Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Weekend

Seperti yang dijangkakan hujung minggu yg baru lepas ni merupakan oncall yg sangat sibuk. Sangat letih. Hari Jumaat aku kena hantar pesakit ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Hari sabtu pulak kawan aku hantar lagi pesakit lain ke sana. Aku balik rumah jam 230 pagi selepas seharian di Jabatan Kecemasan.

Hari Ahad pula aku masih sambung tugas di Jabatan Kecemasan hingga jam 430 ptg kerana ganti tugas kawan aku yg terpaksa sekali lagi hantar pesakit ke Ipoh. Balik ke rumah hari Ahad tu aku rasa letih yg sangat-sangat.

Alhamdulillah... Hari Isnin aku rehat sehari tak oncall. Selasa aku oncall lagi sekali utk bulan Mac. Lepas tu dah selesai tugas oncall bulan ni. Harap-harap tak terlalu sibuk macam hujung minggu aritu.

Malam tadi famili mertua datang. Rosam program diet aku. Haha. Tapi takpe asalkan hati seronok makan beramai-ramai. In-Sya-Allah esok aku sambung balik diet aku. Haha. Kalau macam ni punya diet, agaknya bila tahun la aku nak capai berat badan ideal.. Hahaha...


Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment