Related Posts with Thumbnails
RSS
email
0

Sunday - Nite

Sampai rumah tadi wife mengadu sakit kepala dan macam-macam lagi perkara yg sy xtau yg menyesakkan otak dia. Tambah pulak sinki dapur tu tersumbat! Satu perkara yang mengerikan. Aduhai... 

Wife kalau dah start risau, xtau nak buat macam mana supaya dia tenang sikit. Akhirnya Paracetamol 1g stat adalah ubat yang mujarab utk tenangkan dia at least untuk beberapa jam malam ni. Ya Allah.. mudah-mudahan diringankan segala bebanan wife dan dipermudahkan segala-gala utknya. Amin.

Aku pulak malam ni jadi plumber tak bertauliah. Segala paip dekat sinki tu aku bukak dan godek-godek. Tuang air panas, cuka, garam segala bagai untuk release clog tu. Tapi GAGAL! Busuknya aku time tu hanya Allah swt sahaja yang Maha Tahu. Akhirnya aku buat kesimpulan, sumbat tu bukan dari paip dalam rumah, tapi paip luar. Jadi, kena panggil RADICARE yang 'sangat' rajin tu.. Tak tau la berapa kali aku kena buat report baru nak datang. Hmmm
Read more
0

Sunday

Menyesal aku turun Ipoh hari ni.. Nampak mcm turun berdua, tp aku rasa mcm turun sorang2.. Itu xnak.. Ini xnak.. Moral of the story.. Lenkali jgn paksa org yg xnak ikut...

Sekian.

Read more
0

Sakit hati

Sakit hati btol... Plan nak balik kampung terbantut!

Read more
0

Weekend

Seperti yang dijangkakan hujung minggu yg baru lepas ni merupakan oncall yg sangat sibuk. Sangat letih. Hari Jumaat aku kena hantar pesakit ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Hari sabtu pulak kawan aku hantar lagi pesakit lain ke sana. Aku balik rumah jam 230 pagi selepas seharian di Jabatan Kecemasan.

Hari Ahad pula aku masih sambung tugas di Jabatan Kecemasan hingga jam 430 ptg kerana ganti tugas kawan aku yg terpaksa sekali lagi hantar pesakit ke Ipoh. Balik ke rumah hari Ahad tu aku rasa letih yg sangat-sangat.

Alhamdulillah... Hari Isnin aku rehat sehari tak oncall. Selasa aku oncall lagi sekali utk bulan Mac. Lepas tu dah selesai tugas oncall bulan ni. Harap-harap tak terlalu sibuk macam hujung minggu aritu.

Malam tadi famili mertua datang. Rosam program diet aku. Haha. Tapi takpe asalkan hati seronok makan beramai-ramai. In-Sya-Allah esok aku sambung balik diet aku. Haha. Kalau macam ni punya diet, agaknya bila tahun la aku nak capai berat badan ideal.. Hahaha...

Read more
0

Weekend

Assalamualaikum...

Weekend ni bebudak sekolah dah start cuti. Aku pulak oncall. Aku jangka ramai gile la pelancong yg akan datang ke Cameron ni. Dan jalan pun akan jem teruk beserta ramai la lagi pesakit membanjiri Jabatan Kecemasan. Huuu

Ape hal pun, buat mereka yg becadang nak jalan2 ke sini... Kalo anda atau anak2 anda dah demam selesema banyak hari tu.. Eloklah tangguhkan dulu.. Cuaca sejuk di sini kurang sesuai.. Pesakit asma.. Tolong bawak ubat ye.. Hehe...

Happy holiday eveyone... Happy working to me... ;o)

Read more
1

Bersabarlah... ada hikmahnya

Assalamualaikum...

Malam ni aku tengok tv.. Astro Oasis.. ceramah Ustaz Kazim Elias.. best jugak la..

Suatu hari dua sahabat Nabi s.a.w. datang bertemu Nabi mengadu anak-anak mereka mati ketika kecik. Maka Nabi bersabda ibu bapa yang anaknya mati kecik akan melalui titian sirat sepantas melafazkan sumpah sahaja..

Saidatina Aishah r.a. bertanya bagaimana pula dengan mereka yang bujang, berkahwin tetapi anak mereka tidak mati kecik atau pun berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak? Jawab Nabi s.a.w.:

"Aku yang akan menanti mereka di hadapan pintu syurga kelak"

Ahhhh... terima kasih ya Rasulullah kerana menyejukkan jiwa aku... :-)


Read more
0

Severe NNJ

Severe neonatal jaundice... SB 434.. Sian baby tu... Kuning kunyit...!

Read more
1

Mari memasak... haha

Assalamualaikum...

Mari memasak tuan-tuan... haha walaupun tak sedap sangat tapi bolehlah... resepi kutip dalam buku.. tapi sayur goreng tu buat sendiri tanpa resepi.. bak kata chef Micheal Smith.. `cooking... without a recipe' haha..

Read more
1

Jom makan!

Assalamualaikum...

Dinner di gerai tepi Jalan Besar Tapah...

Read more
1

Try teknik baru..

Assalamualaikum...
Terlalu la jakun aku nih.. Baru aku tau Blogger.com ni ade versi mobile utk android.. Haha.. Ni baru tau n nak try..

Read more