan diri kepada kebenaran dan menetapkan diri kepada usaha-usaha kebenaran
Manakala pendapat lain (yg mana saya tidak ingat siapakah ulama itu yg disebutkan oleh khatib tengahari tadi) mendefinisikan tawadhu' sebagai:
Tunduk serta kepatuhan kepada Allah swt
Oleh itu, khatib telah menyimpulkan bahawa tawadhu' itu adalah:
Menundukkan diri kepada Allah swt dengan taat dan sentiasa mengutamakan kebenaran
"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung"
Oleh itu, kesimpulan dari khutbah Jumaat pada hari ini yg saya ikuti adalah supaya kita menghadirkan sifat tawadhu' di dalam jiwa kita dan menjauhi sifat sombong takbur. Dengan kesombongan kita itu, tidak mampu pun kita menembusi bumi Allah swt ini; dan begitu tidak juga kita mampu untuk berdiri setinggi dan sehebat gunung-ganang. Kita hanya makhluk kerdil di hadapan Allah swt. Sedang makhluk Allah swt seperti gunung-ganang dan lautan serta alam cakerawala ini pun tunduk tawadhu' kepada Allah swt, mengapa pula kita mesti bertakbur?
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur"
Surah an-Nahl ayat 78
Solat Jumaat
Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam, tak nampak apa-apa cuma dua biji mata dan membawa mesingun, lalu salah seorang lelaki tu bertempik:
"SESIAPA YANG SANGGUP MATI KERANA ALLAH SILA BERDIRI DI TEMPAT KAMU"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri, daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempatmasing-masing termasuk Pak Imam tu.
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"
p/s: Begitulah iman org yg bersembahyang Jumaat...
Debu-debu dosa
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya
Jibril berwajah putih bersih
Bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntaha
Buraq menawan tujuh petala
Membelah langit
Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan
Tabir akhirat disingkapkan
Membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan
Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan
Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang
Isra' mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya
Keimanan yg melemahkan Syaitan
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Umar r.a.,
“Demi diriku di tangan-Nya, tidak ada suatu pun jejak langkah perjalanan yang ditemui oleh syaitan melainkan syaitan akan memanjangkan langkahnya (untuk mendapatkan yang empunya jejak langkah), melainkan jejak langkahmu.”
Hadis ini direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saad ibnu Abi Waqqas.
Berkata Hafiz ibnu Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarah hadis ini, “Hadis ini mencatatkan kelebihan yang besar yang dimiliki oleh Umar ibnu al-Khattab r.a., menunjukkan bahawa syaitan tidak ada jalan untuk menjajah dirinya. Itu menunjukkan ada padanya keunggulan pertahanan diri sehingga tidak ada cara yang terbaik bagi syaitan melainkan terpaksa mengelak dari melibatkan diri menyusuri perjalanan bersama-sama sahabat itu tadi. Meskipun begitu, tiada halangan bagi syaitan melemparkan perasaan was-was terhadapnya mengikut kadar kemampuan yang ada. Kalau pun ada yang mengatakan syaitan sememangnya tidak mampu langsung menguasai diri sahabat tersebut termasuklah melemparkan was-was kepadanya, ianya mungkin berdasarkan kaedah “mafhum mukhalafah” yakni kefahaman di sebalik kenyataan asal. Ertinya, ‘kalaulah syaitan terlaknat itu mempunyai halangan untuk menyusuri laluan perjalanan Umar r.a., apatah lagi terhadapnya’. Dengan itu, ternyatalah beliau terpelihara daripada gangguan syaitan.”
