Kea Farm tempat Aunty jual sayur.. tapi ni gambar lama Kea Farm..
Gambar diculik dari http://destinasicameronhighlands.blogspot.com
Hari ini hari Deepavali. Hari cuti umum dan saya tak on-call. Saya ada dapat jemputan ke rumah tauke sayur yg isteri saya selalu beli sayur dengan dia. Hari ini lebih santai dan kami takde ape-ape perancangan awal melainkan sekadar untuk melawat tauke sayur isteri saya tu. Bangun pagi tadi saya terasa nak turun ke Ipoh pulak. Isteri saya memang tak menolak punya kalau diajak berjalan-jalan. Duduk di rumah pun boring.
Selepas kami hadir ke rumah tauke sayur isteri saya (yg sy tak tau nama ape, kami just panggil Aunty saja); kami pun bergerak turun ke Ipoh. Perjalanan melalui jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai memakan masa lebih kurang 1jam 30 minit. Kami bertolak jam 1250 tengahari. Hari ini banyak betul kereta di atas jalan. Lebih banyak dari biasa sebab masing-masing mengambil peluang cuti umum Deepavali untuk bersiar-siar ke Cameron Highlands. Bukan sahaja kereta, banyak jugak konvoi motosikal berkuasa besar yang turut ke sini. Yang tak syoknye, sesuka hati je diorang ni merempit dan layan selekoh. Tak respek langsung pada kereta dan lori.
Sampai di Simpang Pulai, saya berhenti solat Zuhur di surau stesyen Petronas Simpang Pulai. Saya solat penuh Zuhur empat raka'at. Sementara isteri saya solat jama' qasar Zuhur dan Asar. Selesai solat, isteri saya masih lagi nak makan McDonald's Mac value lunch. Nasib baik sempat lagi, sebab jam masa tu dah dekat pukul 3 petang. Alhamdulillah, saya membelanja diri saya dan isteri saya makan Double cheese burger dan BigMac. Jahanam lagi lah program diet kami.
Gambar culik http://versikontra.blogspot.com
Oh ya, sebenarnya saya turun ke Ipoh sebab nak survey harga jam digital azan. Jam yang selalu kita nampak dekat dinding masjid atau surau yang berbunyi bila masuk waktu solat. Saya berminat nak beli jam tu sebab rumah kami di hospital ni tak dapat dengar azan dari masjid atau surau. Masjid Abu Bakar atas bukit lebih kurang 1 kilometer dari rumah, tapi azan tak dapat dengar. Kalau ada jam azan tu senang sikitlah untuk ingat waktu solat dah masuk.
Kami ke Tesco Extra dulu. Ada kedai jam tapi tak ada jual jam azan. Kami pergi pulak ke Tesco Ipoh. Ada sebuah kedai kaligrafi dan jam di situ. Arab pulak tu yang jual. Jam digital yang saya cari tu ada di jual dengan harga RM100 ke atas bergantung kepada saiz dan coraknya. Memang secara zahirnya jam tu sesuai, sebab bila masuk waktu akan kedengaran azan. Akan tetapi, saya tak jadi beli sebab jam itu menentukan waktu solat mengikut kod tempat. Sebagai contoh, bila kita set kan kod 583 itu bermaksud daerah Ipoh, Perak. Secara automatik jam itu akan memaparkan waktu solat. Tetapi saya tak pasti waktu itu bertepatan dengan jadual waktu solat yang dikeluarkan oleh JAKIM atau tidak.
Bila saya tanya jurujual tentang daerah yang lain, beliau cakap boleh tengok dalam buku panduan. Sambil isteri saya tanya itu ini pada jurujual tu, saya belek buku panduan jam tersebut. Seperti yang saya jangkakan, kod daerah untuk Malaysia memang sangat tidak lengkap. Hanya ada beberapa bandar sahaja antaranya Kuala Lumpur dan Ipoh. Cameron Highlands jangan haraplah nak ada, sebab Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, Alor Setar, George Town pun tak ada. Boleh pulak jurujual tu cakap waktu solat Ipoh dan Taiping sama saja, sebab tu tak ada dalam buku panduan tu. Habis tu waktu solat Kota Kinabalu, Kuching dan JB tu sama dengan daerah mana pulak? Terus saya tak jadi nak beli jam tu.
