Related Posts with Thumbnails
RSS
email

USD 10


Lama sudah tak menulis di dalam blog ni. Banyak nak cerita pun tapi sifat malas tu menguasai diri untuk menulis. Sekarang ni aku tengah gila main game kat Facebook. Aku main game Farmville, YoVille, Cafe World, Restaurant City, Airline Manager, FishVille, Aquarium dan Rollercoaster. Huhu. Setiap hari aku online Facebook. Kehkehkeh. Time free sikit je aku akan bukak la game-game ni.

Semalam aku oncall. Dekat Emergency Department (ED) semalam ada seorang mat saleh datang. Bukan mat saleh UK ke US. Tapi mat saleh dari negara Poland. Nama dia Krztzyz.. huhu.. cemana nak sebut tu? Dia sebut pun bunyi berangin je. Dia ni datang spital sebab dia sakit perut. Gastrik. Dorang dekat ED tu dah bagi MMT dan Ranitidine. Tapi masih tak jalan jugak. Mat saleh ni masih guling-guling sakit perut. ECG normal. Jadi dorang call lah aku. Cewah.. nak jadi hero jugak.. kehkeh.. takde la.. dorang call sebab aku doktor on-call semalam..

So, aku datang dan tengoklah mat saleh tu. Kesian. So, aku pun cakap "bagi dia IV Omeprazole 40mg stat then T. Omeprazole 20mg BD for 5 days". Arahan tu. Dorang pun pegi farmasi then dapatkan ubat tu. Selepas bagi ubat tu, mat saleh tu dah tak guling-guling dah.. sakitnya dah kurang.. Few minutes later, dia dah jalan-jalan dalam ED tu.. Alhamdulillah.. dah la bahasa omputih dia aku tak berapa faham sangat.

Bila dia nak balik tu, dia ucapkan terima kasih. Then dia panggil la medical assistant (M.A.) aku. Dorang berdua tu menyorok kat satu sudut ED tu. Aku tak amik tau pun la. After mat saleh tu dah balik, M.A. tadi datang kat aku dia hulurkan sekeping note USD10. Aku buat muka pelik. M.A. tu sengih kat aku. Dia kata "Doktor, mat saleh tadi suruh bg kat doktor.." Aku kata "la.. nak watpa duit Amerika ni.. bg la duit Malaysia.." hehe..

Rasa seronok jugak bila tgk visitors rasa happy lepas dapat treatment. At least tak la dia pandang rendah pada kemampuan doktor-doktor Malaysia untuk merawat. Hehe.. Ini cerita betul ye. Kisah benar-benar berlaku. Kalau tak percaya tgklah gambar note USD 10 yg dia bagi aku kat bawah ni. Kalo tak caye jugak, meh umah aku, nanti aku tunjukkan duit tu. Tu la 1st time aku pegang duit Amerika. Jakun siot.. haha..



Bookmark and Share

7 comments:

Anonymous said...

tak payah buat PR ngan insert Ryle's terus discaj ek?

meow said...

Anonymous:

tak payah..

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

Amboi Dr.Meow...kaya tuh...boleh lah belanja saya makan mee kungfu. Bila nak turun dari gunung? Nanti Pak ibnuwalidaini kahwin, datang tak? Jom la, jumpa saya di Baling, rumah ummi aleeyah. Nak alamat Dr sekarang, pak ibnu nak pos kad jemputan.

meow said...

Ala Ummi.. tukar duit Malaysia bape puluh ringgit je.. lepas la mee kungfu Ummi tu.. hehe..

Ummi nanti online skype.. sy bg alamat thru skype la ye.. kat sini nnti org curi plak alamat sy.. hehe..

AzKiA said...

Sape ler yg berkenan nk almat awk tue...

f said...

Cik Azkia x berkenan ke alamat tu??

meow said...

cik f!

boleh tak jgn ganggu org?

Post a Comment