Pernah suatu ketika, Imam Ahmad ibn Hanbal berada dalam masjid, tiba-tiba datang seorang wakil pemerintah memberitahunya bahawa seorang hamba perempuan telah dirasuk jin. Lalu dia meminta Imam Ahmad memulihkannya supaya sembuh. Imam Ahmad kemudiannya mengeluarkan sepasang sandal kayu yang bertali (untuk kegunaan berwuduk) lalu diserahkan kepada utusan tersebut seraya berkata, “Kau masuklah ke dalam istana, kemudian duduklah di sisi kepala hamba itu, dan cakapkan kepadanya (jin) begini, ‘Imam Ahmad telah memberi kata dua kepadamu, yang mana kau lebih suka. Iaitu, kau keluar daripada tubuh orang ini, atau aku pukulmu dengan sandal ini sebanyak tujuh kali.’ ”
Maka kembalilah utusan itu ke istana dan melakukan sebagaimana yang disuruh. Lalu berkatalah jin itu melalui suara si hamba itu, “Baiklah, oleh kerana Imam Ahmad menyuruhku keluar, aku patuh sahaja. Kalaulah dia melarang aku daripada menetap di Iraq ini, aku akan turuti juga, oleh kerana dia begitu mentaati Allah. Barangsiapa yang mentaati Allah, nescaya aku akan akur terhadap apa sahaja suruhannya,” jin itu pun keluar daripada tubuh hamba itu, dan dia pulih seperti sediakala. Kisah ini dinukilkan oleh al-Qadi Abu al-Hussin di dalam kitabnya, “Thabaqat Ashabul Imam Ahmad.”
Salah seorang sahabat pernah bercerita, “Aku pernah membonceng di belakang Rasulullah s.a.w. mengenderai keldai. Tiba-tiba, sang keldai itu tergelincir lalu terpacul perkataan dari lidahku, ‘Bedebah syaitan!’ Lalu baginda bersabda,
“Jangan kamu berkata, ‘Bedebah syaitan,’ kerana kalau kamu berkata demikian, syaitan akan bertambah sombong dan bangga diri seraya berkata, ‘Ha-ha, aku berjaya menumpaskannya dengan kekuatanku.’ Akan tetapi kalau kamu berkata, ‘Bismillah,’ dirinya akan berasa cukup kerdil, bahkan lebih kerdil daripada lalat.”
Menurut Munziri r.h., hadis ini turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanadnya hasan.
Karya asal: Syeikh Wahid Abdul Salam Bali
Sumber: Komuniti Halaqah
Iman Sang Semut
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
"Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu"
Semut pun menjawab:
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:
"Wahai semut,berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut:
"Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong"
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggalkan semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah"
Jawab semut:
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku berada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa"
Itulah Iman Sang Semut!
Pautan
Berikut adalah antara pautan-pautan yang selalu saya lawati di dunia siber ini. Mudah-mudahan perkongsian ini turut memberikan makna buat teman-teman yang mengunjungi blog ini.
Shye
Swordofdeen
KuLan
Pak Ibnu
Kak Yong
Daeng Jati Merah Silu
Murasaki Ichigo
Bagi teman-teman yg belum tersenarai di sini, mohon maaf... insyaAllah nanti akan dimasukkan dari semasa ke semasa.. Kalau boleh tinggalkan link blog teman-teman di bawah ini, insyaAllah saya akan masukkan ke sini..
Sejarah Negara Kedah
Bahagian Satu: Orang Melayu Keturunan Siam
Oleh: anaianai (Petikan dari http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/)
Di Malaysia hari ini, masyarakat Siam dianggap sebagai berasal dari Thailand. Mereka juga dilihat sebagai beragama Buddha dan mengamalkan budaya dan cara hidup orang-orang Melayu tempatan. Dari aspek sejarah pula, orang-orang Siam ini dianggap sebagai penjajah yang pernah menakluki negeri-negeri Melayu pada satu ketika dahulu. Asal-usul mereka dikatakan bermula dari Luang Phrabang dari puak Sukuthai. Maklumat-makumat ini mempunyai asas akan tetapi ia menceritakan tentang orang-orang Thai, bukan orang-orang Siam.
Pada hari ini orang Siam banyak terdapat di Kedah, Perlis dan Kelantan. Mereka beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Siam selain berbahasa Melayu, sepertimana di Selangor di mana orang-orang kampungnya bertutur dalam bahasa Jawa. Telah menjadi lumrah dan kebiasaan di Kedah untuk orang-orang kampungnya bertutur dalam bahasa Siam sewaktu keramaian seperti kenduri, qurban dsbnya. Bertutur dalam bahasa Siam tidak membuat mereka kurang kemelayuannya, seperti juga orang Jawa di Selangor.