Saya ada survey jugak dengan Uncle Google pasal jam ni. Harga paling murah adalah RM 320. Huhu. Tapi jam yang dijual tu memang berkualiti dan nampak berbaloi dengan harganya. Syarikat yang jual tu nama Promas. Cuma cara nak beli sahaja saya tak berapa nak faham. Ada nombor telefon tapi belum terasa nak call lagi masa ni. Jam yang dijual oleh syarikat ni boleh di set mengikut jadual waktu solat keluaran Jabatan Mufti tempatan. Banyak masjid dan surau juga sekolah yang membeli dari syarikat ini. Mungkin saya pun akan beli dari syarikat ni jugak nanti.
Oh isteri saya sekarang giat berusaha menurunkan berat badan. Hihi. Sebenarnya dia tanya saya kalau dia berjaya turunkan berat badan, apa yang saya nak hadiahkan? Saya cakap percutian ke Kuching, Sarawak. Dia mintak ke Bali, Indonesia tapi saya cakap pegi Kuching dululah memandangkan dia belum pernah ke sana. Sebab tu, tiap-tiap hari dia akan timbang berat badan! Haha. Lepas tu monyok sebab kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Saya cakap timbanglah seminggu sekali barulah nampak perbezaan. Tapi dia cakap nanti dia takde semangat nak diet. Dia nak tengok program diet dia berkesan setiap hari. Huhu.
Program diet saya memang tak berapa nak berjaya. Sebab utama adalah makan tak kurang, senaman takde. :P InsyaAllah, kami akan berusaha turunkan berat badan. Sebab hari ni dah beli sesuatu untuk bantu kami turunkan berat badan. Hehe. Tapi.... malam ni saya dah masak mee goreng la pulak. Adoyai.. dugaan betullah.
Semalam semalam saya browse through beberapa blog. Saya terbaca tetang Bismillah 5 dan Bismillah 6. Banyak jugak khasiatnya yg tertulis, tapi saya nak tau asal-usul dan apa yang Ulama kita ulaskan tentang Bismillah ini. Rupanya bukan Bismillah 5 dan 6 sahaja, ada lagi Bismillah 7, 9, 20 dan sebagainya. Mula-mula saya ingat nak amalkan, tapi bila saya baca pandangan Ustaz Dr Abdul Hayei Abd Shukor nasihatkan, saya pun tak jadi nak amalkan. Saya tak pasti bernasab dari mana Bismillah-bismillah ni dan kesahihannya.
Terjumpa pula dalam dok belek blog orang tu tentang kaedah menghafaz al-Quran. Saya ada tampalkan kaedah itu pada entri saya semalam. Kaedah ini diberikan oleh salah seorang imam di Masjid an-Nabawi, Madinah. Saya rasa nak cuba hafaz al-Quran pulak. Semasa di sekolah menengah dulu dah hafaz tapi banyak yang sudah hilang dari hafazan. InsyaAllah, saya nak cuba kaedah ini pula. Mudah-mudahan berjaya. Amin.
Ok lah saya stop dulu di sini. InsyaAllah ada masa saya tulis lagi.
4 comments:
Lamanya tak jenguk ke sini. Banyak tak sihat dari sihat. Anak menantu apa khabar? Bila opah nak dapat cucu?
Doakan mudah-mudahan opah dapat cucu.. Ilmu Allah swt yg sangat istimewa, saya tak punya jawapan untuk pertanyaan opah tu..
p/s: Kami sihat Alhamdulillah... Ummi mcm mana?
ALhamdulillah, tu ada bagitahu, banyak tak sihat dari sihat. Syukur kepada Allah kerana sentiasa memberikan peringatan dan mengugurkan dosa-dosa ketika sakit berpanjangan.
InsyaAllah pada masa dan ketika yang Allah telah tentukan. Ummi bertanya kot benih telah bercambah dan sedang menunggu masa. Sebabnya lama benar tak dengar khabar berita.
Before Raya dulu tu datang, tak sempat jumpa.Terima kasih ubi keladi, saya suka nak lagi.
Mintak maaflah datang umah Ummi raya dulu tak bagitau awal-awal.. Zakiah pun tak berapa pasti mana satu rumah Ummi.. nasib baik dia call henfon Ummi tu ade anak Ummi angkat..
Post a Comment