Minggu lepas aku travel balik dari hantar abah ke Mekah. Bertolak dari Shah Alam iaitu rumah sepupu wife dalam lebih kurang tengahari dah. Aku hantar adik ipar dulu dekat Ampang sebelum aku terus ke hiway Karak. Aku decide untuk lalu Raub-Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu untuk balik memandangkan aku pernah sekali lalu jalan tu. Kalau ikutkan wife, dia nak lalu hiway Pantai Timur sampai Jabor dan lalu Terengganu sampai ke Pasir Puteh. Tapi aku suka jalan hutan. Haha.
Masa aku sampai dekat area Ketereh aku dah kesuntukan perjalanan memandangkan kami bermusafir dan nak bersolat. Aku cari masjid takde! Bukan takde tapi tak nampak dalam laluan aku. Nak solat kat surau Caltex pulak punya la tak selera keadaannya. Akhirnya jumpa sebuah masjid baru namanya Masjid Aisyah, Ketereh. Sorry to say, masjidnya baru siap, cantik, bersih, indah dan menyejukkan mata. Tapi yang buat sakit hati masjid tu berkunci. Pintu pagar sebesar alam tu dimangga! Sakit hati betul dengan AJK masjid ni. Memamg panas betul aku masa tu. Tak fikir ke dengan orang musafir nak menumpang solat di masjid lawa korang tu??
Akhirnya aku pun terus la perjalanan dalam beberapa kilometer ke depan dan bertemu dengan sebuah masjid lagi. Masih di dalam kawasan Ketereh. Masjidnya simple tapi ade aircond. Tak berkunci tapi penuh dengan kereta jemaah! Rupanya ada ceramah malam tu. Bila aku sampai ke situ, jemaah tengah bersedia untuk solat Isyak berjemaah. So, aku pun join solat jemaah. Selesai solat, aku terpandang imam yang mengimamkan solat tadi. Dia lah Ustaz Farid Ravi Abdullah! Hati aku jadi sejuk sangat...
Kesimpulannya:
Allah kuncikan pintu Masjid Aisyah tadi, kotornya keadaan surau di Caltex tadi dan panasnya hati aku sebab cari masjid tak jumpa tadi rupa-rupanya Allah swt nak aku menjadi makmum kepada Ustaz Farid Ravi Abdullah.. :-)
1 year ago
0 comments:
Post a Comment