Terdapat tiga perkara yang ingin saya kemukakan kepada pembaca sekalian iaitu,
Tahukah anda:
- bahasa Siam tidak sama dengan bahasa Thai?
- bahawa nama-nama tempat di Malaysia mempunyai makna dalam bahasa Siam?
- raja-raja kita mengamalkan adat siam?
Pengkajian saya mendapati bahawa orang Siam ini lebih kepada rumpun Melayu walaupun selama ini mereka diletakkan di bawah rumpun Mon Khmer, sama dengan orang-orang Thai, orang Cambodia, orang Burma, orang Laos dsbnya. Agak menghairankan pula apabila orang Melayu Islam di Kambodia dikenali sebagai orang Melayu Champa, sedangkan mereka ini adalah juga dari keturunan Siam Islam. Orang Melayu tidak boleh dikategorikan sebagai berada di Malaysia sahaja kerana pada zaman dahulu, Malaysia tidak wujud begitu juga sempadan yang ada sekarang dan bangsa Melayu dari pelbagai keturunan bebas bergerak melalui perdagangan kerana Melayu adalah ‘sea fairing nations’.
Seterusnya, banyak maklumat mengenai Kesultanan Melayu Melaka itu sendiri adalah diperintah oleh raja-raja Siam Islam, yang merupakan rumpun Melayu. Sekiranya kita menolak orang-orang Siam dari rumpun Melayu, bermakna kita menolak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka juga. Selain itu adat orang Siam dalam kehidupan seharian masih lagi digunakan masyarakat Melayu Malaysia hari ini seperti membasuh kaki sebelum tidur, hantar sirih pinang sewaktu meminang, pakaian kuning untuk raja-raja adalah juga merupakan adat Siam.
Pemerintahan raja berpelembagaan seperti diamalkan di Malaysia dimana raja-raja negeri bergilir menjadi Yang Di Pertuan Agong, bukanlah perkara baru. Ia telah diamalkan di Kerajaan Benua Islam Siam, Dinasti Ayuthia semenjak tahun 1350 lagi. Oleh itu dari 33 orang raja yang memerintah Ayuthia, hanya 3 buah sahaja makam raja yang terdapat di Ayuthia, Thailand hari ini. Mana perginya makam 30 orang raja-raja yang memerintah Ayuthia dahulu? Jawapannya mudah sahaja, makam mereka berada di Nusantara kerana mereka memerintah Ayuthia dari kawasan masing-masing seperti Melaka, Pattani, Acheh, dll.
Negara Thailand hari ini asalnya adalah negara Siam Islam. Mereka adalah puak kafir tentera Sukuthai yang menawan Ayuthia Siam Islam dalam tahun 1767. Mereka kemudian memperkenalkan "Dasar Rathinayok" untuk meng'thai'kan bangsa Siam Islam. Pada masa inilah, ramai orang-orang Melayu Siam di Kedah, Pattani, Kelantan menderita dan dibunuh atas alasan menentang dasar itu, kerana waktu itu kita belum lagi merdeka dan menantu Raja Chulalongkorn, Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan di Kedah turut menguatkuasakan arahan ini.
Penulisan Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud dalam Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 membuktikan segalanya:
"Pibul telah menggubal Dasar Siam Rathaniyom atau dasar adat resam Siam (bermaksud Thai disini). Di bawah dasar ini, kesemua penduduk di negara itu tanpa mengira kaum dan agama dikehendaki memakai pakaian potongan Eropah, bertopi, makan dengan sudu dan menggunakan meja sebagai tempat makan. Bagi memastikan dasar itu berjaya, Pibul Songgram terlebih dahulu telah bertindak menghapuskan penentang-penentangnya yang dianggap boleh menggagalkan rancangannya. Operasi menangkap musuh-musuh politiknya telah dijalankan pada awal Januari 1940 atas alasan untuk membersihkan anasir-anasir yang terlibat dalam komplot untuk menggulingnya. Antara mereka yang ditahan termasuklah Putera Chainat, bapa saudara Raja Ananda Mahidol, Kolonel Phraya Song dan Leftenan-Jeneral Phraya Thephusdin. Pibul memulakan rancangannya dengan mengumumkan tujuh dikri atau arahan bersifat perundangan dalam tahun 1939. Ketujuh-tujuh dikri itu adalah mengenai cara untuk menanamkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat negara itu. Sejajar dengan semangat itu nama negara itu telah ditukar daripada "Siam" kepada Thailand "
Seperkara yang tidak disebut di atas ialah mengenai penggunaan bahasa. Bahasa Siam tidak lagi boleh dituturkan. Hanya bahasa Thai saja boleh digunakan di Thailand, diajar di sekolah-sekolah dan pada hari ini bahasa Siam tidak lagi digunakan, malah pupus di Pattani pun. Ini tidak berlaku di negeri Kedah, Kelantan dan Perlis.
