Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Salam Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik dah bertemu semula Ramadhan al-Mubarak. Terasa macam baru saja sy lalui Ramadhan di Cameron Highlands. Macam baru saja menyambut Aidilfitri. Tak sangka Ramadhan berkunjung lagi sekali. Malam ni semua umat Islam di Malaysia sudah tahu tarikh permulaan puasa iaitu pada hari Rabu 10 Julai 2013. Ini bermakna malam esok kita akan mula berterawih. Pesta beribadah sudah bermula.

Seperti tahun-tahun lepas juga, ramai di antara kita berazam untuk memenuhkan Ramadhan dengan ibadah. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. Macam saya, tahun lepas saya kategorikan sebagai gagal. Sebab hanya permulaan Ramadhan saja semangat bukan main, tapi semakin mendekat dengan Aidilfitri, semangat tu pudar. :-(

Apa pun, mari sama-sama kita berjihad untuk memeriahkan Ramadhan tahun ni bukan sahaja dengan makanan; tapi dengan ibadah juga. InsyaAllah. Oh ya, tahun ni saya dan isteri menyambut Ramadhan di bumi serambi Mekah. :-)

Salam Ramadhan al-Mubarak!

Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment