Sampai rumah tadi wife mengadu sakit kepala dan macam-macam lagi perkara yg sy xtau yg menyesakkan otak dia. Tambah pulak sinki dapur tu tersumbat! Satu perkara yang mengerikan. Aduhai...
Wife kalau dah start risau, xtau nak buat macam mana supaya dia tenang sikit. Akhirnya Paracetamol 1g stat adalah ubat yang mujarab utk tenangkan dia at least untuk beberapa jam malam ni. Ya Allah.. mudah-mudahan diringankan segala bebanan wife dan dipermudahkan segala-gala utknya. Amin.
Aku pulak malam ni jadi plumber tak bertauliah. Segala paip dekat sinki tu aku bukak dan godek-godek. Tuang air panas, cuka, garam segala bagai untuk release clog tu. Tapi GAGAL! Busuknya aku time tu hanya Allah swt sahaja yang Maha Tahu. Akhirnya aku buat kesimpulan, sumbat tu bukan dari paip dalam rumah, tapi paip luar. Jadi, kena panggil RADICARE yang 'sangat' rajin tu.. Tak tau la berapa kali aku kena buat report baru nak datang. Hmmm
0 comments:
Post a Comment