Dibawah ini saya bentangkan beberapa contoh perkataan untuk makluman pembaca semua:-
MELAYU -SIAM -THAI
Kasut -kasut -keak
Masalah -susah -lam bak
Air kopi - nam kopi -nam cha
Jambam - jaman -suam
Datuk - tok wan -na
Pelita - peta -telat
Salah - salah -jot
Kereta - kayta -rot
Seterusnya pula kita lihat makna-makna yang lain yang berkaitan,
NAMA- MAKSUD (bukan makna)
Merong Maha Wangsa-Naga Pembesar bangsaHarimau
Jit ra- henti rehat
Pen dang- senapang bunyi
Sik- empat
Na mi - muka beruang
Chang loon-gajah jatuh (gajah duduk)
Gu run - gerun, ngeri
Ta jar-Pengkalan gergasi
Kok bah-pulau gila
Kok diang - pulau merah
Che nang - nama puteri
A rau - kami
Per lis-bedak
Kang gar - betis patah
To biar - heboh maklumkan
Kam par- langkah hutan
Be ruas - puak kaya
Leng gong- turun duit
Gang ga -persisiran perniagaan
Kang sar - tepi harimau/tentera/laksamana
Ban ting -Kampung Cik
Jug ra - pindah/berangkat
Lukut - lombong bijih
Te reh (di Muar, Johor) - Istana Lama(Istana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir)
Se rem ban - beli rumah kampong
Se lan gor - teduhan tumbuhan/pokok hutan
Mu ar - topi/mahkota raja siam
Si ga pu ra - empat laksemana taring bertempat, empat laksemana yg garang
ini ialah,
1-Sultan Nai Hisbu Muadzam Syah, Song Tham Ayuthia.
2-Putra Santubong, Sultan Hassan, Raja Borneo.
3-Putra Rhiau, Sultan Pagoh,Shaari Riayat Syah Johor.
4-Putra penggiran, Sultan mustapha Kecil Bongsu, Sultan Berunai
Hang Tu ah - Laksemana berani (jadi) ketua
Hang Je bat - Laksemana rajin puasa
Hang Le Kir - Laksemana jadi terkenal/masyhur
Hang Le Kiau - Laksemana yang bertaring/garang
Hang Kas tu ri - Laksemana jaga ehwal perkapalan
Nu san ta ra - tunas pendek tunggu merebak(syiar islam)
Sa kai - rasa miang
Ma la ka - mari lah niaga
Ma la yu - mari lah duduk
Ma ni la - mari lah sini
Ke dah - surat kuasa
Mi nang ka bau - kaya(anak)perempuan ringan kerja
Rem bau - rumah pekerja
U lu lan gat - masyhur ikat tambatan kapal/perahu
A yu thia - tempat semayam raja
Raja Man da li ka - raja kami baik terkenal niaga
Se ri Lang ka - Laksemana itu, cucu beta.
(Titah Sultan Zahiruddin Babur Syah kepada rakyatnya, perihal cucunya Sultan Mahmud Syah yang pernah bersemayam di Pulau Sri Langka).
Fi li fi na - Abang Ali, Abang Beta.
(Berkata Tuanku Nai Long Ismail,Raja Filipina berkenaan abang nya Tuanku Nai Long Ena yang menjadi Raja Riau Lingga bergelar Paduka Seri Sultan Ali. Mereka berdua adalah anakanda Sultan Mad Zaffar Syah III, yang menjadi Raja Kuala Kangsar).