Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Entri ntah ape-ape




26 September yg lepas sy menulis sebuah entri tentang sambutan Aidilfitri sy. Dengan penuh semangat pada mulanya, tapi entah apa yg merasuk diri sy; entri tu sy buang. Haha. Panjang wooo entri tu. Sy ingat nak letak beberapa hari lepas sy siap menulis entri tu, tapi sy jadi hilang mood dan menulis sekejap-sekejap saja.

Oleh itu peristiwa-peristiwa yg terjadi semasa sambutan Aidilfitri tahun ni nampaknya tersimpan begitu saja dalam diri saya. Lagi pun tak menarik mana. Oleh itu biarlah rahsia. Hehe.

Rasanya hampir sebulan sy menyepikan diri. Bukan sy tak buka blog ni, tapi sy hanya tak ada mood nak menulis. Kalau ikut nak cerita, tentu banyak sekali cerita sy sebab lepas raya ni banyak betul peristiwa hari ini dalam sejarah yg terjadi. Cuma sy pun dah tak berminat nak menulis. Kehkeh.

Nampak gayanya semakin ramai teman-teman sy yg menutup blog. Atau pun ada juga yg menutup pintu blog mereka. Sesuatu yg agak memeranjatkan apabila kebanyakan blog-blog yg sy selalu lawati sebelum ini mengambil keputusan untuk menutup pintu kepada pelawat diam (silent visitors) macam sy ini. Itu hak mereka.

Sy tak ada plan menulis kali ini. Apa sahaja yg terlintas di dalam kepala, itulah yg sy akan tulis. Hurm.. sy tukar lagu layout yg jiwang kali ini. Liriknya mcm pelik, tapi terasa dekat di hati ini. InsyaAllah bila mood jiwang ni abis, sy tukar lagi layout music blog buruk ni. Huhu.

Well.. seberapa banyak agaknya rasa cinta yg masih tertinggal di dalam hati, bila terlalu banyak peristiwa yg mematikan hati? Tapi, bak kata lirik lagu ini, karena sekali cinta; aku tetap cinta. InsyaAllah.

Sy berjalan-jalan cuci mata di blog bakal kakak ipar (sila lawat beramai-ramai ye.. huhu) malam ini. Blog dia pun dah bersarang labah. Termasuklah blog abang sy. Rupanya penyakit 'M' ni berjangkit juga ya. Well, sekurang-kurangnya sy rajin skiiiiit dari depa berdua. Sebab sy dah update blog sy pada malam ini.. hihi.. blog yg 'seorang' tu dah berkurun takde update. Jangankan nak update, tak open pun.

Ermm bosannye.. cikgu Zaid pun dah sibuk sekarang ni. Jarang sangat dh dia update blog dia. Kalau tak, boleh jugak sy melawat dan mengkomen. Ni entri lama dia pun tak bertukar baru lagi. Blog-blog lain yg dulu sy lawat, sy dah tak nak lawat lagi. Sesungguhnya silent visitors mcm sy ni tidak dihargai. Uhuk.. merajuk nih.. Kehkehkeh..

Eh.. sy terjumpa satu entri dari blog ni http://cintagila.blogspot.com/:

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab -

Aha.. panjang dak entri sy kali ni.. kreatif sungguh tuan rumah ni.. 'kopi n pes' dari blog org. Haha.. mendalam betul entri atas tu. Sy pun tak berapa nak faham. Huhu.. Tapi bahagian kesimpulan tu yg sempoi.. kata-kata Saidina Umar tu.

p/s 1: Ini bukan blog cinta.. tapi sesekali tersasul.. :-P

p/s 2: Aku terasa terlebih jiwanglah malam ni.. kekeke..





Bookmark and Share

5 comments:

MuHaMMaD86 said...

be urself dr...buat ja apa yg dr suka!!!

mst dia tgh bbhgia ngn cinta dia...huhuhu..ngn sapa ek?

aku terasa spt dibuai2 oleh cinta bla msk blog ni...dibuai oleh angin2 laut cina selatan...lembut dan pnh ktngn...mengusik pintu hati yg sunyi dan gersang ni....hahahaha

sudah2 jgn nk jiwang2...ni blog org la....hahaha

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

Amboi...
sejak Dr Meow berhijrah tinggal di puncak gunung, dah jarang memandang rumput yang ada di lembah ni ya. Hmm...apa khabar Dr? Saya harap jiwa raga Dr sihat walafiat dan berbahagia bersama yang dirindu di kalbu.

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

Hari -hari saya jenguk laman ni, tu lah, macam yang tuan rumah kata, bersawang, yg sebenarnya tidak sebab saya datang hari-hari bersihkan dan menyelami , menghayati apa yang tersirat dan tersurat di pergunungan ini.

meow said...

Zaid:

Tak sangka rupanya cikgu Zaid ni jiwang tahap gaban.. hahaha.. keep on writing ye cikgu.. sy akan sentiasa mengkomen.. kehkehleh..

Ummi:

Sy tau Ummi selalu lawat blog ni.. hehe.. sbb tu sy tak hilang semangat nak menulis..

Dok sini sejuuuk sgt Ummi.. hehe.. nanti mai la jalan2 makan angin sini.. :-)

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

Kalau ummi pi kat gunung tu, nak tidur mana? Ada ruang ke ummi tidur? Nak pi gunung mesti 2,3 hari sebab rindukan suasana sejuk.Bukan nak pi berjalan mana-mana, saja nak rasa suasana saja, sebab rindukan Madinah, dua-dua kali ummi pi sana jatuh pada musim sejuk. Tapi ummi bukan pi sorg la...ada mahram...

Post a Comment